lightning-solid
Berita :

Artikel "Pelancongan" Terkini

Empty Image
300 Peserta Turun 'Pikat' Sotong Di Marang
Peserta teruja candat sotong beramai-ramai.MARANG, 23 Jun - Sekitar 300 peserta menyertai pertandingan sempena Pesta Candat Sotong Marang 2019 yang pertama kali diadakan di daerah tersebut.Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Datuk Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil memaklumkan, sebanyak 30 buah bot disediakan untuk program berkenaan.“Tahniah kepada Pejabat Daerah dan Tanah Marang atas usaha yang dilakukan oleh kakitangannya dalam program ini.Datuk Tengku Farok melepaskan peserta Pesta Candat Sotong 2019."Mencandat sotong ini merupakan tarikan kepada daerah Marang dan ini adalah satu inisiatif mempromosikannya sebagai satu destinasi pelancongan dalam negeri Terengganu,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis pelepasan peserta candat di Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), semalam.Hadir sama, Pegawai Daerah Marang, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak serta Ketua Pengarah Eksekutif Golden Pharos Berhad, Dato' Ahmad Nadzarudin Abdul Razak.Dalam perkembangan sama, Tun Faisal menyatakan, program anjuran pejabat daerah dengan kerjasama LKIM Terengganu dan persatuan-persatuan nelayan tempatan itu adalah sebahagian daripada  agenda besar dalam mempromosi daerah Marang.“Kita menumpang nama candat sotong kerana ia telah terkenal. Tetapi, dalam masa yang sama kita memperkenalkan produk lain Marang.“Antaranya ialah Pulau Kapas yang menjadi lubuk utama candat di daerah ini serta Sungai Marang yang menarik untuk disusuri pengunjung,” katanya.Beliau juga meletakkan matlamat untuk menjadikan daerah berkenaan sebagai destinasi pelancongan terbaik.“Sekarang, Marang merupakan produk baharu pelancongan Terengganu, insya-Allah selepas setahun, kami meletakkan sasaran bahawa Marang akan menjadi destinasi utama pelancongan negeri Terengganu,” katanya.Dalam Pesta Candat Sotong 2019 yang berakhir hari ini, pasukan Hexatrand dinobat sebagai johan pertandingan apabila berhasil mendapatkan sotong dengan berat keseluruhan sebanyak 71 kilogram (kg). Manakala, pasukan Kuda Laut dari Tenaga Nasional Berhad (TNB) mendapat tempat kedua dengan berat keseluruhan sebanyak 61.5kg serta pasukan Pusat Pembangunan Kemahiran Negeri Terengganu (TESDEC) di tempat ketiga dengan 37.5kg.
23 Jun 19
122
Empty Image
Bukit Maras Terengganu Bakal Jadi Tumpuan Dunia
Bukit Maras bakal menjadi tumpuan dunia. Foto - Syaiful MustafaKUALA NERUS, 20 Jun - Bukit Maras bakal menjadi tumpuan apabila Persatuan Luncur Udara Negeri Terengganu (PLUT) dengan kerjasama Hiking Maras Committee menganjurkan ‘Open Fun Fly Paragliding Bukit Maras 2019’ pada 28 hingga 30 Jun ini.Pengendali acara, Anuar Ngah berkata, acara itu bakal menghimpunkan kira kira 70 peserta dari Thailand, Kanada, Singapura, Sepanyol, USA, Perancis, Iran, Indonesia, Filipina, Jerman dan Malaysia sebagai tuan rumah.Katanya, acara itu bertujuan memperkenalkan sukan luncur udara atau 'paragliding' kepada orang ramai disamping mempromosikan Bukit Maras sebagai sebuah tapak luncur udara terkenal di rantau ini.Sehubungan dengan itu, pihak penganjur menjemput orang ramai khususnya dari Kuala Nerus dan Kuala Terengganu supaya mengambil peluang untuk melihat sendiri pertunjukkan luncur udara atau 'paragliding'."Ia julung kalinya diadakan di Bukit Maras melibatkan jumlah peserta yang besar. Di samping itu, persembahan sampingan seperti silat gayung, badut dan cabutan bertuah turut diadakan bagi memeriahkan acara."Orang ramai juga diberi peluang merasai pengalaman terbang bebas seperti burung melalui slot tandem paragliding dengan harga promosi RM150 bersama dengan pilot profesional berdurasi antara 10 hingga 15 minit," katanya kepada media.Beliau berkata, salinan video juga akan diberikan secara percuma sebagai kenang-kenangan.Dalam pada itu, beliau berharap kerajaan negeri mahupun Kerajaan Pusat dapat menjadikan acara itu sebagai satu produk pelancongan sukan atau ‘sport tourism’ dan diadakan pada skala lebih besar seterusnya menjadi acara tahunan."Sukan paragliding amat diminati ramai terutamanya di Eropah dan terdapat lebih 500,000 pilot paragliding di seluruh dunia dan mereka gemar melancong untuk terbang di tempat-tempat baharu."Pada ketinggian 329 meter dari aras paras laut, mempunyai permandangan cantik dengan keindahan flora dan faunanya, Bukit Maras berpotensi besar untuk menjadi popular sebagai satu destinasi sukan paragliding kerana keunikannya yang tiada di tempat-tempat lain," katanya.SUMBER: SINAR HARIAN (MOHD AZLIM ZAINURY)
19 Jun 19
538
Empty Image
Pine Hill’s Garden, Tarikan Baharu Marang
Konsep kebun anggur yang dipadankan bersama rumah peranginan jadi tarikan.Oleh: Aslam WiraMARANG, 18 Jun - Pine Hill’s Garden yang mengetengahkan konsep ‘unique farming’ (pertanian unik) kini menjadi tarikan baharu di kalangan masyarakat setempat dan pengunjung luar ke daerah Marang.Terletak di puncak sebuah bukit berketinggian 200 kaki dari aras laut, ramai yang tidak menyangka kawasan berhampiran pesisir pantai Kelulut itu merupakan salah satu pusat tanaman anggur yang menarik.Pemiliknya, Mohammad Salleh Angullia Isa, 26, menterjemahkan hobi dan bakatnya dalam bercucuk tanam dengan cara unik iaitu mewujudkan kebun anggur dan rumah yang berkonsepkan penginapan peranginan di kediaman keluarganya, di Kampung Bukit Kemas.Mohammad Salleh Angullia.“Pada permulaannya, kerja-kerja ini hanya hobi semata-mata di mana dari sudut latar belakang pendidikan, saya tidak pernah terlibat dalam bidang agricultural.“Saya hanya belajar daripada laman Youtube, media sosial, daripada kawan-kawan dan kelompok petani sehingga hobi tersebut berhasil menjadi pendapatan sampingan,” katanya ketika ditemui Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), di lokasi tersebut, semalam.Mohammad Salleh mengusahakan tanaman itu sejak dua tahun lalu setelah tanah tersebut diteroka oleh keluarganya. “Sebenarnya, tanaman anggur ini belum lagi dikomersialkan di mana-mana, tetapi saya juga terkejut ia tiba-tiba tular di media sosial pada awal Syawal lalu,” tambahnya.Menurutnya, baka dan benih tanaman yang diusahakan berasal dari lebih lima buah negara antaranya dari Amerika Syarikat, Perancis, Brazil, dan Ukraine.Selain daripada buah anggur, Salleh juga pernah mengusahakan tanaman lain seperti strawberi, terung, tomato, lada dan lemon.Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Bukit Kemas, Wira Zahid menyokong usaha yang dilakukan anak muda kampung berkenaan.“Kini, kebun anggur miliknya itu menjadi tarikan orang ramai untuk melawat dan bergambar. Selain konsep kebunnya yang unik, persekitaran dan permandangannya yang berlatar belakang pulau kapas serta laut juga sangat mengagumkan.“Sejak kebelakangan ini juga, ramai orang dari luar kampung ini termasuk dari negeri lain ada masuk ke kampung bertanyakan tentang kebun tersebut," katanya.
17 Jun 19
3793
Empty Image
Projek Baharu Pulau Kapas Rancakkan Pelancongan Terengganu
Pulau Kapas akan menerima lima projek pembangunan baharu.MARANG, 12 Jun - Pulau Kapas bakal menerima projek pembangunan baharu berjumlah RM350,000 yang dijangka bermula Julai depan sekali gus merancakkan lagi pusat pelancongan bertaraf antarabangsa itu.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan Dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, kerajaan negeri menerusi Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) telah meluluskan peruntukan tersebut bagi kerja-kerja membaik pulih dan pembinaan kemudahan pelancongan.Jelasnya, projek di pulau berkeluasan 260 hektar yang dijadualkan siap sebelum musim tengkujuh tahun ini itu turut membabitkan pemasangan lampu solar (solar street lighthing) di sekitar kawasan tersebut.“Kerajaan negeri telah meluluskan bajet segera untuk kerja membaik pulih laluan pejalan kaki termasuk tangga dan susur tangan semuanya bernilai RM200 ribu, selain ‘rubber fender’ di jeti akan turut dipasang.“Ini juga termasuk fasiliti surau, tandas dan bumbung jeti yang akan dinaik taraf. Sementara itu, laluan, papan tanda, kemudahan wakaf serta 'jungle trekking' akan dibaiki mengikut kesesuaian tempat pelancongan,” ujarnya.Meninjau Stesen Sistem Solar Hibrid yang menjadi sumber utama elektrik di Pulau Kapas.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melakukan lawatan kerja ke Pulau Kapas, di sini hari ini.Hadir sama dalam lawatan itu ialah Pegawai Daerah Marang, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak serta wakil-wakil Pejabat Daerah Marang dan Pejabat Pelancongan Negeri.Di samping itu, Ariffin turut mengulas tentang aduan masalah elektrik di pulau tersebut yang akan menjejaskan kehadiran pelancong untuk jangka masa panjang.Katanya lagi, isu berkenaan akan diselesaikan dengan peruntukan sebanyak RM1 juta yang secara dasarnya telah dipersetujui oleh Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.“Saya dimaklumkan Pejabat Daerah Marang telah memohon peruntukan daripada UPEN untuk menggantikan sistem solar hibrid kepada penggunaan genset sebanyak dua unit.“Pengunaan genset ini akan menjimatkan kos, di samping turut membantu pengusaha chalet mengembangkan bisnes (menambah bilangan chalet) mereka dan menampung pertambahan pelancong ke Pulau Kapas, seterusnya meningkatkan jumlah pelancong ke Terengganu.“Tadi kami juga sempat meninjau masalah berkaitan banjir, jadi insya-Allah sistem perparitan ini kita akan selesaikan, ini untuk projek jangka masa panjang kita,” tambah beliau.Laluan 'jungle trekking' yang akan diubah suai.
12 Jun 19
918
Empty Image
'Bocey' Teruja Candat Sotong Di Terengganu
Oleh : Adli MohamadKUALA NERUS, 30 April- Kumpulan pelawak tanah air, Bocey teruja dapat menyertai aktiviti mencandat sotong di perairan Terengganu.Seorang ahli kumpulan itu, Mohd Nasir Hamzah atau Achey berkata, aktiviti mencandat sotong amat menarik dan mampu menaikkan sektor pelancongan di Terengganu."Alhamdulillah saya dapat bersama rakan-rakan yang lain dan juga tekong dapat menaikkan 30 kilogram (kg) sotong yang saiznya sebesar lengan saya."Kami juga mendapat ikan sebanyak 30 kg, dan antara ikan yang istimewa kita dapat adalah ikan Yu Perjam,"katanya.Pelawak itu berkata demikian ketika ditemui media Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), di Jeti Seberang Takir, semalam.Achey juga berhasrat untuk kembali lagi dan tidak akan melupakan pengalaman menyertai aktiviti laut itu.Sementara Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan yang dikenali sebagai Abam Bocey memberitahu tujuan utama menyertai aktiviti itu kerana mahu menenangkan diri dan itu adalah pengalaman kali pertama mencandat sotong menaiki bot di tengah lautan."Ingin lari dari kesibukan kota, jadi datang nak candat sotong nak belajar suatu perkara yang baru."Ianya bukan senang, menuntut kepada kesabaran. Nampak macam senang, sebenarnya sukar, kerana sotong yang terkena pada umpan pada mata kail adakalanya tiada tindak balas," jelasnya.Menurut Abam, dia juga tertarik untuk memaparkan aktiviti candat sotong dalam filem terbarunya dan mahu memilih Terengganu sebagai lokasi penggambaran kerana memiliki keindahannnya yang tersendiri.Bagi Syed Ali Mubarak Syed Nohd Ridzuan yang dikenali sebagai Putih Maharajalawak Mega pula menyifatkan aktiviti mencandat itu satu pengalaman yang luar biasa baginya yang terkenal dengan jolokan 'kaki pancing'."Benda candat sotong ini bukan mudah, kalau tak candat maka tak naik sotong." Jika di pasar dijual dengan harga RM28 sekilogram sekalipun jangan minta tawar, susah nak dapat, "katanya.Ali Putih yang juga adik kepada Abam menjelaskan, dia sangat gembira kerana mendapat pengalaman berharga berada di Terengganu, negeri yang terkenal dengan kegiatan nelayan serta amat sinonim dengan aktiviti mencandat sotong."Kami juga mengakui orang Terengganu baik-baik dan mesra,"katanya.Ketiga-tiga mereka turut berterima kasih di atas layanan baik rakyat Terengganu yang ditemui mereka selain sempat melayani peminat yang mengambil kesempatan bergambar kenangan.
30 Apr 19
782
Empty Image
Tarik Pukat Aktiviti Tradisi Memukau Pelancong
Aktiviti tarik pukat di Pantai Ru Muda.MARANG, 30 April - Aktiviti tarik pukat yang menjadi tradisi masyarakat nelayan berjaya menarik minat serta memukau pelancong apabila berkunjung ke Terengganu.Bagi penggemar acara itu, Arif Ariffin, 31, berkata, acara tarik pukat yang kebanyakannya dipelopori oleh golongan berusia itu sudah mencecah hampir puluhan tahun.Katanya, aktiviti yang biasa dilakukan pada hujung minggu itu berjaya menambat hati pelancong sama ada dari dalam atau luar negara apabila berkunjung ke negeri ini.“Peringkat dulu-dulu, ramai orang tua-tua yang mempelopori aktiviti ini dan orang muda sekarang baru berjinak-jinak.“Setakat pengalaman saya, pelancong bukan sekadar berminat, tetapi mereka teruja dengan aktiviti tarik pukat ini, sebab mungkin mereka tak pernah tengok dan cuba aktiviti ini.Arif Ariffin.“Rata-rata pengunjung meluahkan rasa teruja dan ingin mencuba apabila mereka datang melawat Terengganu,” katanya.Menurut Arif lagi, hasil tangkapan akan diagih sesama mereka yang terlibat dalam aktiviti itu serta masyarakat kampung.Jelasnya, acara tarik pukat itu akan lebih meriah apabila tiba musim cuti persekolahan dan sangat sesuai sekiranya kerajaan negeri menjadikan aktiviti itu sebagai produk pelancongan Terengganu.“Hasil tangkapan itu terpulang, kadang-kadang banyak, kadang-kadang sikit, faktor bulan, ombak, angin, mata pukat dan kedalaman air memainkan peranan penting.“Bila aktiviti ini 'hidup', mudah-mudahan adalah usaha dan sokongan daripada kerajaan untuk mengetengahkan tarik pukat sebagai produk pelancongan.  “Secara tidak langsung menjadikan Terengganu dan Marang khususnya sebagai tempat pelancongan yang menarik,” tambahnya lagi.Hasil tangkapan.
30 Apr 19
1342
Empty Image
3,000 Rakyat Terengganu Takluk Bukit Seluruh Negeri
Ariffin Deraman (dua dari kiri) bersama pihak penganjur. Foto oleh - Abu UbaidahKUALA TERENGGANU, 28 April - Lebih 3,000 warga Terengganu menakluki lapan bukit di seluruh negeri secara serentak bagi mempromosikan lokasi rekreasi di Hari Mendaki Bukit Terengganu atau Terengganu Hills Day (THD) 2019 semalam.Lokasi lain yang menjalankan program itu termasuk Bukit Harimau Menangis di Kemaman, Bukit Bauk di Dungun, Bukit Batu Singa di Marang, Bukit Besar di Kuala Terengganu, Bukit DO, Hulu Terengganu, Bukit Jong dan Bukit Maras di Kuala Nerus serta Bukit Keluang di Besut.Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman, aktiviti yang julung kalinya diadakan itu menawarkan pilihan kepada rakyat tempatan untuk beriadah di bukit-bukit sekitar kawasan mereka.Jelasnya, program itu juga dapat memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai pentingnya menjaga alam sekitar selain merupakan aktiviti kesihatan.“Alhamdulillah di Bukit Besar, lebih 500 orang yang turut serta dalam program ini dan seluruh Terengganu yang ada lapan daerah, saya difahamkan penyertaan lebih 3,000 orang.“Program ini sangat bagus kerana membantu orang ramai tidak kira lapisan umur untuk kekal sihat,” ujarnya.Beliau turut berharap agar program itu dijadikan acara tahunan bersama kerajaan negeri pada masa akan datang demi merancakkan suasana pelancongan dan sukan rekreasi negeri itu.“Saya mengharapkan kepada pihak penganjur (BB Hikers) dan seluruh kumpulan lain seluruh negeri supaya menjadikan acara ini sebagai acara tahunan," jelasnya.
28 Apr 19
240
Empty Image
Skuad Penyelamat Pantai Pulau Kekabu Ditubuh - MB Terengganu
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.MARANG, 27 April - Terengganu dengan kerjasama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Pejabat Daerah Marang dan Majlis Daerah Marang (MDM) telah menubuhkan Pasukan Penyelamat Pantai (Lifeguard) Pertahanan Awam di Pulau Kekabu.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, penubuhan skuad itu adalah untuk mengawal, mencegah serta menyelamat mangsa yang mengalami apa jua risiko kemalangan dan kejadian tidak diingini.Jelasnya, lokasi pesisir pantai Terengganu akan semakin disenangi oleh pengunjung-pengunjung, terutamanya pelancong asing yang gemar dengan aktiviti-aktiviti di laut dan pantai.“Tentunya bila ada pasukan keselamatan (lifeguard), terutamanya di 49 lokasi di Malaysia (termasuk tiga di Terengganu) akan membantu mengurangkan kemalangan jiwa di kawasan rekreasi.“Kita mengharapkan dengan kewujudan 20 orang ‘lifeguard’ di Pantai Kekabu ini, pengunjung-pengunjung akan berasa selamat dan yakin untuk membawa keluarga masing-masing berkelah di tepi pantai,” ujarnya.Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Majlis Perasmian Pasukan Penyelamat Pantai (Lifeguard) APM Terengganu di Pantai Pulau Kekabu, di sini hari ini.Turut hadir, Ketua Pesuruhjaya APM, Datuk Roslan Wahab, Pegawai Daerah Marang, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak, Yang Dipertua MDM, Huzairil Nizam Ibrahim serta Pengarah APM Terengganu, Kol. (Pa) Che Adam A. Rahman.Ahmad Samsuri turut memberi keyakinan bahawa penubuhan pasukan penyelamat itu akan turut diaktifkan di lokasi-lokasi lain yang menerima pengunjung-pengunjung dari pelbagai tempat.Tambah beliau lagi, skuad itu tidak hanya tertumpu di kawasan pantai semata-mata, sebaliknya pasukan itu akan meliputi seluruh tempat rekreasi yang menjadi tumpuan pengunjung termasuk Santuari Kelah di Kenyir.“Insya-Allah kita pun menjangkakan bahawa bukan sekadar di Pulau Kekabu ini, tetapi juga akan diperluaskan di tempat-tempat lain di seluruh negeri Terengganu.“Yang kita lihat ada potensi, tempat yang cantik, pasir yang putih bersih, kita akan bincang dengan APM dan agensi yang terlibat untuk cari dan tambah pasukan ini di tempat berkenaan,” tambah beliau.Untuk rekod, dua lagi lokasi yang mempunyai skuad 'Lifeguard' di Terengganu ialah Pantai Bukit Kluang, Besut dan Pantai Taman Laut, Pulau Redang, Kuala Nerus.
27 Apr 19
746
Empty Image
Gunung Sarut Tarikan Baharu Pelancongan Di Setiu
Oleh : Ariss AliasSETIU, 22 April - Gunung Sarut bakal dijadikan destinasi pelancongan terbaharu di daerah ini.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri(DUN) Langkap,  Azmi Maarof, berkata usaha ini menjadi salah satu hasrat beliau untuk menaikkan nama daerah Setiu dan DUN Langkap secara khususnya dalam sektor pelancongan.Katanya, Gunung Sarut yang berada dalam kawasan Hutan Lipur Lata Payung bakal menjadi perhatian pengunjung dengan kehadiran flora dan fauna yang mempesonakan."Uniknya di sini, kita akan melalui Lata Payung terlebih dahulu dan Sebelum sampai ke "camp site" pelawat boleh singgah di kolam "bluepool" yang amat jernih airnya."Di kawasan "camp site" pula terdapat kawasan pokok bonsai yang memukau mata termasuk  laluan haiwan seperti tapir yang melintasi trek ke puncak dan pelawat berkesempatan untuk melihat sendiri tapir sekiranya bertuah,"ujarnya.Beliau berkata sedemikian di sidang media selepas program Kembara Rimba Gunung Sarut anjuran Pusat Khidmat DUN Langkap, baru-baru ini.Katanya yang turut serta dalam program tersebut, beliau ingin merasai sendiri pengalaman meneroka keindahan alam ini secara lebih dekat."Saya turut bersama dengan 19 peserta yang lain dalam program inidan Alhamdulillah saya dapat menawan puncak yang berketinggian 1229 meter dari paras laut, yang merupakan puncak gunung tertinggi di daerah ini walaupun usia sudah mencecah 58 tahun," ujar Azmi lagi.Tambah beliau, kerjasama dan perancangan turut dilaksanakan bersama pihak Pejabat Daerah Setiu dan Majlis Daerah Setiu bagi membaikpulih infrastruktur di kawasan Hutan Lipur Lata Payung."Terasa amat rugi kita mempunyai banyak khazanah alam tapi tidak dimanfaatkan dengan cara sepatutnya. InsyaAllah penduduk setempat juga akan merasa limpahan ekonomi daripada pembangunan ini nanti,"katanya.
22 Apr 19
1862
Empty Image
585 Sertai Karnival Maghi Candat Sotong Terengganu 2019
Sebahagian peserta bersiap-sedia untuk menaiki bot.KUALA TERENGGANU, 21 April - Seramai 585 pengunjung dalam dan luar negeri hadir menyertai pesta mencandat sotong yang diadakan oleh Kerajaan Negeri Terengganu.Acara tahunan anjuran Jabatan Pelancongan Negeri dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB) itu diadakan sempena Karnival Maghi Candat Sotong 2019 yang berlangsung daripada 18 hingga 21 April.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, candat sotong adalah 'pesta' turun- temurun yang berlangsung dari bulan April hingga September setiap tahun.Kerajaan negeri jadikan aktiviti candat sotong pakej pelancongan Terengganu."Aktiviti ini merupakan tradisi unik negeri Terengganu yang jarang ada di tempat lain dan telah menarik minat masyarakat dalam dan luar negara."Untuk tahun-tahun akan datang, kita berusaha mengangkat aktiviti ini sebagai tarikan pengunjung luar negara, bahkan satu keluarga dari Singapura turut serta dalam acara kali ini," katanya ketika ditemui pemberita.Beliau berkata demikian selepas merasmikan Karnival Maghi Candat Sotong di Jeti Tok Ku Paloh, Taman Tamadun Islam, di sini semalam.Bot-bot candat mula bergerak ke 'lubuk' sotong.Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Yahaya Ali, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya dan Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri, Ab Rasid Jusoh.Hadir sama dalam majlis itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Dr. Alias Razak dan Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau, Dr. Mamad Puteh.Sebanyak 43 bot candat termasuk feri digunakan dalam pesta candat kali ini yang akan berkampung di perairan Pulau Bidong, Setiu.Selain aktiviti mencandat, karnival berkenaan turut diserikan dengan demonstrasi permainan tradisional, persembahan gamelan, ceramah agama serta aktiviti wanita dan kanak-kanak.Pesta candat sotong telah diperkenalkan secara komersial oleh kerajaan negeri seawal tahun 1991 lagi.Bermula 2014, aktiviti itu berjaya melonjakkan industri pelancongan negeri dan juga memperkenalkan kluster produk dan destinasi pelancongan Terengganu lain seperti Tasik Kenyir dan Setiu Wetland sekali gus menjadi acara tahunan negeri.
20 Apr 19
651