Artikel "Pelancongan" Terkini
Habitat Semula Jadi, Budaya Kampung Jadi Tarikan Pelancongan
Oleh : Khairan Mat JusohKUALA TERENGGANU - Keistimewaan habitat semula jadi dan budaya masyarakat kampung bakal dijadikan sebagai tarikan baharu sektor pelancongan negeri ini.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Ustaz Sulaiman Sulong berkata, kerajaan juga mahu keunikan senibina dalam masyarakat diberi nilai tambah supaya dapat menarik perhatian pelancong daripada seluruh dunia." Kehadiran pelancong ke Terengganu pastinya untuk melihat sesuatu istimewa yang tiada di tempat mereka,"katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program persidangan TEMCO tersebut di Pusat Dagangan Terengganu, di sini, 10 Oktober.Sulaiman yang juga Timbalan Pengerusi Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri berkata, perkara itu akan turut dibincangkan sempena Terengganu International Eco & Marine Tourism Conference (TEMCO) bagi tujuan penambahbaikan industri pelancongan negeri.Perasmian program disempurnakan dengan gimik beliau memerah santan menggunakan alat tradisional Melayu yang dikenali sebagai kapitan santan.
11 Oct 18
44
Ariffin Nafi Anjur Oktoberfest
Ustaz Ariffin Deraman.KUALA TERENGGANU - Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ustaz Ariffin Deraman meyangkal dakwaan bahawa kononnya Oktoberfest akan diadakan pada bulan Oktober ini, di Kuala Terengganu."Saya ingin menegaskan bahawa apa yang tular di media sosial adalah tidak benar."Kerajaan negeri melalui wakilnya telah berkunjung ke premis yang dimaksudkan itu bagi mendapat penjelasan."Hasil dari kunjungan tersebut didapati bahawa premis yang dinyatakan itu sememangnya telah memiliki lesen untuk menjual minuman keras."Pemiliknya mengesahkan bahawa tiada sebarang sambutan Oktoberfest di premis miliknya," ujarnya.Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media pada hari ini (11 Oktober), mengulas tentang dakwaan penganjuran Oktoberfest yang tular, baru-baru ini.Menurut Ariffin Deraman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alur Limbat, sehingga kini kerajaan negeri tidak menerima sebarang permohonan untuk tujuan penganjuran Oktoberfest di negeri ini."Kerajaan negeri akan sentiasa memantau dari masa ke semasa bagi memastikan tiada penganjuran program tersebut," tegasnya.
11 Oct 18
65
Pameran Jelajah Nusantara, Pamer 32 Artifak Rasullah
Sebahagian pelajar sekolah meninjau salah satu daripada 32 jenis artifak Rasulullah SAW dan Sahabat r.a. yang dikatakan asli.KUALA TERENGGANU - Pameran Jelajah Nusantara 2018 yang kini diadakan di bumi ‘Darul Iman’ Terengganu, mempamerkan hampir 32 jenis artifak Rasulullah SAW dan Sahabat r.a. yang dikatakan asli.Justeru, rakyat negeri ini berpeluang melihat secara lebih dekat barangan milik Rasulullah SAW yang dipamerkan di Pusat Dagangan Terengganu (TTC), Kuala Terengganu bermula 23 September hingga 23 Oktober ini.Penasihat penganjuran, Profesor Dr Abd Manan Embong berkata, pameran itu dilaksanakan hasil kerjasama kerajaan negeri dengan Syarikat Dragon Heart Sdn Bhd dan Galeri Warisan M.A.R yang julung kali diadakan di Terengganu.Menurutnya, pelbagai jenis artifak asli baginda Nabi SAW dibawa ke negara ini untuk dipamerkan kepada masyarakat Islam di Malaysia.“Antara barangan yang dipamerkan kepada umum seperti rambut Rasulullah SAW, darah bekam, capal, tapak kaki, serban dan tongkat baginda. Manakala barangan para Sahabat r.a. pula lebih kepada senjata seperti pedang.“Barangan ini dibawa khas dengan cara meminjam dari beberapa negara iaitu Jordan, Mekah, Madinah, India dan Syria dengan kos yang diinsuranskan sebanyak RM270 juta,” ujarnya, 9 Oktober.Beliau turut menjelaskan, pameran seumpama itu pernah dilakukan di negeri lain seperti Melaka, Putrajaya, Kelantan, Kedah, Johor Bahru, Selangor (Shah Alam), Thailand, Brunei dan Singapura.Dr Abd Manan berkata, pameran itu ialah aktiviti jelajah ke seluruh Asia yang dilaksanakan bagi tujuan mendekatkan umat Islam melalui khazanah peninggalan Rasulullah SAW dan para Sahabat r.a. walaupun tidak pernah bertentang mata.“Saya yakin, pameran ini bukan sahaja dikunjungi rakyat Terengganu tetapi dari seluruh negara dan dunia kerana berdasarkan pameran sebelum ini, terdapat juga orang luar kawasan dan luar negara datang melihat barangan yang dipamerkan,” ujarnya.Manakala, Pengurus Pameran, Razali Bachik berkata, dalam tempoh 15 hari pertama, penganjuran itu berjaya mencapai ‘target’ Petunjuk Prestasi Utama (KPI). “Hari ini kita buat di Terengganu. Alhamdulillah, hari ini hari ke-15 pameran dan ‘target’ pengunjung kita mencapai KPI kita iaitu sudah lebih 30,000 orang pengunjungnya. “Biasanya, kehadiran akan bertambah pada hujung minggu dan insya-Allah, sehingga berakhir 22 Oktober ini, kita target pengunjung dari seluruh negara boleh mencecah seramai 100,000 orang,” jelasnya. Menjawab pertanyaan adakah artifak itu benar-benar asli, katanya semua khazanah Islam itu tulen serta mempunyai sijil keasliannya daripada pemilik asal.“Kita ada kerjasama dengan NGO (Badan Bukan Kerajaan) di Arab Saudi. Perjanjian itu kita dapat cadangan daripada kerajaan Brunei untuk kami laksanakan projek Jelajah Nusantara ini. “Ini supaya masyarakat di Asia dapat melihatnya, di mana artifak yang kami bawa ini semuanya adalah benar-benar asli. Barangan ini juga dipinjam daripada keluarga susur-galur keturunan Rasulullah SAW sendiri. Semua barangan ini diinsuranskan berjumlah RM270 juta,” jelasnya. Justeru, katanya ramai juga ulamak-ulamak besar dunia datang melihatnya seperti dari Indonesia, Thailand, Turki, London, Yaman, Pakistan dan sebagainya termasuk ulamak di Malaysia ini.“Seruan saya kepada orang Terengganu yang telah hadir supaya war-warkan kepada mereka yang belum hadir. Mereka yang belum datang melihat untuk mendapat info tentang pameran artifak ini, datanglah beramai-ramai dan jangan lepaskan peluang keemasan ini,” ujarnya.Bayaran masuk ke galeri pameran itu RM10 bagi orang dewasa dan RM5 dikenakan kepada kanak-kanak dan pelajar sekolah.Pameran Jelajah Nusantara 2018 itu akan dirasmikan oleh Yang Dipertua (Speaker) Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Haji Yahaya Ali pada 11 Oktober ini.Penaja utama pameran itu, Dragon Heart Sdn Bhd dengan kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu, Tourism Malaysia dan Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu.
09 Oct 18
636
Pegawai Kerja Keras Bukti TMBS
Ahmad Shah Muhamed ketika ditemui dalam sidang media selepas pertemuan bersama Persatuan Peniaga Medan MBKT Batu Buruk di Kelab Eksekutif Batu Buruk.KUALA TERENGGANU - Para pegawai mestilah bekerja dengan bersungguh-sungguh untuk membuktikan Kerajaan Negeri Terengganu yang bermotokan "Maju, Berkat dan Sejahtera" betul-betul dapat direalisasikan.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Ahmad Shah Mohamed berkata, kerajaan akan memastikan tempat peranginan Terengganu yang bersih dan selesa serta dikunjungi para pelancong dari dalam dan luar negeri."Begitu juga kerajaan negeri tidak lupa bahawa kita mempunyai penjaja dan peniaga yang memang sudah sekian lama mencari rezeki di sekitar Pantai Batu Buruk,” katanya.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam sidang media selepas pertemuan bersama Persatuan Peniaga Medan MBKT Batu Buruk di Kelab Eksekutif Batu Buruk pada hari Khamis, 4 Oktober.Katanya, kerajaan negeri perlu melakukan satu penyelarasan supaya semua pihak dapat berfungsi dengan baik.Tambah beliau, pihak Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) perlu melaksanakan tanggungjawab dengan betul dan baik."Bahkan, penjaja juga perlu bertanggungjawab, bukan sahaja berniaga untuk mencari keuntungan semata-mata.“Tetapi dalam masa yang sama mempunyai tanggungjawab sosial berkait dengan kebersihan dan pemandangan yang cantik untuk menggamit kehadiran pelancong.“Mereka (para pelancong) dapat melihat (sendiri) Negeri Terengganu sebuah negeri yang disebut Negeri Terengganu Darul Iman yang menjaga kebersihan, keselamatan dan menjaga keindahan alam,” jelasnya.Menurutnya, pihak kerajaan akan mencari jalan penyelesaian yang terbaik supaya para peniaga dapat berniaga dengan baik dan Pantai Batu Buruk juga sebagai sebuah tempat pengunjung boleh bersantai dengan pantai yang bersih dan keadaan yang selesa.Selain daripada itu, kerajaan negeri juga berhasrat agar rakyat berdiri dengan sendiri tanpa bantuan mana-mana pihak dan rakyat haruslah berusaha sedaya upaya merebut peluang pekerjaan yang disediakan.“Kita akan pastikan peniaga kita dapat berniaga di tempat yang betul dan mereka boleh mendapat keuntungan yang sewajarnya.“Di samping gerai yang sudah ada, sekiranya kita dapati hasil perbincangan dalam kerajaan ada keperluan yang kami perlu tambah, tak mustahil kita akan tambah,” ujarnya.Justeru, pihak kerajaan akan memastikan para peniaga memenuhi syarat sepertimana yang termaktub dalam peraturan MBKT berkenaan dengan kebersihan, keselamatan dan lain-lain.Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia Sukan dan NGO Ustaz Wan Sukairi dan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Haji Amzad Hashim.
04 Oct 18
214
Buaian Pantai Khas Untuk Kanak-Kanak
Ariffin Deraman.KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri telah mengarahkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) agar membuat pemeriksaan keselamatan terhadap semua buaian pantai yang diperbuat daripada kayu.Ini kerana, berlaku satu insiden buaian pantai yang terletak di Pantai Peranginan Teluk Ketapang, Seberang Takir yang terbalik dan menimpa seorang penggunanya pada 30 September lalu.Sehubungan itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, insiden buaian itu benar-benar berlaku dan arahan kepada pihak PBT membuat pemeriksaan telah dijalankan.“Memang video itu tulen dan pengguna telah berkongsi kejadian yang dirakamkan itu secara tidak sengaja, dan ada bahagian tiang itu yang menimpa kepala seorang wanita (mangsa).“Kita juga telah arah pihak PBT supaya periksa dan pantau semua buaian pantai yang terdapat di pusat-pusat peranginan pantai, supaya tidak berulang lagi,” jelasnya ketika ditemui selepas Kursus Pengurusan Undang-Undang Tanah, Protokol dan Sistem e-Dewan kepada semua ADUN, di Primula Hotel (1 Oktober).Namun, kata Ariffin, beliau difahamkan mangsa seorang wanita dewasa tidak mengalami sebarang kecederaan serius akibat insiden itu.Menurutnya, buaian pantai yang terdapat di pantai-pantai peranginan negeri ini hanya dikhaskan kepada golongan kanak-kanak sahaja.“Sebenarnya, buaian ini dikhaskan untuk kanak-kanak di bawah pengawasan orang dewasa atau ibubapa. Jadi, apabila orang dewasa yang bersaiz besar guna mungkin tidak sesuailah.“Kita akan letak papan tanda khas untuk perhatian pengguna buaian pantai, yang diperbuat daripada kayu itu, insya-Allah,” ujarnya.Katanya, buaian pantai yang agak besar itu dipasang di Pantai Teluk Ketapang, Pantai Batu Burok dan lain-lain bagi menarik minat pengunjung kanak-kanak.
02 Oct 18
34
Kumpulan Penggiat Wau Harap Kerajaan Bantu
Kumpulan Penggiat Wau berharap kerajaan dapat membantu mempopularkan kembali permainan tradisi itu di seluruh negeri Terengganu.KUALA TERENGGANU - Kumpulan Penggiat Wau berharap kerajaan dapat membantu mempopularkan kembali permainan tradisi itu di seluruh Negeri Terengganu.Aktivis kumpulan itu, Amidi Mohamad berkata, ianya bertujuan bagi mengekalkan kegiatan rekreasi itu sebagai aktiviti santai utama rakyat.“Supaya orang Terengganu bersatu balik, sebab kita lahirkan ramai pemain wau di Terengganu. “Ramai orang main di luar wakilkan Kelantan, wakilkan Malaysia dan banyak pecahan. Kita buat untuk memanggil pemain-pemain kita bersatu balik sebab itu kita anjurkan pertandingan ini. Kita nak ada peningkatan dari segi wakil ke luar Negeri Terengganu,” katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) di Dataran Batu Buruk pada Sabtu, 29 September.Menurut beliau, pertandingan moden ini tidak sama dan berbeza dengan persaingan wau jala budi.Katanya, ramai anak muda yang melibatkan diri dalam permainan wau di negeri ini.“Tempat khusus (pengeluaran wau) tidak ada tetapi kami pergi rumah ke rumah (industri kampung).“Sekiranya ada budak yang minat (boleh) terus masuk (latihan),” jelasnya.Oleh itu, beliau sangat berharap sekiranya kerajaan negeri dapat menganjurkan satu program untuk anak-anak muda yang berminat bagi menghasilkan wau.Walaupun kumpulan penggiat wau ini masih baru, namun mereka sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak di peringkat daerah atau negeri bagi meningkatkan minat generasi muda terhadap permainan tradisi tersebut.
01 Oct 18
615
Bola Cetong Rapatkan Hubungan Pimpinan Dan Masyarakat
Ustaz Ariffin Deraman (kanan) bermain Permainan Bola Cetong bersama pengunjung.KUALA TERENGGANU - Permainan Bola Cetong ataupun yang dikenali Baling Tin adalah salah satu permainan tradisional dimainkan oleh para pimpinan kerajaan dan rakyat untuk merapatkan hubungan silaturrahim antara mereka.Ketua Metodologi Muzium Negeri Terengganu, Mohamad Hafiz Abdul Rahman, 35, berkata, ianya diadakan untuk melestarikan warisan dan memartabatkan permainan tradisional.“Sejarah permainan bola cetong ini adalah salah satu permainan kanak-kanak kampung di Negeri Terengganu dahulu.“Dulu (di mana-mana kawasan) kampung cukup popular dengan permainan ini kerana semua kanak-kanak berkumpul (di tanah lapang) dan kebanyakan mereka bermain waktu Asar sehingga waktu Maghrib,” katanya.Permainan Bola Cetong diadakan untuk melestarikan warisan dan memartabatkan permainan tersebut. Mohamad Hafiz Abdul Rahman.Beliau yang juga merupakan urusetia permainan tersebut berkata demikian ketika ditemui pihak media di Dataran Batu Buruk pada 29 September.Beliau menambah, permainan tradisional tersebut telah dijalankan setiap tahun dan telah mendapat sambutan dari semua pihak samada para pimpinan dan masyarakat.Justeru, beliau mewakili pihak muzium berharap permainan Bola Cetong dapat diperkenalkan balik di kawasan masing-masing dan dapat mencetuskan minat dalam permainan tersebut.
30 Sep 18
1262
Karnival Pantai Terengganu Jadi Produk Pelancongan
Yahaya Ali (dua dari kiri) menyampaikan hadiah tempat pertama kepada pemenang Pertandingan Bangsal Tradisi kepada Daerah Kemaman.KUALA TERENGGANU - Kerajaan Negeri Terengganu mahu menjadikan penganjuran Karnival Pantai Terengganu sebagai salah satu produk pelancongan di negeri ini.Yang Dipertua (Speaker) Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Yahaya Ali berkata, karnival pantai itu perlu diperkasakan untuk dijadikan satu produk pelancongan negeri.“Terengganu sekarang ini sudah terkenal kepada para pelancong sebagai sebuah negeri yang cantik dan menarik. “Kita ada pantai yang terpanjang di Malaysia, Tasik (Kenyir) yang terbesar. Ada sungai yang cantik, air terjun. Apa yang penting tempat-tempat yang menarik ada satu penambahbaikan, supaya pelancong-pelancong yang datang itu mendapat manfaatnya, “Dengan adanya seni-seni budaya kita (kerajaan) melihat Terengganu ini mempunyai satu potensi yang besar terutama kepada para pelancong sama ada di peringkat nasional dan antarabangsa,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika mewakili Menteri Besar Terengganu pada Majlis Penutup Karnival Pantai Terengganu 2018, di Pantai Peranginan Batu Burok, Kuala Terengganu, pada 29 September.Speaker Dewan Undangan Negeri Terengganu, Yahaya Ali berucap pada Majlis Penutup Karnival Pantai Terengganu 2018 di Dataran Batu Burok, Kuala TerengganuMenurutnya, kepimpinan Terengganu juga akan meneruskan mana-mana program baik untuk rakyat dan negeri, meskipun yang pernah dilakukan oleh kerajaan sebelum ini.“Program Karnival Pantai atau dahulunya Pesta Pantai ini pernah dilakukan oleh kerajaan (Barisan Nasional) sebelum ini. “Program lepas mana yang baik boleh diteruskan dan mesti disesuaikan dengan hasrat kerajaan baharu. Terutamanya, mesti selari dengan kehendak Islam,” jelasnya. Katanya, program kesenian Islam, permainan tradisional, masakan tradisional dan banyak lagi boleh diteruskan. Yahaya Ali dan isterinya, Zarani Othman ketika melawat Bangsal Tradisi Daerah MarangJusteru, kata Yahaya, tidak timbul yang kerajaan baharu ini tidak mementingkan soal hiburan, warisan, kebudayaan dan sebagainya. “Perkara-perkara yang bersifat pemujaan, pergaulan bebas lelaki dan wanita, itu tidak sesuai. Kita ada batasannya. Kita kawal dan rakyat boleh mendapat peluang untuk berhibur dalam suasana yang lebih harmoni,” tegasnya yang juga Timbalan Pesuruhjaya III Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Terengganu.Hadir sama pada majlis itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman serta Timbalannya, Ustaz Sulaiman Sulong dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah.
30 Sep 18
78
20,000 Hadir Program Karnival Pantai 2018
20 ribu pengunjung membanjiri karnival pantai sepanjang tiga hari yang berakhir 29 September, di Pantai Batu Buruk . YB Ustaz Ariffin Deraman. Foto - Harish FadzillahKUALA TERENGGANU - Kira-kira 20 ribu pengunjung hadir ke Program Karnival Pantai 2018 yang telah diadakan di Pantai Batu Buruk, bermula 27 sehingga 29 September 2018.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Ustaz Ariffin Deraman berkata, karnival tersebut diadakan adalah sebagai satu usaha untuk menarik pelancong.“Karnival ini adalah lanjutan daripada pesta pantai yang lalu dan tradisi puluhan tahun yang lalu."Orang kampung dulunya sinonim dengan main pantai tetapi kita telah mengubah pengisian dan namanya daripada pesta pantai kepada Karnival pantai.“Ianya adalah untuk mengekalkan tradisi turun temurun. Antaranya macam hari ini, pada sebelah petang kita ada permainan tradisional seperti bola tin, terompah, dam dan wau tradisional yang ada di Terengganu seperti wau bulan, wau kucing dan lain-lain,” jelasnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media di Dataran Batu Buruk selepas selesai bermain bola tin (29 September).Katanya, ada pengunjung yang datang dari jauh ke karnival itu, antaranya dari Kemaman dan Besut bahkan dari Negeri Pahang.Karnival Pantai dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu di bawah portfolio pelancongan.“Kita (pihak kerajaan) telah memasukkan (karnival ini) dalam kalendar pelancongan untuk tahun-tahun akan datang,” katanya.Lapan pejabat daerah terlibat dengan program karnival termasuk agensi Yayasan Pembangunan Usahawan yang melibatkan jualan pelbagai produk tempatan.“Setakat ini jualan melibatkan hampir 50 booth dan kita buat bangsal sebenarnya daripada buluh dan pelepah daun kelapa melambangkan keunikan masyarakat lalu.“Kita galakkan pejabat-pejabat daerah menghias booth mengikut kebudayaan dan kesesuaian daerah masing-masing,” ujarnya.Justeru, beliau menyeru kepada seluruh rakyat Negeri Terengganu agar memberi sokongan kepada kerajaan negeri dan datang beramai-ramai ke Majlis Penutup Karnival Pantai 2018 yang dirasmika oleh Speaker Dewan Undangan Negeri, Haji Yahaya Ali.
29 Sep 18
40
Karnival Pantai Gamit Pengunjung Di Pantai Batu Burok
Mat Dan (kanan) turut serta memeriahkan acara berbalas pantun di Booth Beautiful Terenganu. Foto: Harish FadzillahKUALA TERENGGANU - Karnival Pantai Terengganu 2018 di bawah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu terus menggamit suasana dan tarikan pengunjung pada hari kedua penganjurannya.Pelbagai aktiviti menarik disajikan kepada pengunjung dari dalam dan luar negeri yang berkunjung ke karnival tersebut termasuklah acara berbalas pantun yang dianjurkan dengan kerjasama Lujnah Kesenian Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Terengganu.Urusetia program, Muhammad Alif Yusof berkata, acara itu bertujuan untuk memperkenalkan Kerajaan Negeri Terengganu kepada orang ramai dengan kaedah yang santai."Pengunjung dapat mengenal keunikan Terengganu daripada pelbagai aspek termasuklah kepimpinan negeri, tempat-tempat pelancongan yang ada dan sebagainya," katanya.Alif berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Acara Pantun "Terengganu Maju, Berkat, Sejahtera" di 'Booth Beautiful Terengganu', Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu (28 September).Menurutnya, keterlibatan jejaka Inggeris yang fasih berbahasa dialek Terengganu, Muhammad Kareef Daniel Abdullah atau lebih dikenali Mat Dan menarik perhatian pengunjung sekaligus memeriahkan suasana.DJ Mat Dan dan pengacara Manis FM sebagai peserta jemputan berbalas pantun dalam acara tersebut dan Kumpulan Batik Shantik muncul sebagai pemenang mengalahkan Kumpulan Mengkuang Merang.Dalam pada itu, Karnival Pantai Terengganu 2018 menampilkan keunikan dengan pendedahan tempat pelancongan negeri dan pengisian berilmu turut disajikan kepada pengunjung.Antara yang bakal berlangsung adalah Malam Kesenian Islam, persempahan teater, deklamasi sajak, kuliah Maghrib, pertandingan nasyid dan pelbagai lagi aktiviti menarik.Karnival berlangsung bermula 27 September hingga 29 September.
28 Sep 18
210