lightning-solid
Berita :

Artikel "Pelancongan" Terkini

Empty Image
Sekolah Agama Rakyat Jadi Produk Pelancongan Islam
KUALA TERENGGANU,15 April – Sekolah Agama Rakyat (SAR) antara satu produk pelancongan Islam yang menarik minat pelancong untuk ke Terengganu.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, kemajuan institusi pendidikan juga dapat membantu kewangan negeri dan juga rakyat.“Terengganu terkenal dengan sistem sekolah agama rakyat, sekolah rendah Islam, sekolah menengah Islam, kemudian kita juga ada maahad tahfiz yang tumbuh macam 'cendawan' di negeri ini.“Pondok ini kalau kita susun molek bila orang luar  datang  ia memberi satu sumber  kewangan  kepada rakyat  Negeri Terengganu dalam sudut pelancongan,” ujarnya.Beliau yang juga Ahli dewan Undangan Negeri (ADUN) Alur Limbat berkata demikian selepas Majlis Symposium On Islamic Tourism 2019 di Hotel Paya Bunga Square, di sini, semalam.Ariffin berkata, bagi menyelaras semua pusat ilmu itu di bawah sistem pendidikan yang lebih cekap dan tersusun, Kerajaaan Pusat  meminta semua sekolah tersebut berdaftar dengan kerajaan negeri.Sementara itu, dalam perkembangan lain beliau berkata, inisiatif yang diambil untuk menekankan pelancongan Islam menerusi Simposium Islamic Tourism 2019 menjadi satu usaha yang baik.Katanya, Kerajaan Terengganu mempromosikan semua produk Muslim dan  'sahabat bukan Islam'."Kita mempunyai potensi yang besar. Kami dah bincang dengan Ketua Pengarah Islamic Tourism Centre, Dato’ Seri Abdul Khani Daud supaya membuat program di sini. Program ini  sangat baik dan memberi kesan kepada  pelancongan Negeri Terengganu," jelasnya.Sehubungan itu, katanya, kerajaan negeri akan meneruskan program Madinah Ramadan sebagaimana tahun lalu dan menambah baiknya termasuk mengadakan di setiap daerah sepanjang bulan itu.
15 Apr 19
143
Empty Image
Anak Muda Perlu Dalami Seni Warisan Terengganu
KUALA TERENGGANU, 15 April – Kerajaan negeri menyeru kepada golongan belia supaya membuka minda dan menanam minat  untuk mempelajari dan mendalami ilmu seni warisan serta kemahiran masyarakat pelbagai kaum di Malaysia.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata,  ia amat penting demi memastikan kelangsungan budaya negeri agar tidak pupus di telan arus masa. “Negeri Terengganu kaya dengan tinggalan warisan dan budaya masyarakat Melayu tetapi jika diperhatikan beberapa warisan itu kian menghilang dan kemungkinan akan pupus. Ini kerana kurangnya golongan pelapis untuk meneruskannya.“Perkara seperti ini perlu dipandang serius oleh semua pihak kerana ia penting demi menjaga identiti kita sebagai masyarakat Melayu Terengganu khususnya dan Malaysia umumnya,” jelasnya.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alur Limbat berkata demikian ketika berucap di Majlis Symposium On Islamic Tourism 2019 di Hotel Paya Bunga Square, di sini, hari ini.Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha (pelancongan) Seni dan Budaya Malaysia, Dato’ Haslina Abdul Hamid, Ketua Pengarah Islamic Tourism Centre, Dato’ Seri Abdul Khani Daud.Ariffin berkata, anak muda pada zaman sekarang  kurang berminat untuk mempelajari dan mendalami kemahiran pertukangan  kayu dan ukiran.“Terengganu pada suatu masa dahulu terkenal dengan kemahiran membina bot atau ‘boatbuilders’. Hari ini tinggal hanya beberapa orang sahaja di Pulau Duyong  yang berkemahiran dalam pertukangan  kayu seni bina bot dan kebanyakan mereka sudah semakin meningkat usia.“Begitu juga dengan seni ukiran yang semakin pupus. Seni ukiran ini  banyak diguna pakai  dalam pembinaan rumah. Kini untuk mencari  tukang ukir  tidak semudah dulu  kerana tidak ramai  yang mempunyai kemahiran itu. Saya kira  perkara ini bukan hanya dialami di Terengganu tetapi juga di negeri-negeri lain,” ujarnya.Menurut Ariffin, kajian mengenai seni dan budaya Islam dapat dibuat dan diperbanyakkan pada masa akan datang serta dikongsikan melalui medium seperti hari ini.Justeru itu, beliau juga menyeru kepada semua agar sama-sama berganding bahu memulihara  tinggalan warisan dan memelihara budaya kita yang unik.
15 Apr 19
318
Empty Image
Sambut Hari Hutan Antarabangsa Di Puncak Berembun
Peserta cabar diri mendaki CBL sempena Hari Hutan Antarabangsa.Oleh : Adli MohamadDUNGUN, 10 April- Sempena sambutan Hari Hutan Antarabangsa yang disambut pada 21 Mac lalu, Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu telah mengadakan program pendakian ke Gunung Cemerung Berembun Lansir (CBL) bagi meningkatkan kesedaran masyarakat.Pengarah Perhutanan Negeri Terengganu, Mohd Rahim Rani berkata, program tersebut merupakan susulan sambutan Hari Hutan Peringkat Negeri yang disambut pada 28 Mac, baru-baru ini."Aktiviti ini bertujuan meningkatkan kepekaan masyarakat berhubung kepentingan melindungi hutan selain memberi kesedaran tentang hubungan alam dengan kehidupan kita.“Tema ‘Hutan dan Pendidikan’ yang diangkat tahun ini adalah bertepatan dengan usaha kita meningkatkan kefahaman untuk bersama memulihara dan memelihara kawasan hutan," jelasnya ketika ditemui pemberita di Kem Lansir yang berketinggian 801 meter dari paras laut, di sini, baru-baru ini.Turut menyertai pendakian CBL, Ketua Pegawai Eksekutif Golden Pharos Berhad (GPB), Dato' Nadza Abdul dan Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman.Program anjuran bersama GPB dan Kumpulan Pengurusan Kayu Kayan Terengganu Sdn Bhd (KPKKT) itu turut disertai lebih 55 pendaki terdiri daripada kakitangan GPB dan Jabatan Perhutanan.Keindahan CBL mampu tarik ramai pendaki berkunjung.Aktiviti selama tiga hari dua malam memberi pengalaman baru kepada para pendaki yang berjaya menawan puncak Berembun setinggi 1038 meter dengan memakan masa enam hingga 10 jam pendakian.Dalam pada itu, Ghazali turut merakamkan kegembiraan terhadap aktiviti yang diadakan di kawasan Bukit Besi."Secara tidak langsung, ia memberi impak yang positif dalam usaha kita menjadikan Bukit Besi sebagai kawasan pelancongan yang terkemuka di peringkat antarabangsa,” katanya.Beliau yang merupakan Ahli Lembaga Pengarah PESAKA Terengganu Berhad turut berharap kerajaan memberi fokus utama kepada Hutan Lipur CBL dengan melakukan penambahbaikan dan meningkatkan promosi kepada umum.“Apabila kawasan ini semakin terkenal dan menjadi tumpuan, ia akan membuka peluang pekerjaan kepada penduduk setempat," katanya.
10 Apr 19
255
Empty Image
Sidang DUN : Sasaran 5 Juta Pelancong Masih Relevan
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.KUALA TERENGGANU,  2 April - Kerajaan negeri menyifatkan sasaran untuk mencapai 5 juta pelancong ke Terengganu menjelang tahun 2020, masih relevan.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, perkara itu berdasarkan pencapaian statistik kedatangan pelancong sebanyak 4.79 juta tahun lalu."Pencapaian statistik kedatangan pelancong sebanyak 4.79 juta pada tahun 2018 menunjukkan sasaran untuk mencapai 5 juta pada tahun 2020 adalah relevan," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan bertulis Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Muhammad Khalil Abdul Hadi dalam Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Keempat Belas di DUN Terengganu, di sini hari ini.Katanya, kerajaan negeri sentiasa berusaha untuk menjalankan aktiviti promosi seperti pengiklanan di enam lapangan terbang di semenanjung Malaysia, kerjasama bersama radio,  menggalakkan penggambaran perfileman, kerjasama bersama perantau dan melantik Mat Dan sebagai ikon pelancongan negeri Terengganu.Selain itu katanya, kerajaan negeri bekerjasama dengan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)  dalam program usaha sama empat negeri (Terengganu,  Kelantan,  Pahang dan Johor)  iaitu East Coast Tourism Council (ECTC) dalam membangunkan dan mempakejkan produk-produk pelancongan yang terdapat di negeri Terengganu.
01 Apr 19
86
Empty Image
Terengganu Bike Week 2019 Hangatkan Industri Pelancongan Negeri
KUALA TERENGGANU, 31 Mac – Terengganu Bike Week  2019 (TBW 2019) memberi pulangan positif kepada industri pelancongan negeri dan secara tidak langsung menjana ekonomi setempat.Kerajaan negeri juga mengalu-alukan penyertaan itu kerana ia mampu memberi impak kepada promosi pelancongan berdasarkan ‘participation event’  dan 'spectators event’ yang boleh menarik penyertaan pemilik motosikal berkuasa tinggi dari seluruh negara.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, penyertaan termasuk dari luar negara seperti Singapura, Thailand, Brunei, Indonesia dan Singapura."Kerajaan negeri juga amat mengalu-alukan usaha badan bukan kerajaan (NGO) permotoran dalam menganjurkan pelbagai acara tanpa keperluan peruntukan yang besar daripada kerajaan negeri.“Program sebegini bukan sahaja merapatkan ukhuwah antara rakan permotoran dan secara tidak langsung bertindak sebagai duta pelancongan dalam membantu memperkenalkan produk dan destinasi pelancongan di Terengganu.“Selain itu, deruman enjin motosikal berkuasa tinggi membuatkan golongan belia teruja dan program sebegini mampu membuka minda golongan ini untuk menghayati sendiri kepelbagaian motosikal berkuasa tinggi,”ujarnya.Beliau berkata demikian di Majlis Perasmian dan Makan Malam Terengganu Bike Week 2019 anjuran Persatuan Gabungan Permotoran Negeri Terengganu dengan kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu di Duyong Marina & Resort, Pulau Duyong, di sini, semalam.Turut hadir, Presiden Persatuan Gabungan Permotoran Negeri Terengganu (PGPNT), Tengku Seri Temenggong Raja, Dato' Seri Tengku Baharuddin Sultan Mahmud dan Gabenor Phatthalung, Thailand, Mr Kukiat Wongkrapunt.Tambah Ariffin lagi, program itu juga mampu menjadi satu platform pengendalian kenderaan bermotor secara positif yang boleh memberi manfaat terutama kepada generasi muda yang meminati permotoran.“Anak muda yang meminati bidang ini boleh menjadikannya sebagai karier atau mengambil peluang keusahawanan di dalam industri permotoran,”katanya.Sementara itu, Presiden PGPNT, Tengku Seri Temenggung Raja, berkata TBW2019 itu mendapat sambutan kira-kira 3,000 peserta dari dalam dan luar negara termasuk Singapura, Thailand, Indonesia dan Brunei.Katanya, pada penganjuran kali kelapan itu, PGPNT bekerjasama dengan kerajaan negeri melalui Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu untuk mempromosikan Beautiful Terengganu dengan mengadakan pelbagai program seperti persembahan kebudayaan, konvoi muhibbah dan sebagainya.
30 Mar 19
180
Empty Image
Jumlah Pelancong Ke Terengganu 4.79 Juta Tahun Lalu - Ariffin Deraman
MARANG,  22 Mac - Seramai 4.79 juta pelancong berkunjung ke Terengganu tahun lalu berbanding 4.8 juta orang tahun sebelumnya. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan,  Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ustaz Ariffin Deraman berkata, kehadiran pelancong tahun lalu kurang sedikit jika dibandingkan dengan tahun sebelumnya yang berjumlah 4.8 juta orang. "Kekurangan dikira 0.1  peratus sahaja, tidak banyak dan kajian kedatangan pelancong dibuat dari Januari sehingga Disember setiap tahun. "Kita (kerajaan negeri) buat kajian dari setahun ke setahun dan angka itu tidak diambil kira jumlah pelancong yang menginap di 'homestay' atapun rumah tumpangan yang cukup banyak di negeri Terengganu, " katanya. Beliau berkata demikian di Majlis Gotong Royong Membuat Laksa Tradisional Terengganu anjuran Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Pak Madah, di sini hari ini. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Limbat berkata,  jika dikira jumlah penginapan pelancong di homestay dan rumah tumpangan, kedatangan pelancong ke Terengganu dipercayai melebihi 4.8 juta orang tahun lalu. "Dalam kajian kerajaan,  kekurangan kedatangan pelancong berlaku dalam bulan Januari dan Februari kerana dalam bulan-bulan berkenaan, pulau peranginan ditutup,  tidak dibenar kepada sesiapa pun menjalankan aktiviti pelancongan akibat musim tengkujuh melanda Terengganu setiap tahun," jelasnya. Bagaimanapun katanya,  mulai bulan Mac tahun ini, sempena cuti sekolah,  tempahan tempat penginapan secara dalam talian agak membanggakan berbanding tahun lepas. "Bulan April tahun lepas kehadiran pelancong ke Terengganu berkurangan  kerana Pilihan Raya Umum Ke-14 bermula," jelasnya. Menyentuh soal pembangunan pelancongan di Tasik Kenyir,  Hulu Terengganu, katanya, peruntukan untuk pembangunan pelancongan di Pulau Bayas dan Pulau Poh diluluskan dengan bajet RM30 juta daripada kerajaan negeri. "Kita ada bajet tambahan RM2 juta lagi untuk pembangunan tempat-tempat pelancongan keseluruhannya dan kita akan guna sepenuhnya peruntukan tersebut," ujarnya.
22 Mar 19
73
Empty Image
Kisah Yang Hilang Di Dasar Tasik Kenyir
Tasik Kenyir yang menyimpan pelbagai rahsia kehidupan di dasarnya sebelum ditenggelami air.HULU TERENGGANU, 13 Mac - Kira-kira 33 tahun lalu, Tasik Kenyir merakam detik penting dalam sejarah apabila mula beroperasi sebagai tasik buatan manusia terbesar di Asia Tenggara setelah siap sepenuhnya pada tahun 1985 malah melenyapkan beberapa kisah dan sejarah kehidupan yang pernah tinggal di dasarnya.Mungkin ramai tidak menyedarinya bahawa di dasar tasik itu  menempatkan sembilan kampung dikenali sebagai Kampung Melur, Kelitok, Berching, Petang, Mentong, Melaka, Kuala Terenggan, Kerbak dan Belimbing yang pernah menjadi sebahagian daripada kawasan penempatan penduduk terawal di Hulu Terengganu.Namun kini cerita masyarakat yang dahulu berkampung jauh di hulu Sungai Terengganu itu bukan sesuatu yang diketahui umum. Kebanyakan kisah-kisah lisan yang turun dari generasi ke generasi itu semakin dilupakan.Said menunjukkan tanduk rusa berusia lebih seratus tahun yang merupakan peninggalan arwah bapanya yang berusia, satu-satunya tanda kenangan dari Kampung Kelitok.Wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) baru-baru ini ke Kampung Kuala Dura, di Kuala Berang untuk menemui Said Penghulu Abbas, 72, bekas penduduk yang pernah mendiami perkampungan Kelitok di dasar Tasik Kenyir sebelum ditenggelami air pada 1984.Menurut Said, dia dan keluarganya berpindah dari Kampung Kelitok sewaktu berusia 13 tahun dan  menetap sepenuhnya di Kampung Kuala Dura sejak 1959.Katanya, sebelum ditenggelami air, dasar Tasik Kenyir yang suatu ketika dahulu subur dan permai yang mana kampung ini dihubungkan dengan sungai dan perahu atau rakit sebagai pengangkutan utama.“Penduduk tak ramai, cuma dalam 20 hingga 30 keluarga sahaja yang menetap dalam kampung dan kami bagaikan satu keluarga besar yang hidup bersama-sama.“Kehidupan kampung Kelitok jauh berbeza dengan kehidupan sekarang macam berada di dalam dunia yang tersendiri disebabkan kedudukan kampung yang terpisah jauh dengan penempatan lain menyebabkan kami pada masa itu bergantung sepenuhnya pada sumber alamBeliung atau alat membuat perahu yang digunakan sebagai salah satu senjata termasuk untuk menebang pokok oleh penduduk asal Tasik Kenyir masih tersimpan rapi bersama Said.Malah, untuk ke bandar Kuala Berang atau Kuala Terengganu ketika itu, penduduknya  terpaksa menaiki perahu atau mendayung rakit yang mengambil masa dua hari perjalanan, sebelum terpaksa berjalan kaki hampir setengah hari untuk sampai ke pekan."Perjalanan menggunakan rakit buluh atau perahu sangat mencabar kerana penduduk terpaksa mengharungi sungai yang berarus deras dan berbatu.Ada kala kami terpaksa berhenti untuk memikul perahu meniti batuan sehingga melepasi jeram sebelum mengayuhnya kembali ke pekan.  "Ketika itu, kita tak ada kenderaan lain selain berjalan kaki dan menggunakan perahu atau rakit buluh menyusuri sungai untuk ke kampung lain manakala perjalanan dari sebuah kampung ke kampung sebelah memakan masa paling singkat dua jam dan paling lama sehari suntuk. Bayangkan kami bertarung nyawa menaiki rakit buluh meredah arus deras untuk ke pekan untuk dapatkan bahan bekalan makanan seperti minyak, garam dan pakaian,”ujarnya yang kini mempunyai lapan orang anak hasil perkongsian hidup bersama Minah Othman, 70.Tambahnya, penduduk kampung bertani dan bersawah untuk mendapatkan sumber makanan bagi meneruskan kesinambungan hidup di hutan belantara yang terpencil selama berpuluh-puluh tahun.“Beras kami tak beli…kami tanam padi sendiri, ada ternakan sendiri seperti ayam atau berburu di hutan kalau teringin nak makan daging atau menjala ikan di sungai.Ini termasuklah tanaman sayuran … semuanya hasil tanaman sendiri. Hidup memang terasing, tetapi kami begitu rapat kerana kelompok kecil itu.“Kehidupan di tengah belantara yang dilalui oleh kami mula mendapat perhatian kerajaan sekitar 1950-an dan menyarankan penduduk supaya berpindah  dan perpindahan pertama bermula pada 1950 secara berperingkat kerana ada yang tidak mahu berpindah sebab sayangkan tanah kebun dan sawah yang luas," ujarnya.Menurut Said lagi, beliau juga  sempat bersekolah di sekolah yang beratapkan daun dan berdinding kayu di kawasan perkampungan itu kerana ayahnya, Penghulu Abbas sangat mementingkan pendidikan walaupun terpinggir dari kehidupan Bandar.“Sekolah Rendah Pasir Tekor merupakan sekolah pertama saya dan disitulah saya belajar mengenal huruf…walaupun muridnya tidak ramai tapi kami seronok bersama-sama.Cikgu-cikgu yang pernah mengajar pun masih ada lagi hingga sekarang seperti Cikgu Ghani yang kini tinggal di Kampung Bidur ,”ujarnya lagi.Tambah beliau, tempoh perpindahan penduduk dari 'dasar' Tasik Kenyir itu dilakukan kira-kira 20 tahun sebelum pembinaan empangan Stesen Hidro Elektrik Sultan Mahmud di Kampung Jenagor, Kuala Berang.Pada masa sekarang, bekas kampung yang bertukar menjadi tasik itu masih boleh dilihat berpandukan beberapa batang sungai yang masih mengekalkan nama asalnya.Di tengah-tengah tadahan air seluas 370 kilometer persegi itu pula tersusun 340 buah pulau yang dahulunya adalah puncak-puncak gunung dan bukit tertinggi di situ.Untuk rekod, empangan Kenyir yang dibina pada 1978 dan mula beroperasi pada 1985 itu adalah empangan hidro-elektrik terbesar di Asia Tenggara.Ketika pembinaannya lebih 30 tahun lalu, stesen hidro-elektrik itu menjadi simbol kejuruteraan terhebat yang pernah dibangunkan di negara ini.
13 Mar 19
5827
Empty Image
Program Jelajah Anak Terengganu Seluruh Malaysia Bermula
PULAU PINANG, 10 Mac - Program Jelajah Anak Terengganu Pasca Pembentangan Bajet Negeri 2019 bermula hari ini bertempat di Tabung Haji (TH) Hotel, Pulau Pinang.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Makluman negeri, Ustaz Afiffin Deraman, berkata, ia bermula peringkat Zon Utara.Katanya, Program anjuran Sekretariat Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu (Permata) yang bernaung di bawah Yayasan Terengganu telah berjaya menghimpunkan lebih 350 anak-anak Terengganu yang menuntut di beberapa institiusi pengajian tinggi di Pulau Pinang, Kedah dan Perak.Beliau berkata, Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu turut berkolaborasi mempamerkan elemen pelancongan di sepanjang program berlangsung di samping mengagihkan risalah pelancongan bukan sahaja kepada anak-anak Terengganu, malah kepada orang ramai yang hadir.“ Saya rasa peranan anak-anak Terengganu di perantauan amat memberi impak mendalam membantu promosi dan galakan pelancongan dan saya bercadang untuk melantik anak-anak Terengganu sebagai Duta Pelancongan yang membolehkan masyarakat luar lebih mengetahui produk dan destinasi pelancongan yang terdapat di Negeri Terengganu.“Jika perlantikan selebriti Mat Dan sebagai Ikon pelancongan bakal membantu misi galakan dan promosi di luar negara, perlantikan Duta Pelancongan anak-anak Terengganu di dalam Program Jelajah Anak Terengganu Pasca Pembentangan Bajet Negeri 2019 ini bakal menerobos pasaran pelancongan domestik yang masih lagi merupakan penyumbang terbesar kepada jumlah kedatangan dan perbelanjaan pengunjung ke Negeri Terengganu,”ujarnya melalui satu hebahan kepada media.Tambah beliau, Program Jelajah Anak Terengganu Peringkat negeri Sabah akan diadakan pada 17hb Mac 2019 ini, sementara Peringkat Zon Selatan akan diadakan di Batu Pahat Johor pada 23hb Mac 2019.Katanya, ia diikuti dengan Jelajah Anak Terengganu Zon Tengah pada 7 hb April bertempat di Setiawangsa, Kuala Lumpur dan disudahi dengan jelajah Anak Terengganu peringkat Negeri Sarawak pada 14hb April 2019.Menurutnya lagi, program sebegini memperlihatkan kelainan strategi berserampang dua mata yang menonjolkan keperihatinan Kerajaan negeri menjaga kebajikan anak-anak Terengganu dan mampu menonjolkan elemen tarikan pelancongan yang terdapat di negeri Terengganu dan ianya amat bertepatan dalam memacu pembangunan negeri  kearah Maju, Berkat dan Sejahtera.
12 Mar 19
41
Empty Image
Permai Hotel Tawar Pakej Pelancongan Dan Umrah Percuma
Oleh : Zukifli Bin MatKUALA TERENGGANU, 12 Mac – Permai Hotel memperkenalkan inisiatif sokongan buat tetamu yang menginap untuk menyertai cabutan bertuah sebagai salah satu bentuk penghargaan buat tetamu hotel sebagai usaha merancakkan pembangunan industri pelancongan di Negeri Terengganu.Pengerusinya, Hishamuddin Abdul Karim berkata, ia adalah hasil kolaborasi bersama beberapa buah syarikat pelancongan yang bergiat aktif di negeri Terengganu.Kerjasama ini dibuat sebagai salah satu bentuk pengukuhan bisnes antara usahawan, khususnya pemain industri pelancongan.“Permai Hotel akan memainkan peranan mempromosikan syarikat penaja dengan pelbagai medium yang dimiliki dan syarikat penaja pula membantu dalam memeriahkan sambutan yang dilaksanakan.“Apatah lagi dalam suasana semasa hari ini menyaksikan persaingan yang rancak dalam industri perhotelan di Terengganu,”katanya sempena Majlis Pengumuman Cabutan Bertuah, petang tadi.Majlis Pengumuman Cabutan Bertuah diadakan bagi mengumumkan pemenang pakej percutian tiga hari dua malam ke destinasi pilihan antara Jakarta, Bandung atau Ho Chi Minh yang merangkumi tiket penerbangan pergi balik dan penginapan sepanjang berada di destinasi untuk dua orang.  Kempen ini telah berlangsung semenjak Disember 2018 dan berakhir pada 28 Februari 2019 yang lalu. Kerjasama strategik ini dijayakan bersama dengan syarikat pelancongan Smart IQ Travel Agency Sdn Bhd.Tambahnya lagi, sebagai satu kesinambungan, Permai Hotel terus menjalinkan kerjasama strategik pula dengan pihak In Saff Travel & Tours Sdn Bhd. Kini, bermula Mac 2019 sehingga 31 Ogos 2019 promosi penginapan di Permai Hotel akan melayakkan penyertaan cabutan bertuah untuk mendapatkan pakej umrah percuma yang akan ditaja sepenuhnya oleh In Saff Travel & Tours Sdn Bhd. “Penginapan satu malam sudah melayakkan penyertaan mana-mana tetamu persendirian yang bermalam di Permai Hotel untuk sertai tawaran ini. “Inisiatif-inisiatif lain dalam meningkatkan keupayaan pemasaran Permai Hotel akan diperkenalkan secara konsisten dan berterusan dengan pelbagai pendekatan dari masa ke semasa,”ujarnya  lagi.Sementara itu Pengurus Besar Permai Hotel, Noralizan Abd Rahman berkata, pihak kami mempelawa orang ramai dari segenap pelusuk Malaysia yang berkunjung ke Terengganu memilih penginapan di Permai Hotel. “Kami mengalu-alukan tetamu kami dan bersedia memastikan tetamu hotel mendapat layanan sebaik mungkin.“Kami menjangkakan sambutan yang lebih baik akan diperolehi Permai Hotel setelah inisiatif seperti ini mula diperkenalkan,” katanya.
12 Mar 19
101
Empty Image
Pulau Peranginan Di Terengganu Kini Dibuka
Keindahan semulajadi pulau di Terengganu.KUALA TERENGGANU, 10 Mac - Pulau peranginan di Terengganu kembali meriah dengan kedatangan pelancong dari dalam dan luar negara apabila kesemua pusat itu mula beroperasi pada awal bulan ini.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, pusat peranginan itu ditutup kepada semua pengunjung bermula pada November hingga Februari lalu berikutan musim tengkujuh yang melanda Terengganu.  Katanya, resort yang kembali dibuka itu menyebabkan pakej percutian yang ada di Terengganu menjadi pilihan dan hampir keseluruhannya sudah terjual."Jualan pakej-pakej percutian di dalam dan luar negeri semasa berlangsungnya Karnival Pelancongan Persatuan Agensi-Agensi Pelancongan Malaysia (MATTA) Fair Terengganu menunjukkan jumlah yang memberangsangkan selain Terengganu turut jadi pilihan.“Menyebabkan kebanyakan agensi kembara dan pelancongan telah mengambil risiko membeli bilik penginapan di pulau-pulau peranginan dan akan promosikan pada pelanggan sendiri,”katanya menerusi satu kenyataan kepada media, Rabu lalu.Pulau Redang. Foto ihsan - Amazing TerengganuBeliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alur Limbat turut berkata, pertumbuhan industri pelancongan berkembang pesat akan menguntungkan rakyat bukan sahaja di Terengganu tetapi turut memberi kesan pada Malaysia.Jelasnya, kerajaan negeri juga akan terus mempromosikan industri pelancongan yang ada di Terengganu untuk meningkatkan lagi taraf sosio ekonomi.Beliau juga berharap supaya kolaborasi sebegini melalui badan-badan NGO pelancongan seperti MATTA, Persatuan Hotel Malaysia (MAH), Persatuan Hotel Bajet (MyBha) dan lain-lain dapat dimanfaatkan sepenuhnya.“Penyediaan prasarana dan perancangan, selain galakan dan promosi oleh kerajaan negeri bersama strategi perniagaan pengusaha-pengusaha pelancongan bakal membuahkan kejayaan dalam meningkatkan jumlah pelancong.“Seterusnya meningkatkan taraf sosio ekonomi rakyat negeri bertepatan menjadikan Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera,” tambah beliau.
10 Mar 19
586