lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

TMBS Medan Untuk Rakyat
TMBS Medan Untuk Rakyat
DUNGUN, 4 Ogos – Karnival Terengganu Maju Berkat Sejahtera (KTMBS) merupakan medan untuk rakyat berkumpul dan melakukan pelbagai aktiviti bersama. Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata karnival itu juga merupakan satu ‘paltform’ bertemu agensi-agensi kerajaan bagi bertanya dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mereka. “Karnival ini juga merupakan ruang terbaik bagi kerajaan negeri untuk menyampaikan dan memaklumkan tentang apa yang telah dilaksanakan oleh kerajaan melalui kejayaan mahupun permasalahan sepanjang tempoh empat tahun mentadbir negeri,” jelasnya. Beliau berkata demikian semasa merasmikan Program Karnival Terengganu Maju Berkat Sejahtera (TMBS) DUN Rantau Abang bertempat di Dataran Seberang Pintasan, Dungun semalam. Turut hadir Ahli Dewan Undangan (ADUN) Tepoh, Hishamuddin Abdul Karim dan Ahli Dewan Undangan (ADUN) Sura, Wan Hapandi Wan Nik. Tambah Dr Samsuri, karnival TMBS peringkat Dun Rantau Abang ini diadakan bermula dari 4 hingga 6 Ogos 2022 dan diharapkan berjalan dengan lancar. “Slogan ‘Terengganu Maju Berkat Sejahtera’ bukanlah sekadar sebutan di mulut sahaja melainkan satu ikhtiar dan komitmen untuk masa depan yang baik, bukan sahaja di dunia bahkan akhirat jua,” katanya. Sementara itu pelbagai hadiah menarik yang disediakan kepada pengunjung yang hadir bagi cabutan bertuah seperti motosikal, peti sejuk dan pelbagai lagi.  
04 Aug 22
632
Karnival TMBS Rantau Abang Tawar Aktiviti, Hadiah Menarik
Karnival TMBS Rantau Abang Tawar Aktiviti, Hadiah Menarik
DUNGUN, 4 Ogos- Pelbagai aktiviti dan hadiah menarik dibawakan pada Karnival Terengganu Maju Berkat Sejahtera (TMBS) yang akan berlangsung di Padang Bola Seberang Pintasan disini, selama tiga hari bermula hari ini. Pengarah Karnival TMBS DUN Rantau Abang, Abdullah Fahim Hussin berkata, antara tawaran istimewa termasuk hadiah cabutan bertuah sebuah motosikal yang diadakan pada setiap malam sepanjang karnival tersebut. "Peluang untuk memiliki motosikal percuma terbuka luas kepada pengunjung karnival TMBS, selain banyak lagi hadiah menarik yang mesti direbut setiap hari termasuk wang tunai, barangan elektrik, basikal dan lain-lain. "Untuk hadiah utama, terbuka hanya kepada pengundi di DUN Rantau Abang yang  mendaftar setiap hari secara 'scan QR Code' di tapak karnival bermula 5 petang sehingga 8.30 malam dan mestilah membawa kad pengenalan, untuk hadiah - hadiah lain terbuka kepada semua pengunjung," ujarnya. Abdullah Fahim berkata demikian ketika ditemui di tapak program di sini petang semalam. katanya, beliau berpuas hati dengan kerjasama yang ditunjukkan semua pihak terlibat dalam membuat persiapan untuk menjayakan program yang julung-julung kali diadakan di DUN itu.  "Datanglah, karnival ini macam - macam ada, untuk lepaskan stress, bersantai bersama keluarga dan kawan - kawan, ada acara-acara yang boleh disertai tak kira kanak-kanak, orang dewasa, wanita atau pemuda, " Nak bertemu selebriti yang selama ni kita tengok kat tv je, boleh dan yang menariknya Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar akan merasmikan karnival ini," ujarnya.  
03 Aug 22
1196
UniSZA Anjur Kempen Generasi Muda Bebas Rokok & Vape
UniSZA Anjur Kempen Generasi Muda Bebas Rokok & Vape
KUALA TERENGGANU, 3 Ogos – Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah menganjurkan program ‘Generasi Muda Bebas Rokok & Vape’ bagi memberikan kesedaran kepada masyarakat sekitar tentang bahaya rokok dan rokok elektronik di Fakulti Perubatan UniSZA., baru-baru ini. Menurut pengarah program berkenaan, Amira Fayiza Abdul Rashid, antara objektif yang ditekankan ialah kesedaran untuk berhenti merokok di samping mempromosikan polisi ‘Generasi Penamat’.   “Pihak kami telah menjalankan kajian di sekitar Kampung Pantai Batu Buruk dan Kampung Ladang untuk memperkenalkan dan mendapatkan maklum balas daripada penduduk di situ berkenaan polisi ini.  “Laporan hasil daripada kajian tersebut telah dipamerkan dan dibentangkan dalam program ini serta akan menjadi asas kepada pelajar yang lain untuk menyambung kajian ini dengan lebih mendalam pada masa akan datang,” katanya. Pameran hasil kajian sokongan komuniti terhadap polisi 'Generasi Penamat' Beliau yang merupakan salah seorang penuntut di UniSZA turut berharap agar kempen ini dapat dipergiatkan lagi agar polisi ‘Generasi Penamat’ dapat menjadi perhatian masyarakat dalam negara dengan lebih meluas. Selain kempen, program yang diadakan turut diisi dengan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan percuma, derma darah, pameran informasi kesihatan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT), forum bersama pakar dan aktiviti serta pertandingan untuk kanak-kanak. Penutup program tersebut telah disempurnakan isteri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Dr. Farhaana Husainy Hasbullah.  
31 Jul 22
618
Karnival TMBS Pupuk Semangat Keluarga Malaysia
Karnival TMBS Pupuk Semangat Keluarga Malaysia
KEMAMAN, 31 Julai - Karnival Terengganu Maju Berkat Sejahtera (TMBS) yang dianjurkan oleh kerajaan negeri menjadi satu medium bagi menyatukan masyarakat yang berbilang idealogi politik di Terengganu. Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal, Hazri Jusoh berkata, penglibatan penduduk sekitar dengan aktiviti yang diadakan sepanjang tiga hari karnival tersebut mengharukan beliau. "Alhamdulillah, sepanjang karnival ini berlangsung kita dapat melihat ramai anak kecil, ibubapa dan anak muda yang terlibat didalam pelbagai acara yang diadakan. "Ini adalah satu petanda baik bahawa kita dapat hidup bersama dalam satu komuniti walaupun terdapat perbezaan pendapat di dalam beberapa perkara namun kita masih lagi dapat berkumpul dan beriadah bersama," katanya ketika berucap di slot Dialog Rakyat Bersama Pimpinan.   Slot Dialog Rakyat Bersama Pemimpin.  Karnival TMBS peringkat DUN Kijal yang diadakan di Padang Bola Bukit Kuang selama tiga hari bermula 27 sehingga 29 Julai mendapat sambutan yang mengalakkan oleh masyarakat setempat.  Antara aktiviti dan acara yang dipertandingkan di karnival tersebut adalah tarik tali, gubahan kain batik, mewarna dewasa dan kanak-kanak, liga tendang penalti, timbang bola, gusti lengan, ikat ketam, kukur kelapa, 'shoot netball', busana cilik, memanah, cabutan bertuah, dialog rakyat, forum agama, 'UHJ Bikers', 'Fun Walk', pertunjukan silat, suara wanita, Malam Kesenian Islam dan Jualan Keluarga Malaysia oleh Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Kemaman dengan kerjasama FAMA, Sabasun dan KPDNHEP.  Hazri juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada urusetia karnival, para petugas termasuk semua agensi kerajaan yang terlibat dengan persiapan tempat dan gerai pameran dalam menjayakan karnival ini.  Sempena karnival tersebut, kategori Gerai Pameran Terbaik turut dipertandingkan dan telah dimenangi oleh Yayasan Islam Terengganu, Majlis Perbandaran Kemaman ditempat kedua manakala gerai Yayasan Terengganu ditempat ketiga dengan masing-masing membawa pulang hadiah berupa wang tunai.
31 Jul 22
625
Kecemerlangan Bersama Islam
Kecemerlangan Bersama Islam
KUALA TERENGGANU, 29 Julai - Kecemerlangan dalam hidup adalah apabila kita menjalani kehidupan seharian dengan bersama-sama mengamalkan setiap yang diajar dalam Islam. Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Ladang, Dato Tengku Hassan Tengku Omar berkata Islam sebagai cara hidup telah di gariskan secara menyeluruh. "Kalau hendak makan, boleh makan tangan kanan atau kiri, tetapi Islam menetap hendak makan tangan kanan, begitu juga dalam perkara besar, misalnya politik, untuk mentadbir, kena mentadbir dengan politik Islam," katanya. Tengku Hassan berkata demikian ketika berucap meraikan pelajar-pelajar cemerlang dalam majlis Hi- Tea Pelajar Cemerlang Bersama YB DUN Ladang di Hotel Permai di sini, semalam.
29 Jul 22
313
Anjur Pemeriksaan Kesihatan Percuma
Anjur Pemeriksaan Kesihatan Percuma
KUALA TERENGGANU, 24 Julai – Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk telah menganjurkan Program Pemeriksaan Kesihatan Percuma bagi penduduk setempat bertempat di perkarangan pejabatnya, semalam.  Program yang berlangsung bermula jam 9 pagi dan tamat pada jam 12 tengah hari itu telah mencatatkan 80 penyertaan dalam kalangan warga DUN Batu Buruk di peringkat usia dewasa serta warga emas.  “Antara yang menarik dalam program yang dianjurkan pada kali ini ialah ujian darah secara percuma khusus buat golongan B40 di bawah Skim Peka B40.  “Selain itu, kaunter Tabung Haji juga di buka untuk urusan pendaftaran dan sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan agensi tersebut,” kata ADUN Batu Buruk, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi ketika ditemui pemberita.  Di samping itu, program ini juga menerima respon yang positif daripada orang ramai yang hadir.  “Alhamdulillah, saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat atas penganjuran program yang baik ini kerana ia memudahkan orang kampung untuk membuat pemeriksaan kesihatan dengan lebih dekat malah percuma,” kata Zabedah Ali, 53. Menurut Hanisah Nasuha Azib, 23, program tersebut berjalan dengan baik serta teratur dan berharap agar ia dapat diadakan lagi pada masa akan datang.  Program yang  melibatkan seramai 7 orang doktor perubatan itu juga turut melibatkan kerjasama antara Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Kuala Terengganu dan Kuala Terengganu Medical Team.  
24 Jul 22
527
Acara Memancing Gamit Suasana Lampau
Acara Memancing Gamit Suasana Lampau
KUALA NERUS, 22 Julai - Pertandingan memancing di tali air sempena Karnival Terengganu Maju Berkat Sejahtera (TMBS) Batu Rakit menggamit suasana kehidupan penduduk kampung seperti dulu kala. Penduduk kampung, Mohd Yusri Hussein, 45, merakamkan penghargaan kepada kerajaan negeri kerana meraikan komuniti Batu Rakit dengan anjuran program tersebut. “Acara ini boleh mengeratkan hubungan silaturahim antara penduduk dan menjadi tradisi kampung sebagai satu acara tahunan. "Seramai lebih 300 penyertaan penduduk kampung tanpa mengira usia menyertai pertandingan ini," katanya kepada Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI). Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit, Mohd Shafizi Ismail berkata, program tersebut disambut meriah oleh penduduk sekitar. “Program seperti ini juga menjadi salah satu daripada Karnival TMBS yang sedang berlangsung di Dataran Padang Bola Kg Wakaf Chagak bermula sehingga 24 Julai. “Kerajaan negeri sekali gus menunjukkan kemampuan merintah dengan penuh kaliber walaupun orang kata tok lebai, tapi hakikatnya mampu buat semua yang orang lain buat," ujarnya.  
22 Jul 22
378
Al-Quran Perlu Sentiasa Dipelajari
Al-Quran Perlu Sentiasa Dipelajari
DUNGUN, 19 Julai -Kandungan al-Quran mestilah sentiasa dipelajari sebagaimana perlunya kitabullah itu dibaca setiap hari dan difahami maksudnya. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun kecewa dengan sikap setengah masyarakat yang beranggapan sudah memadai ianya dipelajari ketika kecil dahulu. "Ada yang kata tidak perlulah lagi belajar al-Quran, membetulkan bacaan dan mendalami maksudnya, sedangkan ianya sentiasa perlu dipelajari kerana ilmu ini makin banyak kita pelajari makin banyak yang kita tidak tahu," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan tazkirah ringkas pada Majlis Sekampit Beras, Seekor Ayam kepada 75 orang penerima sempena Program YB Rantau Abang Bersama Rakyat di Unit Daerah Mengundi (UDM) Taman Permint di Surau Taman Permint Indah di sini. Penerima yang turut menerima sebungkus juadah sarapan pagi merupakan penduduk tamanvperumahan sekitar Taman Permint Indah, Jalan Intan dan Kampung Alor Tempoyak.  Selain itu tambahnya lagi, sebagai seorang Islam , tutur kata juga mestilah dijaga agar tidak terpesong aqidah.  "Dunia akhir zaman ini, banyak menguji iman kita, kerana wang ringgit sangat gadaikan agama," katanya.  Program yang bertujuan untuk mendekati penduduk di situ itu  juga menziarah 60 buah rumah, sementara 50 buah motosikal mengambil bahagian dalam slot 'Tukar Minyak Hitam Motosikal' dan lebih 20 orang hadir di Majlis Bacaan Yasin di rumah salah seorang penduduk di UDM itu.     
18 Jul 22
179
Doa Rahsia Kejayaan Pelajar STAM
Doa Rahsia Kejayaan Pelajar STAM
DUNGUN, 17 Julai- Sentiasa berdoa dan yakin dengan pertolongan Allah menjadi rahsia kejayaan seorang pelajar Institut Pengajian Islam (INSPI) Kemaman, Iffah Aqilah Mohd Hanifuddin, 20, selepas muncul pelajar terbaik sekolah itu dalam peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang diumumkan baru-baru ini. Walaupun menyedari diri tidak sepintar kakaknya Nur Aina Mutmainnah yang pernah dinobatkan sebagai Pelajar Terbaik STAM 2020 Negeri Terengganu dengan memperoleh 'Mumtaz Sofi', Iffah Aqilah tetap bertekad untuk menyahut cabaran mengulangi kejayaan kakaknya.  "Setiap kali peperiksaan penting iaitu Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) saya gagal mendapat 'straight' A' berbanding kakak yang sentiasa berjaya cemerlang.  "Jadi, saya berusaha sahut cabarannya supaya dapat menggembirakan ummi saya, dengan usaha dan doa, " katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Meraikan Pelajar Cemerlang SPM, STPM dan STAM 2021 DUN Rantau Abang di Teluk Lipat Sea View Inn di sini, baru-baru ini.  Majlis yang dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun itu meraikan 58 pelajar yang memperolehi sekurang-kurangnya 6A SPM dan Jayyid Jidan STAM.  Sementara itu, Muhammad Amir Asyraf Kasman, 18 yang berjaya memperolehi 12A dalam SPM 2021 berkata, dia sentiasa yakin doa banyak membantunya mencapai kejayaan.  "'Study' tu memang kena 'study' tetapi kita berdoa, percayalah, kalau tidak 'sampai tu' (tidak dimakbulkan) ada rezeki lain, kalau sampai tu (dimakbulkan), rezeki kita, yang penting kita yakin Allah mendengar doa-doa kita," katanya yang bercita-cita menjadi seorang doktor. Sementara itu Alias turut mengingatkan agar mereka yang akan melanjutkan pelajaran ke Institut Pusat Pengajian Tinggi (IPT) sentiasa mendalami Islam.  "Biar nanti apa sahaja bidang pekerjaan kita, kita beramanah dalam menjalankan tugas, tidak 'curi tulang', tidak rasuah, jadi jurutera, jurutera yang jujur dan tidak menipu," katanya. 
16 Jul 22
596
Korban Perdana Parlimen Setiu Tumbangkan Sembilan Ekor Lembu
Korban Perdana Parlimen Setiu Tumbangkan Sembilan Ekor Lembu
SETIU, 14 Julai- Sebanyak sembilan ekor lembu dikorbankan dalam Program Korban Perdana anjuran Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Parlimen Setiu, semalam. Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnanin Abd Kadir berkata, lapan ekor lembu yang dikorbankan itu dagingnya diagihkan ke setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) dan seekor lagi dikorbankan untuk jamuan rakyat di perkarangan Masjis Kg Che Long. "Kita telah mengagihkan kira-kira 1,700 bungkusan daging lembu kepada seluruh penduduk Setiu yang diagihkan melalui Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) masing-masing.  "Semoga ibadah ini diterima oleh Allah S.W.T," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Pusat Sembelihan Kg Che Long, semalam. 
14 Jul 22
258