Artikel "Pelancongan" Terkini
Kerajaan Negeri Pantau Pengusaha Pelancongan Langgar Peraturan
MARANG, 2 September - Kerajaan Terengganu bersikap terbuka dan teliti dalam melakukan pemantauan berkenaan isu keselamatan pengunjung di pusat-pusat peranginan negeri tersebut.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu (Tourism Terengganu) sedia maklum dengan rungutan pengunjung terhadap isu keselamatan dan keselesaan di Pulau Kapas yang berlaku baru-baru ini.
"Ini sebenarnya mengejutkan kita kerana sudah ada Prosedur Operasi Standard (SOP) yang kita lancarkan apabila membuka semula pulau-pulau peranginan pada fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).Â
Ariffin bersama Dr. Mamad ketika meninjau keadaan di Stesen Solar Pulau Kapas.
"Malangnya, ada sebahagian pengusaha mahu untung lebih dan ia menyebabkan pelbagai masalah. Kita menerima maklumat terbaru bahawa SOP yang diperketatkan menyebabkan segelintir pengusaha bot membawa penumpang di jeti kawasan lain. Perkara ini juga dalam pemantauan kita.
"Kita telah mengarahkan Tourism Terengganu untuk mengadakan siasatan serta akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak terbabit. Kita tiada tindakan khusus tetapi yang penting, pendidikan terhadap pengusaha akan diteruskan. Jika perlu, kita akan bincangkan hukuman kepada mereka," katanya.Â
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas tinjauan ke Stesen Solar Hybrid di Pulau Kapas bersama Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Dr. Haji Mamad Puteh di sini, semalam.
Turut hadir, Yang Dipertua Majlis Daerah Marang, Mohd Huzairil Nizam Ibrahim; Pegawai Daerah Marang, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak dan beberapa wakil dari Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT).
Tambahnya, pemantauan akan diteruskan dan tindakan akan dibincangkan supaya pihak yang melanggar peraturan keselamatan dan SOP dapat ditangani.
"Untuk makluman, setelah negara berada dalam norma baharu iaitu fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), kelonggaran ini menyebabkan kenaikan pelancong tempatan ke Terengganu dan antara yang paling terkesan ialah Pulau Kapas kerana lokasinya yang dekat dengan tanah besar.
"Kita sedia maklum, ada pelbagai perkara yang dalam proses dan telah diselesaikan pihak berkuasa tempatan, antaranya isu sampah yang akan disesuaikan semula dan tandas yang akan dibina baharu dengan peruntukan yang dah diluluskan.
"Nasihat saya kepada pengusaha, pelancongan adalah sektor jangka masa panjang di mana kes-kes sebegini mampu menjejaskan imej industri ini," katanya.
Â
Â
02 Sep 20
387
RM200 Ribu Peruntukan Segera Baik Pulih Bekalan Elektrik Pulau Kapas
MARANG, 1 September - Kerajaan negeri melalui Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) memperuntukkan RM200,000 pada kadar segera untuk memperbaiki set generator di Pulau Kapas bagi mengelakkan kejadian bekalan terputus berulang.
Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Dr. Mamad Puteh berkata, pelaksanaan proses tersebut akan memakan masa sekitar tiga ke empat minggu.
Dr. Mamad (kanan) memberikan penjelasan kepada media di samping Ariffin.
"Untuk pengetahuan semua, kita menggunakan sistem solar hibrid iaitu gabungan solar, bateri dan generator yang membekalkan 350 kilowatt tenaga elektrik di bawah jagaan PMINT.
"Namun, sistem yang beroperasi sejak 2007 itu mengalami kerosakan pada 2014 menyebabkan kita terpaksa menggunakan generator yang asalnya hanya sebagai sokongan kepada sistem solar," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melakukan tinjauan di Stesen Solar Hibrid Pulau Kapas, hari ini.
Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat, Ariffin Deraman, Yang Dipertua Majlis Daerah Marang, Mohd Huzairil Nizam Ibrahim dan Pegawai Daerah, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak.
Dr. Mamad dan Ariffin melihat keadaan satu-satunya set generator yang masih berfungsi.
Dr. Mamad turut menjelaskan, pertambahan mendadak pengunjung ke pusat peranginan berkenaan selepas Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) menyebabkan set generator sedia tidak dapat membekalkan elektrik secukupnya ke seluruh pulau.
"Lebih merumitkan, dua dari tiga set generator telah rosak berikutan operasi berterusan.
"Kini, satu set generator hanya mampu membekalkan maksimum 50 kilowatt sahaja pada satu-satu masa, jika berlebihan akan mengakibatkan bekalan putus," katanya.
Tambahnya, bagi pelan jangka panjang Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) telah bersetuju memperuntukkan RM4.9 juta untuk menggantikan dan membaik pulih sistem solar serta menggantikan set generator yang memakan masa enam bulan hingga setahun untuk diselesaikan.
Dalam pada itu, Pengurus Bahagian Penyenggaraan Harta PMINT, Mohd Zaidi Abdul Rahman yang turut hadir memaklumkan, peruntukan tersebut termasuk menaik taraf sistem berkenaan yang meningkatkan penyaluran bekalan tenaga elektrik kepada 200 kilowatt berbanding kemudahan sedia ada yang membekalkan 100 kilowatt pada satu-satu masa.
Dr. Mamad bersama Ariffn dan wakil PMINT meilhat panel solar di Stesen Solar Hibrid Pulau Kapas.
Â
01 Sep 20
2079
Semarakkan Kemerdekaan, Tetap Patuh SOP
KUALA TERENGGANU, 31 Ogos- Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar mengingatkan rakyat negeri itu supaya terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) sekalipun ketika merayakan sambutan Hari Kebangsaan ke-63, hari ini.
"Saya difahamkan, malam tadi puluhan ribu rakyat serta pelancong berkunjung ke Jambatan Angkat (Drawbridge) Terengganu untuk meraikan detik 31 Ogos walaupun tiada program sambutan secara rasmi, ini secara tidak langsung menunjukkan perasaan kebersamaan rakyat dalam memberikan pernghargaan dan memperingati kemerdekaan.
Dr. Samsuri mencuba senjata yang dipamerkan.
"Cuma yang penting, ingatan saya kepada semua supaya dapat menjaga keselamatan dan kesihatan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ini supaya kita tidak mewujudkan kluster baharu dan kita mohon kepada Allah SWT supaya dijauhkan daripada wabak itu," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyaksikan Demonstrasi Kapal, Bot dan Kelengkapan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di Jambatan Angkat Terengganu, hari ini.
Turut hadir, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Ahmad Amzad Hashim; Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri; Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Mohd. Zubil Mat Som dan Pengerusi TI Properties Sdn. Bhd., Maliaman Kassim.
Hadir sama, Pengerusi dan Pengarah TI Properties Sdn. Bhd., Datuk Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil serta Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Terengganu Incorporated Sdn. Bhd., Dr. Wan Ahmad Rudirman Wan Razak.
Sebanyak tujuh aset laut Maritim dan satu helikopter melakukan perarakan dan demonstrasi penyelamatan kapal yang ditahan lanun. selain itu, APMM turut mengadakan pameran Maritim Malaysia di galeri Skybridge yang akan berlangsung selama dua bulan.
Pasukan Tindakan Khas APMM mengadakan demonstrasi menyelamatkan kapal dirampas lanun.
Â
31 Aug 20
392
Kalang Warisan, Lokasi Pelancongan Berasaskan Komuniti Terbaharu Terengganu
Â
Oleh : Suhaimi Taib
MARANG, 30 Ogos - Kalang Warisan Kampung Pulau Manis, Serada di sini menjadi contoh Pelancongan Berasaskan Komuniti (CBT) terbaharu di Terengganu yang diwujudkan dengan kerjasama penduduk setempat.Â
Â
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri, Ariffin Deraman berkata, destinasi itu pernah dikunjungi sehingga 1,000 orang sehari.Â
Â
Menurut beliau terdapat sejarah warisan berhampiran pengkalan kampung yang diwujudkan selepas pandemik COVID-19, ketika pelancong domestik mencari alternatif destinasi pelancongan dalam negeri.Â
Â
Warisan sejarah itu ialah Makam Tok Ku Pulau Manis atau nama sebenar Sharif Abdul Malik Sharif Abdullah seorang ulama dan dianggap wali meninggal dunia, tahun 1736.
Â
"Dengan sejarah dan apa yang di sini, saya yakin tempat ini lebih maju di masa akan datang," katanya ketika bercakap kepada media di Majlis Semarak Merdeka 63 di destinasi pelancongan itu di sini baru-baru ini.
Â
Turut hadir Penolong Setiausaha Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri, Raja Faisal Raja Haron.
Â
Katanya, kerajaan Terengganu sedang memajukan beberapa tempat lain termasuk Dataran Batu Putih dan Dataran Banggol Cempedak.
Â
"Kedatangan penyunjung di Dataran Batu Putih, semakin hari semakin ramai.
Â
"Di Banggol Cempedak pun semakin ramai pwngunjung dan semua projek ini ada kait mengait antara satu sama lain," jelasnya yang juga Ahli Dewan Undangan (ADUN) Alur Limbat.Â
Â
Beliau berkata, kerajaan akan mewujudkan jejak (trail) dari Kuala Terengganu dan pelancong boleh membuat pilihan ke mana destinasi yang hendak dituju.Â
Â
Â
30 Aug 20
3139
250 Peserta Meriahkan Program Kayuhan Ambang Merdeka
KUALA NERUS, 29 Ogos- Seramai 250 peminat sukan berbasikal menyertai program Kayuhan Ambang Merdeka di sini, sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-63 yang bakal disambut Isnin ini.
Program anjuran Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir itu bermula dari Dataran Budaya Pantai Teluk Ketapang.
Kayuhan sejauh 17.1 kilometer (km) melalui Kampung Teluk Ketapang, Kampung Telaga Daing, Kampung Baru, Kampung Seberang Takir, Jambatan Drawbridge, Pasarnita dan berakhir di lokasi pelepasan disertai oleh pelbagai peringkat usia termasuk warga emas, belia serta kanak-kanak.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri, Ariffin Deraman berkata, selain menggalakkan masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas program ini juga dapat mewujudkan semangat perpaduan di kalangan peserta.
"Peserta dapat menyemarakkan semangat patriotik dan perpaduan melalui aktiviti berbasikal dan paling penting semangat cintakan negara.
"Malah, aktiviti sebegini juga salah satu cara mempromosikan pelancongan negeri, kerana laluan lokasi ini sememangnya merupakan daya tarikan pelancong, " ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan 'flag-off' Program Kayuhan Ambang Merdeka di Dataran Budaya Pantai Teluk Ketapang, hari ini.
Turut hadir, Pegawai Penyelaras DUN Seberang Takir, Mohd Fazil Wahab.
Ariffin berkata, walaupun tiada acara besar-besaran sempena sambutan kemerdekaan di peringkat negeri disebabkan pandemik COVID-19, namun setiap DUN tetap mengadakannya dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.
"Sebagai contoh, program kayuhan basikal diadakan hampir di semua daerah dalam skala kecil iaitu tidak melebihi 250 orang seperti ditetapkan.
"Penganjur terpaksa menghadkan penyertaan biarpun permintaan dari orang ramai begitu menggalakkan demi menjaga keselamatan semua pihak," ujarnya.Â
29 Aug 20
820
Enam Lokasi, Enam Tarikan Berbeza Ketengahkan Warisan Budaya Terengganu
Â
KUALA TERENGGANU, 28 Ogos -Â
Terengganu Cultural Festival atau Festival Kebudayaan yang menghimpunkan warisan kebudayaan dan kesenian tradisional negeri mula beraksi di enam lokasi terpilih selama 11 hari bermula 27 Ogos ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman, berkata, enam hotel dan pusat penginapan serta beberapa lokasi pelancongan terpilih di Kuala Terengganu dan Kuala Nerus akan dijadikan sebagai lokasi festival.
"Festival Kebudayaan ini adalah cetusan idea baharu untuk menghimpunkan kesemua warisan seni budaya bagi menggantikan Festival Pantai di enam lokasi sekitar Kuala Terengganu dan Kuala Nerus.
"Kita ingin menjadikan Bandaraya Kuala Terengganu ini sebagai hub pelancongan kepada pelancong, baik dari dalam negeri, luar negeri ataupun dari luar negara.
"Antaranya nelayan berkolek di Primula Beach Hotel, cerita duyong di Duyong Marina & Resort, wau sobek (Permai Hotel), alunan gamelan sari (warisan sari), flying gasing (Paya Bunga Square & Hotel) serta caritera langkasuka di Terradala. di mana setiap produk mempunyai tema tersendiri,"ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita sempena Majlis Pelancaran Festival Kebudayaan di Primula Beach Hotel, di sini, semalam.
Tambahnya selain bertujuan memulihara dan memelihara khazanah seni budaya negeri, program itu juga dapat memartabatkan kebudayaan dan kesenian yang ada agar terus diwarisi generasi akan datang.
Ariffin turut berkata, Festival Kebudayaan kali ini tidak dijalankan secara 'mass market' memandangkan negara masih dilanda pandemik koronavirus (Covid-19) dan terikat amalan operasi standard (SOP) yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan.
"Semua lokasi yang terpilih akan mempraktikkan SOP yang ketat dan pengunjung dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan sebagai usaha mengekang penularan Covid-19," katanya.
28 Aug 20
1115
Durian Sungai Serai Jadi Tumpuan
Â
MARANG, 29 Ogos - Durian di Kampung Sungai Serai menjadi tumpuan orang ramai termasuk pelancong dari luar negeri.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri Terengganu Ariffin Deraman berkata, ia berikutan 'raja buah' di kawasan terbabit mempunyai keenakkan yang tersendiri berbanding kawasan lain.
"Durian di sini adalah antara durian yang terbaik di Negeri Terengganu. Sehingga sekarang orang ramai tidak pernah putus untuk mendapatkan durian dari kampung ini.
"Rasa durian yang unik dengan rasa manis serta tekstur yang lembut memang tidak dapat dikalahkan dengan durian di tempat lain lain membuatkan pencinta durian ingin terus menikmatinya," ujarnya.
Beliau berkata demikian semasa ditemui di dalam program Makan Durian 2020 di Puncak Bukit Sungai Serai kelmarin sempena sambutan Hari Kebangsaan kali ke-63 yang bakal disambut Isnin ini.
Turut hadir sama dalam program itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong serta Pegawai Daerah Marang, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak.
Tambahnya lagi, beliau bercadang untuk menjadikan tempat itu sebagai salah satu tempat pelancongan yang menarik untuk kawasan Marang dan negeri.
Dalam program yang dianjurkan oleh MPKK Sungai Serai, Pejabat Dun Pengkalan Berangan dan Pejabat Daerah Marang itu, penduduk turut menyediakan hidangan sampingan berasaskan durian antaranya pulut durian, serawa durian dan bubur durian.
Sebanyak 20 kilogram beras pulut serta 10 kilogram santan digunakan untuk menyediakan hidangan sampingan berkenaan untuk dijamu kepada pengunjung.
27 Aug 20
633
Primula Edar 1,000 Jalur Gemilang Di Atas Drawbridge Terengganu
KUALA TERENGGANU, 26 Ogos - Primula Beach Hotel Kuala Terengganu (PBHKT) mengedarkan sebanyak 1,000 Jalur Gemilang kepada orang ramai bagi menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan Kali Ke-63, Isnin ini.
Suaibah Harun.
Pengurus Besar PBHKT, Suaibah Harun berkata, program itu adalah acara tahunan hotel berkenaan dan diadakan bagi tujuan menyemai rasa cinta orang ramai khususnya masyarakat negeri ini terhadap negara.
"Saya sedih apabila melihat sambutan hari kelahiran negara ini disambut tidak sebagaimana dilakukan orang terdahulu yang meraikan hari berkenaan dengan penuh semangat patriotik.
"Pemasangan Jalur Gemilang pada kenderaan juga semakin berkurangan, justeru, sebagai menunaikan tanggungjawab itu, hari ini kami mengedarkan 1,000 Jalur Gemilang kepada pengguna jalan raya di sekitar bandaraya Kuala Terengganu," katanya pada Program Pengagihan Jalur Gemilang kepada pengguna jalan raya di atas jambatan angkat atau Terengganu Drawbridge, hari ini.
Katanya, selain pengagihan Jalur Gemilang, pihaknya juga menghiasi persekitaran hotel dengan kibaran bendera bagi menyemarakkan suasana sepanjang bulan kemerdekaan.
26 Aug 20
1124
Promosi Pelancongan: Terengganu, Perak Wujud Kolaborasi 'Menang Menang'
Oleh : Suhaimi Taib
IPOH, 25 Ogos - Kerajaan Terengganu dijangka bekerjasama dengan Perak bagi mempromosikan produk pelancongan di kedua-dua negeri secara kolaborasi 'menang-menang'.
Kedua-dua negeri itu mempunyai banyak produk pelancongan yang unik bersumberkan alam semula jadi dan sejarah setempat.Â
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, pertemuan hari ini adalah untuk perbincangan awal antara beliau dengan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan negeri Perak, Datuk Nolee Ashikin Mohd Radzi.
"Hari ini adalah pertemuan awal kerana kita ada persamaan daripada segi produk-produk pelancongan yang berbeza dan mempunyai keunikan masing-masing.Â
"Jalinan perjalanan (perhubungan) akan jadi lebih baik dengan pembinaan lebuhraya melalui Simpang Pulai (Perak) ke Terengganu, " katanya ketika bercakap kepada pemberita di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.Â
Ariffin mengadakan kunjungan hormat kepada Datuk Nolee di bangunan tersebut diiringi kakitangan Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu.Â
Sementara itu, Datuk Nolee mengucapkan ribuan terima kasih atas kunjungan hormat Ariffin dan rombongan.Â
Beliau berkata, kerajaan negeri Perak akan mengadakan kerjasama dengan kerajaan Terengganu, memandangkan daripada segi jalan raya Perak tidak jauh dari Terengganu.Â
"Kerajaan negeri Perak akan mengambil peluang ini untuk mempelajari (tentang penghasilan dan pengurusan) produk-produk pelancongan negeri Terengganu seperti Tasik Kenyir dan lain-lain, " jelasnya.Â
Menurutnya, negeri Perak mempunyai pengusaha-pengusaha bot dan unit pengurusan pantai.Â
"Kami baru sahaja mengisytiharkan Pulau Pangkor sebagai pulau bebas cukai awal tahun ini.Â
"Daripada segi pengendalian itu kita akan belajarlah dari Kerajaan Negeri Terengganu," jelasnya.Â
25 Aug 20
1667
Kedatangan Pelancong Ke Terengganu Meningkat 165 Peratus
Oleh : Suhaimi Taib
KUALA LUMPUR, 24 Ogos - Kedatangan pelancong ke Terengganu meningkat sebanyak 165 peratus dan paling tinggi berbanding dua negeri di Pantai Timur, Pahang dan Kelantan.Â
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri, Ariffin Deraman berkata, walaupun kemungkinan kedatangan pelancong ke negeri Pahang agak ramai namun peratusan kehadiran mereka lebih tinggi ke Terengganu.Â
Katanya,limpahan pelancong ke Pantai Timur ini sudah dijangka berdasarkan kajian pelancongan domestik yang dijalankan Tourism Malaysia pada bulan April lalu.
"Dalam keadaan biasa kita percaya kita boleh mendapat 5.5 juta pelancong tahun ini walaupun tiga bulan kekurangan kehadiran pelancong bermula Jun lalu dengan trend kehadiran pelancong yang sangat tinggi ke Terengganu sejak akhir-akhir ini," jelasnya.Â
Beliau berkata demikian ketika bercakap kepada pemberita di Wisma Berita Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) di sini hari ini.
Katanya, kerajaan Terengganu mengadakan promosi pelancongan secara berterusan melalui pelbagai medium termasuk Rancangan Selamat Pagi Malaysia RTM.
"Di samping itu akibat viral dalam sosial media, ramai pelancong datang mencari destinasi popular pelancongan Terengganu termasuk Restoran Nasi Dagang Atas Tol, Kuala Terengganu, Jambatan Angkat Muara Sungai Terengganu, Sentuari Kelah Tasik Kenyir Hulu Terengganu, Pulau Redang, Pulau Perhentian dan lain-lain," tambahnya.Â
Katanya, kerajaan negeri juga akan menganjurkan Festival Kebudayaan Terengganu mulai 27 Ogos hingga 6 September ini sebagai cetusan baharu untuk menghimpunkan semua seni budaya warisan rakyat negeri itu.Â
Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Komunikasi Korporat, Iskandar Mirza Mohd Yusof berkata, Jabatan Pelancongan Malaysia memuji langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan negeri Terengganu kerana menganjurkan festival Kebudayaan Terengganu.
Katanya, festival itu dapat menunaikan permintaan rakyat Malaysia untuk melancong dalam negara.Â
"Sebab kita sedia maklum selepas bulah Jun lepas, ramai rakyat Malaysia mencari tempat untuk melancong di hujung minggu.
"Setidak-tidaknya dengan penganjuran seperti ini dapat memenuhi permintaan bukan sahaja menghidupkan budaya rakyat negeri Terengganu tetapi terhadap produk-produk pelancongan lain," ujarnya.Â
Â
24 Aug 20
3874