lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

Bina Keluarga Wakaf Tapai
Bina Keluarga Wakaf Tapai
MARANG, 16 Februari - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong menyeru kepada masyarakat Tionghua khususnya supaya dapat membina sebuah keluarga Wakaf Tapai yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama.  Katanya, andai Keluarga Malaysia cukup besar dan sukar dibina dikalangan masyarakat setempat, maka keluarga kecil Wakaf Tapai mesti dapat direalisasikan.  "Keluarga kita ini adalah keluarga Malaysia, tetapi sekiranya kita merasakan ia terlalu besar untuk kita, jadi mari sama-sama kita membina sebuah keluarga kecil, iaitu keluarga Wakaf Tapai.  "Keluarga yang dimaksudkan ini adalah keluarga yang menghimpun seluruh komuniti setempat yang terdiri daripada perlbagai bangsa, agama mahupun pegangan politik, iaitu Melayu, Cina, India dan juga lain-lain bangsa," ujarnya ketika berucap di Majlis Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina di Wakaf Tapai,baru-baru ini. Dalam tumpuan sama, beliau juga turut menyeru masyarakat setempat supaya sama-sama membina satu kekuatan serta perpaduan dalam berkehidupan masyarakat majmuk.  "Hal ini disarankan supaya kita dapat hidup dalam keadaan yang harmoni, perpaduan dan sejahtera," ujarnya. Selain itu, Sulaiman juga turut memohon kepercayaan daripada orang ramai khususnya warga Tionghua supaya harapan untuk membina perpaduan itu dapat dijayakan. 
16 Feb 22
347
Wang Pencen Rakyat Tanda Keprihatinan Kerajaan
Wang Pencen Rakyat Tanda Keprihatinan Kerajaan
MARANG, 16 Ferbruari - Kerajaan Negeri dibawah pimpinan PAS memperkenalkan Wang Pencen Rakyat Terengganu setelah mengambil alih pentadbiran yang lalu sebagai tanda keprihatinan kepada warga emas. Pegawai Khas Menteri Besar Terengganu (Hal Ehwal Bukan Islam), Dr. G. Balachandran berkata, Pencen Rakyat Terengganu adalah perkara baru dan tidak pernah dilaksanakan oleh kerajaan yang lalu.  "Satu-satunya perkara yang tidak pernah dibuat oleh kerajaan sebelum ini adalah pemberian pencen kepada warga emas ini. "Ianya akan berterusan sekiranya rakyat memberikan keyakinan dan kepercayaan kepada PAS pada Pilihan Raya Umum Ke-15 yang akan datang," katanya ketika berucap di Majlis Perayaan Sambutan Tahun Baru Cina di Wakaf Tapai, baru-baru ini.
16 Feb 22
400
PKM Perlu Jaga Hubungan Dengan Jabatan Kerajaan
PKM Perlu Jaga Hubungan Dengan Jabatan Kerajaan
KUALA TERENGGANU, 16 Februari - Hubungan antara Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) dengan Jabatan Kerajaan Negeri perlu dijaga bagi memudahkan serta melancarkan urusan rakyat. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Ustaz Ahmad Shah Muhamed meminta semua PKM khususnya di DUN tersebut untuk mengaplikasikan perkara itu agar keperluan masyarakat terjamin.  "Bertepatan dengan hadith Nabi SAW, 'Sesungguhnya orang beriman itu bersaudara (menjaga ukhuwah) ', maka saya berharap agar Pegawai di PKM Dun khususnya DUN Bandar menjaga hubungan dalam kerajaan yang kita sama-sama bina dan tadbir hari ini," jelasnya. Ahmadh Shah (kanan) ketika meraikan Pegawai-pegawai Pejabat Tanah Kuala Terengganu. Beliau berkata demikian ketika maraikan Penolong Kanan Pentadbiran Tanah, Mohd Rahimie Bin Mohd Ramli dan pegawai-pegawai Pejabat Tanah Daerah Kuala Terengganu selepas selesai tugasan mereka di kawasan Dun Bandar hari ini. Dalam perkembangan sama, Ustaz Ahmad Shah juga berharap agar semua yang berada dalam kerajaan tidak hilang fokus memberi tumpuan kepada kebajikan rakyat walaupun berbeza fahaman politik. "Kita sama-sama menerajui kerajaan dengan adil dan cekap walaupun berbeza warna politik bagi memastikan kebajikan rakyat terpelihara," tambah beliau. Pegawai-pegawai Pejabat Tanah Kuala Terengganu bersama Pegawai PKM Bandar (berbaju kuning) ketika sedang bertugas.  
16 Feb 22
379
Misi Bina Dua Rumah Dalam Tiga Hari Berjaya
Misi Bina Dua Rumah Dalam Tiga Hari Berjaya
KUALA TERENGGANU, 16 Februari – Dua buah keluarga mangsa banjir di Kampung Insaf, Lanchang menerima kunci rumah baru setelah pembinaan semula kediaman mereka yang dihanyutkan banjir selesai sepenuhnya pada 7 Februari lepas.  Misi tersebut diketuai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari negeri Terengganu, Prihatin Anak Watan Terengganu bersama Gong Tok Nasek (GTN) Care di bawah “Misi Bina Rumah 3.0”.  Seramai 110 sukarelawan yang diketuai Asmawi Mukhtar berkampung di sana siang dan malam berlungkus-lumus ‘bertukang’ sehingga pembinaan selesai. Mohd Khairul Anuar Hamid, 35 dan isteri, Sharifah Hasyimah Syed Hashim merakamkan penghargaan buat semua sukarelawan dan pihak terlibat yang membantu menyiapkan kediaman buat mereka sekeluarga selepas dihanyutkan arus banjir. “Saya sebagai tuan rumah nak mengucapkan terima kasih terutama kepada sukarelawan dari Terengganu, penyumbang, NGO, PAS Lanchang dan semua yang menyiapkan rumah ni dalam tiga hari. “Saya memang tak mampu nak balas jasa semua ni. Saya bersyukur sangat. Hanya terima kasih yang mampu saya ucap,” tambahnya.  Sementara itu, Arman Mohd Jaafar, 44, seorang lagi pemilik rumah hanyut banjir menzahirkan kesyukuran dan berterima kasih kepada sukarelawan atas keprihatinan buat mereka. “Saya bersyukur kerana masih ada tempat berlindung lagi hasil tenaga saudara semua yang saya tak kenali pun. “Saya doakan saudara saudari sekalian diberi kesihatan tubuh badan yang baik untuk terus membantu orang lain,” ujarnya lagi. Majlis serahan kunci dan solat hajat disempurnakan Yang Dipertua PAS kawasan Temerloh, Jusoh Darus. Kisah pembinaan itu tular selepas rumah yang dibina mereka siap sepenuhnya dalam tempoh tiga hari sahaja.
16 Feb 22
1214
Batik Bukan Untuk Orang Tua
Batik Bukan Untuk Orang Tua
Oleh : Fatimah Din  KUALA TERENGGANU, 16 Februari- Batik mempunyai corak yang terang dan menenangkan begitu sesuai untuk digayakan semua golongan bukan hanya khusus kepada orang tua sahaja. Pengarah Program 'Terengganu Hijab Day' Nadwa Insyirah Hussain berkata, Negeri Terengganu memang terkenal dengan produk batik, menjadi satu kerugian  jika tidak di promosi sebaiknya. "Batiklah yang membezakan 'Terengganu Hijab Day' pada tahun ini, kita membantu menaikkan industri batik Terengganu, secara tidak langsung boleh bekerjasama dengan pengusaha batik dalam memperkenalkan produk keluaran mereka," katanya ketika dihubungi pemberita. Sambil mengakui batik viral menjadi saingan kepada batik Terengganu, katanya adalah penting untuk rakyat membantu perkenalkan batik keluaran negeri sendiri.
16 Feb 22
301
ADUN Bukit Payong Santuni Wanita Muda
ADUN Bukit Payong Santuni Wanita Muda
MARANG, 16 Februari- Seramai 90 orang wanita muda dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payong diraikan dalam satu majlis makan malam yang penuh eksklusif di Sky Bridge Hall Terengganu Drawbridge, semalam. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong, Mohd Nor Hamzah berkata, program tersebut diadakan bagi mengumpul dan meraikan wanita muda dalam DUN berkenaan serta dapat beramah mesra dengan lebih dekat.  Para wanita muda yang diraikan turut teruja, apabila dapat menyaksikan sendiri jambatan ikonik Negeri Terengganu dibuka dan ditutup buat seketika selama dua minit.  Menurut salah seorang wanita yang diraikan, Siti Solehah Sudin berkata, walaupun beliau memang penduduk Terengganu inilah kali pertama berpeluang berada di atas bangunan Drawbridge serta yang lebih mengujakan apabila berpeluang untuk melihat sendiri Jambatan Drawbridge ini dibuka seketika.
16 Feb 22
551
Ikan Mati, Penternak Kerugian RM10,000
Ikan Mati, Penternak Kerugian RM10,000
DUNGUN, 15 Februari-Seorang penternak ikan sungai di Kampung Delong kerugian  hampir RM10,000 akibat fenomena perubahan aliran sungai yang berlaku.  Nozlin Mohammad, 42 berkata, jumlah itu hanya mengambil kira kos yang dikeluarkan untuk makanan ikan yang diternaknya bermula Julai tahun lepas.  "Pagi ni saja  sebanyak  220 ekor ikan patin mati, ada yang beratnya 700 gram, 600 gram dan yang paling banyak beratnya 400 gram seekor.  "Pagi kelmarin tilapia 120 ekor mati dan purata berat ikan dalam  tiga atau empat ekor sekilogram, " jelasnya.  Nozlin memberitahu demikian ketika ditemui semasa kunjungan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun untuk mengetahui lebih lanjut kejadian tersebut setelah dimaklumkan oleh Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Delong, Abu Bakar Mohamed.  Beliau yang mula berkecimpung dalam bidang ternakan  ikan dalam sangkar secara suka - suka tiga tahun lalu memberitahu kejadian yang serupa pernah berlaku tahun lepas. "Ianya berlaku masa musim hujan, air sungai banyak, aliran air laju... mulanya ikan-ikan ini akan timbul dan badan ikan ada bintik-bintik merah, mulutnya ada kudis sikit dan akhirnya badannya beransur - ansur bertukar menjadi hitam" jelasnya.  Sehubungan itu, Alias yang turut bersimpati dengan nasib yang menimpa penternak itu berharap dia segera mengemukakan permohonan bantuan kepada Tabung  Bencana Pertanian yang disediakan oleh kerajaan Negeri Terengganu.  "Tabung yang disediakan untuk petani, penternak dan nelayan yang mengalami keadaan seperti ini... boleh buat laporan beserta gambar kepada pejabat pertanian, veterinar dan perikanan  dan pegawai akan membuat siasatan serta penilaian,” katanya yang turut menghulurkan sumbangan sebagai meringankan beban Nozlin.   
15 Feb 22
386
PSMZA Baik Pulih 50 Motosikal Mangsa Banjir
PSMZA Baik Pulih 50 Motosikal Mangsa Banjir
DUNGUN, 15 Februari - 50 buah motosikal mangsa banjir di Taman Sri Muda, Shah Alam, Selangor berjaya dibaikpulih oleh 'team' Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA). Jurucakap Unit Korporat dan Komunikasi PSMZA berkata, program pasca banjir membaik pulih motosikal itu disertai 20 kakitangan dan pelajar PSMZA. "Program tersebut adalah anjuran Bahagian Governan & Kecemerlangan, Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti (JPPKK) yang melibatkan PSMZA dan beberapa Kolej Komuniti, " katanya menerusi hantaran di media sosialnya.  Menurutnya, Flat Sri Muda Shah Alam sebagai tempat membaikpulih dan program berlangsung selama dua hari ini.  "Program seperti ini secara tak langsung merupakan latihan praktikal kepada para pelajar yang terlibat khususnya jurusan mekanikal automotif. 
15 Feb 22
421
Amanah Raya Berhad Agih Zakat Kepada Asnaf
Amanah Raya Berhad Agih Zakat Kepada Asnaf
KUALA TERENGGANU, 15 Februari – Seramai 24 orang golongan asnaf dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Buruk menerima Bantuan Zakat Wakalah Amanah Raya, semalam.  Agihan bantuan tersebut telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi dalam satu majlis yang diadakan di Balairaya Kampung Mengabang Tengah.  Kata, Ustaz Muhammad Khalil, bantuan itu mampu memberi sedikit kepada rakyat untuk hidup dengan lebih selesa. "Kerajaan Negeri Terengganu sentiasa menekankan soal kebajikan rakyat khususnya melibatkan golongan asnaf. "Namun dalam menyelesaikan masalah kemiskinan yang melibatkan golongan asnaf ini, ia bukan sahaja tanggungjawab kerajaan tetapi ia merupakan tanggungjawab bersama,” kata Ustaz Muhammad Khalil dalam ucapannya.  Turut hadir dalam majlis itu Pengurus Wilayah Timur Amanah Raya, Tuan Noraizan Tuan Long, wakil Parlimen Kuala Terengganu, Tuan Ngah Tuan Ahmad dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung (JPKK) Mengabang Tengah, Wan Ismail Wan Ngah. ADUN Batu Buruk menyampaikan ucapan Tambah beliau lagi, badan bukan kerajaan atau syarikat-syarikat besar boleh mengeluarkan zakat untuk membantu dan dimanfaatkan oleh golongan asnaf ini. “Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak Amanah Raya Berhad kerana memilih DUN Batu Buruk untuk kali ini,” ujar beliau lagi.  Terdahulu bantuan zakat ini telah diadakan di beberapa kawasan dalam Negeri Terengganu iaitu DUN Pengkalan Berangan dan Kuala Berang.   Penerima Bantuan Zakat Wakalah Amanah Raya  
15 Feb 22
526
1.4 Peratus Kanak-kanak Terengganu Telah Divaksin
1.4 Peratus Kanak-kanak Terengganu Telah Divaksin
KUALA TERENGGANU, 14 Februari - Sebanyak 1.4 peratus kanak-kanak yang berusia lima hingga 11 tahun di Terengganu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin sejak Program imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids) diperkenalkan 3 Februari lalu. Menurut laman web COVIDNOW jumlah keseluruhan kanak-kanak di Malaysia yang menerima vaksin berkenaan adalah seramai 4.8 peratus daripada jumlah populasi kanak-kanak dalam lingkungan usia berkenaan. Melaka mencatatkan peratusan tertinggi sebanyak 11.7 peratus diikuti Sarawak dengan 10.5 peratus, Lembah Klang (10.2 peratus), Negeri Sembilan (4.5 peratus), Labuan (3.2 peratus), Kedah (2.9 peratus) dan Sabah (2.4 peratus). Selain itu ialah Perlis dengan 2.2 peratus, Perak (1.5) peratus, Johor (1.3 peratus), Pulau Pinang (1 peratus) serta 0.1 peratus masing-masing di Kelantan dan Pahang. Bagi pemberian vaksin kepada remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula adalah 92.3 peratus (2,874,510) sudah mendapat sekurang-kurangnya satu dos, manakala 89.8 peratus atau 2,795,507 individu sudah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin. Sementara itu, sebanyak 56.4 peratus atau 13,258,893 orang daripada penduduk dewasa di negara ini sudah mendapatkan dos pengalak manakala 97.5 peratus bersamaan 22,936,644 rakyat pula sudah mendapatkan sekurang-kurangnya dua dos bagi pelalian terbabit.
14 Feb 22
432