Artikel "Pelancongan" Terkini
Santuari Kelah Terengganu Tumpuan Utama Pengunjung
Santuari Kelah Tasik Kenyir-Foto ihsan Catatan Kembara Dunia.KUALA TERENGGANU, 6 Mac - Santuari kelah menjadi `port utama' di Terengganu yang menarik pelancong untuk mengunjungi Tasik Kenyir.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, santuari itu mencatatkan kehadiran pengunjung tertinggi berbanding tempat lain sejak ia dibuka pada Oktober 2008.Jelasnya, peningkatan mendadak orang ramai dari dalam dan luar negara menyebabkan pihaknya terpaksa mengehadkan bilangan pengunjung yang boleh memasuki kawasan itu pada satu-satu masa.“‘Ranking nombor satu pusat tarikan pengunjung (yang menjadi tumpuan) adalah santuari kelah.“Setiap tahun kehadiran pengunjung meningkat sehingga kita terpaksa menghadkan (100-200) pengunjung sahaja sehari untuk ke santuari kelah,” katanya. Ariffin Deraman dalam wawancara khas segmen 'Kabbo Royak'.Beliau berkata demikian pada wawancara khas segmen 'Kabbo Royak' siri ketujuh di Studio TV Darul Iman baru-baru ini.Tambah beliau, selain santuari kelah, ‘houseboat’ turut mendapat sambutan yang hebat terutamanya daripada pelancong asing.Kemudahan yang ada di dalam ‘houseboat’ seperti bilik tidur, televisyen, astro, internet, bilik air dan kemudahan untuk memasak ternyata menarik minat pengunjung untuk mencuba.“Kita ada juga ‘houseboat’, dari setahun ke setahun jumlah ‘houseboat’ (yang beroperasi) meningkat.“Sekarang ini kita ada 98 buah, itu pun kita tidak cukup tangan dah (untuk memenuhi permintaan pelancong),” tambahnya.'Houseboat' Kenyir- Foto ihsan blog pakej.myTasik Kenyir adalah destinasi pelancongan utama di Malaysia yang menjanjikan keseronokan dan kepuasan yang tersendiri. Selain santuari kelah dan 'houseboat' yang menarik di Tasik Kenyir, Taman Herba dan Pusat Konservasi Gajah juga mempunyai tarikan yang mampu memukau pengunjung.
06 Mar 19
648
Mat Dan Ikon Pelancongan Terengganu - MB
KUALA TERENGGANU, 2 Mac - Kerajaan negeri melantik selebriti terkenal, Mat Dan sebagai ikon pelancongan Terengganu bagi mempromosi produk negeri ke persada antarabangsa. Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, mesyuarat ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri baru-baru ini telah memutuskan Mat Dan sebagai ikon atau duta pelancongan Terengganu supaya beliau mempromosikan Terengganu ke Eropah dan United Kingdom dengan kos yang minimum. Serentak itu, kerajaan negeri berterima kasih kepada Mat Dan kerana menerima tawaran itu dengan senang hati. "Mat Dan terima tawaran itu dengan senang hati, walaupun kos promosi minimum," katanya ketika merasmikan Majlis Makan Malam Amal Ummah di Paya Bunga Hotel, di sini semalam. Sebelum itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ustaz Ariffin Deraman turut mengumumkan demikian ketika merasmikan Matta Fair Terengganu 2019 petang semalam.Katanya, kerajaan mengharapkan Mat Dan dapat membantu mempromosi Terengganu di persada dunia. Ketika dijemput berucap di majlis yang sama, Mat Dan berkata, beliau telah tinggal di Terengganu selama 10 tahun dan boleh bercakap dalam dialek negeri itu dengan baik. "Saya amat suka kepada masyarakat Terengganu kerana hospitalitinya (mudah mesra)," katanya.
01 Mar 19
344
Star Cruise Bakal Berlabuh Di Muara Sungai Terengganu
KUALA TERENGGANU, 2 Mac - Kerajaan negeri meminta tempoh setahun untuk membolehkan kapal pelancongan bertaraf antarabangsa (star cruise) berlabuh di muara Sungai Terengganu, selepas jambatan angkat (draw bridge) dijangka siap Jun ini.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ustaz Ariffin Deraman berkata, jambatan angkat setelah siap akan menjadi mercu tanda dan antara tarikan pelancong utama bagi negeri Terengganu."Semasa belum siap, draw bridge sudah menjadi tumpuan pelancong untuk melihatnya, apa lagi jika ia siap sepenuhnya nanti."Sekarang jambatan angkat itu sudah siap sebanyak 70 peratus, dalam jangkaan bulan Jun ini jambatan angkat itu akan siap sepenuhnya," jelas beliau.Ustaz Ariffin berkata demikian ketika merasmikan Matta Fair Terengganu 2019 yang julung-julung kali diadakan di Terengganu di ruang legar Paya Bunga Square, di sini semalam.Menurut beliau, sekarang pun ketika jambatan itu belum siap, videonya tular di media sosial dan ramai yang tertarik dengan kecantikan strukturnya.Katanya, sekiranya ia siap nanti jambatan itu lebih cantik dan akan menjadi destinasi pelancong utama negeri Terengganu. Turut hadir memeriahkan Matta Fair Terengganu, personaliti tv terkenal, Mat Dan.
01 Mar 19
280
Perantau Jadi Duta Pelancongan Terengganu
Ariffin Deraman isytihar perantau Terengganu sebagai duta pelancongan.IPOH, 18 Februari - Anak Terengganu yang menetap di luar Terengganu akan dijadikan sebagai duta kecil pelancongan Negeri Terengganu sebagai usaha untuk mempromosikan Terengganu ke seluruh negeri.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, perantau akan diiktiraf sebagai duta pelancongan di setiap negeri yang mereka diami bertindak sebagai ejen untuk memperkenalkan produk serta lokasi menarik di Terengganu .“Kita akan lantik duta pelancongan, hari ni nak isytihar (akan) saudara-saudari sebagai duta pelancongan.“Yang akan mempromosi dan meningkatkan industri pelancongan Negeri Terengganu. Kita akan adakan pertemuan dan taklimat macam mana nak promosikan Terengganu,” katanya. Jamuan tradisi Terengganu.Beliau berkata demikian dalam Majlis Ramah Mesra Perantau Terengganu Di Perak, di Masjid Sultan Azlan Shah, di sini, semalam.Turut hadir dalam majlis ini ialah Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Khuzaini Ab Rahman, Ketua Jabatan Pengurusan Korporat Terengganu Strategic Integrity Institute (TSIS), Wan Faizul Wan Abas, Timbalan Presiden Persatuan Anak Terengganu Di Perantauan (PERANTAU), Dr Zakri Othman serta Presiden PERANTAU Perak, Nuri Al-Amin.Beliau turut berkata, majlis mengumumkan perantau Terengganu menjadi duta pelancongan di setiap negeri akan diadakan semasa sambutan Aidilfitri bersama perantau pada Jun nanti.Ujarnya, mereka akan mewakili kerajaan negeri di setiap negeri yang mereka duduki.“KIta akan adakan satu majlis rasmi untuk mengisytiharkan mereka sebagai duta.“Majlis itu akan kita adakan bersama dengan majlis sambutan Aidilfitri bersama perantau,” tambahnya. Antara anak Terengganu di Perak yang hadir.Majlis Ramah Mesra Perantau Terengganu Di Perak yang dianjurkan oleh Persatuan Anak Terengganu Di Perantauan (PERANTAU) Perak itu dihadiri kira-kira 100 orang.
17 Feb 19
40
Rebana Besut Ke Sukan Komanwel
Pak Su harap ilmu menghasilkan alat muzik tradisional dapat diwarisi generasi muda.BESUT, 12 Februari - Nostalgia rebana dikir bersaiz besar buatan bapanya, Abdul Ghani Yusof yang dipalu pada acara pembukaan temasya sukan terulung, Sukan Komanwel 1998 masih terbayang di mata Mohamad Abdul Ghani, 55, atau lebih dikenali sebagai Pak Su Mad.Tidak tergambar betapa bangga perasaannya ketika menyaksikan hasil tangan tersebut menjadi tumpuan dalam acara sukan kedua terbesar di dunia itu."Ketika itu, ayah bersama abang, Hussin Abdul Ghani, 59, menyelesaikan tugas yang diberikan kerajaan ketika itu hanya dalam masa dua hari dengan bayaran sebanyak RM3,000," katanya ketika ditemui Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) di kediamannya di Kampung Gong Ubi Keling, Jerteh, di sini, baru-baru ini.Pembuat rebana dikir tradisional itu menyatakan dia dan isteri hanya mula berjinak-jinak dalam bidang tersebut setelah bapanya meninggal dunia."Mula-mula buat gendang ini selepas allahyarham ayah meninggal dunia pada 2003 iaitu ketika saya berusia 63 tahun. "Di akhir hayatnya, ayah sempat berpesan supaya anak-anaknya memanfaatkan alat-alat pertukangannya yang ditinggalkan beserta bengkel mini yang dibina di tepi rumah. “Jadi, kini saya dan abang meneruskan perusahaan yang dibangunkan ayah suatu masa dahulu,” katanya yang turut membuat gendang silat dan kompang jika terdapat permintaan. Isterinya, Rozinah Yusuf, 53, pula turut membantu Pak Su Mad menghasilkan rebana serta gendang bersaiz kecil untuk perhiasan.Menurutnya lagi, lazimnya, hasil kerja mereka akan dijual di Bazar Tok Guru, Kota Bharu, selain ada pelanggan yang membelinya di rumah. “Paling banyak mendapat sambutan ialah rebana dikir dan gendang silat. Perhiasaan replika rebana juga banyak permintaan jika kena pada musimnya,” kata Rozinah sambil menyifatkan usaha suaminya itu lebih bertujuan memelihara warisan tradisi Melayu daripada hilang ditelan zaman.Di Besut, hanya tinggal Pak Su Mad dan abangnya yang masih aktif mengusahakan alat muzik tradisional itu. Dalam kunjungan itu, Pak Su Mad sempat menunjukkan proses pembuatan rebana dikir yang memerlukan ketelitian dan kemahiran tinggi.Buatan tangannya halus dan kemas terlihat menarik ditambah ikatan dan jalinan rotan yang kukuh, menjadikan rebana Pak Su Mad sentiasa menjadi pilihan peminat alat muzik tradisional di Pantai Timur.Beliau juga kerap kali mengungkapkan untuk mewariskan ilmu pertukangannya itu kepada anak-anak dan sesiapa sahaja yang ingin mendalaminya.“Kalau boleh, saya harap anak-anak dapat menggantikan saya suatu masa nanti. Tetapi, setakat ini hanya anak keempat, Muhammad Faris yang dilihat minat untuk memperlajarinya.Hasil tangan Pak Su kemas dan berkualiti. “Kalau ada orang lain yang datang hendak belajar, saya boleh juga ajarkan kerana apa yang penting ilmu yang ada ini dapat dikekalkan,” ujarnya sayu.Beliau turut berharap pihak kerajaan mengambil perhatian terhadap tradisi dan budaya yang semakin pudar lantaran generasi muda kurang meminati untuk meneruskan kelangsungan tradisi itu kini.“Ilmu-ilmu berkenaan tradisi ini perlu diambil perhatian kerana jika bukan kita, siapa lagi yang boleh diharapkan untuk buat. Mungkin, jika tidak dijaga, esok lusa tiada lagi yang hendak mengekalkan benda lama ini,” katanya.
13 Feb 19
1353
KT Walk Ikon Bandaraya Kuala Terengganu
Makanan menarik yang ada di KT Walk.KUALA TERENGGANU, 11 Februari - KT Walk yang menjadi pusat kepada pengunjung untuk menikmati pelbagai produk tradisi dan makanan Terengganu kini menjadi tumpuan utama bandaraya Kuala Terengganu menjelang hari minggu.Berkonsepkan ‘uptown’, KT Walk yang dikelola oleh Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) itu menjadi persinggahan segenap lapisan masyarakat dari dalam dan luar negeri.Rata-rata pengunjung yang ditemui menyatakan rasa teruja dan gembira apabila mengunjungi KT Walk.Quratul Ain (tengah) yang berasal dari Johor tertarik dengan suasana dan makanan yang ada di sini.Pengunjung kali pertama, Nur Quratul Ain Mohd Faizal, 16, berkata, KT Walk yang menyajikan pelbagai makanan tradisional menarik dan berkualiti ternyata memberinya kegembiraan setelah penat belajar di sekolah.“Di sini macam-macam makanan menarik ada, makanan Terengganu seperti keropok lekor, nasi dagang.“Saya baru pertama kali datang sini, seronok la, sini ada pakaian (identiti) Terengganu, ada persembahan kebudayaan,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemubual wartawan di pasar malam KT Walk.Sementara itu, Azizah Aziz, 63, seorang peniaga berkata, suasana santai serta tenang yang ada di KT Walk ternyata mengujakan semua orang untuk berkunjung ke sini.“Menariknya saya sendiri pun yang dah lama berniaga di sini sangat berpuas hati.“Mak cik yang mula berniaga di sini pada pukul 5 petang biasanya akan tutup gerai pukul 9, pukul 9 makanan (nasi dagang) dah habis terjual,” ujarnya yang bertutur dalam loghat Terengganu.Pasar malam KT Walk telah dibuka sejak 24 April 2015 di mana gerai jualan adalah sepanjang 500 meter bermula di bangunan Menara Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) hingga bangunan Tabung Haji membabitkan hampir 100 peniaga.Pakaian beridentitikan Terengganu menjadi buruan pengunjung.Ia terbahagi kepada tiga segmen iaitu jualan makanan tradisi Terengganu, produk asas tani seperti buah-buahan serta sayuran dan gerai pelbagai yang menjual cenderahati, kraftangan serta pakaian.Aktiviti menarik yang dikawal selia oleh MBKT juga menarik perhatian pelancong dari luar negara untuk mengunjungi KT Walk, antaranya persembahan kebudayaan seperti lagu tradisional Terengganu.Malam kesenian Islam, demontrasi silap mata, ayam serama, canting batik dan sukan mini marathon dan 'street soccer' turut diadakan di pentas utama.Apa yang menarik, 'uptown' yang bermula pada 5 petang dan berakhir pada 12 malam setiap hari Jumaat itu hanya dikenakan sewa tapak sebanyak RM 40 sebulan.
11 Feb 19
585
Tasik Kenyir Tempat Percutian Idaman
Keindahan semulajadi Tasik Kenyir pukau pengunjung.Oleh: Adli MohamadHULU TERENGGANU, 10 Februari - Tasik Kenyir merupakan satu lokasi yang menyajikan keindahan semula jadi yang akan meninggalkan kesan abadi kepada pelancong dan pengunjung apabila bertandang.Pengunjung kali pertama, Mohd Rizal Azizi, 34, berkata, Tasik Kenyir memberikan satu kepuasan bagi dirinya apabila berkesempatan untuk datang ke Tasik Kenyir."Kenangan menaiki bot merentasi Tasik Kenyir untuk ke lokasi air terjun Sungai Saok, amat mengujakan dan akan menjadi satu kenangan indah buat saya."Saya ini anak Terengganu, namun tidak pernah berkesempatan datang ke sini, mempunyai ruang dan peluang pada kali ini saya tidak teragak-agak untuk datang ke sini."Merentasi tasik yang luas menjadikan saya lupa pada segala kesibukan yang ada di ibu kota Kuala Lumpur, tempat saya bekerja, tambah mengujakan apabila sampai di lokasi yang dituju, Air Terjun Sungai Saok yang indah," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita, semasa bercuti bersama isteri dan anaknya di Tasik Kenyir, Kuala Berang, baru-baru ini.Menurut Rizal, lokasi untuk mandi di Air Terjun Sungai Saok itu sungguh selamat dan mendamaikan fikiran."Saya dan isteri, tidak merasa bimbang dengan anak saya yang berumur tiga tahun untuk turut merasai keseronokan menikmati air yang begitu jernih dan cetek. "Tidak mustahil untuk saya datang semula di masa akan datang," ujarnya.Sementara itu, pemandu bot pelancong, Arman Salleh berkata, adalah menjadi satu kewajaran untuk orang Terengganu tahu dan kenal, serta menikmati sendiri keindahan Tasik Kenyir yang popular di Terengganu ini untuk diceritakan kepada orang luar, supaya dapat menarik lebih ramai pengunjung."Apabila ramai pelancong yang datang, sudah tentu ianya akan lebih membangunkan sektor pelancongan negeri Terengganu."Dan perancangan yang terbaru, yang saya tahu kerajaan negeri akan menambahkan lagi taman negeri yang baru, pastinya ianya akan lebih menarik," jelasnya.Pemandu bot pelancong, Arman Salleh.Menurutnya lagi, bagi meneroka keluasan Tasik Kenyir yang mempunyai keluasan dua kali ganda berbanding Singapura itu, ada beberapa pakej yang tersedia."Di antaranya ialah pengunjung atau pelancong boleh menaiki bot untuk pusing pulau."Ataupun boleh memilih untuk pergi ke beberapa destinasi yang menarik seperti Air Terjun Sungai Saok, Taman Rama-rama dan Taman Herba. Mereka juga boleh ke Air Terjun Lansir yang memakan masa hampir satu jam untuk menaiki bot."Namun jika merancang percutian bersama keluarga dan ada anak-anak kecil, mandi di Sungai Saok dah memadai," jelasnya.Tempat menarik di Tasik Kenyir sememangnya menjadi tarikan kepada pengunjung.Tambahnya lagi, pada bulan Mac nanti, akan dibuka Santuari Kelah yang akan memberikan lebih keseronokan serta kepuasan."Amat-amat digalakkan kepada pengunjung untuk merasai sendiri pengalaman bersama ikan-ikan kelah yang begitu banyak dan seolah-olah jinak mengerumuni kedatangan pelancong."Insya-Allah, tidak akan rugi, malah akan menjadi satu percutian yang berbaloi dan menjanjikan keseronokan yang tersendiri," ujarnya.
10 Feb 19
1232
Pusat Keselamatan Bertaraf Dunia Pertama Di Pantai Timur
Dr Mamad Puteh (tengah) sedang mendengar taklimat sistem penerbangan.KUALA TERENGGANU, 29 Januari - Pusat mencari dan menyelamat bertaraf dunia atau dikenali sebagai Aeronautical Rescue Sub Centre di Lapangan Terbang Sultan Mahmud dijangka siap dan dapat beroperasi Februari ini.Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Dr Mamad Puteh berkata, pusat yang baru dibina oleh Kerajaan Persekutuan itu merupakan satu-satunya pusat bertaraf dunia yang ada di Pantai Timur.Jelasnya lagi, pusat tersebut akan berfungsi untuk mencari dan menyelamat sekiranya berlaku sebarang kemalangan laut dan udara di negeri sekitarnya seperti Pahang dan Kelantan.“Aeronautical rescue yang baru ditubuhkan, yang mana kita adalah satu-satunya lokasi (pejabat) yang ada di sini (Terengganu).“Yang memberi respon awal berkaitan dengan aeronautical rescue sekiranya ada apa-apa kemalangan di sekitar sini, sama ada dari Kelantan ataupun di Pahang dengan secepat mungkin,” ujarnya.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Berang berkata demikian pada sidang media selepas Lawatan Kerja ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terenganu semalam.Turut hadir dalam lawatan itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman, pegawai-pegawai kastam dan imegresen serta wakil syarikat penerbangan.Dr Mamad Puteh dibawa melawat kawasan sekitar lapangan terbang.Pusat yang terletak bersebelahan Lapangan Terbang Sultan Mahmud itu akan lengkap dan mula beroperasi pada bulan depan.Dengan adanya pusat mencari dan menyelamat bertaraf dunia tersebut, sudah tentu ia akan merancakkan lagi pembangunan dan industri pelancongan di negeri Terengganu.Terdahulu beliau diberi taklimat dan dibawa melawat sekitar kawasan utama di Lapangan Terbang Sultan Mahmud yang dahulunya dikenali sebagai Lapangan Terbang Telaga Batin.Dr Mamad Puteh bergambar kenangan dengan pengurusan tertinggi lapangan terbang Sultan Mahmud.Untuk rekod, lapangan terbang yang berkeluasan 25,000 meter persegi ini mula beroperasi pada tahun 1948.
28 Jan 19
71
500 Orang Sepetang Kunjungi Syukor Kampung Boy
Syukor menerima tajaan gunting rambut percuma selama setahun.KUALA TERENGGANU, 22 Januari - Nama Syukor Khamis, anak kelahiran Terengganu terus meniti di bibir masyarakat.Kisahnya bermula dengan sekeping gambar yang bukan sahaja mendapat pengiktirafan di peringkat negara bahkan juga di peringkat antarabangsa.Bapa Syukor, Khamis Jusoh berkata, kehidupan mereka sekeluarga berubah mendadak selepas gambar ‘Kampung Boy’ Terengganu menjadi tular, hampir setiap petang mereka dikunjungi oleh masyarakat dan dikatakan boleh mencecah 500 pengunjung pada satu-satu masa."Orang yang datang ni, datang tengok sekejap kemudian balik, anggaran dalam 500 hingga 600 orang juga sepetang."Kalau hari Jumaat pagi ramai sikitlah (dan hujung minggu), kalau waktu TV3 buat penggambaran tu memang ramai la, jalan pun sesak," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Syukor Khamis kelmarin.Turut diraikan dalam majlis ini ialah anak-anak dari Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Terengganu (PERKAYA).Majlis tersebut dianjurkan bersama oleh MSR Event Management, Duta Ayam, Kambing Guongzhou (KBGZ), TY Hotel, CONTIXPERT, CUCKOO, RIZQ ARGO FARM, FAFA Sweet House dan The Groomerz Barbershop.Syukor dan keluarganya mula menjadi tumpuan orang ramai selepas tular kemenangan jurugambar, Nazri Sulaiman.Salah satu daripada gambar tersebut, yang ditangkap oleh Nazri Sulaiman telah dinobatkan antara pemenang bagi Anugerah Istimewa dari Siena International Photo Awards bagi kategori Wajah dan Karektor Menarik. Foto Nazri Sulaiman yang dinobatkan antara pemenang.Bahkan gambar itu juga dinobatkan antara pemenang bagi Asian Geographic: Imej Asia 2018 bagi kategori manusia atau jalanan (street/people).
22 Jan 19
110
Syukor Kampung Boy Tambah Seri Pelancongan Terengganu
Ariffin Deraman (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan penghargaan kepada adik Syukor.KUALA TERENGGANU, 21 Januari - Syukor Khamis atau lebih dikenali sebagai ‘Kampung Boy’ Terengganu akan menambahkan lagi seri sektor pelancongan negeri Terengganu.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, Terengganu sememangnya kaya dengan tempat-tempat menarik yang sesuai untuk dijadikan pusat pelancongan, ditambah pula dengan kemunculan Syukor Khamis ia pasti akan merancakkan lagi industri pelancongan di Terengganu . Jelasnya lagi, suasana dan persekitaran akan ditingkatkan sesuai dengan tempat-tempat pelancongan yang lain tanpa mengubah struktur asal kawasan berkenaan."Kita mempunyai pusat-pusat pelancongan yang banyak di negeri Terengganu yang akan kita garap dari semasa ke semasa."Alhamdulilah kita mendapat satu tempat yang baru, kebetulan tempat ini dalam DUN (Dewan Undangan Negeri) saya, insya-Allah kita akan cuba rancang untuk membantu (mengembangkan) lagi tempat dan suasana di kawasan tersebut," katanya.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alur Limbat berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Syukor Khamis.Turut hadir dalam majlis tersebut, bapa Syukor, Khamis Jusoh serta keluarga.Orang ramai tidak melepaskan peluang bergambar dengan 'Kampung Boy' Terengganu.Majlis Ramah Mesra Bersama Syukor Khamis ini adalah anjuran bersama MSR Event Management, Duta Ayam, Kambing Guongzhou (KBGZ), TY Hotel, CONTIXPERT, CUCKOO, RIZQ ARGO FARM, FAFA Sweet House dan The Groomerz Barbershop.Terdahulu, Syukor dan keluarganya mula menjadi tumpuan orang ramai selepas tular kemenangan jurugambar, Nazri Sulaiman.Gambar yang memaparkan keakraban Syukor bersama kerbau peliharaannya dipilih sebagai Imej Asia 2018 oleh Asia Geographic bagi kategori Jalanan atau Orang Terbaik.
20 Jan 19
244