lightning-solid
Berita :

Artikel "Pelancongan" Terkini

Empty Image
Kerajaan Puji Usaha JHEAT Kekang Maksiat
Ustaz Ariffin Deraman.KUALA TERENGGANU - Kerajaan Negeri Terengganu menyokong usaha dan langkah drastik Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) yang melakukan serbuan ke atas dua pusat hiburan yang berkonsepkan ‘disco ala pantai’ di Pulau Perhentian, Besut, baru-baru ini (16 September).Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ustaz Ariffin Deraman berkata, serbuan dan tangkapan JHEAT adalah selari mengikut undang-undang.“Kita menyokong mana-mana usaha jabatan atau agensi yang mendatangkan manfaat kepada rakyat selagi mana tertakluk kepada undang-undang.“Mereka boleh mengambil tindakan kepada pihak yang melanggar undang-undang tersebut,” katanya.Beliau berkata demikian ketika dihubungi pemberita, semalam (22 September).Dalam perkembangan yang sama, Ustaz Ariffin Deraman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alur Limbat berkata, kerajaan tidak menghalang sebarang program atau aktiviti para pelancong asalkan mengikut garis panduan dengan sewajarnya.“Melancong adalah salah satu aktiviti yang sangat digalakkan oleh kerajaan negeri.“Bahkan, kita dapat mempromosikan Terengganu sekaligus menjana pendapatan.“Namun, pelancong haruslah mematuhi peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan,” jelasnya.Dalam serbuan kira-kira jam 1.30 pagi itu, seramai 10 remaja tempatan termasuk tiga wanita berusia lingkungan 20-an yang sedang asyik berpesta arak dicekup selain turut dirampas beberapa botol minuman keras dipercayai baki minuman yang diminum mereka.
22 Sep 18
42
Lawatan MB Ke Tasik Kenyir 1 Oktober
Lawatan MB Ke Tasik Kenyir 1 Oktober
  "Kerajaan akan isytihar 'State Park' di Tasik Kenyir," Dr Ahmad Samsuri . - Foto Syaiful Mustafa   KUALA LUMPUR- Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dijangka akan mengadakan lawatan ke Tasik Kenyir, Hulu Terengganu pada 1 Oktober ini untuk melihat dan mengkaji keperluan mewujudkan 'State Park' (Taman Negeri) bagi kemajuan pelancongan negeri.    Katanya, jika tidak ada aral melintang,  kerajaan akan mengisytiharkan 'state park' sempena lawatan tersebut.    Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita berhubung dengan lawatan tersebut, di Sidang Media di KL Sentral, di sini pada 22 September.    Dr Ahmad Samsuri melancarkan Tren ETS Paparan 'Beautiful Terengganu,  Malaysia' bersama Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di tempat yang sama.     Kewujudan 'state park' dijangka menjadi mercu tanda pelancongan negeri Terengganu ketika kerajaan sedang rancak membangun Tasik Kenyir sebagai eko-tuorism berasaskan alam semula jadi .    Sementara itu,  Dr Ahmad Samsuri berkata,  Tasik Kenyir adalah kawasan tumpuan industri pelancongan berkonsepkan alam semula jadi (evirement).   Kerajaan Terengganu sedang melihat permasalahan projek belum siap di Tasik Kenyir yang dimulakan kerajaan sebelum ini.    "Kita sedang melihat dari segi bebanan kewangan yang terpaksa ditanggung kerajaan, " jelasnya.    Kerajaan juga melihat serta mengkaji 'misi' pelancongan yang sedia wujud sama ada ia boleh beroperasi dan memberi manfaat kepada kerajaan serta rakyat atau sebaliknya. 
22 Sep 18
134
Kerajaan Terengganu-KTMB Lancar 'Beautiful Terengganu, Malaysia' di KL Sentral
Kerajaan Terengganu-KTMB Lancar 'Beautiful Terengganu, Malaysia' di KL Sentral
Dr Ahmad Samsuri (dua dari kanan) melancarkan Kempen 'Beautiful Terengganu,  Malaysia' di KL Sentral diiringi Ariffin (kanan) dan Saimi (tiga dari kanan). -Foto Syaiful Mustafa KUALA LUMPUR - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengadakan kolaborasi dengan Kerajaan Terengganu bersempena kempen 'Beatiful Terengganu,  Malaysia' bagi memajukan lagi industri pelancongan negeri itu.   Menteri Besar Terengganu,  Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata,  kolaborasi itu menonjolkan keunikan dan keindahan destinasi pelancongan Terengganu melalui jalinan rangkaian laluan Perkhidmatan Keretapi Berelektrik (ETS) sekaligus meningkatkan jumlah kunjungan pelancong ke Terengganu dengan adanya paparan  produk dan destinasi pelancongan pada tren ETS.   "Kolaborasi KTMB dalam merealisasikan hasrat Kerajaan Negeri untuk melihat penjenamaan imej pelancongan negeri berimpak besar dan mendapat kelebihan kompetitif, turut memberi kesan positif kepada KTMB, " katanya dalam satu kenyataan media sempena majlis Pelancaran Tren ETS berpaparan Beatiful Terengganu,  Malaysia di Kuala Lumpur Sentral di sini 22 September.   MB (kiri) memperkenalkan Nasi Dagang Terengganu, produk T-Kichen  bersama Ariffin (dua dari kiri) dan Saimi (dua dari kanan).   Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan,  Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri,  Ariffin Deraman,  Pengarah Pelancongan Negeri,  Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak dan Pengurus Besar Perkhidmatan ETS,  Encik Saimi Abdullah.   Sementara itu,  hasrat Menteri Besar untuk menjadikan Negeri Terengganu kini lebih bersedia untuk dinobatkan sebagai negeri pelancongan yang mempunyai rangkaian kemudahsampaian yang efisyen.   Saimi (kanan) menjelaskan sesuatu kepada Dr Ahmad Samsuri (duduk) berkait dengan operasi tren. Ini kerana kerjasama dengan KTMB ini akan menonjolkan impak positif kepada promosi pelancongan negeri yang dilaksanakan secara inovatif dan kreatif, selain bertujuan bagi memeriahkan lagi persada pelancongan negeri sempena kempen tersebut.   Dr Ahmad Samsuri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang, berkata, penyediaan menu nasi dagang dan keropok lekor keluaran T-Kichen Terengganu turut menjadi nilai tambah kepada memperkenal keunikan makanan tradisional Terengganu kepada pengguna tren ETS yang terdiri daripada pengguna domestik dan antarabangsa.    Sehubungan itu,  Kerajaan Terengganu amat berbesar hati dengan kolaborasi bersama KTMB dengan harapan jalinan sebegini menjadi pencetus kepada jalinan dengan syarikat-syarikat korporat. Menteri Besar berkata,  Ia juga meningkatkan lagi tahap kesedaran kepada jenama "Beautiful Terengganu, Malaysia" secara kreatif dan inovatif melalui penonjolan imej destinasi dan produk pelancongan di Negeri Terengganu.   "Dengan purata jumlah penumpang 10,695 orang sehari dan purata jumlah penumpang sebulan seramai 324,635 orang, paparan sebegini mampu mencapai sasaran pengguna di setiap hentian di laluan dari utara ke selatan Semenanjung Malaysia.   "Ia membuktikan kekuatan imej yang paling efektif dan ekonomi di dalam kempen galakan dan promosi, " jelasnya.   Hasrat Menteri Besar untuk menjadikan Negeri Terengganu kini lebih bersedia untuk dinobatkan negeri pelancongan yang mempunyai rangkaian kemudahsampaian yang efisyen.   "Ini termasuk rangkaian perkhidmatan pengangkutan yang mesra pelancongan,  prasarana yang mencukupi dan khazanah alam semulajadi,  seni,  budaya dan warisan yang mampu menggamit kehadiran pengunjung, " jelasnya.  
21 Sep 18
632
Empty Image
Keselamatan Pelancong Diutamakan
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri, YB Ariffin Deraman memberitahu keselamatan pelancong ke pulau-pulau peranginan di Terengganu semasa musim tengkujuh adalah agenda utama kerajaan negeri dalam persediaan menghadapi kebarangkalian cuaca dan keadaan laut yang tidak menentu  ketika musim tengkujuh.Katanya, apa yang diwar-warkan  melalui media yang menyatakan jangkaan penutupan resort-resort adalah sebagai langkah persediaan menghadapi musim tengkujuh.“Bagaimanapun kepada bot-bot untuk keluar ke laut ianya  bergantung kepada keadaan cuaca semasa dan penilaian agensi penguatkuasa berkaitan untuk memberi pelepasan,” katanya dalam satu kenyataan media.Menurutnya, kerajaan negeri  prihatin tentang keselamatan pelancong  supaya pengusaha -pengusaha pelancongan di pulau – pulau ini sentiasa peka dan memberi perhatian terhadap keadaan serta situasi semasa.“Selain perlu peka kepada laporan serta arahan daripada agensi – agensi yang berkaitan seperti Jabatan Laut Malaysia dan Jabatan Meteorologi Malaysia.” katanya
19 Sep 18
27
Empty Image
Muzium Bukit Besi Kini 90 Peratus Siap
Oleh : Adli MohamadDUNGUN- Muzium bersejarah Bukit Besi hampir 90 peratus siap dan akan dibuka kepada orang ramai tidak lama lagi.Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman menyambut baik usaha yang dilakukan oleh Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) bagi memulihara dan menjaga khazanah berharga di negeri ini "Apabila muzium itu mula dibuka nanti, ianya berpotensi memberi impak positif kepada penduduk setempat."Bukit Besi sebagai Bandar Bersejarah sudah tentu akan dapat diterokai oleh orang awam apabila dibuka nanti," ucapnya.Beliau Berkata ketika sesi lawatannya ke Muzium Bukit Besi, di sini, semalam.Ghazali berkata, Bukit Besi cukup terkenal sebagai kawasan perlombongan bijih besi, satu ketika dahulu dan pernah menjadi bandar yang pesat membangun.Tambahnya lagi, Muzium Bukit Besi yang hampir siap dibina itu akan ditempatkan pelbagai monumen dan bahan sejarah untuk memberi pengetahuan kepada pengunjung mengenai Bandar Bukit Besi."InsyaAllah, saya mendapat makluman bahawa kepala keretapi yang diletakkan di Muzium Negeri Terengganu akan dibawa pulang,"Lebih menarik, muzium ini dibina di kawasan bersejarah, di mana disekitarnya terdapat bangunan-bangunan lama seperti bangunan memproses bijih besi dan sebagainya," jelas beliau.Beliau juga berharap agar ianya akan menjadi daya tarikan baru kepada pengunjung yang bertandang ke Bukit Besi."Saya cadangkan agar pihak-pihak tertentu, bina rumah tumpangan dan juga chalet bagi membolehkan pengunjung dapat berehat disini lebih dari sehari, kerana dalam sehari mana mungkin sempat untuk menerokai kawasan-kawasan menarik di Bukit Besi ini," jelasnya.Sementara itu Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Bukit Besi, Ahmad Bahir Chik berkata pengalaman menerokai tempat bersejarah itu akan menjadi kenangan yang sukar dilupakan."Bukit Besi ini dahulunya memang pesat membangun telah diusahakan oleh Jepun dan British."Pada masa itu mengikut apa yang saya tahu, masyarakat yang tinggal di sini pada masa itu adalah golongan elit dan kaya raya," katanya.Menurutnya, semasa era pemerintahan Tun Abdul Razak, Bukit Besi mula hilang peranannya dalam menjana ekonomi negara kerana pada era Tun Abdul Razak petroleum mula mencuri tumpuan sebagai penjanaan utama ekonomi negara."Saya mengharapkan agar apabila muzium ini disiapkan nanti ianya akan menjadi tumpuan utama kepada peminat sejarah untuk proses pembelajaran,"Saya sendiri secara jujurnya tidak sabar melihat usaha ini berjaya dan akan menjadi tarikan utama," jelasnya.Menurutnya lagi, Muzium itu nanti akan menjadi panduan untuk menjejaki sejarah kegemilangan Bukit Besi dan seterusnya menjelas dan menzahirkan peranan Bukit Besi sebagai Bandar Bersejarah.
19 Sep 18
1507
Empty Image
Taman 'Exotic' Bernuasakan Desa - Ghazali Sulaiman
Ghazali Sulaiman meninjau Bukit Besi Agro Exotic Farm yang menjadi tumpuan pengunjung.Oleh: Adli MohamadDUNGUN - Bukit Besi Agro Exotic Farm merupakan sebuah taman perladangan yang memiliki pelbagai jenis haiwan 'exotic' yang bernuasakan desa.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, kedudukannya yang terletak tidak berapa jauh dari Tasik Bukit Puteri akan memahatkan kenangan yang terindah tatkala dilawati."Saya menyokong usaha yang dibuat oleh pemilik Taman Ladang 'Exotic ini."Ianya benar-benar menzahirkan suasana desa dengan bunyi desiran air daripada bukit yang mengalir sangat menenangkan," ucapnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media sewaktu berkunjung ke Bukit Besi Agro 'Exotic Farm, semalam (18 September).Menurutnya, tempat tersebut perlu dikembangkan dan dimajukan kerana ianya akan membantu mempromosikan Bukit Besi sebagai hub pelancongan yang terkemuka di Negeri Terengganu."Rasailah pengalaman memancing ikan, memberi makan kepada pelbagai jenis landak yang ada di sini."Terdapat juga rusa, arnab dan lebih menarik, pengunjung boleh naik jentolak untuk ke ladang penternakan lembu," ujarnya.Sementara itu, menurut isteri kepada pemilik ladang, Raja Mariani Raja Ali, ramai yang akan berkunjung pada waktu cuti am."Rombongan sekolah yang sejauh dari Kuala Lumpur juga pernah datang ke sini," tambahnya.Antara daya penarik utama guru dan pelajar datang adalah kerana pelajar akan didedahkan dengan pembelajaran bagi menguruskan ladang, serta penjagaan terhadap haiwan eksotik seperti landak dan rusa yang memerlukan penjagaan rapi."Di sini juga disedikan aktiviti memancing di mana aktiviti ini tidak menggunakan joran moden tapi menggunakan pelepah kelapa."Setelah memancing mereka perlu melepaskan kembali ikan tersebut, jika nak bawa pulang, akan dikenakan bayaran, dan boleh juga ikan itu terus dibakar di tempat yang telah disediakan," jelasnya.Pengunjung yang hadir digalakkan membawa makanan sendiri bagi menjimatkan kos.Binatang lain yang ada ialah kancil, Landak Raya, Landak Nibong, arnab dan Rusa Timur Rasis."Paling menarik ialah aktiviti mandi di kolam belon, 'Super Doopa' yang diisikan dengan air bukit yang diganti setiap hari bagi memastikan kejernihannya."Bagi menampakkan suasana desa di sungai ini, kita bina wakaf dari kayu-kayan," ujarnya.Menurutnya, beliau dan suami telah membuka 'Agro Exotic Farm' itu bermula dari tahun 2015 lagi kerana minat yang mendalam dan pernah menyertai Pertandingan 'Rural Business Challenge' (RBC)  bagi melayakkan pinjaman bagi mengembangkan lagi perusahaan, tetapi hanya sekadar layak sampai ke separuh akhir."Walaupun bagaimanapun, kita akan berusaha mengembang dan memajukan lagi tempat ini."Haiwan Eksotik yang ada akan ditambah lagi, bagi memberi jaminan kepuasan dan keseronokan pengunjung," jelasnya.
18 Sep 18
853
Empty Image
Pelancongan Masjid Terus Diperkasa
Norhana menyampaikan cenderamata kepada Ariffin di MajlisTaklimat Program Pelancongan Masjid Terengganu 2018 di Hotel Tanjung Vista, Kuala Terengganu. Foto Oleh:  Syaiful Mustafa KUALA TERENGGANU - Sektor pelancongan masjid di negeri ini akan terus diperkasa selari dengan usaha menjadikan Terengganu sebagai sebuah negeri pelancongan Islam dimata dunia.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, kerajaan negeri akan berkolaborasi dengan Persatuan Darul Fitrah Negeri Terengganu dan penggiat pelancongan yang lain untuk menarik lebih ramai pelancong mengunjungi masjid.“Setelah kita mengambil alih kerajaan, antara matlamat kita adalah untuk menjadikan negeri ini sebuah negeri pelancongan Islam dan antara yang akan diperkasakan adalah pelancongan masjid.“Dalam waktu yang sama, usaha ini telah dilakukan oleh Persatuan Darul Fitrah Negeri Terengganu sejak 2012, justeru kami sangat berbesar hati dan akan terus memberikan sokongan,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Taklimat Program Pelancongan Masjid Terengganu 2018 di Hotel Tanjung Vista, Kuala Terengganu, semalam.Turut hadir, Pengarah Jabatan Pelancongan Malaysia (Wilayah Timur), Zaliha Zainuddin dan Pengerusi Persatuan Darul Fitrah Negeri Terengganu, Norhana Ng Abdullah.Katanya, terdapat lebih 500 buah masjid di negeri ini dan sebahagiannya berpotensi untuk diketengahkan kepada pelancong kerana memiliki keindahan dan keunikan seni bina serta nilai warisan sejarahnya yang tersendiri.Sementara itu Norhana berkata, antara misi pihak persatuannya adalah untuk menjadikan masjid-masjid pelancongan negeri Terengganu sebagai destinasi utama pilihan pelancong dan seterusnya mewujudkan kesedaran tentang agama Islam kepada pelancong dengan mesra, informatif dan berhikmah.Katanya, Masjid Abidin, Masjid Tengku Tengah Zaharah (Masjid Terapung), Kuala Ibai dan Masjid Kristal di Taman Tamadun Islam adalah antara masjid yang kerap menerima kunjungan pelancong luar negara yang kebanyakkannya bukan beragama Islam.“Banyak lagi masjid-masjid di Terengganu dimana kita boleh memperkenalkan program ini termasuk Masjid Ulul Albab, dan juga masjid dekat Pulau Perhentian,” ujarnya.
18 Sep 18
184
Empty Image
Jalur Gemilang Terbesar Pulau Tenggol Cipta Malaysia Book Of Records - Ariffin Deraman
Sekumpulan penyelam berkemahiran meletakkan Jalur Gemilang terbesar di dasar laut Pulau Tenggol. Foto - Asraf IkhwanOleh: Ahmad FadhilahDUNGUN - Kibaran Jalur Gemilang di dasar laut Pulau Tenggol, Kuala Dungun, Terengganu mencetuskan kejutan apabila mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records sebagai kibaran Jalur Gemilang terbesar di dasar laut.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ustaz Ariffin Deraman berkata, beliau dimaklumkan bahawa saiz Jalur Gemilang tersebut ialah 16 meter lebar dan 9 meter panjang."Ianya sekaligus mencatat rekod terbesar dan telah memasuki Malaysia Book of Records 2018.“Bendera ini adalah tempahan khas yang berkualiti tinggi dan tidak mudah koyak bersesuaian dengan tempat diletakkan dalam laut yang mempunyai arus serta gelombang yang kuat," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam sidang media sempena kibaran Jalur Gemilang di dasar laut Pulau Tenggol di Ulek Beach Resort, semalam (16 September).Ustaz Ariffin Deraman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alur Limbat mewakili kerajaan negeri mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak penganjur yang telah menjayakan program tersebut di Pulau Tenggol.Turut hadir, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ustaz Sulaiman Sulong dan ADUN Sura, Cikgu Wan Hapandi Wan Nik.
17 Sep 18
77
Empty Image
Tenggiri Challenge Tarikan Pelancong
Ustaz Ariffin Deraman berucap kepada peserta yang hadir memeriahkan 'Tenggiri Challenge'.Oleh: Ahmad FadhilahMARANG - 'Tenggiri Challenge' edisi  kedua mampu menjadi tarikan pelancong terutamanya mereka yang mempunyai hobi dan sukakan aktiviti memancing.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ustaz Ariffin Deraman berkata, beliau dimaklumkan bahawa penyertaan pada  tahun ini meningkat lebih 50 peratus iaitu melebihi 100 penyertaan berbanding  pada tahun lepas."Penyertaan ini juga sangat terhad memandangkan bot untuk membawa peserta  tidak mencukupi.“Ini jelas menunjukkan bahawa ianya merupakan satu perkembangan yang baik dalam industri pelancongan."Saya harap pada tahun akan datang penyertaan dibuka kepada lebih ramai orang dan penyediaan bot lebih banyak khususnya kepada mereka yang berada di luar Terengganu," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan 'Tenggiri Challenge' Edisi Kedua di pesisir pantai Pulau Kapas, kelmarin (15 September).Dalam perkembangan yang sama, Penganjur Utama 'Tenggiri Challenge', Syarikat Taufik Emas Sport Fishing, Taufik Samsuddin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ustaz Ariffin di atas kesudian menghadiri program tersebut."Bacaan doa selamat turut diadakan sebelum memulakan acara pada pagi tadi," katanya.
17 Sep 18
100
Empty Image
300 Sertai Konvoi Amal Merdeka 2018
Peserta konvoi menuju ke beberapa tempat persinggahan termasuk Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Baitul Sakinah, Taman Sinar Harapan dan Rumah Sejahtera Taman Bahagia. Foto - Abu UbaidahOleh: Syaharulhafizi ShamsudinMARANG - Seramai 300 peserta dari seluruh Negeri Terengganu menyertai Konvoi Amal Merdeka 2018 yang berlangsung semalam.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, konvoi ini diadakan sambil memberikan sumbangan  pengurusan sebanyak RM5,000 dan plat di setiap tempat persinggahan.“Konvoi yang bukan hanya sekadar menunggang motor, tetapi sambil beramal."Saya mengharapkan agar program sebegini yang memberi manfaat kepada orang ramai terutamanya orang yang memerlukan dan anak yatim diteruskan lagi pada masa akan datang,” ujarnya.Ustaz Mohd Nor Hamzah (tiga dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada pihak pengurusan Asrama Darul Falah.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Program Konvoi Amal Merdeka 2018 di Asrama Anak Yatim Darul Falah, Bukit Payung, semalam (11 September).Ustaz Mohd Nor Hamzah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payung turut menyampaikan sumbangan pengurusan tersebut kepada pihak Pengurusan Asrama Anak Yatim Darul Falah.Konvoi Amal Merdeka 2018 dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu dengan kerjasama Alternative Riding Club (ARC) Terengganu.Konvoi tersebut bertolak dari Taman Awam Batu Buruk, Kuala Terengganu sehingga ke Asrama Anak Yatim Darul Falah.Sepanjang konvoi itu, terdapat beberapa tempat persinggahan termasuk Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Baitul Sakinah, Taman Sinar Harapan dan Rumah Sejahtera Taman Bahagia.Konvoi yang bertolak jam 9 pagi dan selamat tiba persinggahan terakhir pada jam 12 tengah hari.
11 Sep 18
458