lightning-solid
Berita :

Artikel "Pelancongan" Terkini

Empty Image
Bukit Harimau Menangis Terengganu Tarikan Baharu Sukan Hiking
Oleh: Khalid AbdullahKEMAMAN, 20 Januari - Bukit Harimau Menangis berpotensi besar sebagai lokasi baharu aktiviti pendakian atau 'hiking' yang mampu menggamit kehadiran khalayak dalam masa terdekat.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik, Ir Saiful Azmi Suhaili berkata,  lokasinya yang terletak berdekatan laluan utama, jalan raya dari Kemasik ke Pekan Air Jernih memudahkan peminat aktiviti rekreasi untuk datang berkunjung."Tidak jauh dari Mesra Mall (pusat membeli-belah tersohor di sini), kira-kira 10 kilometer sahaja serta sangat mudah untuk diakses," jelas beliau.Sebelum itu, Ir Saiful Azmi Suhaili bersama kira-kira 400 orang penggemar sukan mendaki serta orang ramai memulakan pendakian sekitar pukul 8 pagi dalam Program Jom Hiking Bersama YB di Bukit Harimau Menangis, di sini, kelmarin."Penyertaan sangat memberangsangkan, jangkaan awal hanya 100 orang sahaja yang akan mengambil bahagian, ada yang datang dari jauh termasuk dari Kuala Terengganu, Dungun dan Cukai, Kemaman."Kita percaya dengan sambutan sebegini, ianya suatu petanda yang baik untuk lokasi ini yang bakal menggamit kehadiran ramai peminat sukan lasak dan juga orang ramai datang beriadah bersama keluarga di sini," ujarnya.Menurutnya, ketika berada di puncak bukit itu, dengan ketinggian 660 kaki dari aras laut, orang ramai dapat melihat keseluruhan Pekan Kemasik, Pantai Kuala Kemasik, Kampung Semayor, Kampung Cabang dan 'boiler-boiler' (dandang) kawasan perindustrian minyak di Kertih.Ir Saiful Azmi juga mengharapkan pengunjung ke Bukit Harimau Menangis dapat mengutamakan aspek kebersihan alam sekitar bila berpeluang ke situ."Banyak sampah sarap ditinggalkan di puncak bukit serta sepanjang denai laluan, perkara ini tidak sepatutnya berlaku."Kita perlu memupuk budaya ringan tulang di kalangan pendaki dengan tidak membuat sampah, malah mula bergerak untuk mengutip sampah," ujar beliau penuh harapan.
19 Jan 19
1021
Empty Image
Paya Bunga Hotel Terengganu Model Patuh Syariah
KUALA TERENGGANU, 20 Januari - Kerajaan Negeri Terengganu meletakkan hasrat untuk menjadikan Paya Bunga (PB) Hotel sebagai model kepada semua hotel di Malaysia.Ketua Eksekutif Syariah PB Hotel, Mohd Zamani Ismail berkata, konsep hotel patuh syariah yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri akan menjadi contoh kepada hotel yang lain.Jelasnya lagi, orang ramai tidak perlu merasa takut dengan konsep patuh syariah yang diperkenalkan, kerana hotel ini melaksanakan patuh syariah secara menyeluruh yang akan menjamin keselamatan pengunjung sesuai dengan konsep Islam rahmat untuk semua."Hotel ini meletakkan satu konsep ciri pelaksanaan patuh syariah secara menyeluruh, terdiri daripada staf-staf yang diminta untuk menutup aurat, perempuan bertudung, yang lelaki kita galakkan menyertai program-program keagamaan yang dianjurkan seperti kuliah Zohor dan ceramah perdana."Apa yang lagi penting, hasrat daripada YAB (Yang Amat Berhormat) Menteri Besar ke arah melahirkan negeri Maju, Berkat dan Sejahtera di mana kita mahu meletakkan hotel ini sebagai model atau contoh kepada hotel-hotel di Terengganu dan Malaysia," katanya.Paya Bunga Hotel Terengganu mempunyai 208 bilik, kolam renang, gimnasium dan berada di tengah-tengah bandar Kuala Terengganu yang amat sesuai dijadikan pilihan utama kepada para pelancong dari dalam dan luar negeri.Beliau berkata demikian ketika bersiaran secara langsung dalam rancangan ‘Assalamualaikum’ di Tv Al-Hijrah hari ini.Turut serta dalam rancangan yang bersiaran jam 9.35 pagi tadi ialah Pengurus Operasi PB Hotel, Abdul Hadi Alias.Hotel setinggi 12 tingkat yang dirasmikan oleh Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pada 31 Disember lalu turut menyajikan pelbagai makanan tradisi Terengganu seperti nasi dagang dan keropok lekor.Berkonsepkan moden kontemporari, hotel itu menawarkan kemudahan eksklusif kepada tetamu dari segenap lapisan masyarakat untuk bersantai sambil menikmati pemandangan indah Bandaraya Warisan Persisir Air.Dengan  adanya dua jambatan yang menghubungkan  antara hotel dan kompleks-kompleks tersebut, tetamu dapat menikmati  kemudahan seperti Pusat Transformasi Bandar (UTC), Panggung Wayang LFS dan Pusat Bowling Coral Crown Bowl.Tetamu juga boleh menikmati pemandangan ‘rooftop’ yang indah sekitar bandar raya ini dari perkarangan kolam renang Paya Bunga Hotel Terengganu.Kolam renang yang berada di tingkat 11 merupakan kolam renang aras tinggi pertama di Kuala Terengganu dan menawarkan pemandangan 360 darjah bandar Kuala Terengganu kepada tetamu.
19 Jan 19
608
Empty Image
Nasi Dagang Antara Masakan Istimewa Di Paya Bunga Hotel Terengganu
Mohd Fadzil mempamerkan pelbagai masakan istimewa PB Hotel.KUALA TERENGGANU, 19 Januari - Paya Bunga (PB) Hotel Terengganu kini mempromosikan lebih 100 menu pelbagai jenis masakan popular termasuk nasi dagang istimewa sempena pembukaan hotel tersebut baru-baru ini.  Nasi dagang itu dikawal pembikinannya oleh seorang cef khas menjadikan rasanya ekslusif  dan sentiasa disebut pengunjung dan penginap hotel tersebut.  Ketua cef hotel itu,  Mohd Fadzil Ismail,  46, yang sudah berpengalaman selama 30 tahun dalam penyediaan masakan hotel berkata, nasi dagang PB Hotel kini antara masakan popular di kalangan pelanggan hotel itu.Pelbagai juadah istimewa disediakan oleh PB Hotel menepati cita rasa pelanggannya.Walaupun ia baru dibuka, masakan itu antara yang popular di hotel berkenaan.  Kebanyakan makanan di hotel tersebut adalah hasil olahan ketua cef itu termasuk dalam masakan Terengganu,   Barat dan Malaysia.  Mohd Fadzil menyajikan makanan tersebut untuk dirasai sendiri oleh pemberita dan jurugambar yang dijemput khas sempena memperkenalkan masakan di hotel berkenaan di sini kelmarin.  Menurut beliau, harga masakan di hotel berkenaan bermula dari RM11 hingga RM60. PB Hotel merupakan sebuah hotel patuh syariah milik Kerajaan Terengganu. Ia difahamkan menjadi tumpuan baharu penginapan bagi pengunjung yang datang untuk menikmati keindahan Bandaraya Kuala Terengganu dan kawasan sekitarnya. 
19 Jan 19
1177
Empty Image
Diskaun Harga Tiket Perkampungan Konservasi Gajah Kenyir Jun Ini
HULU TERENGGANU, 17 januari - Kerajaan negeri bersedia mengambil langkah proaktif mempromosikan Perkampungan Konservasi Gajah Kenyir (KECV) bukan hanya sebagai pusat perlindungan malah satu tarikan pelancongan di Tasik Kenyir.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, bagi mempopularkan lagi KEVC, Minggu Konservasi Gajah akan diadakan pada pertengahan Jun ini.Katanya, ia akan diadakan selama seminggu dengan pelbagai acara yang menarik termasuk memberi tawaran diskaun harga tiket kepada mereka yang berkunjung ke KECV."Salah satunya, kita bersetuju untuk menurunkan harga tiket supaya ia dapat menarik kehadiran lebih ramai pelancong ke sini."Kita akan berbincang dengan pihak pengurusan KECV untuk meletakkan kos tiket yang mampu dibayar oleh mereka yang datang berkunjung di samping mempergiatkan promosi lain dan beberapa penambahbaikan yang perlu dilakukan," kata Ariffin.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas lawatan kerja ke KECV, Tasik Kenyir, di sini, hari ini.Ariffin berkata, dengan penurunan harga tiket dan pelbagai promosi yang dijalankan diharapkan mampu meningkatkan kedatangan pelancong ke KECV dari 15,000 orang pada tahun lepas kepada 25,000 orang pada tahun ini."Saya yakin dengan tawaran promosi yang dibuat mampu meningkatkan kuantiti pelancong ke KECV ini dan termasuklah peranan pihak media dalam mempromosikannya melalui hebahan mereka."Kita juga akan kaji balik harga tiket yang sesuai bagi memenuhi hasrat pelancong yang mahukan harga yang lebih murah daripada yang dikenakan sekarang iaitu RM40 untuk golongan dewasa (warga emas secara percuma), RM20 bagi pelajar sekolah menengah dan RM10 untuk pelajar sekolah rendah," katanya lagi.Mengulas mengenai isu gajah liar, Ariffin berkata, kerajaan negeri sentiasa bekerjasama dengan Perhilitan untuk memastikan ia tidak menjejaskan tanaman milik penduduk."Sebenarnya kita ada pihak Perhilitan yang menguruskan gajah-gajah liar ini sama ada hendak meletakkan gajah yang ditangkap di KECV atau di mana yang sesuai."Namun pihak kerajaan terutama pihak pelancongan alu-alukan di KECV dahulu dan kemudian kita akan tengok balik keserasiannya," ujarnya lagi.Untuk rekod, kewujudan KECV bermula pada 2012 apabila kerajaan negeri meluluskan rezab tanah seluas 256 hektar untuk dijadikan pusat konservasi dengan menempatkan 18 ekor gajah.Sehingga kini 12.8 hektar kawasan sudah dibangunkan di KECV ini termasuk pembinaan jambatan gantung sejauh 600 meter, tujuh menara, 30 kandang, masing-masing satu bangunan penginapan penjaga gajah (mohuk), restoran tepi sungai, surau, tandas, kafe dan bangunan pengurusan serta dua stor makanan.Kemudahan lain iaitu 200 petak parkir kereta, 300 parkir motosikal dan 20 parkir bas turut disediakan kepada pengunjung KECV.
17 Jan 19
1073
Empty Image
"Datang Dan Rasai Sendiri Keindahan Paya Bunga Hotel Terengganu" - Abdul Hadi
Abdul Hadi.KUALA TERENGGANU, 14 Januari - Pengunjung seluruh dunia, rakyat Malaysia dan Terengganu khususnya dipelawa merasai sendiri keindahan dan kelainan hotel patuh syariah milik kerajaan negeri, Paya Bunga (PB) Hotel Terengganu.Pemangku Pengurus Besar PB Hotel, Abdul Hadi Alias berkata, lokasi hotel yang terletak di tengah-tengah bandar Kuala Terengganu itu menawarkan capaian ke banyak tempat menarik di kawasan sekitar. "Untuk ke Pasar Payang misalnya hanya memerlukan kita berjalan kaki tidak sampai lima minit."Selain itu, hentian bas yang terletak bersebelahan hotel memudahkan pengunjung untuk bergerak menggunakan kemudahan awam," katanya ketika ditemui Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) di hotel berkenaan, hari ini.Ditanya tentang konsep PB Hotel yang menjadi bualan netizen di media sosial baru-baru ini, beliau menyatakan rasa bangga dengan pelaksanaan patuh syariah yang diperkenalkan."Secara fizikal, pematuhan syariah yang dilaksanakan ialah menjaga aspek keperluan ibadah pengunjung Muslim seperti menyediakan sejadah, kain pelikat dan al-Quran di dalam bilik.Pematuhan syariah tidak membataskan keriangan bercuti."Paling menarik, telekung turut disediakan dan ini memudahkan pengunjung wanita selain buku-buku berkaitan agama untuk bacaan santai."Kita ada juga perdengarkan azan dan pengisian agama dari masa ke masa."Bagaimanapun, buat pengunjung bukan Muslim, tidak perlu bimbang."Pematuhan syariah Islam adalah penerapan etika, nilai dan disiplin dalam perkhidmatan menjadikan ia sesuai dengan semua golongan," katanya.Beliau menambah, pengunjung juga pasti tertarik dengan pelbagai jenis makanan yang disediakan."Kami memiliki chef yang berpengalaman selama 30 tahun dalam bidang perhotelan untuk menjamu anda."Dari tingkat 11 di mana saya berdiri ini,  kita boleh melihat panorama seluruh bandar dan pantai Kuala Terengganu yang indah."Saya sukacita menjemput pengunjung daripada seluruh dunia menikmati sendiri keindahan dan keunikan hotel kami," katanya.
13 Jan 19
1235
Empty Image
Syukor Khamis Kampung Boy Terengganu
Foto - Pok AbbasKUALA TERENGGANU, 12 Januari - Khamis Jusoh, 63, dan anaknya, Muhammad Syukor Khamis, 14, menjadi tumpuan orang ramai selepas tular kerana keakraban anak lelakinya bersama haiwan kesayangan mereka.Ditanya mengenai kesediaannya bekerjasama dengan mana-mana pihak untuk menaikkan nama Terengganu, beliau menyatakan keterbukaannya menerima kedatangan pelbagai pihak."Selagi saya ada, tidak menjadi masalah. Semua ini untuk mewarisi apa (keunikan) yang kita ada, saya tidak keberatan menerima kerjasama daripada kerajaan atau sesiapa pun."Cuma, jika betul berlaku kerjasama seperti dalam bidang pelancongan, sumbangan itu perlu ada bagi menyediakan tempat yang sesuai untuk pelancong yang datang," katanya dalam pertemuan di Kampung Kubang Bujuk itu.Bapa kepada lapan orang anak itu turut berharap dapat mewariskan perusahaan haiwan ternakan kepada anak-anaknya untuk diteruskan."Saya bermain dengan haiwan ini daripada kecil, sekitar umur 5 hingga 6 tahun sudah mengikut ayah ke kandang menguruskannya dan kerbau-kerbau ini sebahagiannya diwarisi daripada ayah saya."Anak-anak saya semua rapat dengan haiwan peliharaan ini."Bagaimanapun, harap kalau boleh mewarisi pun kepada Syukor lah kerana dia dilihat lebih berminat dalam bidang ini berbanding abang dan kakaknya yang lain," katanya.Khamis memiliki sekitar 115 ekor kerbau selain lembu, kambing dan ayam. Perusahaan tersebut dijalankan sepenuh masa dengan dibantu anak-anaknya.Keluarganya mula menjadi tumpuan selepas tular kemenangan jurugambar, Nazri Sulaiman yang memaparkan keakraban Syukor dan kerbau peliharaannya yang dipilih sebagai Imej Asia 2018 oleh Asia Geographic bagi kategori Jalanan atau Orang Terbaik.
12 Jan 19
1192
Empty Image
16,000 Rakyat Terengganu Bakal Nikmati Pembangunan Setiu Wetlands
SETIU, 10 Januari - Sekitar 16,000 penduduk yang tinggal di dalam jajaran Taman Negeri Setiu Wetlands akan menerima manfaat pembangunan pengurusan dan pemeliharaan tanah bencah itu di masa akan datang.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr. Alias Razak berkata, pelaksanaan Draf Rancangan Kawasan Khas (RKK) Pemeliharaan dan Pengurusan Setiu Wetlands sangat penting supaya pembangunan yang dilaksanakan mengikut garis panduan yang ditetapkan.“Kita akan memastikan bahawa apa-apa pembangunan termasuklah pertanian, perlombongan dan perumahan atau penternakan mesti mengikut garis panduan PLANMalaysia (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa) barulah ia akan menjamin kelestarian di Setiu Wetlands.“Tanpa pelan perancangan, akhirnya akan menyebabkan kita hilang satu khazanah penting dalam negara,” katanya kepada pemberita ketika hadir merasmikan Program Publisiti dan Penyertaan Awam RKK tersebut di Sungai Tarom, hari ini.Setiu Wetlands miliki pelbagai khazanah unik dan penting.Majlis tersebut mengetengahkan perancangan  kerajaan negeri untuk memelihara dan memulihara tanah bencah dengan sembilan ekosistem itu kepada umum untuk mendapatkan pandangan dan respon rakyat.RKK boleh disemak di empat lokasi utama iaitu Majlis Daerah Setiu, Pejabat Daerah dan Tanah Setiu, PLANMalaysia@Terengganu dan Pejabat PLANMalaysia Projek Zon Timur di Kuala Terengganu.Selain itu, lima lokasi semakan bergerak akan turut diadakan bertempat di lokasi tumpuan sekitar Setiu bermula 10 Januari hingga 30 Januari.Dr. Alias berharap RKK yang dipamerkan akan mendapat penyertaan masyarakat setempat.“Kita mengharapkan kerjasama masyarakat setempat untuk memberikan pandangan dan suara dalam usaha kerajaan negeri menjaga kelestarian Setiu Wetlands untuk generasi akan datang,” katanya.Turut hadir dalam majlis itu ialah Pegawai Daerah dan Pemangku Yang Dipertua Majlis Daerah Setiu, Rosdi Awang, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) PLANMalaysia, Dato’ TPr. Mohd Anuar Maidin, Pemangku Pengarah PLANMalaysia Terengganu, Norhasnita Abd Samad dan Pengarah Taman Negeri, YM. Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak.  
10 Jan 19
251
Empty Image
17 Pengusaha Bot Terima Bantuan Insentif
Ustaz Ariffin menyerahkan bantuan kepada salah seorang penerimaKUALA TERENGGANU, 3 Januari - Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM19,000 sebagai bantuan insentif kepada 17 pengusaha bot penambang di negeri ini.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ustaz Ariffin Deraman berkata, bantuan insentif secara ‘one-off’ itu bertujuan untuk membantu meringankan beban kehidupan yang ditanggung pengusaha bot penambang yang kebanyakannya terdiri daripada warga emas.“Selain meringankan beban sara hidup, secara tidak langsung dapat meneruskan kelangsungan perkhidmatan bot penambang tradisional di Terengganu.“Saguhati ini juga sebagai tanda penghargaan kepada golongan pengusaha bot penambang yang telah sekian laman mencurah bakti dalam menyediakan perkhidmatan kepada masyarakat dan juga pelancong,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Insentif Kepada Pengusaha Bot Penambang Negeri Terengganu di Dewan Serbaguna Pengkalan Titian, Seberang Takir, hari ini.Dalam pada itu, Ariffin berkata, sudah tiba masanya generasi muda mengambil peluang menceburi bidang pekhidmatan bot penambang pelancongan yang menjanjikan pendapatan yang lumayan."Kita akan adakan pelbagai kursus seperti kursus keusahawanan, kursus bahasa Inggeris, sistem lalu lintas, kursus etika kepada anak muda yang berminat untuk jadikan ia sebagai sumber pendapatan sampingan."Saya percaya perkhidmatan bot penambang pelancongan yang akan menghidupkan Jejak Warisan Pesisir Air mampu menggamit pengunjung mengenali lebih dekat lagi produk-produk di sekitar pesisir air Sungai Terengganu seperti Pasar Payang, Kampung Cina, Pulau Warisan, Taman Tamadun Islam, Pulau Duyong, Kampung nelayan Seberang Takir serta Kampung Jeram,” ujarnya.
02 Jan 19
230
Empty Image
CBL Cabaran Indah Pendakian Terengganu
Keindahan CBL akan jadi tarikan menarik. Oleh : Adli MohamadDUNGUN, 2 Januari - Chemerong Berembun Langsir (CBL) sememangnya menjadi destinasi pilihan para pendaki dalam dan luar negara.Memiliki ketinggian 3,405 kaki, gunung Berembun turut mempunyai dua air terjun iaitu Air Terjun Chemerong dan Air Terjun Langsir yang menjadi tarikan peminat sukan lasak itu.Pengerusi Malim Gunung Daerah Dungun, Mat Amin Serman berkata, lokasi itu sering didatangi oleh pengunjung yang mahu menikmati alam semulajadi dengan cara tersendiri.“Kebanyakannya terdiri daripada pendaki temapatan. Tetapi, ada juga yang datang dari luar seperti Singapura dan Ireland.“"Di atas puncak sana memang indah, air terjun akan dapat dilihat seolah-olah langsir dan keindahannya sukar diceritakan seolah-olah berada di alam fantasi.“Untuk ke sana, memakan masa sekitar lapan jam pendakian. Pengunjung biasanya dibahagikan kepada dua kumpulan kecil terdiri daripada 12 pendaki atau kumpulan besar seramai 60 pendaki.“Bagaimanapun, kepenatan pasti apabila sampai di puncak yang indah dan diserikan lagi dengan pokok bonsai yang tumbuh di sana,” katanya kepada pemberita ketika menghadiri mesyuarat Persatuan Malim di Kampung Jongok Batu, baru-baru ini.Persatuan itu telah ditubuhkan pada tahun 2016 dengan kekuatan 35 malim gunung terdiri daripada anak kampung tersebut yang mahir selok- belok ke puncak Berembun.Mat Amin memaklumkan, seramai 29 lelaki dan enam perempuan malim gunung menjadi penunjuk arah, selain berperanan memastikan CBL sentiasa bersih dan terjaga."Untuk khidmat mereka, sebanyak RM 55 dikenakan untuk seorang pendaki bagi kemudahan, keselamatan dan penyelenggaraan sepanjang pendakian.Dalam pada itu, pegawai penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi,Ghazali Sulaiman yang merasmikan mesyuarat tersebut berkata keindahan CBL akan membantu mempromosikan Bukit Besi, sebagai kawasan pelancongan terkemuka di Malaysia."Alhamdulillah, kita ada lokasi yang unik dan terpelihara. Ini membolehkan aktivti pendakian menjadi satu tarikan yang hebat."Namun, buat masa sekarang kawasan rekreasi berkenaan ditutup sehingga bulan Mac berikutan cuaca tidak menentu dalam musim tengkujuh ini.“Langkah ini diambil oleh kerajaan negeri bagi mengelak berlakunya perkara yang tidak diingini, kerana risau dengan kemalangan dan insiden 'kepala air'," ujarnya yang turut berharap agar apabila lokasi itu dikunjungi pendaki apabila dibuka nanti.
02 Jan 19
1664
Empty Image
Terengganu Terus Komited Tarik Pelancong
 Oleh : AminjiKEMAMAN 2 Januari- Kerajaan negeri hari ini mencipta satu momentum positif kepada pengunjung dalam usaha membangunkan sektor pelancongan sebagai penyumbang utama kepada ekonomi dan rakyat  dengan memartabatkan Terengganu sebagai negeri contoh pelancongan yang Maju, Berkat dan Sejahtera, yang lebih progresif dan inovatif serta berlandaskan IslamTimbalan   Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ab. Razak Ibrahim berkata, dengan menonjolkan kesediaan penggiat-penggiat di dalam industri pelancongan, ianya  dapat meraih kehadiran ramai pengunjung ke Terengganu, bukan sahaja pelancong luar malah semua rakyat.Jelasnya, sempena sambutan tahun baharu 2019, Terengganu menjadi  salah satu negeri yang mempunyai rangkaian kemudahsampaian yang efisyen dari segi rangkaian perkhidmatan pengangkutan mesra pelancong, prasarana yang mencukupi dan merupakan negeri yang paling hebat sekali bahan-bahan serta unsur-unsur semulajadi yang menjadi tarikan kepada pelancong daripada seluruh Malaysia dan juga bahkan seluruh dunia“Kempen ini turut mendapat kerjasama dan koloborasi Pejabat Daerah Kuala Nerus, Kemaman dan juga Besut.“Dengan kerjasama daripada agensi-agensi kerajaan, agensi-agensi  pelancongan, syarikat-syarikat penerbangan dan badan-badan bukan kerajaan(NGO), pelancongan dapat memberi impak yang positif serta dapat dilaksanakan secara inovatif dan kreatif di negeri ini,”katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Meraikan Pelancong ke Negeri Terengganu sempena sambutan tahun baharu 2019 (Kempen Jom Singgoh Beautiful Terengganu 2019) di R&R Perasing Kemaman , semalam.Turut hadir, Pengarah Jabatan Pelancongan Terengganu, Tun Faisal Tun Abdul Razak. Sementara itu, Kempen Jom Singgoh Beautiful Terengganu 2019 turut diadakan di dua tempat lagi secara serentak selain di R&R Perasing, Kemaman, iaitu di Stesen Teksi Jerteh, Besut dan di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Nerus.Kempen ini juga turut diselitkan dengan persembahan Gamelan, Dikir Barat, Silat dan Busking bagi menarik pengunjung sempena sambutan tahun baharu 2019.
01 Jan 19
39