lightning-solid
Berita :

Artikel "Pelancongan" Terkini

Terengganu Anjur Pertandingan Pelita Raya ‘Online’
Terengganu Anjur Pertandingan Pelita Raya ‘Online’
KUALA TERENGGANU, 14 Mei - Bagi menceriakan lagi sambutan Aidilfitri di Terengganu tahun ini, kerajaan negeri mengambil inisiatif menganjurkan pertandingan Pelita Raya Online Beautiful Terengganu : PKP Raya Style 2020 yang menawarkan hadiah keseluruhan bernilai hampir RM8,000. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata pertandingan yang dibahagikan kepada dua kategori iaitu foto terbaik dan video terbaik itu akan bermula pada 18 Mei hingga 26 Mei ini sekali gus dapat mempromosikan Terengganu sebagai lokasi pelancongan yang ‘wajib’ dikunjungi pada masa akan datang. Beliau berkata menjadi kelaziman dan tradisi penduduk terutama di kawasan kampung memasang pelita di sekeliling rumah dan di sepanjang jalan sekitar kampung untuk menceriakan suasana waktu malam pada hari-hari terakhir bulan Ramadan. “Namun, kita maklum, suasana Ramadan dan Aidilfitri kali ini agak ‘suram’ selaras dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berikutan wabak COVID-19. “Jadi pertandingan ini sekurang-kurangnya akan menceriakan sesebuah keluarga di kawasan kejiranan agar mereka lebih kreatif dalam ‘menghidupkan’ suasana malam yang suram dan memeriahkan sambutan Aidilfitri,” katanya dalam satu kenyataan kelmarin. Pertandingan itu terbuka kepada semua rakyat di negeri Terengganu dengan setiap penyertaan tertakluk kepada kreativiti peserta dalam menampilkan dekorasi pelita untuk menghiasi kediaman masing-masing. Ariffin berkata bagi kategori video, peserta perlu memastikan klip yang dihantar tidak melebihi dua minit dan dibenarkan melakukan suntingan untuk menjadikan video mereka lebih menarik. Beliau berkata bagi kategori foto, peserta perlu menghantar gambar suasana persediaan dan gambar pelita raya yang dibuat dengan minimum lima keping gambar termasuk swafoto berseorangan atau secara berkumpulan. “Penyertaan boleh dihantar melalui laman Facebook Beautiful Terengganu Malaysia dan mengikuti semua syarat yang telah ditetapkan,” katanya.-BERNAMA
30 Jun 20
753
Tiada Kes Pelancong Asing Positif COVID-19 Di Terengganu
Tiada Kes Pelancong Asing Positif COVID-19 Di Terengganu
  Pelancong memberikan kerjasama yang baik.       Oleh : Aslam Wira   MARANG, 19 April – Tiada kes positif COVID-19 melibatkan 71 pelancong asing yang tinggal di pulau-pulau di Terengganu sehingga hari ini sebagaimana dilapor Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).   Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, ia melibatkan pelancong di Pulau Tenggol seramai dua orang, Pulau Perhentian, 33 dan Pulau Kapas, 36.   "Di Pulau Kapas, 36 pelancong asing termasuk empat kanak-kanak dari Jerman, Sepanyol, Itali, Belgium, Sweden dan Demark telah menjalani saringan kesihatan hari ini.   "Mereka disaring secara berkala oleh Pejabat Kesihatan Daerah Marang dan ini adalah saringan kali ketiga disini, manakala isu-isu keselamatan pula dipantau oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Marang (IPD)," katanya kepada media selepas saringan tersebut semalam.   Turut hadir adalah Pegawai Daerah Marang, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak, Yang Dipertua Majlis Daerah Marang, Mohd Huzairil Nizam Ibrahim, Ketua Polis Daerah Marang, DSP Mohd Zain Mat Dris dan Pegawai Kesihatan Daerah Marang, Dr Tan Sin Yew.   Ariffin Deraman. Menurutnya lagi, dua orang pelancong asing telah dipindahkan ke pusat kuarantin Marang untuk pemerhatian lanjut tetapi setakat ini tiada keputusan berkaitan dengan wabak itu.   "Kerajaan negeri turut menyediakan alternatif untuk membantu mereka yang mahu pulang ke negara asal contohnya pergerakan dan pengurusan kenderaan dua pelancong Jerman ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dari Marang telah diuruskan.   “Kita tiada halangan untuk membenarkan mereka pulang tetapi mereka yang datang sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) merasakan lebih selamat di sini," ujarnya.   Ariffin turut memaklumkan, kesemua pelancong asing telah bersetuju untuk membayar sendiri kos sepanjang berada dan tinggal di pulau.   "Jabatan Pelancongan juga masih tidak menerima sebarang aduan serius berkaitan kebajikan dan keselamatan pelancong asing ini setakat ini.   "Namun, kita menjangkakan akan timbul isu berkaitan penyambungan penginapan di resort, tempoh sah visa, jadual penerbangan dan pergerakan mereka dari Terengganu ke destinasi pelepasan, itu kita sudah bersedia," katanya.  
18 Apr 20
204
Empty Image
Terengganu Cadang Program 'YouTubing' Ganti Karnival Candat Sotong
Ariffin Deraman.Oleh : Aslam WiraMARANG, 18 April – Kerajaan Terengganu melalui Portfolio Pelancongan bercadang melaksanakan Program 'YouTubing' Produk Pelancongan Marang sebagai langkah menggantikan Karnival Candat Sotong yang terpaksa dibatalkan akibat penularan wabak COVID-19.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, dengan peruntukan sebanyak RM25,000 alternatif itu dapat menjamin kelangsungan industri pelancongan di Marang selepas kekangan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)."Antara konsep yang digunakan bagi mencapai matlamat program 'YouTubing' ini, penduduk setempat menceritakan pengalaman dan keunikan aktiviti harian seperti menangkap ikan dan mencandat sotong melalui rakaman video, dialog dan skrip untuk dimuatnaik di media sosial."Inisiatif ini dijangka akan melibatkan seramai 200 orang penggiat dan penduduk daerah Marang."Aktiviti ini akan mengambil kira garis panduan semasa dan nasihat pihak berwajib dalam tempoh PKP," katanya kepada media selepas program saringan COVID-19 terhadap pelancong asing di Pulau Kapas di sini hari ini.Turut hadir adalah Pegawai Daerah Marang, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak, Yang Dipertua Majlis Daerah Marang, Mohd Huzairil Nizam Ibrahim, Ketua Polis Daerah Marang, DSP Mohd Zain Mat Dris dan Pegawai Kesihatan Daerah Marang, Dr Tan Sin Yew.Menurutnya lagi, program diyakini itu dapat membantu meringankan sedikit beban para penggiat pelancongan Marang yang terjejas."Dengan keunikan yang ada di Marang ia boleh membantu sektor pelancongan yang terjejas seperti program menangkap ikan dan mencandat sotong manakala aktiviti darat pula seperti penjualan produk, persembahan seni dan budaya."Kita perlu berfikir ke depan untuk menjana idea yang boleh disesuaikan sepanjang tempoh ini bagi membantu para penggiat pelancongan dan penduduk setempat dengan ketetapan pematuhan semua arahan PKP."Ini jelas menunjukkan keperihatinan dan kecaknaan kerajaan negeri bagi memastikan kebajikan semua lapisan masyarakat dan para penggiat pelancongan di Marang terjaga," tambahnya lagi.Sebagai rekod, Karnival Candat Sotong Terengganu dijadualkan berlangsung pada 2 hingga 5 April lalu di berkenaan.Namun ia terpaksa dibatalkan akibat wabak pandemik yang melanda seluruh negara termasuk Malaysia.
18 Apr 20
282
Empty Image
COVID-19 : Terengganu Atur Strategi Rangsang Ekonomi Pelancongan
Ariffin Deraman.KEMAMAN, 14 Mac - Kerajaan Terengganu akan mengatur tiga strategi bagi merangsang industri pelancongan negeri ekoran penularan wabak COVID-19 yang semakin serius di seluruh negara termasuk Malaysia.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, pakej rangsangan tersebut secara tidak langsung akan menampung kemerosotan pelancong dan ekonomi sejak kemunculan virus itu.“Insya-Allah pakej ini akan dibentangkan kepada mesyuarat kerajaan negeri dalam masa terdekat untuk diluluskan.“Kita fokuskan kepada pelancongan domestik dan insentif-insentif tertentu akan diberikan kepada penggiat-penggiat industri ini, ia bakal diumumkan kelak,” katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Program Terengganu Negeri Pelancongan Berisiko Rendah COVID-19 di Resort World Kijal, di sini hari ini.Demontrasi pemeriksaan COVID-19.Mengulas lanjut Ariffin memaklumkan, pantai-pantai dan pulau-pulau di Terengganu masih selamat untuk dikunjungi oleh pelancong.Namun katanya, langkah keselamatan dan pencegahan tetap dikuatkuasakan dengan rapi di setiap hotel dan pusat-pusat penginapan.“Saya telah mengarahkan pemilik-pemilik hotel di negeri Terengganu untuk menyediakan perkhidmatan saringan COVID-19 kepada semua pengunjung sebagai langkah pencegahan awal bagi menangani wabak berkenaan.“Pemeriksaan itu adalah tapisan sampingan selepas saringan utama dijalankan di setiap pintu masuk utama negeri dan lapangan terbang,” jelasnya.Terdahulu, Ariffin menegaskan, sebagai langkah berjaga-jaga, pihaknya juga akan mematuhi saranan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahu segala aktiviti berskala besar ditangguhkan.“Justeru, terdapat beberapa program besar, antaranya Terengganu Bike Week pada 27 hingga 29 Mac dan Conference on Digital Intelligence Technology (DIGIT) 2020 pada selasa hingga Khamis ini kita tangguhkan serta merta,” tambah beliau.
14 Mar 20
170
Empty Image
COVID-19 : Terengganu Manfaat Masa Bertenang, Naik Taraf Infrastruktur Pelancongan
Ahmad Samsuri (tengah) melihat pameran pemuliharaan dan pemeliharaan habitat laut.SETIU, 8 Mac - Kerajaan Terengganu akan memanfaatkan tempoh bertenang industri pelancongan akibat wabak COVID-19 dengan melaksanakan penambahbaikan terhadap infrastruktur di lokasi tumpuan pengunjung negeri itu.Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kehadiran pelancong yang lebih rendah berbanding sebelum ini terutama di kawasan pantai dan tempat bercuti lain membolehkan kerja menaik taraf dilakukan dengan rancak.“Selain itu, kita juga sedang memperkemaskan strategi untuk menarik kehadiran mereka dengan menggunakan bahan pendidikan dan promosi untuk pelancong ketika mereka datang ke Terengganu nanti,” katanya.Beliau berkata demikian semasa ditemui pemberita selepas merasmikan Hari Terbuka Setiu Wetlands di Kampung Mangkuk di sini semalam.Ahmad Samsuri mengajak orang ramai bersama-sama kerajaan bagi menjaga kelestarian alam sekitar.Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Terengganu, Dato’ Zahari Md Azahar, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) CIMB Islamic Bank, Ahmad Shariman Mohd Shariff dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Hidupan Liar Dunia (WWF) Malaysia, Lim Chooi Kuan.Dalam program tersebut, pelbagai aktiviti telah diadakan termasuk penanaman pokok paya bakau, gotong-royong di kawasan tanah lembap serta taklimat mengenai kepentingan pemuliharaan alam sekitar kepada komuniti setempat.Sementara itu, Ahmad Shariman memaklumkan, kerajaan negeri memperuntukkan sejumlah RM1 juta setahun bermula tahun ini untuk mengurus dan melaksanakan inisiatif hijau di Taman Negeri berkenaan.“Usaha ini dijangka dapat memberi manfaat jangka panjang kepada proses pemuliharaan di kawasan itu,” katanya.Flora yang semakin hilang ditelan arus kemodenan.
07 Mar 20
154
Empty Image
Proses Baik Pulih Kemudahan Lata Changkah Hampir Siap
Tandas, antara kemudahan yang dibaik pulih. Oleh: Fahmi IzzuddinSETIU, 3 Mac - Lata Changkah bakal berwajah baharu apabila proses baik pulih kemudahan di pusat rekreasi itu sudah memasuki fasa terakhir dan dijangka siap sepenuhnya dalam masa terdekat.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Permaisuri, Ustaz Zul Bhari A Rahman berkata, kerja-kerja menyelenggara kemudahan seperti bilik persalinan, tandas dan surau kini hampir selesai sebagaimana dirancang.“Apabila siap nanti, ia memberi kemudahan kepada pengunjung yang hadir untuk menguruskan diri dengan lebih selesa dan boleh mendirikan solat di surau di sini.“Kalau sebelum ini kita lihat keadaan tandas, surau tidak terurus dengan baik, ditambah dengan sampah dan kebersihan yang tidak terjaga. Jadi selepas ini kita harap semua pengunjung yang hadir sama-sama menjaga tempat ini sebaiknya, insya-Allah,” ujarnya.Beliau berkata demikan ketika mengadakan lawatan dan meninjau kerja-kerja baik pulih yang dilakukan di sini bersama Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Seladang, Azman Abdullah.Zul Bhari (tengah).Julai tahun lalu, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman meluluskan peruntukan segera sebanyak RM60 ribu untuk membaik pulih infrastruktur di dua tempat rekreasi, Lata Cangkah dan Lata Payung.Kata Ariffin, ia sejajar dengan hasrat kerajaan negeri untuk menyelesaikan beberapa isu kemudahan pusat pelancongan yang menjadi rungutan pengunjung.“Untuk jangka pendek peruntukan segera bagi membaiki infrastruktur di Lata Changkah dan Lata Payung akan melibatkan semua jabatan di peringkat daerah untuk menjayakan pelaksanaan itu.“Kami (kerajaan) juga akan bekerjasama dengan pejabat daerah dan majlis daerah serta jabatan pelancongan akan merangka strategi serta pelan jangka masa panjang dengan perancangan bajet melebihi RM1 juta,” katanya.Lata Changkah menjadi salah satu lokasi tumpuan pengunjung dari dalam dan luar negeri terutamanya pada hujung minggu serta cuti umum kerana keindahan persekitarannya.
02 Mar 20
1141
Empty Image
'Terengganu Fly Fishing Festival', Perkenal Sungai Berang Ke Mata Dunia
Maliaman melihat peralatan memancing.HULU TERENGGANU, 29 Februari -Penganjuran 'Terengganu Fly Fishing Festival' bakal memperkenalkan Sungai Berang sebagai destinasi eko-pelancongan kepada seluruh kaki pancing dari dalam dan luar negara.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Maliaman Kassim berkata, ia dapat dibuktikan apabila lebih 100 peserta terdiri dari negara Amerika Syarikat, Filipina dan Great Britain menyertai pertandingan kali ini."Kehadiran mereka pastinya memberi peluang kepada komuniti setempat untuk memperkenalkan pelbagai spesis ikan air tawar di sini, dalam masa yang sama ia dapat menggalakkan komuniti untuk menceburi industri pelancongan sekali gus meningkatkan ekonomi rakyat."Program ini juga dilihat sebagai satu platform bagi mensasarkan sektor eko-pelancongan sebagai satu faktor yang dapat menyumbang kepada pertumbuhan dan pembangunan daerah dan negeri," katanya.Berucap merasmikan festival.Beliau berkata demikian ketika berucap mewakili Pengerusi Jawatankuasa  Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman merasmikan festival berkenaan di Dewan Komuniti Kampung Betong, di sini semalam.Turut hadir, Pengarah Jabatan Pelancongan Terengganu, Ab Rasid Jusoh, Ketua Penolong Pegawai Daerah Hulu Terengganu, Normah Nik dan Pengerusi Kelab Terengganu Fly Fishing, Norhisyamuddin Abd Ghani.Dalam pada itu, penganjur program, Christopher Mcilravy yang hadir sama memaklumkan, beliau terharu dengan sokongan daripada pihak kerajaan negeri dalam merancakkan lagi festival yang sudah memasuki siri ketiga itu.Christopher teruja dengan keindahan sungai di Terengganu."Kita boleh melihat peningkatan peserta bermula sejak siri pertama, bermula dengan 32 orang kini sudah melebihi ratusan peserta."Kita juga ada wakil dari setiap negara luar termasuk media yang akan mempromosi dan menjadi pemerhati terhadap penganjuran ini," tambah beliau.'Terengganu Fly Fishing Festival' akan berlangsung selama tiga hari bermula semalam dan akan berakhir esok.
29 Feb 20
710
2020 Pendikir Muda Terengganu Lakar Sejarah Malaysia Book Of Record
2020 Pendikir Muda Terengganu Lakar Sejarah Malaysia Book Of Record
KUALA TERENGGANU, 16 Februari - Seramai 2,020 orang pendikir Terengganu berjaya mencatat sejarah apabila diiktiraf Malaysia Book Of Record (MBOR) melalui 'The Largest Multilingual Dikir Barat Performance' dalam Himpunan Pendikir Muda Terengganu 2020, semalam.   Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman merakamkan rasa terima kasih kepada 84 kumpulan dikir pelbagai peringkat yang terlibat dalam menjayakan persembahan tersebut.   "Alhamdulillah, kita telah diiktiraf sebentar tadi dan saya bangga dengan anak-anak muda Terengganu atas kejayaan memecahkan rekod ini.   Barisan pendikir terdiri daripada 84 kumpulan dikir pelbagai peringkat. "Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri dan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu atas usaha sama dan sokongan yang diberikan," katanya ketika ditemui pemberita selepas program berkenaan di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak, semalam.   Jelasnya, pasukan pendikir muda itu berjaya mempersembahkan lapan bahasa kepada masyarakat iaitu bahasa Melayu, Inggeris, Jepun, Cina, Jawa, Hindi, Arab dan Thailand.   Sementara itu, Pengerusi Penggiat Seni Dikir Barat Terengganu, Sulizi Che Awang berkata, pasukannya mengambil masa sekitar dua bulan untuk menjayakan persembahan itu.   "Bila sampai saat dan ketikanya kita kumpulkan mereka untuk selaraskan persembahan tersebut dan hasilnya alhamdulillah.   Cikgu Sulizi 'orang lama' dikir barat Terengganu. "Inilah satu impian saya membuat himpunan pendikir Terengganu sekali gus melakar rekod baharu Malaysia," katanya.   Tambahnya, lapan bahasa yang dipilih berdasarkan kemampuan artis-artis dikir yang dibawa.   "Ini juga menunjukkan dikir barat ini bukan sahaja boleh dipersembahkan dalam bahasa Melayu tetapi juga bahasa-bahasa lain dengan karektor masing-masing," kata penggiat seni yang telah mencurahkan usaha selama 32 tahun dalam dunia dikir barat itu.   Dalam program anjuran Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu (Tourism Terengganu), anugerah MBOR disampaikan oleh pegawai penyelidiknya, Nurul Fatihah Mahmood.   Turut hadir, Pengarah Tourism Terengganu, Ab. Rasid Jusoh dan Timbalan Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Azman Osman.   Halim Yazid turut ketuai persembahan di Himpunan Pendikir Muda Terengganu 2020.
15 Feb 20
894
Empty Image
TLHT Garang Tumpaskan Pendahulu Liga
Pasukan TLHT bergambar selepas perlawanan.KUALA TERENGGANU, 8 Februari - Jaringan pemain kebangsaan, Siti Noor Amarina Ruhani melalui pukulan sudut penalti pada minit ke-37, sudah cukup untuk membantu Pasukan Hoki Wanita Terengganu (TLHT) menumpaskan Akademi Hoki Kuala Lumpur dalam aksi Liga Hoki Malaysia (Wanita) 2020, petang ini.Melayan kunjungan pendahulu liga itu di Stadium Hoki Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), tuan rumah menerapkan permainan bertahan untuk mengimbangi kekuatan serangan pelawat.Mohd Nasihin Nubli.Pengendali pasukan, Mohd Nasihin Nubli Ibrahim menyatakan, pasukannya bermain berdasarkan kekuatan yang dimiliki sebaiknya."Kami ikut kemampuan kami dan hari ini taktikal berjalan baik."Kita dapat bertahan dengan baik, bahagian serangan juga melakukan tekanan kepada lawan dengan baik," katanya.Siti Noor Amarina, penjaring tunggal perlawanan.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas perlawanan tersebut, sebentar tadi.Jelasnya, walaupun barisan serangannya terdiri daripada pemain-pemain muda, mereka mempamerkan aksi yang baik dalam perlawanan."Sebelum ini mereka ada peningkatan, tetapi bertemu dengan pasukan kuat seperti ini kita kurang mendapat peluang menyerang.Penjaga gol TLHT, Guzal Bakhavaddin menjadi wira di gawang pasukan."Tetapi mereka melaksanakan tugas dengan baik sebagai pasukan," katanya.Berbaki tiga perlawanan lagi, Mohd Nasihin Nubli lebih fokus untuk mendapatkan mata penuh dalam setiap perlawanan mendatang."Selepas kita kalah tempoh hari, kita perlukan setiap mata dalam setiap 'game'."Pemain sudah tunjukkan kesungguhan mereka, jadi yang lain kita berserah pada Allah SWT. Kita buat mana yang mampu," katanya.Pemain meraikan kemenangan sebaik tamat perlawanan.
08 Feb 20
269
Empty Image
Kerajaan Negeri Rancang Pakej Pelancongan Daerah Marang
Ustaz Ariffin (berbaju kuning ) melepaskan itik untuk program menangkap itik sempena Festival Pecah Panggung Dataran Batu Putih Marang.MARANG, 8 Februari - Kerajaan negeri merancang mengadakan pakej pelancongan khusus mengenai daerah Marang termasuk Dataran Batu Putih. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan,  Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ustaz Ariffin Deraman berkata, beliau agak teruja dengan Dataran Batu Putih kerana yang menghidupkannya adalah masyarakat kampung dibantu oleh Pejabat Daerah Marang di bawah kendalian pegawainya, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak.Katanya, Jabatan Pelancongan Negeri sentiasa memberikan sokongan untuk memajukan industri pelancongan di negeri ini. "Tahun lepas saya datang ke sini, naik bot lalu ikut dataran ini,  tidak ada apa-apa aktiviti yang dilakukan.Ustaz Ariffin Deraman. "Hari ini (7 Februari) sehingga esok, pelbagai program yang sangat menarik diadakan di sini, " jelasnya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Festival Pecah Panggung Dataran Batu Putih di sini semalam. Apa yang menarik katanya, di dataran tersebut terdapat 'floating market' (pasar terapung) bersama program pelancongan lain.Suasana di Dataran Batu Putih tenang dan aman.Ini termasuk produk makanan tradisional seperti Lokan Bakar, Labu Feringgi Masak, Air Tuak Kelapa Matang, Manisan dan Pengat Pisang. Di samping itu, terdapat juga pertandingan menangkap itik, pasar terapung dan lain-lain. "Saya yakin Dataran Batu Putih akan mendapat sambutan yang lebih baik di masa akan datang," ujarnya. Menurut beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alur Limbat, Jabatan Pelancongan Negeri dan Pejabat Daerah Marang bekerjasama mempromosikan produk pelancongan daerah itu. "Exco Pelancongan ada kaedah promosi di peringkat negeri secara menyeluruh khususnya Dataran Batu Putih. "Kita (kerajaan negeri)  bercadang adakan program bulanan,  seperti program macam hari ini setiap bulan di peringkat awal,  maksudnya,  apabila orang sudah kenal Dataran Batu Putih mereka akan datang dengan sendirinya," jelas beliau.
08 Feb 20
694