Artikel "Pelancongan" Terkini
Berbelanja Tanpa Tunai Di Pulau Redang Menjelang 2020
Salah seorang peniaga menerima replika insentif MyDebit Pulau Redang Tanpa Tunai 2020.KUALA TERENGGANU, 30 September- Pulau Redang menjadi pulau peranginan pertama dalam negara yang bakal menggunakan sepenuhnya pembayaran tanpa tunai MyDebit menjelang tahun 2020.Ketua Pejabat Bank Negara Kuala Terengganu, Adlis Khairil Sazly Mohd Zaini berkata, kempen pembayaran tanpa tunai yang dirintis oleh Bank Negara Malaysia itu dilaksanakan bertujuan meningkatkan penyertaan kewangan dengan menggalakkan penggunaan cara pembayaran lebih efektif."Usaha ini juga sebagai cara menyelesaikan masalah penduduk dalam penggunaan wang tunai selain memudahkan peniaga menerima penjualan dan hasil yang lebih daripada pelancong terutamanya.Adlis (tengah) memberi penjelasan tentang kempen pembayaran tanpa tunai."Kita juga akan menaikkan taraf pelancongan kerana penggunaan pembayaran tanpa tunai MyDebit yang lebih meluas dan insya-Allah penggunaannya akan menular kepada sektor yang lain seperti pendidikan, makanan dan minuman (F&B) serta sektor-sektor lain," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis penyerahan hak milik tanah kepada 105 peserta Rancangan Penempatan Semula di Sekolah Kebangsaan Pulau Redang, hari ini.Dalam majlis tersebut, Bank Negara turut menyampaikan Terminal Kad Kredit dan e-Pembayaran berserta insentif berjumlah RM500 kepada 20 peniaga di pulau berkenaan dalam kempen 'Pulau Redang Tanpa Tunai 2020'.Beberapa pengamal media mencuba aplikasi QR Pay Maybank di salah satu kedai di Pulau Redang.Pihaknya memanfaatkan tahun ini untuk memperluaskan penggunaan pembayaran tanpa tunai menerusi terminal tempat jualan (POS) dan kad ATM MyDebit di samping aplikasi QR Pay Maybank.Sebanyak 80 peratus daripada 63 peniaga di Pulau Redang telah menyediakan kaedah e-pembayaran dalam usaha membina keyakinan masyarakat setempat untuk menjayakan kempen berkenaan.
30 Sep 19
337
Mahu Anjur Festival Kolek Ke Peringkat Kebangsaan- Ariffin
KUALA TERENGGANU, 29 September- Kerajaan negeri bercadang menaiktaraf penganjuran Festival Kolek Drawbridge Terengganu ke peringkat kebangsaan supaya penglibatan peserta dalam pertandingan itu lebih ramai.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman, langkah itu sekaligus dapat menarik minat lebih ramai pelancong ke negeri ini.Katanya, dia yakin penganjuran itu kelak mendapat sambutan berikutan Terengganu terkenal dengan air sungai yang tenang dan luas selain berlatarbelakangan jambatan angkat atau ‘draw-bridge’ “Saya akan berbincang perihal ini dengan pihak berkaitan termasuk Lembaga Muzium Negeri Terengganu (LMNT) dan Tourism Terengganu untuk penganjuran pada masa akan datang.“Kerajaan perlu mengambil peluang kerana pertandingan perahu kolek tidak dianjurkan di negeri lain kecuali di Terengganu,” katanya.Beliau berkata demikian selepas Festival Kolek Drawbridge Terengganu di Pulau Duyung, di sini.Program itu menampilkan 9 pasukan bagi tiga kategori layak ke peringkat akhir. Dua pasukan Kuala Terengganu masing-masing menjuari kategori jabatan dan MPKK. Manakala pasukan Marang berjaya menduduki tempat kedua dan Hulu Terengganu pula tempat ketiga bagi kategori jabatan. Arifin turut memberitahu, pertandingan tersebut bukan sekadar melonjak martabatkan seni warisan maritim malahan turut membantu pemuliharaan jenis pengangkutan air seumpama perahu seperti bedar, kolek, sekoci, dan payang agar terus menjadi satu kesinambungan dalam budaya masa kini.“Lumba perahu merupakan satu aktiviti yang cukup sinonim dalam budaya maritim di seluruh dunia contohnya lumba perahu naga atau dragon boat menjadi satu festival yang tersohor dan tercatat dalam event penganjur dunia,”katanya
29 Sep 19
525
40 Media Antarabangsa Lawat Terengganu
Ariffin Deraman.KUALA TERENGGANU, 25 September - Dalam usaha mempromosi destinasi serta produk pelancongan tempatan seramai 40 wakil media antarabangsa seluruh dunia akan dibawa melawat Terengganu dalam Program Pembelajaran Media dan Agensi Pelancongan (Famtrip) bermula 23 hingga 27 Oktober depan.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, kehadiran mereka turut disertai media utama, pelancongan serta blogger terkenal daripada Eropah, Australia, Jepun dan China.Jelasnya, wakil-wakil media itu akan dibawa melawat beberapa lokasi pelancongan utama seperti Taman Tamadun Islam (TTI), jambatan angkat dan muzium agar mereka dapat mempromosi tempat-tempat tersebut melalui akhbar, laman sosial atau blog masing-masing.“Famtrip sebagai satu cara kita mempromosikan Terengganu di peringkat dunia, secara tidak langsung orang luar lebih tahu tentang negeri ini dan berminat ke sini.“Setakat ini kita jemput 40 orang dan mereka ini ada daripada akhbar, majalah pelancongan dan sebagainya yang sesuai untuk kita promosi produk pelancongan kita,” ujar beliau.Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Pertandingan Muzik Gamelan Melayu Sekolah-Sekolah Terengganu, di sini semalam.Dalam pada, Ariffin berkata, kedatangan musim monsun yang bermula Oktober ini dijangka tidak akan menjejaskan kedatangan pelancong ke negeri ini.Ini kerana katanya, Terengganu mempunyai tarikan lain selain pulau-pulau yang biasa dikunjungi pelancong.“Kita sedang tingkatkan promosi bagi menarik mereka ke sini, seperti di Kenyir kita ada jalankan ‘monsoon casting’ dan jambatan angkat (drawbridge) pula kita dah buka galeri kepada orang ramai.“Walaupun pulau-pulau ditutup ia tidak menjejaskan jumlah pelancong terutama pada musim cuti sekolah akhir tahun yang biasanya lebih meriah dengan pelancong dari luar Terengganu,” tambah beliau.
24 Sep 19
77
SESMA Kuasa Baharu Muzik Gamelan Terengganu
Sekolah SESMA dinobatkan sebagai juara edisi 2019.KUALA TERENGGANU, 24 September - Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (SESMA) yang memperlihatkan persembahan berirama segar dan kreatif muncul sebagai juara Pertandingan Muzik Gamelan Melayu Sekolah-Sekolah Terengganu 2019 walaupun baru menyertainya buat kali pertama.Dalam pertandingan yang berlangsung selama dua hari di Muzium Negeri sejak semalam, sekolah itu menewaskan 16 lagi sekolah yang bersaing kali ini.Kemenangan itu melayakkan mereka untuk membawa pulang piala pusingan dan iringan bersama hadiah wang tunai RM1,500 serta sijil penghargaan.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, pertandingan tersebut merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan untuk menyemai dan meningkatkan kecintaan terhadap seni muzik warisan negeri.Katanya, penganjuran program kali keempat tersebut juga mampu mencungkil bakat-bakat baharu yang secara tidak langsung akan mewarisi budaya itu.“Tahun ini kita boleh menyaksikan peningkatan daripada segi kualiti persembahan pasukan-pasukan yang bertanding termasuk sekolah yang baru kali pertama menyertai kejohanan ini.SM Sains Hulu Terengganu turut menyajikan aksi yang memukau untuk menggondol tempat kedua“Bagi penganjuran akan datang, Insya-Allah kita akan buka seluas-luasnya kepada sekolah yang ingin turut serta, namun penyertaan mereka juga bergantung kepada kelengkapan dan tenaga pengajar,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas berucap dalam Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah pertandingan berkenaan, di sini hari ini.Sementara itu, naib johan pula disandang oleh Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Terengganu dengan hadiah wang tunai RM1,000, dan tempat ketiga, Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu sekali gus menerima hadiah RM750. Manakala Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Sheikh Abdul Malek menerima anugerah khas juri bagi persembahan gamelan Melayu tradisional.Lain pasukan yang turut serta termasuklah dari SMK Tengku Mahmud, SMK Mak lagam, SMK Dato’ Haji Mohd Said, SMK Guntong, SMK Jenagor, SMK Padang Negara, SMK Seri Serating, SMK Ibrahim Fikri, SMK Bukit Diman, SMK Sultan Sulaiman, SMK Kompleks Gong Badak di samping MRSM Kuala Berang dan SMK Seri Nilam.Ariffin Deraman berucap merasmikan majlis penutup.
24 Sep 19
1226
Tiket RM5 Dorong Orang Ramai Kunjungi Galeri Skybridge Terengganu
KUALA TERENGGANU, 22 September - Harga serendah RM5 untuk semua warga Malaysia antara faktor hampir 1,000 orang pengunjung melawati Galeri Skybridge yang terletak di menara tinjau jambatan angkat atau drawbridge di sini pada setiap hari sejak dibuka pada 15 September lalu.Pengurus Pemasaran TI Properties Sdn. Bhd, Mohd Nazahar Samsudin berkata, harga itu termasuk percuma bagi kanak-kanak bawah lima tahun manakala bagi bukan warganegara RM15 untuk dewasa dan RM10 bagi kanak-kanak akan dikekalkan sehingga akhir tahun ini .Katanya, harga yang ditawarkan itu antara yang termurah berbanding menara tinjau di negeri lain yang menetapkan harga RM15 sehingga RM25 seorang untuk warga Malaysia.“Langkah itu bagi memperkenalkan jambatan ikonik kepada orang ramai terutama pelancong luar Terengganu dan pelancong asing,” katanya.Pengunjung dari Kuantan, Nur Hazwani Husna Mohd Razali ,27, berkata, tidak rugi dia datang ke Terengganu semata-mata mahu mengunjungi galeri skybridge dan merasai pengalaman melalui jambatan angkat.“Sebaliknya cukup rugi sekiranya ke Terengganu, tidak mengambil peluang ke galeri skybridge kerana bukan saja harga tiket yang ditawarkan sangat rendah malah lebih menarik boleh melihat hampir keseluruhan bandar Kuala Terengganu apabila berada di atas skybridge,” katanya.Guru Sekolah Berasrama Penuh Intergasi Kubang Pasu, Kedah, Ustaz Nik Mohd Shazmizi Nik ketika ditemui berkata, dia bersama 20 orang pelajar teruja sebaik tiba di Terengganu, terutama dapat menjejak kaki ke galeri skybridge.Katanya, harganya sangat berpatutan, jadi tidak perlu risau untuk membawa ahli keluarga dlam jumlah yang ramai. “Insya-Allah, jika ada kelapangan saya dan keluarga akan kembali ke sini dan beberapa lokasi menarik lain di Terengganu,” katanya.
22 Sep 19
388
‘Terengganu Tenggiri Challenge 2019’ Tarik 150 Kaki Pancing
Nasir Abdul Razak.MARANG, 22 September - ‘Terengganu Tenggiri Challenge 2019’ yang berlangsung semalam menyaksikan kira-kira 150 peserta dari dalam dan luar Terengganu bersaing bagi merebut kejuaraan.Pengarah Urus Setia Belia, Sukan dan NGO Negeri Terengganu (UBSNT), Nasir Abdul Razak memaklumkan, aktiviti tahunan yang sudah memasuki edisi ketiga itu lebih meriah berbanding tahun lepas dengan peningkatan peserta luar negeri.Jelasnya, habuan yang diperolehi para peserta kali ini juga berganda apabila hampir 100 ekor ikan tenggiri berjaya ditangkap, sekali gus mengangkat program itu ke tahap yang lebih tinggi.“Penganjuran dan sambutan yang menggalakkan daripada semua pihak dalam edisi kali ini sudah tentu akan menonjolkan lagi imej Terengganu sebagai negeri pelancongan utama.“Melihat kepada penyertaan hari ini yang majoritinya terdiri daripada anak muda, ia memberi gambaran bahawa orang-orang muda di Terengganu sangat terbuka dan kita akan perbanyakkan aktiviti seperti ini,” ujarnya.Mohammad Dzulfeqree.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan majlis penutup kejohanan tersebut di Pulau Kekabu semalam.Sementara itu, juara ‘Terengganu Tenggiri Challenge 2019’, Mohammad Dzulfeqree Mohd Yasin, 30, berkata, kejuaraan yang diraih dalam kejohanan kali ini adalah pencapaian yang terbaik sejak kali pertama menyertainya pada tahun 2017.Menurut anak kelahiran Kelantan tersebut, kejohanan seumpama itu turut berjaya memperkenalkan destinasi-destinasi percutian yang ada di Terengganu.“Sebelum ini saya juga ada menyertai ‘Terengganu Jigging Cup’ dan hanya mendapat tempat kelapan, jadi pada saya ini adalah pencapaian terbaik saya setakat ini.“Saya berharap agar program ini dapat diteruskan lagi pada masa-masa akan datang, ia bukan sahaja pertandingan biasa tetapi mampu merapatkan hubungan sesama kaki pancing di seluruh Malaysia,” katanya.
21 Sep 19
175
500 Peserta Terengganu Bertanjak Warnai Hari Terakhir Karnival Pantai
Sulaiman Sulong (tengah) dan Mat Dan bersama peserta Terengganu Bertanjak.Oleh : Syed KamalKUALA TERENGGANU, 17 September - Program ‘Terengganu Bertanjak’ yang disertai hampir 500 peserta mewarnai hari terakhir Karnival Pantai Terengganu 2019 di Pantai Batu Burok di sini semalam.Penyelaras program berkenaan, Mohd Rafi Kori berkata, aktiviti yang diadakan pada Hari Malaysia itu juga bertujuan untuk menyemai semangat cintakan tanah air dan seni warisan melayu yang kian dilupakan.Ujarnya, walaupun ada yang menganggap usaha berkenaan hanya sekadar ikutan dan tidak bertahan lama, tetapi dia percaya aktiviti itu akan menjadi pencetus kesedaran rakyat terhadap khazanah melayu.“Ini satu permulaan walaupun hanya sekadar ikutan pada awalnya, lama kelamaan saya yakin anak muda boleh memahami dan boleh terima (warisan ini) yang akhirnya berbusana lengkap,” jelasnya ketika ditemui pemberita di Batu Burok semalam.Menurut Mohd Rafi, generasi muda hari ini kurang didedahkan dengan maklumat dan pengetahuan sebenar terhadap seni warisan bangsa melayu berkenaan. “Justeru dengan aktiviti ini, sedikit sebanyak pengetahuan dapat disebarkan kepada masyarakat tentang kebudayaan dan kesenian Melayu.“Sekali gus industri pembuatan pakaian tradisi busana Melayu akan meningkat dan mampu merancakkan lagi industri pembuatan tradisi melayu seperti kraftangan melayu, kesenian warisan melayu dan pengajian akademi budaya tradisi Melayu,” tambah beliau.Dia juga mencadangkan agar kerajaan negeri menetapkan satu hari untuk semua rakyat Terengganu termasuk penjawat awam mengenakan busana melayu Terengganu.“Mungkin kerajaan boleh memikirkan untuk mewujudkan Hari Busana Terengganu, dengan adanya hari tersebut orang ramai pastinya akan terbiasa dengan busana Terengganu,” katanya.Tanjak yang juga digelar tengkolok atau destar merupakan pakaian kepahlawanan melayu dan kini dipakai dalam pelbagai acara adat istiadat masyarakat Melayu atau majlis di istana.
17 Sep 19
758
Karnival Pantai Julang Budaya, Seni Dan Tradisi Terengganu
Sulaiman Sulong (empat dari kanan) menyaksikan pertunjukan silat daripada kanak-kanak sekolah rendah.KUALA TERENGGANU, 16 September- Penganjuran Karnival Pantai Terengganu 2019 yang bertemakan ‘Tradisi Diwarisi’ berjaya menjulang budaya, seni dan tradisi Terengganu ke peringkat lebih tinggi.Pengerusi Jawatankuasa Pengelola karnival berkenaan, Sulaiman Sulong memaklumkan, kehadiran pengunjung yang melebihi 100 ribu orang termasuk dari luar negara menjadikan hasil karya rakyat Terengganu dikenali seantero dunia.Ujarnya, secara tidak langsung ia bakal memberi pulangan yang lumayan kepada penduduk di negeri berkenaan.“Karnival ini boleh kita jadikan sebagai penanda aras untuk kita angkat kembali budaya, seni dan tradisi negeri ini ke peringkat yang sepatutnya.“Dalam masa yang sama, ia boleh menjana pendapatan (ekonomi) pengusaha-pengusaha makanan, pakaian, batik, songket dan seumpamanya yang menjadi kebanggaan Terengganu,” jelasnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Penutup Karnival Pantai Terengganu 2019, di Dataran Batu Burok, di sini semalam.Sulaiman menyampaikan hadiah kepada agensi kerajaan yang terlibat menjayakan karnival pantai.Dalam perkembangan sama, beliau berharap agar kerajaan negeri terus memberi penekanan dalam memperkenal dan memasarkan hasil tempatan.Katanya, banyak produk anak Terengganu yang berkualiti tinggi dan mendapat permintaan ramai perlu diberi perhatian sewajarnya.“Perkembangan ini sangat menarik dan pihak kerajaan negeri melalui jabatan pelancongan pastinya perlu memberi keutamaan serta penekanan supaya program seumpama ini tidak hilang begitu sahaja.“Kita mahu supaya mereka yang terlibat sama ada pameran atau perniagaan dalam karnival ini dapat mengetengahkan hasil karya daripada mereka sendiri (anak Terengganu) ke merata tempat,” tambah beliau.Acara tahunan yang berlangsung selama lima hari sejak 12 September lalu itu dirancakkan dengan pelbagai pengisian menarik di Pantai Batu Buruk.Antaranya bangsal-bangsal tradisi, Malam Kesenian Islam, pertandingan keris dan senjata lama, bicara santai artis hijrah, demonstrasi makanan tradisional daerah, sukaneka rakyat, Himpunan Terengganu Bertanjak dan sebagainya di samping pameran jabatan dan agensi kerajaan serta jualan usahawan tempatan.
16 Sep 19
149
Lebih 50,000 Kunjungi Karnival Pantai Terengganu
KUALA TERENGGANU, 15 September- Penganjuran Karnival Pantai Terengganu 2019 yang berlangsung lima hari bermula Khamis lalu di Pantai Batu Burok ternyata menjadi platform terbaik untuk orang ramai termasuk pengunjung luar dan penduduk sekitar menghabiskan masa hujung minggu mereka.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri Ariffin Deraman berkata, melihat kepada sambutan orang ramai, pihaknya yakin mampu mencapai sasaran 100,000 pengunjung.“Kehadiran pengunjung tetap membanggakan walaupun keadaan cuaca kurang baik, kita mampu capai lebih 50,000 orang dalam masa tiga hari karnival berlangsung dan InsyaAllah berbaki dua hari lagi, dijangka mampu menarik 100,000 pengunjung.“Malah, para usahawan yang mengambil bahagian mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka sempena karnival ini juga turut memberikan respon positif dimana pada hari pertama sahaja mereka mampu mencapai keuntungan memberangsangkan,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Keris Terbuka Terengganu 2019, di Pentas Utama, Datara Batu Burok, hari ini.Pada pertandingan tersebut peserta dari Terengganu, Norzaheran telah memenangi tempat pertama bagi kategori Keris Melela Antik, tempat kedua peserta dari Melaka iaitu Hisyam Mohd dan ketiga dimenangi Ali Mahmood (Pahang).Bagi kategori Keris Bugis Semenanjung Antik pula tempat pertama dan ketiga dimenangi Ali Mahmood (Pahang) sementara kedua (Hisyam Mohd).
15 Sep 19
232
Azmani 'Vokalis' Baharu Iklim
Azmani membuat kemunculan pertama dengan menyampaikan lagu Gerhana Cinta Luka.
KUALA TERENGGANU, 15 September- Kumpulan 'rock' ternama Malaysia, Iklim mengejutkan peminat apabila menampilkan 'vokalis' baharu pada penampilan kumpulan berkenaan dalam Karnival Pantai 2019 di Dataran Batu Buruk, semalam.
Pengurusnya, Yusli Mohd Hassan memaklumkan, Iklim bakal kembali mewarnai industri seni tanah air dengan Mohd Azmani Mohd Isa bertindak menggantikan tempat Allahyarham Saleem sebagai penyanyi utama.
Penyanyi kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu merupakan bekas penyanyi utama Kumpulan Kulit yang aktif di antara penghujung tahun 90-an dan terkenal dengan lagu 'Kita Yang Tak Berdosa'.
Umarul (bertopi) dan Mohalim masih hebat seperti dahulu.
"Azmani membawa imej baru dalam Iklim dan suaranya sendiri sesuai dengan lagu-lagu baharu yang akan dilancarkan kumpulan ini," katanya ketika ditemui selepas program Malam Kesenian Islam, semalam.
Program tersebut turut menampilkan penyanyi terkemuka yang juga merupakan anak Allahyarham Saleem, Syafiq Farhain, kumpulan nasyid terkenal, Hijjaz dan Seedrain.
Peminat bertuah menyaksikan gandingan Syafiq dan kumpulan Iklim.
Lebih menarik, peminat Syafiq di Terengganu bertuah kerana menyaksikan sendiri gandingan penyanyi berkenaan bersama Iklim sebagaimana yang diingin selama ini.
Yusli juga menyatakan, Iklim akan mula mengeluarkan album dengan lagu-lagu baharu bermula tahun hadapan.
"Insya-Allah, kami akan menyertai satu konsert amal pertengahan Oktober ini serta akan melancarkan lagu baru menjelang tahun baru nanti.
Hijjaz merupakan antara artis yang menghiburkan Malam Kesenian Islam.
"Kembalinya kami sebagai satu pasukan adalah hasil cetusan kerajaan negeri dan penaja serta kerinduan peminat," ungkapnya.
Dalam pada itu, gitaris Iklim, Umarul Mahdzar berharap peminat dapat menerima kemunculan semula kumpulan tersebut dengan baik.
"Di usia ini, kami akan berusaha semampu mungkin untuk memberikan yang terbaik kepada peminat. Harap peminat boleh terima seadanya penyanyi yang kami ada," katanya.
Seedrain tampil cemerlang bersama nama besar di pentas Karnival Pantai Terengganu 2019.
Ahli kumpulan Iklim terdiri daripada Umarul sebagai gitaris merangkap composer, Kamaruddin Ibrahim (pemain dram), Mohd Salim Saleh atau lebih dikenali sebagai Mohalim (gitar ‘bass’) Mohamad Huzali Ali (papan nada atau ‘keyboard’) dan Yusli sendiri sebagai pengurus dan turut berperanan sebagai penyanyi kedua.
Manakala, Azmani dan Basri Ismail (gitaris kedua) merupakan anggota baharu kumpulan itu.
Yusli, pengurus yang mengumpulkan semula anggota Iklim.
14 Sep 19
6451