lightning-solid
Berita :

Artikel "Pelancongan" Terkini

Empty Image
Bajet 2019 : RM48.5 juta Untuk Industri Pelancongan Terengganu
KUALA TERENGGANU, 27 November - Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak 48.5 juta untuk membangun industri pelancongan negeri berasaskan kepada tujuh sub sektor.Ini termasuk Pelancongan Ekologi (Eco Tourism), Pelancongan Tani (Agro Tourism), Pelancongan Islam (Islamic Tourism), Pelancongan Budaya (Culture Tourism), Perlancongan Sukan (Sports Tourism) dan Pelancongan Kesihatan (Health Tousim).Katanya, bagi menggalakkan tarikan pelancong yang lebih ramai untuk mengunjungi Tasik Kenyir tahun depan, sejumlah RM30 juta diperuntukkan khas untuk pengurusan dan pembangunan tasik buatan mansuia itu.Menurut beliau pada tahun 2017 seramai 808,336 pengunjung telah mengunjungi Tasik Kenyir.Beliau berkata demikian ketika mengemukakan Enakmen Perbekalan 2019 di Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu ke 14 di Wisma Darul Iman kelmarin.Katanya kerajaan juga memperuntukkan sebanyak RM9.5 juta untuk membangun Pulau Bidong sebagai pulau warisan mencakupi pengurusan serta pembangunan taman negeri.Keindahan Tasik Kenyir di waktu senja."Langkah ini melambangkan sebahagian usaha dan komitmen Kerajaan Negeri dalam melindungi khazanah alam semual jadi," jelasnya.Dr Ahmad Samsuri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang berkata, kebersihan sebahagian tuntutan agama yang memberi kesan langsung kepada industri pelancongan.Oleh itu katanya, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM4 juta lagi bagi program kebersihan dan keceriaan untuk menjayakan Program Terengganu Bersih dan Ceria."Kerajaan Negeri akan menaik taraf jalan penghubung di pulau-pulau peranginan dengan peruntukan RM3 juta."Ia selaras dengan Pelan Induk Pembangunan Pulau-pulau dan Taman Laut Negeri Terengganu," ujarnya.Namun tambah beliau, aspek pengekalan ekosistem dan pembangunan lestari di kawasan pulau terbabit akan diambil kira.Katanya, bagi memastikan pengekalan prestasi, peruntukan sebanyak RM2 juta disediakan untuk tujuan menyelenggara dan menceriakan lokasi-lokasi pelancongan.Ini termasuk inisiatif berterusan Kerajaan Negeri dalam usaha mempertingkatkan perlindungan khazanah alam semula jadi negeri serta pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar."Komitmen ini diterjemahkan melalui pewartaan Taman Negeri Setiu Wetlands dan Taman Negeri Lawit-Cenana di Tasik Kenyir," terang beliau.
26 Nov 18
742
Empty Image
Setiu Wetland Terengganu, Mercu Tanda Baharu Eko-Pelancongan
YM Tengku Azam menunjukkan pembahagian ekosistem Setiu Wetland.SETIU, 24 November - Dengan keluasan 23 ribu hektar dan memiliki sembilan ekosistem, Tanah Bencah Setiu atau lebih dikenali 'Setiu Wetland' merupakan tanah lembap terbesar di wilayah Pantai Timur Semenanjung Malaysia.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Komunikasi negeri, Ariffin Deraman berkata, kerajaan negeri telah mewartakan sebahagian kawasan itu sebagai taman negeri untuk menjaga kelestarian ekosistemnya."Tanah bencah ini bakal memberi nafas baru kepada pembangunan di daerah Setiu khususnya dan di Negeri Terengganu amnya."Kerajaan negeri sedang meningkatkan usaha membangunkan taman negeri ini melalui lima kluster iaitu promosi, latihan kemahiran, pembangunan produk dan fasiliti, pemuliharaan serta institusi perniagaan.Ariffin mahu Setiu Wetland menjadi mercu pembangunan daerah itu."Kita telah menaik taraf laluan masuk dan mengenal pasti produk-produk tempatan untuk meningkatkan ekonomi penduduk sekitar," katanya.Beliau yang ditemui pemberita ketika mengadakan lawatan kerja di Broadwalk Setiu, Pengkalan Gelap kelmarin menyatakan keunikan 'wetland' itu memiliki kelebihan tersendiri berbanding tanah bencah lain."Kedudukannya yang berdepan dengan tiga pulau iaitu Pulau Perhentian, Pulau Lang Tengah dan Pulau Redang menjadikannya destinasi strategik untuk persinggahan pelancong."Penggiat-penggiat industri pelancongan boleh mengambil peluang memperkenalkan Terengganu melalui pakej-pakej eko-pelancongan 'Setiu Wetland' yang inovatif, kreatif dan berbaloi."Keunikan dan kepelbagaian hidupan di sini sesuai dibangunkan sebagai produk 'edu-tourism'," katanya.'Setiu Wetland' semenjak diwartakan telah menjadi tumpuan penyelidikan dan eko-pelancongan kerana keunikan alam dan hidupannya.Lawatan kerja sehari itu turut disertai Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak dan Pengetua Wetland School of Setiu, YM Tengku Azam Tengku Mat.Menyusuri Wetland merupakan salah satu tarikan unik di sini.
23 Nov 18
607
Empty Image
Kerajaan Negeri Komited Majukan Taman Eco-Rimba
HULU TERENGGANU, 18 November -Kerajaan Terengganu akan menyalurkan peruntukan yang lebih besar bagi memajukan produk pelancongan berasaskan eko-rimba bagi menaik taraf dan menyelenggara taman berkenaan pada tahun hadapan.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Ariffin Deraman berkata, peruntukan ini bagi memulihkan taman eco-rimba supaya lebih menarik, tersusun rapi dan mampu menjadi tarikan lebih ramai pelancong datang ke negeri ini.Jelasnya lagi, bila penaiktarafan ini dibuat, taman eco-rimba lebih menarik dan pelancong akan datang lebih ramai dan seterusnya mampu menjana sumber kewangan negeri."Buat masa sekarang, kita ada memfokuskan enam taman eco-rimba yang merupakan produk pelancongan utama negeri yang dikawal selia oleh Jabatan Perhutanan Negeri berpotensi dengan dibuktikan peningkatan  pelancong di enam kawasan berkenaan."Ia termasuk Hutan Lipur Sekayu, Hulu Terengganu; Lata Tembakah dan Belantan, Besut; Air Terjun Chemerong dan Taman Rimba Bukit Bauk, Dungun serta Air Terjun Menderu, Kertih."Saya juga telah meminta pihak Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu (JPNT) kemukakan perancangan segera untuk tambahan peruntukan apabila dimaklumkan jumlah yang diterima jabatan untuk mengurus dan menyelenggara setiap taman adalah sekitar RM20,000 setahun dan ia  agak kecil," katanya.Ariffin Deraman.Beliau berkata demikian kepada pemberita di sidang media selepas lawatan kerja ke Taman Eko Rimba, Sekayu, Hulu Terengganu, di sini hari ini.Turut hadir, Pengarah Perhutanan Negeri Terengganu, Dato'  Ahmad Fadzil Abdul Majid.Ahmad Fadzil Sementara itu, Ahmad Fadzil berkata, jabatannya kini dalam proses menyiapkan Pelan Rancangan Pembangunan Hutan Lipur untuk dibentangkan pada tahun hadapan bagi permohonan tambahan peruntukan."Antara kandungannya ialah rancangan pembangunan yang lebih menyeluruh, tersusun dan sistematik bagi melonjakkan pelancongan eko-rimba," ujarnya.
18 Nov 18
341
Empty Image
Potensi Sukan Ekstrim 4x4 Di Terengganu
Wan Sukairi melepaskan peserta kejohanan sukan lasak Ranggok Challenge 2018. Foto oleh Harish Fadzillah Abu KassimOleh: Wan Luqman HakimMARANG, 11 November - Sukan lasak perlumbaan pacuan empat roda, Ranggok Challenge 2018 berpotensi menjadi sukan pelancongan yang mampu menarik pelawat ke negeri ini.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, acara tahunan itu sentiasa ditunggu-tunggu peminat sukan ekstrim terutama kelab pacuan empat roda atau 4x4 dari dalam dan luar negara."Sukan ini juga dapat merancakkan lagi ekonomi Terengganu ini apabila meningkat tempahan chalet-chalet dan kedai-kedai (perniagaan) di Terengganu ini," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Ranggok Challenge 2018 di Litar Lasak Gong Cempedak, di sini, kelmarin.Kejohanan sukan lasak itu dianjurkan kerajaan negeri dengan kerjasama Ranggok Adventure Sport Club yang dipengerusikan oleh Senator Datuk Razali Idris.Sebanyak sembilan pasukan dari dalam dan luar negara menyertai kejohanan dua hari bermula 9 November lalu, pada kali ini.Wan Sukairi berharap program itu mampu memberi peluang kepada anak muda di seluruh Terengganu melibatkan diri dalam program yang bermanfaat dan mengelak dari gejala yang tidak sihat.Add caption
11 Nov 18
705
Empty Image
Perkenal Pantai Penarik Di Teksi London
Ariffin (kanan) menunjukkan paparan Pantai Penarik Setiu di Teksi London.UNITED KINGDOM,  7 November - Kerajaan  mempergiatkan promosi negeri Terengganu di luar negara dengan melancarkan teksi London berpaparan pemandangan Pantai Penarik, Setiu.Dengan pelancaran itu, satu lagi usaha bersungguh-sungguh dilakukan kerajaan negeri untuk memperkenalkan Terengganu di mata dunia sekaligus  menarik lebih ramai pelancong datang ke negeri tersebut.Pelancaran itu dibuat bersama, Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri , Dato. A Rahman Yahya dan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi negeri, Ariffin Deraman di kota London, semalam.Gambar gimik pelancaran itu dimuat naik di status Facebook Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.Dato' A Rahman menunjukkan isyarat 'bagus' ke atas paparan promosi Pantai Penarik di Teksi London.Dr Ahmad Samsuri di statusnya menyebut, acara tersebut merupakan salah satu usaha kerajaan negeri dalam mempromosi produk pelancongan negeri di kota London.Katanya, kerajaan memilih untuk membuat promosi berkenaan kerana teksi itu merupakan satu ikon di kota London dan ia mempunyai keunikan reka bentuk tersendiri yang hanya terdapat di situ.Sementara itu, beberapa orang netizen dalam komentar di Facebook Dr Ahmad Samsuri, kebanyakannya menyambut baik sekaligus mengucapkan tahniah atas usaha kerajaan tersebut.Mohd Asri Yusof menyifatkan iklan itu sangat sesuai dengan orang London.Manakala, Arbaain Embong pula mengharapkan semoga iklan berkenaan membuahkan hasil.
06 Nov 18
72
Empty Image
Bumbung Raja, Lokasi Perkelahan Bersejarah Jadi Tarikan Di Dungun
Ghazali menunjukkan kawasan yang dikatakan pernah menjadi kawasan istirahat diraja di Bumbung RajaOleh : Adli Mohamad.DUNGUN- Bumbung Raja yang terletak di Kampung Pasir Raja, Dungun merupakan lokasi perkelahan menarik dan bersejarah mampu menambat hati pelancong sekali gus meneroka destinasi menarik yang ada di kawasan tersebut.Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata lokasi perkelahan itu dahulunya mempunyai cerita dan sejarah tersendiri kerana ia merupakan tempat persinggahan dan tempat beristirahat DiRaja."Dahulu di tepian sungai ini, ada dibina pentas DiRaja dan disinilah dipasangnya khemah-khemah raja untuk mereka berehat."Cerita itu telah diceritakan satu generasi kepada generasi yang lain dan sebab itulah kisahnya sentiasa diingati oleh penduduk di sini," ujarnya.Beliau berkata demikian kepada wakil Urusetia Penerangan Darul Iman(UPDI), ketika meninjau kawasan berkenaan pada Isnin, 15 Oktober.Menurut Ghazali, rakyat biasa dahulu dilarang menangkap ikan di sini kerana apabila tertangkap, mereka akan dimurkai oleh raja diatas kesalahan tersebut."Kawasan di sini akan sesak dengan pengunjung semasa cuti persekolahan samada penduduk tempatan atau dari luar."Destinasi ini biasanya akan menjadi pilihan kedua, selepas lokasi perkelahan Lubuk Kain sekiranya sesak maka pengunjung akan memilih untuk datang kesini,"katanya lagi.Beliau amat berkeyakinan bahawa tempat ini, akan menjadi destinasi perkelahan utama sekiranya dimajukan dengan sedikit penambahbaikan untuk menarik lebih ramai pengunjung."Diantaranya, pihak berkaitan perlu menggantikan papan tanda yang telah pun usang."Dan aspek-aspek keceriaan perlu ditingkatkan, kerana persekitaran kawasan yang tidak ceria akan menampakkan ianya kelihatan suram," ujarnya.
16 Oct 18
805
Empty Image
Pelancong Datang Bukan Mahu Minum Arak
Dr Haji Alias Razak.KUALA NERUS - Kerajaan Negeri Terengganu percaya ada pihak tertentu cuba menimbulkan suasana tidak baik apabila menggambarkan kerajaan seolah-olah membiarkan mereka mengadakan pesta maksiat di negeri ini.Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Haji Alias Razak berkata, ada pihak mengeluarkan iklan secara maya seolah-olah kerajaan negeri membenarkan penganjuran festival maksiat sedangkan tidak ada sebarang kebenaran diberikan untuk penganjuran seumpama itu."Ada siar iklan di alam maya seolah-olah kerajaan telah memberi kelulusan sedangkan tidak ada sebarang kelulusan diberikan untuk penganjuran maksiat."Ini yang susahnya, teknologi moden sekarang tidak boleh menghalang penyiaran iklan seumpama itu di alam maya," jelasnya.Beliau berkata demikian ketika mengulas pihak tertentu menyiarkan iklan berbentuk video menjolok mata di alam maya tanpa kebenaran, ketika ditemui pemberita selepas perasmian Bengkel Pemeliharaan Kelulut di Bilik Seminar Mardi Terengganu di Kubang Jela di sini 15 Oktober.Menurut beliau, kerajaan tidak pernah memberi kelulusan kepada mana-mana pihak untuk mengadakan sebarang pertunjukan yang bertentangan dengan garis panduan hiburan negeri.Ini bukan bererti kerajaan menghalang mana-mana pihak mengadakan majlis hiburan di mana-mana tempat di negeri ini, tetapi mesti mengikut peraturan yang ditetapkan."Semua orang sukakan hiburan tetapi hiburan mesti mengikut garis panduan agama. Apabila hiburan dibuat mengikut garis panduan tersebut, lebih ramai pengujung hadir dalam majlis berkenaan."Kita (kerajaan) pernah membenarkan pertunjukan hiburan diadakan di stadium dengan mengikut garis panduan yang ditetapkan, tidak jadi masalah," jelasnya.Di samping itu, beliau menafikan sekeras-kerasnya dakwaan mengatakan bahawa pesta hiburan dipenuhi arak kononnya bertujuan menarik pelancong luar dan dalam negara ke Negeri Terengganu.Katanya, jika kedatangan pelancong ke Terengganu untuk minum arak, di negara luar termasuk Thailand, didapati lebih banyak arak dijual dan bebas diminum tanpa had.Katanya, pelancong datang ke Terengganu bertujuan untuk melihat keindahan alam di negeri ini termasuk, pulau, pantai dan tasik, bukan untuk minum arak."Jika mahu minum arak, negara mereka lebih banyak arak dijual berbanding di Malaysia, tak perlu datang ke Malaysia khususnya Negeri Terengganu," ujarnya.
15 Oct 18
100
Empty Image
Terengganu Destinasi Pelancongan Islamik - Dr Samsuri
Pengerusi Persatuan Pelancongan Negeri Terengganu,Tun Baharom Tun Abdul Razak (kanan) menurunkan tandatangan aku janji sambil diperhatikan oleh Ustaz Sulaiman Sulong (tengah) dan Pengerusi Tourism Productivity Nexus, Uzaidi Udanis (kiri). KUALA TERENGGANU - Negeri Terengganu telah menerima anugerah ‘Islamic Quality Standard’ yang sekaligus diiktriraf sebagai destinasi mesra Muslim.Menteri Besarnya, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, anugerah itu suatu pengiktirafan yang cukup membanggakan negeri dan rakyat Terengganu.“Saya sangat berbangga kerana Negeri Terengganu telah menerima anugerah itu daripada Universal Crescent Standard Centre dan Universiti Teknologi Mara.“Anugerah ini selari dengan usaha kerajaan negeri untuk menjenamakan semula Terengganu sebagai pusat pelancongan Islamik,” ujarnya.Teks ucapan Menteri Besar itu dibacakan oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ustaz Sulaiman Sulong, ketika merasmikan Tourism Productivity Day dan Showcasing Tourism Products Terengganu, di Dewan Gamelan, Primula Hotel, Kuala Terengganu, hari ini (14 Oktober).Sehubungan itu, katanya Kerajaan Terengganu komited untuk terus mempromosikan negeri ini sebagai destinasi pelancongan utama.Menurutnya, kerajaan negeri juga akan mempergiatkan usaha bagi memperbanyakkan produk pelancongan baharu serta menambahbaik produk-produk sedia ada.Katanya, produk pelancongan baharu seperti ‘Dapo Pata’ yang berkonsepkan ‘kitchen-by-the-beach’ mendapat sambutan baik dari para pelancong di Pantai Tok Jembal, Kuala Terengganu.“Promosi utama kerajaan negeri adalah melalui portal ‘Beautiful Terengganu’ yang mengandungi maklumat aset-aset pelancongan yang unik dari eko-pelancongan, kebudayaan dan warisan.“Antaranya pertama, Tasik Kenyir Terengganu mempunyai tasik terbesar dan tertinggi dengan pulau pedalaman terbanyak di Malaysia.“Kedua, Pulau Redang dan Pulau Perhentian merupakan antara pusat menyelam yang terbaik di dunia. “Ketiga, terdapat kawasan fosil zaman batu yang membuktikan penempatan zaman purba seawal 8,000 hingga 20,000 tahun yang lalu ditemui di Terengganu.“Dan keempat, Festival Peranakan tahunan yang memaparkan budaya dan keunikan masyarakat peranakan Cina Negeri Terengganu dikenali sebagai Festival Mek dan Awang, mulai tahun 2019,” jelasnya.Selain itu, katanya, kemudahan infrastruktur yang lebih berkesan akan terus diberi penekanan seperti memperbanyakkan jumlah penerbangan ke Terengganu.Dr Ahmad Samsuri berharap agar usaha-usaha penambahbaikan yang berterusan akan dapat menyumbang kepada sasaran pertumbuhan sektor pelancongan negara.“Kita (Terengganu) berharap akan dapat menyumbang kepada sasaran pertumbuhan sektor pelancongan negara iaitu seramai 30 juta kedatangan pelancong dan sejumlah RM100 bilion pendapatan pelancongan menjelang tahun 2020,” ujarnya.Oleh itu, katanya, kerajaan dan penggiat industri pelancongan perlu mengenal pasti dan mengambil peluang-peluang baharu bagi meningkatkan pertumbuhan sektor pelancongan.Beliau yakin dan percaya bahawa program ‘Showcasing Tourism Products’ ini adalah salah satu platform ke arah mencapai matlamat tersebut.
14 Oct 18
381
Empty Image
Sukan Negara Pupuk Budaya Hidup Sihat - Alias Razak
Dr Alias Razak menyempurnakan gimik perasmian Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Kuala Nerus 2018.Oleh: Safwan SyakirKUALA NERUS - Hari Sukan Negara adalah penting dalam usaha kerajaan menggalakkan rakyat menerapkan amalan budaya hidup cergas dan aktif.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr. Alias Razak berkata, peratusan masyarakat Malaysia yang aktif bersukan masih lagi rendah iaitu pada kadar sekitar 40 peratus berbanding dengan 50 hingga 60 peratus di negara-negara maju.“Budaya sukan secara tidak langsung dapat membantu menurunkan kadar penyakit kronik dalam kalangan rakyat Malaysia."Pembangunan ekonomi negara juga turut mendapat implikasi yang baik melalui pembangunan industri sukan."Justeru, ayuhlah sama-sama kita memeriahkan sambutan Hari Sukan Negara pada tahun ini dengan aktiviti yang menyihatkan badan," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Sambutan Hari Sukan Negara dan Car Free Hour peringkat Daerah Kuala Nerus bagi tahun 2018 di Kompleks Sukan Gong Badak Kuala Nerus, hari ini (13 Oktober).Dalam perkembangan yang sama, menurut Dr Alias Razak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal, sambutan Hari Sukan Negara merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan."Ia adalah suatu langkah proaktif di dalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’."Sambutan ini diisytiharkan pada setiap hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun," jelasnya.Tambah beliau, antara objektif Hari Sukan Negara ialah untuk memupuk semangat perpaduan antara semua kaum selain dapat meningkatkan pengetahuan sukan."Ia juga bertujuan untuk menerapkan budaya sukan dalam kalangan rakyat," ucapnya.Majlis dimeriahkan lagi dengan pelbagai acara dan aktiviti seperti Fun Ride 25 Km, Fun Run, Fun Walk, manakala acara sukan yang dianjurkan ialah Shoot Bola Jaring, Sepak Gol Kecik, Sukaneka, Car Boot Sale.Pengunjung juga tidak melepaskan peluang untuk membuat pemeriksaan kesihatan dan mengambil bahagian dalam aktiviti cabutan bertuah yang disediakan pihak penganjur.Turut hadir, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Hishamuddin Abdul Karim dan Pegawai Daerah Kuala Nerus, Dato’ Tengku Farok Hussin Tengku Abd Jalil.
13 Oct 18
445
Empty Image
Nenas MD2 Kijal Tarikan Terbaharu Pelancongan.
Oleh : Alfian MamadKemaman - Ladang nenas MD2 di Kampung Bujal, Kijal di sini bakal menjadi hab agro-pelancongan berasaskan pertanian sekali gus membantu golongan petani  menjana pendapatan yang lebih.Kawasan agrotourism yang mempunyai ladang nenas MD2 seluas 30 ekar kini sedang diusahakan secara berkelompok berpotensi menjadi salah satu daya tarikan terbaharu bagi Kemaman.Penyelaras Dewan Undangan Negeri (Dun) Kijal, Ustaz Hazri Jusoh berkata, ladang ini bakal diperluaskan lagi sehingga mencapai seratus ekar dan penduduk tempatan sebagai peserta program."Saya cukup berbesar hati dan berharap semoga projek ini diteruskan sehingga berjaya dan syabas saya ucapkan kepada anak muda yang komited dalam mengusahakan tanaman nenas ini kerana tak ramai orang muda yang sanggup bergelumang dengan tanah pada masa kini."Dan saya juga berharap supaya projek ini juga akan membuka mata dan minda anak muda kita diluar sana," kata beliau ketika berucap di Program Pantauan Kawalan Kualiti Tanaman di Ladang nenas MD2 di Kampung Bujal, Kijal, Kemaman di sini hari ini.Turut hadir,  Pengarah Bahagian Kualiti Tanaman Jabatan Pertanian Malaysia, Nasir Haris; Pengarah LPNM Terengganu, Imran Fahmi Tajul Ariffin dan Ahli Parlimen Kemaman, Ustaz Alias HamidHadir sama, Pegawai Pertanian Kemaman, Nazirah Abdul Rahman; Pegawai Lembaga Perindustrian Nenas Malaysia (LPNM) Kemaman, Hazman Jusoh; Pegawai i-MiTS Dun Kijal dan Timbalan Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Payoh.Sementara itu, usahawan muda yang berasal dari Kampung Payoh,  Che Ku Mohd Sufian bin Che Ku Long, 32 tahun merupakan usahawan muda yang berasal dari Kampung Payoh mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantunya sehingga dia berjaya dalam projek tanaman nenas."Saya ucapkan terima  kasih diatas sokongan dan tunjuk ajar dari pihak MPKK, Pejabat Dun, Jabatan Pertanian Negeri/Daerah dan LPNM kerana tanpa sokongan anda semua, saya tidak akan mencapai kejayaan pada hari ini,"ujarnya.
12 Oct 18
431