lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

Empty Image
Buku Orang Terengganu Bakal Dilancar 29 Januari Ini
Oleh: Mohd Haniff AbasKUALA TERENGGANU, 9 Januari - Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) akan melancarkan Buku Orang Terengganu, Asal Usul Arah Hidup dan Arah Tuju pada 29 Januari ini.Pengarah PPAT, Marzialina Mohamed berkata, buku setebal 500 halaman merupakan hasil tulisan Prof. Dato' Mohammad Abu Bakar dan mengambil masa sepuluh tahun untuk disiapkan.“Kandungannya menceritakan kisah yang berkait rapat dengan rakyat Terengganu dan ia meliputi banyak aspek termasuk budaya dan asal usul mereka.“Majlis pelancaran ini akan disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat (YAB) Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar pada tarikh berkenaan,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Temu Mesra Bersama Pengerusi Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu, di Dewan Teater PPAT, di sini kelmarin.Sementara itu, Pengerusi PPAT, Ustaz Ridzuan Hashim ketika ditemui berkata, majlis pelancaran ini adalah sangat penting kerana buku ini menceritakan tentang perihal orang negeri Terengganu dan mengambil masa yang lama untuk disiapkan.“Jika bukan kita orang  Terengganu yang memartabatkan karya tentang orang negeri kita, siapa lagi dan saya mengalu-alukan orang ramai memilikinya selepas dilancarkan nanti,” ujarnya.
09 Jan 19
34
Empty Image
Kesempitan Hidup Keluarga Rohana Dapat Perhatian
Oleh: Nizam at-TakiriKUALA NERUS, 10 Januari - Kesempitan hidup Rohana Mohamad di Taman Batin Perdana, Kampung Batin Seberang Takir hingga tidak dapat menjelaskan yuran persekolahan anak sepenuhnya mendapat perhatian Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuala Nerus yang tampil menghulurkan bantuan.Rohana mempunyai lapan orang anak dan enam daripada mereka masih bersekolah.Wakil Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuala Nerus, Mohd Fairul Nizam Salim telah berkunjung ke rumah Rohana kelmarin untuk menyerahkan bantuan berupa wang tunai dan barangan keperluan dapur untuk meringankan serba sedikit kesusahannya.Turut serta, Pegawai Kebajikan Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS), Badarul Inshan dan Setiausaha Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Batin, Ustaz Khairul Aswani.Menurut Rohana, kesusahan keluarganya menjadi semakin rumit apabila menjelang sesi persekolahan 2019 baru-baru ini yang memerlukan belanja agak besar untuk membayar yuran, membeli pakaian dan peralatan sekolah untuk enam orang anaknya yang masih bersekolah.“Dengan sumbangan ini, saya sangat bersyukur dan mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada pihak Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuala Nerus, i-MiTS Seberang Takir, dan MPKK Kampung Batin yang prihatin kepada keluarga kami,” ujarnya.Sementara itu, Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, keluarga ini adalah antara mereka yang perlu dibantu.“Dalam masyarakat, terdapat golongan yang memerlukan perhatian dan bantuan daripada pihak-pihak berwajib akibat desakan kos hidup yang semakin mencengkam,” ujarnya.
09 Jan 19
102
Empty Image
Masyarakat Perlu Hayati Ayat Suci al-Quran
Oleh: Dzakaria Mohd SallehSETIU, 9 Januari - Rakyat Terengganu dan di Setiu khususnya digesa kembali kepada al-Quran sebagai petunjuk utama di akhir zaman yang sangat mencabar kini.Ahli Parlimen Setiu, Ustaz Shaharizukirnain Abd Kadir berkata, cabaran yang berlaku di akhir zaman adalah kerana ramai manusia menyeleweng dari jalan yang benar.“Mereka tidak meletakkan al-Quran di tempat yang betul, hanya sekadar di bibir sahaja," katanya ketika berucap pada Majlis Tilawah Al Quran Perigkat Kawasan Setiu di Dewan Serbaguna Sungai Tarom, di sini kelmarin.Program itu dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim. Qari dari Sungai Tong, Muhammad Muaz Mokhtar telah berjaya menjadi johan manakala bagi kategori Qariah dimenangi oleh Shayuti Mohamed Adnan dari Chalok Kedai.Mereka telah menewaskan 7 peserta lain dengan membawa pulang wang tunai RM2000 beserta piala pusingan.Menurut Shaharizukirnain, program yang dianjurkan kerajaan negeri ini berupaya untuk menarik semua golongan agar beramal dengan ajaran di dalam al-Quran selain daripada membaca dan mempelajarinya.
08 Jan 19
176
Empty Image
Khairunnisa Dan NGO Bantu Madrasah Anak Yatim
Oleh: Nooreni Abu BakarKEMAMAN, 9 Januari - Nasib malang yang menimpa Madrasah Anak Yatim Hafizatul Quran yang telah musnah di dalam kebakaran tidak berapa lama dahulu mendapat simpati dua badan bukan kerajaan (NGO).Persatuan Isteri-isteri Wakil Rakyat dan Bekas Wakil Rakyat Terengganu (Khairunnisa) bersama Pertubuhan Cakna Anak Yatim tampil membantu  dengan menghulurkan bantuan makanan dan lain-lain keperluan bagi meringankan beban mereka.Isteri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Hajah Rugayah Mahmood berkata, kunjungan serta bantuan dihulurkan  dengan rasa keprihatinan terhadap anak-anak yatim yang kehilangan tempat tinggal setelah terbakar baru-baru ini.“Atas rasa prihatin kepada anak-anak yatim, beberapa NGO termasuk Khairunnisa tampil membantu dengan mengadakan ziarah ke madrasah sementara yang terletak tidak jauh dari tempat asal. "Madrasah ini hanya menerima anak-anak yatim yang kematian ayah dan dibuka untuk pelajar perempuan sahaja. Setakat ini saya dimaklumkan terdapat 12 orang pelajar berusia antara 10 hingga 17 tahun di madrasah ini dari sekitar Kemaman," ujarnya yang juga ahli jawatankuasa Khairunnisa kepada pemberita, di sini semalam.Mereka turut memberi sumbangan untuk menampung  menyiapkan bangunan madrasah yang baharu di samping barangan keperluan dapur.Sementara itu, seorang lagi ahli jawatankuasanya, Tuan Roslina Tuan Sulaiman berkata, Khairunnisa akan menumpukan lokasi ziarah  kepada pusat-pusat yang memerlukan bantuan di lapan parlimen yang terdapat di negeri ini."Khairunnisa dengan kerjasama Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) dan pelbagai agensi kerajaan dan bukan kerajaan akan sentiasa membantu menjaga kebajikan rakyat," katanya.
08 Jan 19
412
Empty Image
‘Baju Ada Dah, Tapi Dok Leh Gi Sekolah’
Oleh: Khalid AbdullahKEMAMAN, 9 Januari - "Baju ada dah, tapi dok leh gi sekolah," petah kata Fara Imelda Saffiya Fairuddin, pelajar malang yang gagal bersekolah kerana tiada surat beranak.Beliau ditemui bersama keluarga di Kampung Gelugor, Kertih, di sini, pagi semalam sangat kecewa apabila tidak dapat bersama kawan-kawan ke Tahun Satu."Rindu kawan-kawan semasa bersekolah tadika dahulu, seronok kalau dapat bersama pergi sekolah."Baju, kain, kasut dan stokin semua dah ada, kakak pun sudah bersekolah," katanya.Fara Imelda adalah anak kedua kepada pasangan suami isteri Fairuddin Jaafar, 39, dan Noraziawati Omar, 42.Menurut Noraziawati, kakak kepada Fara Imelda iaitu Fabazla Syahindah Fairuddin , 9, dan anak ketiga mereka bernama Fayyad Hijazi Fairuddin, 3, mempunyai surat beranak."Dua anak ada surat beranak, cuma Fara Imelda sahaja yang tercicir, saya masih ingat dia lahir di Hospital Kemaman pada 21 Januari 2012," kata Noraziawati.Ketika ditanya, beliau memaklumkan, suaminya tidak bekerja, punca pendapatan mereka sekeluarga hanya dengan membantu ibunya menjual kuih."Sudah hampir sebulan tidak dapat membantu ibu, sebenarnya baharu keluar hospital kerana jangkitan kuman di kaki,” ujarnya.Sementara itu, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Tengah Kertih, Ad Asmera Abu Bakar yang turut serta dalam pertemuan memberitahu, beliau telah berusaha membantu menyelesaikan masalah keluarga ini setelah mendapatkan maklumat dari rakan-rakan."Kita telah membawa keluarga ini ke Jabatan Pendaftaran Negara Cawangan Kertih kelmarin dan cuba membantu mereka melengkapkan borang permohonan surat beranak sebelum membantu urusan persekolahan anak ini," ujarnya.Dalam perkembangan sama, Bahagian Pengurusan Sekolah, Pejabat Pelajaran Kemaman ketika dihubungi menasihatkan keluarga tersebut hadir ke pejabat mereka di Cukai untuk urusan kemasukan ke sekolah.
08 Jan 19
140
Empty Image
Pondok Rela Jadi Balai Polis Mini Felda Jerangau
Oleh : Adli MohamadDUNGUN, 7 Januari- Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Jawatankuasa Kemajuan dan Keselmatan Rancangan (JKKR) Felda Jerangau, bersama pasukan polis beriltizam untuk meningkatkan keselamatan bagi menangani jenayah yang kian meruncing.Pengerusi MPKK Jerangau Cawangan Dua Anuar Omar berkata, Pondok Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) yang berada di jalan masuk utama Felda Jerangau, Bukit Besi, di sini, akan dibaik pulih dan diperkasakan peranannya untuk tujuan tersebut."Pondok Rela ini akan dijadikan sebagai balai polis mini dengan mengetatkan keselamatan dan membuka kaunter aduan yang bertujuan bagi memudahkan untuk penduduk membuat sebarang aduan jenayah yang berlaku dan berlegar di dalam kampung supaya diambil tindakan yang cepat."Selama ini, di mana tiada kawalan keselamatan yang ketat, jenayah dilihat berlaku secara berleluasa," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa meninjau pondok berkenaan, di Felda Jerangau, hari ini. Turut hadir, Pengerusi JKKKR Felda Jerangau, Abdul Razet Noordin.Anuar berkata, selain balai polis mini berkenaan, anggota keselamatan juga akan mengadakan kawalan rapi terhadap kenderaan yang keluar masuk terutama pada waktu malam dan dalam keadaan mencurigakan.Sehubungan itu, Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, langkah yang diambil itu adalah wajar dan bertepatan dengan keadaan semasa bagi memastikan kadar jenayah dapat dibanteras menerusi kawalan keselamatan yang ketat."Dengan ketiadaan kawalan yang ketat mereka merasa lepas bebas untuk berbuat apa sahaja, segala bentuk jenayah."Malah indeks jenayah  yang tinggi banyak berpunca akibat penyalahgunaan dadah. Jadi usaha ini diharap memberi wajah dan imej yang positif  kepada komuniti dan kawasan setempat ini," katanya.Beliau mengharapkan agar langkah yang diambil itu akan menjernihkan kembali imej Felda Jerangau serta memastikan komuniti berada dalam keadaan aman, harmoni dan sejahtera."Ini secara tidak langsung akan menaikkan imej MPKK sebagai entiti yang cakna pada komuniti setempat. Seterusnya hasrat menjadikan DUN Bukit Besi Sejahtera, akan dapat digapai,"katanya.
06 Jan 19
877
Empty Image
Rumah Murad Dibaik Pulih
Oleh: Abdul Hafiz GhazaliKEMAMAN, 6 Januari - Kesukaran sebuah keluarga yang tinggal di rumah pusaka uzur tanpa kemudahan tenaga elektrik dan bekalan air selama lebih  10 tahun mendapat perhatian kerajaan negeri.Rumah Murad Ahmad, 42, yang  tinggal bersama isteri serta empat orang anak itu dibaik pulih dengan anggaran kos  RM10,000.Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga & Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata, beliau difahamkan keluarga yang boleh dianggap miskin tegar itu kini hidup tanpa bekalan elektrik sejak 10 tahun lalu.Katanya, keluarga itu ada menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat  (JKM) sebanyak RM400 sebulan. Bagaimanapun jumlah tersebut tidak mampu menampung bil elektrik kerana dibelenggu kesempitan hidup.“Kerajaan mengambil cakna perihal itu dengan berusaha membaik pulih kediaman dan menghulurkan sumbangan agar Murad yang bekerja sebagai nelayan bersama keluarga dapat menjalani kehidupan lebih selesa,” katanya.
06 Jan 19
92
Empty Image
‘Terima Kasih Kerana Mahu Lihat Saya Sembuh’
Oleh: Syed Abdul RahmanKUALA TERENGGANU, 6 Januari- Terharu dengan kunjungan wakil rakyat yang sudi menziarahinya, seorang pesakit strok Roslan Omar,61, menzahirkan ucapan terima kasih kepada rombongan dari Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar.Roslan yang juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Losong Haji Su dalam keadaan sebak merakamkan penghargaan kepada  semua yang sudi menziarahinya.“Ribuan terima kasih di atas usaha Yang Berhomat (YB) untuk melihat saya sembuh, semoga pemerintahan kerajaan baru di Terengganu berkekalan demi kesejahteraan rakyat,” ujar Roslan. Roslan yang menghidap penyakit strok hampir setahun yang lalu memerlukan perbelanjaan yang tinggi untuk menampung kos rawatannya.“Kos untuk saya menerima setiap suntikan di sebuah klinik swasta di Kota Bharu agak tinggi dalam usaha merawat penyakit ini dan alhamdulillah rombongan dari Pusat Khidmat Dun Bandar menyatakan kesudian untuk menampung sebahagian dari kos tersebut," ujarnya.Program ziarah berkala itu diketuai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Ustaz Ahmad Shah Muhamed dan turut dihadiri Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Losong Haji Su, Mohd Muda dan beberapa pegawai Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Bandar.
06 Jan 19
62
Empty Image
Sumbangan Beg Untuk Pelajar SRIDAF
Oleh : Muhd Afiq ZohirBESUT, 6 Januari – Pelajar Tahun Satu Sekolah Rendah Islam Darul Furqan ceria (SRIDAF) menerima sumbangan beg untuk sesi persekolahan baharu 2019.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Jerteh, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad berkata, sumbangan itu hasil inisiatif yang digembleng individu dan badan bukan kerajaan, Muslim Care.“Kita mengharapkan dengan sumbangan ini dapat menggembirakan serta melancarkan proses pembelajaran anak-anak di SRIDAF."Sumbangan ini menandakan bahawa sekolah rendah Islam tidak pernah dipinggirkan oleh masyarakat hari ini," katanya ketika berucap sempena majlis penyampaikan sumbangan beg di SRIDAF, Kampung Batu Tumboh, di sini, hari ini.Wan Azhar memberitahu, sumbangan bukan sahaja terhad kepada beg tetapi merangkumi bekas pensil dan pensil warna.Katanya, bantuan diutamakan kepada pelajar yang terdiri dari keluarga yang kurang berkemampuan.Menurutnya, sumbangan itu diharap dapat meringankan beban yang dihadapi oleh keluarga pelajar terutama yang mempunyai ramai anak bersekolah.
05 Jan 19
812
Empty Image
Stor SK Seri Payong Terbakar
Anggota Bomba sedang memadamkan kebakaran yang berlaku di stor simpanan SKSPOleh:Norekwan MamatBesut 6 Januari - Stor simpanan buku dan fail lama Sekolah Kebangsaan Seri Payong(SKSP) hangus terbakar dipercayai berpunca daripada litar pintas.Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat(JBPM) Jerteh, Ridwan Mamat berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 9.12 pagi dan bergegas ke lokasi bersama sembilan anggota, sebuah jentera dan sebuah tanker."Sebaik sahaja sampai ke lokasi, saya mendapati kepulan asap yang keluar daripada tingkat satu di blok pentadbiran bangunan dan dimaklumkan oleh pihak sekolah bahawa kebakaran berlaku di stor simpanan buku."Pihak kami terus membuat operasi pemadaman dengan menggunakan alat operasi lengkap termasuk menggunakan lampu suluh ekoran daripada asap yang tebal di dalam stor tersebut,"katanya.Beliau berkata sedemikian ketika ditemu bual pemberita selepas selesai operasi pemadaman di tempat kejadian, di sini, pagi tadi.Menurutnya, kebakaran dapat dikawal selepas 10 minit operasi pemadaman dilaksanakan.
05 Jan 19
824