lightning-solid
Berita :

Artikel "Pelancongan" Terkini

TTI Sasar Jadi Hab 'Jet Ski' ASEAN
TTI Sasar Jadi Hab 'Jet Ski' ASEAN
KUALA TERENGGANU, 12 November - Taman Tamadun Islam (TTI) mahu menjadi hab jet ski Pantai Timur yang terkenal di peringkat ASEAN. Pengurus Besar TTI, Mohd Fadhil Wahab berkata, perkara itu dapat dicapai memandangkan lokasinya sangat sesuai untuk penganjuran sukan air yang lebih berpestij khususnya perlumbaan jet ski sekali gus merancakkan sektor pelancongan negeri. Ujarnya, kerana itu pada tahun ini TTI telah menganjurkan Terengganu Watersport Festival 2023 sebanyak dua kali iaitu pada 24 hingga 26 Februari dan kali ini, 10 hingga 12 November. "Jumlah pengunjung yang hadir pada kali ini seramai 20,000 orang sepanjang tempoh tiga hari ia diadakan, telah menarik kehadiran semua golongan yang meminati sukan air ini. "Kita mengharapkan agar melalui kerjasama antara kerajaan negeri dan Kementerian Pelancongan, program ini dapat diadakan di peringkat ASEAN. "Agar berupaya menarik lebih ramai lagi pengunjung yang datang ke sini apabila diangkat ke peringkat lebih tinggi nanti," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) di Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah sempena Terengganu Watersport Festival yang disempurnakan oleh Pengarah Pelancongan Terengganu, Ahmad Ridzwan Abdul Rahman, di sini, hari ini. Mengulas lebih lanjut, Fadhil berkata acara berpestij itu pada kali ini disertai oleh 66 pelumba yang datang dari seluruh Malaysia. Selain itu katanya, pengunjung yang hadir berpeluang menyaksikan pelbagai aktiviti sukan air seperti perlumbaan perahu layar, perahu naga, pertunjukkan flyboard dan jet surfing, pertandingan memancing, 'hawker street & hawker stall' serta restoran terapung.  
12 Nov 23
249
Kuala Nerus Juara Pertandingan Memasak Singgang Terengganu
Kuala Nerus Juara Pertandingan Memasak Singgang Terengganu
KUALA TERENGGANU, 11 November - Kuala Nerus telah dinobatkan sebagai johan 'Pertandingan Juara Singgang Terengganu 2023'. Pertandingan kali pertama yang dianjurkan oleh Lembaga Muzium Negeri Terengganu itu menjadikan makanan tradisi turun temurun rakyat negeri ini sebagai menu untuk rakyat Terengganu beradu kemahiran dan kepakaran bagi menyediakan Lauk Singgang. Mewakili Kuala Nerus, Nor Mazura Abdul Malik berkata, dia tidak menyangka penyertaan kali pertamanya berjaya menambat hari juri untuk muncul sebagai juara. "Terima kasih kepada Majlis Daerah Kuala Nerus yang memberikan kepercayaan kepada saya bersama dua orang adik saya, Muhammad Faizal Izuddin, Ahmad Faez Saharuddin serta seorang anak perempuan saya Nurul Najwa Rosfaizal bagi menyertai acara ini. "Tiada apa-apa resepi rahsia, cuma kami cuba pertahankan masakan ini dengan mengikut betul-betul resepi orang Terengganu punya, saya tekun mempelajari cara masakannya. "Mungkin perbezaan yang saya lakukan ialah hanya meletakkan bawang putih sahaja bersama asam keping, lengkuas dan lada, bagi menyertai pertandingan ini saya mengambil masa seminggu untuk melakukan persiapan dan persediaan," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media, selepas diumumkan sebagai juara pada Pertandingan Juara Singgang, di Dataran Dato' Setia Wangsa Kompleks Muzium negeri, di sini, hari ini. Perasmiaan penutup dan penyampaian hadiah itu telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan nasional negeri, Maliaman Kassim. Acara pertandingan berkenaan telah diadili oleh bekas tukang masak Istana Syarqiyyah. Nazrul Hazel Mohd Nor (Chef Nazrul) sebagai ketua juri. Juara dari Kuala Nerus itu telah memenangi wang tunai sebanyak RM1,000, sementara itu Marang pula telah muncul sebagai naib juara dengan membawa pulang wang tunai RM750, diikuti Hulu Terengganu di tempat ketiga dengan membawa pulang wang tunai RM500. Manakala Kemaman, Setiu, Besut, Kuala Terengganu dan Dungun menerima sagu hati dengan masing-masing menerima wang tunai RM300. Dalam pada itu, Maliaman berharap agar pertandingan itu tidak hanya sekadar mencari juara tetapi mampu untuk mengangkat martabat makanan tradisi itu ke tempat yang lebih tinggi dan tidak hanya dikenali oleh rakyat negeri ini. "Terima kasih kepada pihak muzium negeri kerana mengadakan pertandingan seumpama ini dalam usaha mengangkat tradisi dan warisan makanan negeri Terengganu," ujarnya.  
11 Nov 23
560
GLC Ditagih Tambah Baik Zoo Kemaman
GLC Ditagih Tambah Baik Zoo Kemaman
KEMAMAN, 6 November - Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Terengganu diharap dapat membantu memajukan Zoo Kemaman dengan menambah haiwan yang berpotensi menjadi daya tarikan untuk meningkatkan jumlah pengunjung. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri, Datuk Razali Idris berkata, pihak zoo telah diminta mengenalpasti haiwan yang diminati oleh pelbagai lapisan masyarakat terutamanya kanak-kanak, belia dan pelajar-pelajar. "Saya mengharapkan seluruh GLC dalam negeri Terengganu ini memberikan bantuan ataupun sumbangan dengan membeli haiwan yang masih tidak ada untuk ditempatkan di Zoo Kemaman ini. "Insya-Allah saya akan terus berbincang dengan anak syarikat yang bersar di negeri Terengganu ini bagi memastikan hasrat ini tercapai agar ia setanding dengan zoo di Melaka dan Taiping (Perak)," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media, dalam memulakan lawatannya kerjanya ke setiap daerah di negeri ini, di Taman Rekreasi dan Zoo Kemaman, di sini, semalam. Mengulas lanjut, Razali berkata dengan apa yang telah sedia ada di lokasi ini ia juga mampu dijadikan 'Night Zoo' untuk menjadi daya tarikan unik yang boleh dinikmati pengunjung. "Dengan menyediakan pengalaman untuk melihat hidupan yang jarang atau tidak ada di tempat lain iaitu kunang-kunang yang mana ia perlu menaiki bot atau 'river cruise'," ujarnya lagi. Dalam pada itu katanya, mengenai banjir luar jangka yang berlaku pada tahun lalu, perkara itu dianggap sebagai perkara yang jarang berlaku. "Jadi dalam lawatan ini kita telah melihat saliran dan mengenal pasti beberapa langkah bagi mengatasi masalah bila berlaknya banjir, untuk itu kita akan angkat peruntukan dari kerajaan pusat dan dalam masa terdekat akan berjumpa Menteri Pelancongan. "Antara isu yang akan kita bawa ialah mengenai sistem perparitan,beberapa infrastruktur lagi untuk menceriakan lagi.  "Bagi memperhebatkan promosi pula kita akan bincang untuk menggunakan kaedah silang zoo, antara zoo Terengganu yang baru hendak meningkat ini dengan zoo lain yang ada dalam negara," katanya.
06 Nov 23
559
SG4 Cari Jalan Perhebatkan Pelancongan
SG4 Cari Jalan Perhebatkan Pelancongan
KEMAMAN, 5 November - Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perlis telah berbincang bagi mencari jalan efektif untuk memperhebatkan pelancongan di negeri State Goverment 4 (SG4). Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri, Datuk Razali Idris berkata, perkara itu menjadi topik perbincangan ketika perjumpaan kali pertama diadakan membabitkan keempat-empat Exco Pelancongan negeri berkenaan. "Kita telah mengadakan perjumpaan itu pada bulan lepas di Tasik Kenyir selama dua hari satu malam dan telah berbincang perkara patut dilakukan, antaranya silang budaya. "Juga membuat pengiklanan untuk fasa pertama ini, dengan keempat-empat saling mempromosikan kehebatan, keindahan dan keunikan yang ada di negeri masing-masing. "Seperti Terengganu kaya dengan alam semula jadi, memiliki pulau, tasik, ada pantai yang cantik serta memiliki 'geopark' yang sangat hebat akan dipromosikan," ujarnya. Beliau berkata demikian kepada pihak media ketika mengadakan lawatan kerja di Taman Rekreasi dan Zoo Kemaman, di sini hari ini. Razali berkata, pihaknya optimis akan mencapai hasil yang positif dalam memajukan sektor pelancongan di empat buah negeri ini. "Melalui fasa pertama ini kita minta semua pengarah berbincang dan kita nampak (usaha ini) agak berjaya kerana pgawai-pegawai telah mula berbincang. "Selepas lima tahun kita akan melihat apa kemajuan yang kita dapat untuk pergi ke peringkat seterusnya," katanya.
05 Nov 23
237
Primula Raih Anugerah di IDEA Award 2023
Primula Raih Anugerah di IDEA Award 2023
KUALA TERENGGANU, 5 November - Primula Beach Hotel melakar satu lagi sejarah apabila meraih anugerah 'Consumer Choice Brand' pada malam Anugerah Usahawan Berprestij Islam (IDEA Award 2023). Pengurus Besar, Suaibah Harun berkata Anugerah IDEA Award 2023 menjadi platform yang luar biasa untuk mengiktiraf usaha cemerlang usahawan Muslim di Malaysia, serta menyokong pertumbuhan perniagaan komuniti Muslim yang cemerlang dan berdaya saing. Katanya, anugerah tersebut bukan sahaja milik Primula Beach Hotel tetapi juga tanda kejayaan bersama sebagai salah satu anak syarikat milik kerajaan negeri. "Keunikan anugerah ini tidak hanya mengiktiraf pencapaian dalam bidang perniagaan, tetapi juga menilai kesediaan usahawan terbilang untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT melalui perniagaan. "Sekali gus dalam usaha memenuhi tuntutan fardhu kifayah dengan menyediakan perkhidmatan serta manfaat kepada seluruh masyarakat," katanya kepada pemberita ketika dihubungi. Anugerah berprestij ini dianjurkan oleh Dewan Perniagaan Muslim Insiders dan diadakan di Hotel St Regis Kuala Lumpur telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Seri Ahmad Maslan. Pemenang anugerah menerima trofi dengan ukiran khat 'Mari Menuju Kejayaan' sebagai simbolik pencapaian cemerlang mereka dalam dunia perniagaan.  IDEA Award 2023 bertujuan untuk mengiktiraf dan memberi penghargaan kepada usahawan Muslim yang telah mencapai tahap keunggulan luar biasa dalam pelbagai sektor ekonomi.  Anugerah ini juga memupuk kerjasama dengan pemilik perniagaan bukan Islam yang mengamalkan ciri-ciri 'Muslim-friendly businesses'.  
05 Nov 23
251
Cat Farish Teruja MB Sokong Penganjuran Havoc Asean Food Festival
Cat Farish Teruja MB Sokong Penganjuran Havoc Asean Food Festival
KUALA NERUS, 2 November - Penyanyi dan pelakon terkenal, Faris Ramli atau lebih dikenali sebagai Cat Faris serta isterinya Shikin Maembong teruja Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menyokong Havoc Asean Food Festival. Katanya, pihaknya sangat berbesar hati dengan sikap yang ditunjukkan oleh kepimpinan negeri dalam memastikan program berkenaan dapat dijayakan dengan penuh gilang gemilang. Beliau dan isterinya yang berniaga cekopis yang didatangkan dengan pelbagai perisa juga sangat bersyukur kerana hati pertama festival berkenaan telah mendapat sambutan yang cukup baik daripada pengunjung. "Walaupun hari pertama telah mendapat sambutan yang sangat baik, dan kitaorang masih berada di sini untuk menarik lebih ramai 'crowd' lagi untuk hadir dan memeriahkan festival ini. "Dapat sambutan yang sangat baik, Shikin pun sangat gembira dapat berniaga di negeri kelahirannya ini," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) di Havoc Asean Food Festival, yang diadakan di Pekarangan Kompleks Sukan Kuala Nerus, di sini, hari ini. Mengulas lebih lanjut, Cat Faris mengharapkan agar program yang dianjurkan oleh Havoc Event & Management Sdn Bhd dengan kerjasama kerajaan Terengganu itu akan dihadiri oleh ramai pengunjung terutama oleh 'kaki makan' untuk merasai sendiri pengalaman menikmati makanan dari lima buah negara. "Datanglah jumpa kami dan vendor-vendor yang lain menampilkan 160 usahawan dan 20 daripadanya merupakan selebriti serta 'influencer' terkenal tanahair," ujarnya. Dalam pada itu Cat Farish menyatakan negeri Terengganu memiliki keunikannya yang tersendiri sehingga menjadi lokasi utama orang ramai melancong ke negeri ini. "Ini merupakan kali pertama datang Terengganu untuk program ini, sebelum ini telah datang bagi menjalankan pengambaran filem Remp-it 2 di sini," katanya.
02 Nov 23
311
Havoc Asean Food Festival Himpun Makanan Lima Negara
Havoc Asean Food Festival Himpun Makanan Lima Negara
KUALA NERUS, 2 November - Havoc Event & Management Sdn Bhd dengan kerjasama erat Kerajaan Negeri Terengganu telah menganjurkan Havoc Asean Food Festival dengan menghimpunkan makanan pelbagai variasi popular dari lima buah negara asia. Ketua Pegawai Eksekutif Havoc Event & Management Sdn Bhd, Faizul Mohd Yusof berkata, orang ramai boleh merasai sendiri pengalaman menikmati masakan dari Indonesia, Singapura, Vietnam, Thailand termasuk Malaysia. Ujarnya, Terengganu menjadi lokasi pilihan untuk siri jelajah ke-14 sejak ia mula diadakan pada tahun 2019, kerana negeri ini merupakan tumpuan utama pelancong domestik dan antarabangsa untuk hadir. "Pihak kami berharap agar penganjuran kali ini akan mampu menarik seramai mungkin pengunjung yang bagi menikmati variasi makanan yang ada pada kali ini, 160 usahawan seluruh negeri termasuk 20 usahawan tempatan, juga selebriti dan pempengaruh bersedia melayan kehadiran pengunjung. "Pihak Havoc Event  & Management Sdn Bhd serta kerajaan negeri menjangkakan jumlah kehadiran sekitar 200,000 pengunjung sepanjang program diadakan empat hari program berlangsung," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika berucap  pada perasmian program berkenaan yang dirasmikan oleh Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar , di Perkarangan Kompleks Sukan Kuala Nerus, di sini, semalam. Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Datuk Razali Idris serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir, Khazan Che Mat. Mengulas lebih lanjut katanya, selain daripada menawarkan kepelbagaian makanan dari lima buah negara program akan turut diserikan dengan acara pentas berkonsepkan islamik yang selari dengan garis panduan kerajaan negeri. "Diantara acara yang akan diadakan ialah Program Ilmu : Ilmu Apa Hari Ini?, Majlis Selawat dan Qasidah Perdana, Persembahan Busker berkonspekan ketuhanan/lagu rakyat. "Juga menyediakan aktiviti kekelurgaan seperti Parrot Show, Petting Zoo, memanah, sukan rakyat dan pertandingan mewarna bagi kanak-kakak," ujarnya. Tambah beliau lebih istimewa, penaja utama Ade Azhar Trading juga menyediakan beberapa hadiah cabutan bertuah serta turut sama membawakan Yayasan Ade Azhar bagi pemeriksaan kesihatan dengan kerjasama Badan Bukan Kerajaan (NGO) Cinta Gaza yang turut menyediakan Tabung Kemanusiaan Palestin. Kemuncak acara akan diserikan dengan cabutan Xtravanga dimana mereka yang bertuah akan memenangi hadiah utama sebuah Kereta Perodua Bezza dan sebuah Motorsikal RX-Z.
02 Nov 23
543
Tasik Biru Kemaman Berpotensi Jadi Lokasi Pelancongan
Tasik Biru Kemaman Berpotensi Jadi Lokasi Pelancongan
KEMAMAN, 31 Oktober - Tasik biru di Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Putih yang merupakan tapak tinggalan bekas lombong dilihat berpotensi diangkat sebagai tempat tarikan pelancongan. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih, Mohd Hafiz Adam berkata, melalui perbincangan bersama Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri, Datuk Razali Idris, tasik tersebut dijangka bakal dinaik taraf menjadi trek riadah yang mengelilingi tasik berkenaan. Menurutnya, satu lawatan penting telah diadakan di beberapa lokasi strategik dalam DUN Air Putih bagi usaha memajukan potensi pelancongan di sini. "Lawatan yang bermula pada jam 10.00 pagi itu dimulakan dengan rombongan ke Bukit Mentok Hiking Park yang menjadi tumpuan orang awam untuk mendaki kerana kawasannya yang terpelihara. "Beberapa cadangan turut dilontarkan supaya diadakan aktiviti memancing setelah melihat persekitaran keadaan sungai yang mampu menarik minat pelancong," katanya ketika lawatan semalam. Tambah Hafiz, pada lawatan berkenaan turut diadakan kunjungan ke Rumah Jambi yang terletak di Pasir Gajah, Kemaman. "Rumah unik ini yang mengetengahkan unsur tradisi binaan Jambi, Sumatera dan menjadi salah satu tinggalan sejarah yang berharga di sini. "Seterusnya, rombongan bergerak ke Turtle Conservation Society Of Malaysia yang terletak di Dewan Orang Ramai, Pasir Gajah bagi melihat persekitaran, menilai keadaan tempat pemuliharaan dan pembiakan spesis tuntung," katanya. Mengulas lanjut, beliau turut berkata, pihaknya juga berkesempatan untuk melawat MD Agro di Kampung Batu 16 dan mengadakan sedikit perbincangan mengenai hala tuju dan potensi yang boleh memajukan sektor pelancongan dan kebudayaan. "Lawatan ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan tempatan dalam memajukan potensi pelancongan di Dun Air Putih. "Sekali gus, memperkenalkan destinasi menarik kepada pelancong tempatan dan luar negeri. "Diharapkan usaha ini akan membawa manfaat besar kepada kawasan tersebut serta mengukuhkan ekonomi tempatan," ujarnya.
31 Oct 23
1175
Setiu Jamboree MTB Challenge 2023 Tawar Hadiah RM25,000
Setiu Jamboree MTB Challenge 2023 Tawar Hadiah RM25,000
Setiu, 31 Oktober -Jamboree Mountain Bike (MTB) Challenge 2023 tahun yang bakal berlangsung di Lata Payung, Setiu, di sini pada 18 dan 19 November 2023 menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan RM 25,000. Penolong Kanan Pegawai Daerah Setiu Yang Mulia (YM) Raja Faisal Raja Haron berkata kejohanan tersebut menyaksikan 12 kategori keseluruhan dipertandingkan. "Untuk lelaki, kita ada kategori Men Junior (18 tahun kebawah), Men Master (19 -29 tahun), Men Senior (30-39 Tahun),  Men Veteran (40- 49 tahun), Men Otai (50 tahun keatas), Men Open (Terbuka). "Kategori wanita pula melibatkan Women Senior (35 tahun keatas) dan Women Open (Terbuka). Tambahan kita juga ada kategori Heaveyweight 90 KG (Terbuka), Fat Bike (Terbuka), E-MTB (Terbuka) dan Kakitangan Kerajaan Terengganu (Terbuka)," ujarnya kepada pemberita ketika ditemui, di sini, hari ini. Dalam pada itu katanya, kejohanan edisi sulong di Setiu ini menyasarkan 1000 penyertaan dan setakat ini lebih 700 peserta telah mengesahkan kehadiran dan ada peserta daripada Singapura dan Thailand. Raja Faisal berkata kayak kayuhan sejauh 30 kilometer melalui jalan hutan, denai dan sungai akan memberi lebih cabaran kepada pelumba. Pemdaftaran masih dibuka kepada orang ramai dan peserta yang berminat boleh hubungi talian 013-9606953 (Din Nejar) dan 019-2532483 (Yusrizal). Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Langkap Azmi Maarof berkata melalui penganjuran sukan tersebut dapat mempromosikan tempat perkelahan itu di mata dunia. "Dengan adanya penganjuran berkaitan sukan di Setiu dan di DUN Langkap secara khususnya bilangan pelancong akan meningkat, seterusnya akan menambah pendapatan penduduk setempat melalui sewaan 'homestay' dan perniagaan lain," katanya.
31 Oct 23
345
Terengganu Bakal Perkenal Permit Khas Selam Skuba di Lokasi Kapal Karam
Terengganu Bakal Perkenal Permit Khas Selam Skuba di Lokasi Kapal Karam
MARANG, 24 Oktober - Kerajaan negeri akan mewujudkan  prosedur operasi standard (SOP) termasuk pengenalan permit khas bagi aktiviti selaman skuba di lokasi kapal karam di Pulau Kapas yang akan dikuatkuasakan mulai tahun hadapan. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri Datuk Razali Idris berkata, pengenalan SOP ini bukan untuk  menyusahkan pelancong, tetapi bagi menjaga kepentingan artifak dalam laut di Terengganu. "Kita nak buat permit bagi memastikan artifak dan tinggalan di kapal tersebut dijaga rapi dan  menghalang aktifak berharga daripada dicuri. "SOP dibuat ini sama seperti mana dijalankan di tapak kapal karam 'The Bidong Shipwreck' di Pulau Bidong di mana nak pergi ke kawasan tersebut kena ada permit khas. "Namun kerajaan tidak mahu terlibat dalam urusan mengenai caj sebaliknya menyerahkan urusan mengenai caj tersebut kepada pihak yang mengendalikan selam skuba," ujarnya. Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke tapak kapal karam di perairan Pulau Kapas, di sini, semalam. Razali berkata kapal karam tersebut merupakan satu khazanah yang cukup berharga dan salah satu aset pelancongan negeri dalam pakej aktiviti selam skuba arkeologi. "Berdasarkan cerita daripada penduduk tempatan, kapal yang dipercayai milik tentera Jepun diserang dan dibom menyebabkan ia terbakar dan karam pada Perang Dunia Kedua... kini berada pada kedalaman 40 meter di dasar laut. "Malah sebahagian artifak berharga di dalam kapal karam terbabit sudah hilang dipercayai dicuri sejak puluhan tahun lalu tanpa sebarang tindakan dari mana-mana pihak,"katanya. Justeru itu, beliau berhasrat membawa keluar sebahagian aktifak dari kapal karam itu yang mempunyai nilai  tinggi dan perlu dijaga sebaik mungkin di Galeri Arkeologi Maritim Terengganu yang bakal dibuka tahun hadapan bagi menjamin kelestariannya. Tambahnya, lokasi cadangan galeri setakat ini di Taman Tamadun Islam (TTI) kerana kedudukannya strategik dan ia juga antara lokasi pelancongan utama di negeri ini.      
24 Oct 23
188