lightning-solid
Berita :

Artikel "Pelancongan" Terkini

Empty Image
Terengganu Tingkat Sasaran Baharu, 5.5 Juta Pelancong Pada 2020
Para penerima APKT beramah mesara bersama Dr. Samsuri.KUALA TERENGGANU, 2 Februari- Terengganu meletakkan sasaran baharu 5.5 juta pengunjung ke negeri itu bagi tahun 2020.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, sasaran itu dinaikkan berikutan kejayaan Terengganu mencatatkan kenaikan 9.8 peratus jumlah pelancong bagi tahun 2019."Pada tahun 2018, kita merekodkan sebanyak 4.8 juta pelancong ke negeri ini."Bagaimanapun, tahun lalu sebanyak 5.3 juta pelancong telah berkunjung ke Terengganu, melepasi sasaran 5 juta yang kita idamkan," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis Anugerah Pelancongan dan Kebudayaan Terengganu (APKT) 2018/2019 di Wisma Darul Iman, semalam.Ariffin letak sasaran baharu pengunjung ke Terengganu.Jelasnya, kejayaan itu melonjakkan semangat kerajaan negeri walaupun wujud kekhuatiran peningkatan hasil daripada industri pelancongan berikutan ancaman wabak Coronavirus."Ini adalah isu global yang mana seluruh dunia turut terjejas dalam sektor ini. Tetapi, apa yang bagus kita lebih menjadi tumpuan dari kalangan pelancong domestik," katanya.Dalam APKT yang dirasmikan Menteri Besar semalam, Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, sebanyak 13 kategori dipertandingkan.Dalan kategori Penyumbang Kepada Industri Pelancongan Terbaik, daerah Marang dipilih menerima anugerah tersebut sekali gus mengangkat daerah tersebut yang sebelum ini malap menjadi tumpuan ramai pengunjung luar.
02 Feb 20
68
Empty Image
Pengunjung China Merosot, Terengganu Optimis Capai Sasaran Pelancong Tahun 2020
Ariffin optimis sasaran lima juta pengunjung dapat dicapai.KUALA TERENGGANU, 31 Januari - Kerajaan negeri optimis sasaran lima juta pelancong ke Terengganu pada tahun ini akan dapat dicapai walaupun berdepan risiko kemerosotan pengunjung dari negara China.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, pihak pelancongan negeri melihat isu itu secara menyeluruh dan menumpukan promosi peluang-peluang lain yang ada.“Secara asasnya,  kita melihat memang akan ada masalah. Tetapi keseluruhannya, pelancong yang datang bukan dari China sahaja, ramai sebenarnya pelancong seperti dari Eropah, Timur Tengah yang datang ke pulau dan tanah besar kita.“Kebanyakan pelancong dari negara China suka berkunjung ke pulau-pulau peranginan di Terengganu. Bagaimanapun, sehingga hari ini pulau-pulau masih belum dibuka lagi kepada orang ramai setelah ditutup musim tengkujuh lalu. Jadi kita tidak tahu lagi sejauh mana kesannya,” katanya.Ariffin ketika meninjau keadaan Pura Tanjung Sabtu.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita sewaktu meninjau kompleks rumah unik, Pura Tanjung Sabtu yang semakin usang, semalam.Turut serta, Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu (Tourism Terengganu), Ab. Rasid Jusoh, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buluh Gading, Ridzuan Hashim dan Pengarah Lembaga Muzium Negeri Terengganu (LMNT), Che Muhamad Azmi Ngah.Menurut Ariffin, kerajaan negeri juga lebih menumpukan promosi kepada pelancong tempatan, yang mencatatkan lebih 80 peratus kunjungan ke Terengganu.“Berdasarkan rekod kita, setakat ini, hanya 15 hingga 20 peratus pengunjung yang datang ke negeri ini merupakan pelancong luar negara.“Kita masih ada harapan untuk mencapai sasaran 5 juta itu dengan menumpukan peluang-peluang lain dan membuat promosi di negara-negara lain,” jelasnya yang turut mendoakan agar wabak Coronavirus berjaya ditangani segera.
30 Jan 20
155
Empty Image
Kerajaan Negeri Teliti Usaha Pulihara Pura Tanjung Sabtu
Keadaan bangunan yang penuh khazanah itu semakin usang.KUALA TERENGGANU, 31 Januari - Kerajaan Terengganu meneliti cadangan pemuliharaan Pura Tanjung Sabtu bagi memastikan bangunan yang penuh dengan khazanah tradisi Melayu itu kembali terjaga.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan pihak terlibat untuk menguruskan kompleks rumah itu.“Sebenarnya, bukan kerajaan negeri tidak ambil tahu tentang bangunan ini, kami sudah ada maklumat tentang perkara ini. Namun, ia memerlukan banyak prosedur yang perlu diperhalusi.“Setakat ini tiada sebarang keputusan lagi. Kita akan cuba tengok apa yang boleh kita buat,” katanya ketika ditemui pemberita ketika melakukan tinjauan di Pura Tanjung Sabtu, semalam.Ariffin bersama MPKK Tanjung Sabtu ketika meninjau keadaan Pura berkenaan.Tinjauan tersebut turut disertai Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu (Tourism Terengganu), Ab. Rasid Jusoh, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buluh Gading, Ridzuan Hashim dan Pengarah Lembaga Muzium Negeri Terengganu (LMNT), Che Muhamad Azmi Ngah.Lawatan ke rumah antik yang menjadi tumpuan pengunjung itu turut memperlihatkan struktur yang semakin usang dan terdapat barang-barang perhiasan yang telah hilang dan dirosakkan.Pura Tanjung Sabtu merupakan sebuah kompleks yang menempatkan beberapa buah rumah dan istana tradisional Melayu Terengganu dan difahamkan rumah dan istana tersebut telah berusia hampir 100 dan 200 tahun.Ia mendapat namanya hasil gabungan perkataan Sanskrit iaitu ‘Pura’ yang membawa maksud istana dan ‘Tanjung Sabtu’ iaitu nama desa di mana ia dibina.Walaupun usang, binaannya masih indah dan unik ditatap.Pura Tanjung Sabtu telah dibina oleh Allahyarham YM Tengku Ismail YM Tengku Su pada awal 90-an. Namun kini, bangunan-bangunan di sana sudah berkeadaan usang dan tidak terurus setelah pemiliknya meninggal dunia pada tahun 2011.
30 Jan 20
1852
Empty Image
APKT Perkasa Industri Pelancongan, Kebudayaan Terengganu
Ariffin Deraman.KUALA TERENGGANU, 29 Januari - Setelah hampir 30 tahun berlalu, Anugerah Pelancongan dan Kebudayaan Terengganu (APKT) 2018/2019 akan kembali diadakan pada Sabtu ini sekali gus mampu merancakkan lagi sektor itu di Terengganu.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, penganjuran majlis tersebut adalah sebagai tanda keseriusan kerajaan negeri dalam mengangkat industri serta pihak yang mempelopori pelancongan dan kebudayaan Terengganu.“Kita berada dalam keadaan masyarakat di seluruh dunia dan Malaysia sedang memerhatikan produk-produk pelancongan serta keindahan yang ada di negeri ini.“Jadi anugerah ini pastinya akan menjadi pemangkin semangat kepada pemain-pemain industri pelancongan yang selama ini bertungkus lumus menjulang nama Terengganu,” katanya pada sidang media khas di Wisma Darul Iman di sini hari ini.Menurut Ariffin, sebanyak 13 kategori melibatkan 31 anugerah akan disampaikan kepada seluruh penggiat pelancongan yang terpilih dari dalam dan luar Terengganu.Katanya, dalam majlis terbabit, tokoh, personaliti dan ikon pelancongan menjadi anugerah utama yang diberikan khas oleh kerajaan negeri selain pengiktrafan kepada pengusaha pelancongan domestik terbaik.“Kita juga tidak lupakan para media sama ada cetak atau elektronik, peranan yang dimainkan oleh mereka akan kita balas dengan beberapa penghargaan,” ujarnya yang bercadang untuk mengadakan acara itu sebagai acara dwitahunan.Selain itu, Ariffin memaklumkan produk pelancongan berinovasi, berpotensi dan terbaik turut akan diumumkan pada 1 Februari ini.“Di samping pakej pelancongan, perkhidmatan hotel, inap desa, pemandu pelancong, program acara pelancongan, pengangkutan, seni budaya dan daerah terbaik turut disampaikan dalam majlis tersebut.“Majlis penyampaian anugerah ini dijangka akan disempurnakan oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar,” tambah beliau.
29 Jan 20
176
Empty Image
Tourism Terengganu-TV AlHijrah Ganding Bahu Promosi Negeri
Ariffin bersama Ab. Rasid (kiri) ketika ditemu bual dalam program Assalamualaikum.KUALA TERENGGANU, 23 Januari - Kerajaan negeri melalui Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu (Tourism Terengganu) menjalinkan kerjasama bersama stesen televisyen Islamik terkemuka negara, TV AlHijrah dalam mempergiatkan promosi pelancongan negeri.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman menyifatkan langkah tersebut sebagai salah satu usaha untuk berdiri setanding negeri-negeri lain yang kini menjadi contoh kepada Terengganu dalam bidang pelancongan.Beliau turut menyeru anak-anak negeri yang berada di luar Terengganu atau luar negara dapat bersama-sama mempromosikan Terengganu ke persada antarabangsa. “Negeri Terengganu sememangnya terkenal dengan seni budaya dan krafnya seperti batik, songket, tembaga dan lain-lain. Jadi bagi menghimpunkannya di satu tempat yang senang dikunjungi pelancong, kerajaan negeri akan mewujudkan satu produk baharu iaitu Perkampungan Budaya Terengganu.Ariffin menerima cenderahati daripada Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanzee Harris.“Kami mempromosikan orang ramai untuk datang ke Terengganu yang mana kami juga memiliki ikonik baharu iaitu jambatan angkat atau drawbridge yang menjadi tarikan pengunjung sejak ia mula dibuka Ogos lalu,” katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemu bual secara langsung dalam program Assalamualaikum di stesen TV AlHijrah, Kuala Lumpur, baru-baru ini.Turut serta dalam temu bual tersebut ialah Pengarah Tourism Terengganu, Ab Rasid Jusoh.Tambah Ariffin, Perkampungan Budaya Terengganu akan ditempatkan di Muzium Negeri Terengganu dengan mengetengahkan pelbagai seni, budaya dan warisan masyarakat tempatan.“Kami telah mengumpulkan rumah Melayu tradisional Terengganu dan di sana akan dikumpulkan budaya serta seni dari seluruh daerah dalam negeri,” katanya.Program promosi tersebut turut disertai wakil Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), diketuai pengarahnya, Mohd Soud Said yang melawat teknologi dan pengurusan TV AlHIjrah dalam usaha menaik taraf mutu penyampaian maklumat negeri Terengganu.  Pengurusan UPDI yang hadir turut ambil peluang mempelajari teknologi TV AlHijrah.
22 Jan 20
216
Empty Image
Skuad Penyelamat Pantai Akan Diperbanyak Di Lokasi Tumpuan Pelancong
Pasukan penyelamat pantai.KUALA TERENGGANU, 19 Januari - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu akan mewujudkan lebih banyak pasukan penyelamat pantai di beberapa lokasi tumpuan pengunjung untuk memantau keselamatan mereka.Pengarahnya Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata ketika ini pasukan penyelamat beroperasi di empat lokasi pantai tumpuan pelancong iaitu di Pantai Bukit Kluang, Besut, Taman Laut Pulau Redang, Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu dan Pantai Kekabu, Marang.“Memang kita bercadang menambah pasukan penyelamat di pantai tertentu yang jadi tumpuan pelancong mandi manda dalam masa terdekat ini antaranya di Pantai Pulau Kekabu dekat Marang.“Ia adalah permintaan Pegawai Daerah Marang (Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak) yang mahu membuka satu lagi kawasan untuk mandi manda di bahagian utara pantai itu sebagai daya tarikan pelancong,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.Beliau diminta mengulas saranan Pengarah Institut Oseanografi dan Sekitaran (INOS) Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof Madya Dr Mohd Fadzil Mohd Akhir agar lebih banyak pasukan penyelamat pantai diwujudkan bagi mengelak kejadian lemas yang sering berlaku di pantai Terengganu sejak akhir-akhir ini berulang pada masa depan.Pada Jumaat lepas, empat pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun dikhuatiri lemas setelah mandi manda di pantai Teluk Bidara, Dungun manakala seminggu sebelum itu, dua pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Chendering ditemui lemas di Pantai Pandak.Mengulas lanjut, Che Adam berkata pasukan penyelamat pantai di empat lokasi itu hanya melakukan pemantauan secara berkala sepanjang musim tengkujuh dari Oktober hingga Mac berikutan amaran telah banyak dikeluarkan mengenai aktiviti rekreasi seperti mandi manda yang berbahaya kepada pengunjung.“Begitu juga dengan pantai lain yang agak terpencil seperti Teluk Bidara di Dungun dan Pantai Kemasik di Kemaman, ia bukan tumpuan utama pengunjung untuk mandi manda sebaliknya ramai ke sana untuk menikmati keindahan alam seperti merakam foto dan video.“Namun APM Terengganu sedia mewujudkan lebih banyak pasukan penyelamat pantai di mana-mana sahaja lokasi yang difikirkan sesuai sekiranya kerajaan negeri sedia menyalurkan peruntukan,” katanya. - BERNAMA
19 Jan 20
634
Empty Image
Kerajaan Negeri Seru Komuniti Bersama-sama Bangun Pelancongan Terengganu
Monumen Batu Penyu yang perlukan proses pembaikan.DUNGUN, 19 Januari- Kerajaan negeri meletakkan kepercayaan kepada komuniti setempat untuk bersama-sama membangunkan produk pelancongan Terengganu ke aras lebih tinggi.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, komuniti setempat merupakan entiti yang paling dekat dengan produk pelancongan Terengganu dan wajarlah dijadikan 'rakan kongsi' dalam mempromosikan kawasan mereka."Pada saya, komuniti paling bawah iaitu Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan penduduk kampung lebih dekat untuk menjaga kawasan mereka yang mana akhirnya mereka akan mendapat hasil daripada produk itu.Ariffin Deraman."Isu utama kita adalah bagaimana nak menguruskan kawasan pelancongan yang ada.Pihak majlis dan kerajaan negeri boleh sediakan kemudahan dan infrastruktur, tetapi ada kekangan untuk menguruskannya dari segi tenaga kerja dan sebagainya," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), sewaktu meninjau beberapa lokasi pelancongan di daerah Dungun, baru-baru ini.Turut serta, Pengarah  Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (Motac) Terengganu, Zanariah Zakaria dan Jurutera Daerah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Dungun, Aisyah Abu Bakar.YDP Majlis Perbandaran Dungun, Lizan Che Mat dan pegawai daerah, Anuar Awang membawa Ariffin meninjau Batu Penyu.Dalam lawatan tersebut, Ariffin turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM20,000 bagi memulihkan kawasan Bukit Penyu yang memiliki tarikan lagenda Batu Penyu."Selaras apa yang kita rancang, pejabat daerah dan pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Abang akan berkerjasama melaksanakan pemulihan dan pembaikan secara komuniti."Kita juga mencadangkan pembinaan 'broadwalk' merentasi Teluk Gadong dengan jumlah kos sekitar RM1.3 juta melalui kerajaan Persekutuan," jelasnya.Beliau bagaimanapun, turut memperuntukkan RM20,000 untuk membaik pulih taman permainan di kawasan berkenaan serta mencari alternatif pembangunan jangka masa pendek untuk tarik orang ramai ke sana.Ariffin melihat lokasi dan pelan perancangan pembangunan semula Teluk GadongMenurutnya, lawatan itu memperlihatkan potensi Dungun untuk membangun sebagai salah satu lokasi pelancongan terbaik negeri."Di sini, kita ada Pulau Tenggol yang dikatakan antara pulau terbaik di Malaysia dan dunia."Projek pemuliharaan muara Sungai Paka juga sebenarnya sangat cantik untuk pembangunan Dungun dan Paka sendiri," katanya.Beliau menjelaskan, apabila selesai projek itu, kawasan seluas 40 hektar boleh dibangunkan pusat pelancongan."Ini kerana, benteng pemecah ombak ini akan mewujudkan tempat yang sesuai untuk beriadah dan selamat mandi laut yang mana faktor ini akan dikaji lagi oleh JPS selepas ini," katanya.Projek Pemuliharaan Muara Sungai Paka dalam proses dan dijangka siap tahun hadapan.
18 Jan 20
567
Empty Image
Terengganu Atur Langkah Sasar Kehadiran 5 Juta Pelancong
Ariffin menampal logo Tahun Melawat Malaysia 2020 dibantu Che Sulaiman (kedua dari kiri), Sulaiman dan Ahmad Zulfa (kanan). KUALA TERENGGANU, 7 Januari - Kerajaan Terengganu mengatur langkah untuk mengangkat pelancongan negeri dengan menawarkan pelbagai program menarik sepanjang tahun 2020.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman menyasarkan untuk mencapai kehadiran lima juta pelancong dengan mengetengahkan beberapa aspek kekuatan negeri.“Program terdekat yang akan diadakan ialah pada bulan Februari ini iaitu aktiviti kayuhan TSG Shimano Fellowship Ride 2020.“Selain itu, Terengganu juga akan mengadakan Perhimpunan Pendikir Muda 2020 yang mengetengahkan bakat-bakat baharu pewaris tradisi masyarakat,” katanya.Ariffin yakin peningkatan pengunjung bagi tahun 2020 ke Terengganu.Beliau berkata demikian keitika ditemui Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) sewaktu menghadiri Majlis Sambutan Sempena Tahun Melawat Malaysia anjuran bersama Tourism Malaysia Wilayah Timur di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM), baru-baru ini.Turut hadir ialah timbalannya, Sulaiman Sulong, Pegawai Pelancongan Kanan TIC Kuala Terengganu, Tourism Malaysia Wilayah Timur, Ahmad Zulfa Shafie dan Pengurus Malaysia Airport Berhad LTSM, Che Sulaiman Che Pa.Sebagai program pertama di negeri Terengganu bagi tahun 2020, kerajaan negeri menyampaikan sumbangan atau 'goodies' dari Tourism Malaysia Wilayah Timur kepada pengunjung yang tiba dari penerbangan pertama ke Kuala Terengganu.Sumbangan turut diagihkan kepada pemandu-pemandu teksi lapangan terbang sebagai simbolik memberi semangat untuk mereka lebih cemerlang pada masa akan datang.Sulaiman menyampaikan cenderahati kepada pengunjung yang tiba.
07 Jan 20
77
Empty Image
Projek Zon Bebas Cukai Tasik Kenyir Jadi Hab Pelancongan
HULU  TERENGGANU, 6 Januari - Kerajaan negeri memberi jaminan Projek Zon Bebas Cukai di Pulau Bayas Tasik Kenyir di sini, tidak akan menjadi projek 'gajah putih' dan akan disiapkan sepenuhnya untuk dijadikan sebagai hab pelancongan.Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, dimaklumkan terdapat 15 projek yang dirancang di bawah zon itu. Rata- rata projek telah siap melebihi 50 peratus dan ada yang mencapai 90 peratus.Katanya, manakala bagi  projek jeti di Pulau Poh sudah siap sepenuhnya, hanya menunggu tarikh serahan."Kerajaan memerlukan peruntukan tambahan sekitar RM70 hingga RM80 juta untuk menyiapkan sepenuhnya keseluruhan projek itu yang dijangka siap dalam  tempoh dua tahun akan datang."Saya telah mengadakan perbincangan dengan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dan memberi tempoh masa sebulan untuk mereka kemukakan perancangan bagi membolehkan projek ini  diteruskan."Sama ada projek itu perlu melalui beberapa pengurangan di beberapa aspek, itu kita akan pertimbangkan kemudian kerana keutamaan ialah kita mahu projek ini siap," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Tasik Kenyir, hari ini.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman.Mengulas lanjut, Ahmad Samsuri berkata, apabila projek tersebut siap kelak, pihaknya menjangkakan dapat menarik seramai satu juta pelancong setahun berbanding 700,000 setahun pada tahun lalu."Pulau Poh dalam bulan Ogos atau September akan siap, Pulau Bayas pula mungkin dalam tempoh setahun setengah hingga dua tahun lagi."Kita harap apabila semua fasiliti ini siap, bilangan pengunjung ke Tasik Kenyir akan meningkat kepada satu juta orang," katanya.
06 Jan 20
624
Empty Image
Buat Lagi Kembara Terengganuku Comel!
Exco Pelancongan negeri, Ariffin Deraman bersama para peserta dan penganjur merakamkan gambar di akhir majlis. KUALA TERENGGANU, 2 Januari - Kembara Terengganuku Comel yang diadakan menjelang ambang tahun baharu 2020 baru-baru ini mendapat sambutan hangat daripada peserta yang terdiri daripada masyarakat seluruh negeri Terengganu.Disertai lebih 60 buah kenderaan yang merentasi jarak sekitar 100 kilometer dengan melengkapkan pelbagai cabaran soalan berkaitan negeri Terengganu, pasukan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) cawangan Kuala Terengganu dinobatkan sebagai juara sulung program tersebut.Pasukan yang dianggotai Mohd Helmi Hamat, Ahmad Zamakhshari Hasbullah, Mz Zulkifly Amer Mokhtar dan Mohd Azhar Othman itu berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM 2,000 dan hamper.Pasukan LHDN Kuala Terengganu puas hati bawa pulang wang tunai RM2,000.Menurut Ahmad Zamakhshari, soalan yang disediakan dalam kembara itu seimbang dengan kesukaran tahap asas sehingga tahap tinggi.“Dari segi perjalanan kita tengok cantik dan lancar, alhamdulillah. Cuma, ada beberapa kekurangan kecil yang boleh diperbaiki dari masa ke masa.“Saya juga berharap program ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang,” katanya ketika ditemui dalam majlis penyampaian hadiah sempena Kembara Terengganuku Comel di Duyong Marina & Resort, baru-baru ini.Rakannya, Mohd Helmi  turut berterima kasih kepada penganjur, kerajaan negeri dan semua yang terlibat dengan penganjuran program tersebut.“Alhamdulillah, kami berjaya merangkul kejayaan setelah menyelesaikan masalah dan cabaran yang ditampilkan, terima kasih atas penganjuran yang hebat,” katanya.
01 Jan 20
192