Artikel "Komuniti" Terkini
Pusat Khidmat Bukit Besi Agih Makanan Sahur Buat Petugas Plaza Tol
Sukarelawan mengagihkan makanan sahur kepada petugas malam di sekitar Bukit Besi.Oleh : Adli Mohamad.DUNGUN, 20 Mei – Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi mengagihkan bekalan makanan sahur buat petugas Plaza Tol Bukit Besi yang bertugas malam dalam Program Singgah Sahur, awal pagi semalam.Pegawai Penyelaras DUN, Ghazali Sulaiman berkata, program itu diadakan bertujuan menyantuni dan bertemu mata dengan para petugas yang bersengkang mata di malam hari untuk memastikan perjalanan seharian insan lain lancar dan sempurna."Kita mengambil kesempatan pada bulan Ramadan yang penuh kemuliaan dan keberkatan ini untuk mendekati golongan berkenaan."Agihan bekalan makanan untuk bersahur kita telah agihkan kepada seluruh pekerja yang bertugas di waktu malam termasuklah pengawal keselamatan di sekolah rendah dan sekolah menengah, agensi dan jabatan-jabatan yang ada di seluruh DUN Bukit Besi," jelasnya ketika ditemui pihak Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), dalam program tersebut.Turut hadir, Pembantu Hal Ehwal Masyarakat, Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Bukit Besi, Mohd Nor Azian; Pembantu Hal Ehwal Belia i-MiTS DUN Bukit Besi, Che Wan Mohd Fikri Che Wan Mubin, Ketua Pemuda PAS Bukit Besi, Mohd Ridhuan Yusoff.Menurut Ghazali, program berkenaan berakhir dengan menyantuni penduduk yang mengawal keselamatan kampung di Felda Jerangau."Terima kasih juga kepada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan juga sukarelawan yang telah bertugas bagi menjamin keselamatan dan kesejahteraan penduduk setempat dalam pelbagai cara," katanya.Beliau turut menzahirkan terima kasih kepada seluruh pihak yang terlibat menjayakan Program Singgah Sahur pada hari berkenaan dan berharap agar apa yang dijayakan itu mengundang keberkatan di sisi Allah SWT.
20 May 19
412
Safawi Rasid Sekeluarga Ceriakan Golongan Kurang Mampu
Oleh :Nooreni Abu Bakar DUNGUN, 20 Mei - Sebagai merebut peluang meraih pahala berganda di bulan Ramadan ini, penyerang bola sepak kebangsaan yang juga anak jati Dungun, Safawi Rasid, 22 menceriakan golongan yang kurang berkemampuan di sekitar Kampung Rantau Abang, di sini, semalam.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun berkata, inisiatif Safawi sekeluarga sesuatu yang sangat bermakna dan wajar dipuji serta patut dicontohi lebih ramai masyarakat yang berkemampuan terutama pada bulan Ramadan dan menjelang Aidilfitri ini."Saya mengucapkan terima kasih di atas kesudian Safawi dan keluarga yang berbesar hati menyumbang kepada golongan kurang bernasib baik yang terpilih kali ini. "Mereka yang terpilih adalah seramai 20 orang yang terdiri daripada warga miskin, ibu tunggal dan anak yatim yang tinggal di sekitar Kampung Rantau Abang," ujarnya. Beliau berkata demikian selepas merasmi dan menyampaikan sumbangan tersebut sempena Majlis Khatam al-Quran di Pusat Ngaji Santai, Kampung Rantau Abang.Sementara itu, pusat mengaji al-Quran yang dibuka sejak 2017 dikendalikan oleh ibu Safawi, Selemeh Abu Bakar, 56, manakala kos menyediakan prasarana dibiayai oleh pemain bola sepak Johor Darul Takzim itu.Menurut kakaknya, Nur Shuhada Rasid, 26, pusat itu pada asalnya adalah rumah arwah datuknya yang dibaik pulih oleh Safawi untuk tujuan menjadikan tempat membaca al-Quran untuk kemudahan masyarakat sekitar."Pusat mengaji itu memberi kemudahan kepada masyarakat setempat belajar ilmu pembacaan al-Quran tanpa perlu menghantar anak-anak lebih jauh sehingga ke Bandar Dungun untuk tujuan itu. "Kami mengambil inisiatif menjadi rumah tinggalan datuk ini sebagai tempat mengaji untuk kanak-kanak dan dewasa," katanya ketika dihubungi media Urusetia Penerangan Darul Iman, hari ini.
19 May 19
1300
Muaz Force Sumbang Zakat Kepada 300 Penerima
Foto oleh - M. ShukriKUALA NERUS, 20 Mei - Syarikat perkhidmatan kawalan keselamatan, Muaz Force Sdn. Bhd memperuntukan sebanyak RM75,000 bagi meringankan bebanan 300 golongan kurang berkemampuan menyambut Ramadan dan persiapan menyambut Aidilfitri.Pengerusinya, Dato’ Seri Zakaria Abdul Razak berkata, seramai 300 penerima yang terdiri daripada golongan asnaf, ibu atau bapa tunggal, pekerja am (tukang cuci) menerima sumbangan berbentuk wang tunai dan baucer pembelian pakaian bernilai RM250 setiap seorang.Katanya, syarikatnya sentiasa mengambil langkah murni menyantuni golongan memerlukan dan menghulurkan bantuan sewajarnya terutama pada musim perayaan.“Sumbangan zakat ini bukan saja dapat meringankan beban tapi dalam masa yang sama mengeratkan hubungan serta mewujudkan keharmonian antara semua pihak yang terlibat.“Paling utama ialah kita berkongsi kegembiraan dengan mereka dan membantu menceriakan serta memeriahkan sambutan Aidilfitri,” ujarnya.ZakariaBeliau berkata demikian di Majlis Sumbangan Zakat Ramadan 2019 Muaz Force Sdn. Bhd, di Mydin Mall Gong Badak, di sini hari ini.Majlis perasmian disempurnakan oleh Pengerusi Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah & Kesejahteraan dan Pentadbiran negeri, Dato' Tengku Hassan Tengku Omar.Turut hadir, Pengurus Cawangan Mydin Mall Pantai Timur, Ruthapathy Naidu.Sementara itu, Tengku Hassan berkata komitmen dan sumbangan pihak Muaz Force perlu menjadi contoh kepada syarikat lain untuk melakukan kerja amal dan membantu golongan yang memerlukan termasuk pekerja mereka.“Saya ucap tahniah kepada syarikat Muaz Force kerana meraikan pekerja dan golongan yang memerlukan bantuan dan ia merupakan contoh yang baik kepada mereka yang di luar sana bagi melakukan perkara baik di bulan Ramadan ini melalui sumbangan zakat kepada yang berhak,”katanya.
19 May 19
2099
‘Open Air’ Meriahkan Suasana Iftar Perdana Kampung Apal
Oleh : Hidayah Azlin SETIU, 18 Mei – Saban tahun setiap kali bulan Ramadan menjadi kelaziman warga Kampung Apal, Jabi mengadakan majlis berbuka puasa beramai-ramai bersama penduduk sekitar secara ‘open air’.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Dr Azman Ibrahim berkata, suasana kemeriahan sebegitu kebiasaannya dapat dirasai di kampung-kampung dan ia membuka ruang untuk merapatkan tali persaudaraan sesama komuniti setempat.“Dalam kesibukan menjalankan urusan kerja seharian, terkadang kita tidak berkesempatan untuk saling bertanya khabar antara satu sama lain. Dengan adanya program sebegini, kita dapat duduk bersama mengukuhkan ukhuwah sesama kita.“Alhamdulillah, dengan suasana yang positif sebeginilah yang kita ingin ciptakan untuk membentuk sebuah kampung, daerah, negeri malah negara yang aman dari berpecah-belah tanpa mengira agama, warna kulit dan politik,"katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui ketika menghadiri Majlis Iftar Perdana di Perkarangan Surau Haji Omar, Apal di sini, semalam.Menurut Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Ibrahim Jusoh, juadah berbuka puasa sebanyak empat kawah gulai lembu disediakan dengan memasak secara gotong-royong oleh Ahli Jawatankuasa MPKK, cawangan dan penduduk setempat. “Juadah berbuka ini disediakan secara bergotog-royong beramai-ramai. Kita libatkan semua tanpa mengira yang tua, muda, muslimin, muslimat, pemuda dan Ameerah yang berperanan di posisi masing-masing. Ini jelas menunjukkan dalam sesebuah organisasi, semua mempunyai peranan penting pada tahap dan daya mereka.“Terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir memeriahkan suasana iftar ‘open air’ ini. Alhamdulillah, semua berjalan lancar walaupun guruh berbunyi berbanding tahun lepas hujan turun sewaktu hampir masuk waktu berbuka. Ianya kenangan. InsyaAllah akan diteruskan untuk Ramadan akan datang,” katanya.
19 May 19
236
Penyelenggaraan Jalan Untuk Keselesaan Penduduk
Oleh: Hidayah AzlinSETIU, 20 Mei – Masalah jalan berlubang bukan sahaja mendatangkan ketidakselesaan kepada pengguna, malah ia boleh mengundang bahaya serta kerosakan kenderaan.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Dr Azman Ibrahim berkata, ekoran masalah yang membelenggu penduduk itu, aktiviti penyelenggaraan jalan terus dititkberatkan bagi memastikan keselesaan mereka menjalankan aktiviti seharian. “Alhamdulillah, pagi ini kita selesaikan masalah jalan berlubang di sekitar Pasar Jabi. Walaupun Pasar Jabi saiznya kecil, sedaya yang mampu kita pastikan keselesaan peniaga dan pengguna disini. Kecil bagi kita, besar untuk rakyat.“InsyaAllah, untuk penyelenggaraan jalan rosak seterusnya ini akan dilaksanakan satu persatu secara berperingkat di semua jalan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi,” ujarnya ketika dihubungi pemberita Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), semalam.Katanya, beliau selalu mengingatkan kepada semua Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) DUN Jabi bahawa dalam melaksanakan tugas menjaga kebajikan rakyat, tetaplah berpegang dengan prinsip keadilan.“Jangan pasang niat kita nak balas balik dengan sedikit kuasa yang ada di tangan. Berlaku adil kerana keadilan itu lebih dekat dengan taqwa. Keadilan bukan makna beri sama banyak. Tetapi adil dengan memberi kepada yang berhak.“Kita nak buat baik, memang dugaan akan datang silih berganti. Antara yang paling hebat ialah dugaan hati dan perasaan,” ujarnya.
19 May 19
628
Bantuan Kebajikan Terhidang Untuk Rakyat Terengganu
Dr Azman Ibrahim.Oleh: Hidayah AzlinSETIU, 19 Mei - Bantuan untuk rakyat merupakan agenda terpenting Kerajaan Terengganu dalam usaha memastikan kebajikan golongan kurang berkemampuan terjaga.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, pelbagai inisiatif disediakan antaranya oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM), Tabung Darul Iman serta Bantuan Am Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).Jelasnya, kerajaan negeri juga tidak mengabaikan kebajikan rakyat apabila tibanya musim-musim tertentu, dana seperti bantuan bencana banjir, kelengkapan awal persekolahan, pendahuluan memasuki institusi pengajian tinggi, Orang Kelainan Upaya (OKU) dan baiki rumah antara yang boleh dimohon oleh semua."Tentunya pada setiap kategori bantuan, tidak semua rakyat akan terima. Bantuan kelengkapan sekolah di Jabi pada awal tahun ini contohnya, kita sampaikan kepada lebih 3,200 orang murid."Tahun ini dengan peruntukan yang ada, sebanyak 72 buah rumah disenaraikan untuk dibaiki di Jabi termasuk tujuh buah yang akan dibina baru."Setiap bulan kita agihkan sekitar 20 keping cek bantuan Tabung Darul Iman kepada pesakit kronik. Mereka yang terima bantuan bulanan susu dan lampin pakai buang berjumlah ratusan orang di Jabi," ujarnya lagi.Beliau berkata demikian menerusi catatan di Facebook rasminya, hari ini.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi turut berkata, untuk Dana Raya tahun ini, seramai 2,500 orang penerima yang paling layak telah dikenal pasti walaupun ramai yang merasakan mereka layak."Penerima yang dah terima zakat MAIDAM, tentunya nama mereka tak ada lagi dalam senarai JKM. Yang dah terima Tabung Darul Iman, tak ada lagi senarai dalam penerima zakat. Begitulah secara sama rata kita cuba agihkan bantuan supaya sedikit sama merasa," katanya lagi.Tambahnya, sekiranya ada rakyat Jabi yang layak tetapi tercicir dari menerima sebarang bantuan kebajikan, beliau memohon agar perkara itu dimaklumkan segera kepada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) atau Pejabat ADUN Jabi."Dalam program jelajah turun ke MPKK, hal ini selalu saya ingatkan. Jangan sampai ada rakyat kita yang layak terima bantuan tercicir tanpa dapat apa-apa pun. Jika berlaku, ini adalah kecuaian yang perlu diperbaiki segera," tambah beliau.
19 May 19
101
Capai Sejahtera Bertepatan Syariat Allah
Alias kemuka nasihat penuh pedoman.Oleh : Nooreni Abu BakarDUNGUN, 19 Mei - Bagi mencapai kesejahteraan dalam kehidupan setiap orang mestilah menjalaninya dengan menepati syariat yang ditetapkan Allah SWT.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga Dan Perpaduan Nasional negeri Alias Harun berkata, kehidupan mestilah berpandukan al-Quran, Sunnah, Ijmak dan Qias."Menjalani kehidupan ada batas halal dan haram, bukan ikut kehendak kita, jangan sesekali menghalalkan yang haram," katanya ketika berucap merasmikan Program Pemantapan Diri Warga Emas dan Ibu Tunggal Parlimen Dungun di Perpustakaan Awam Daerah Dungun, di sini, baru-baru ini.Alias bersama pihak penganjur program.Beliau berucap di hadapan kira-kira 100 peserta sempena program anjuran Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) Daerah Dungun.Turut hadir, Ketua Timbalan Pengarah YPKT, Mohd Fawzey Abd. Ghani dan Pegawai YPKT Kawasan Dungun, Farrah Noor Faradhila M. Zuki.Program berkenaan diadakan bertujuan membina prestasi diri ibu tunggal dan warga emas selain membentuk pemantapan rohani menerusi syarahan yang disampaikan oleh pegawai Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera(i-MiTS), Jamaluddin Jusoh. Alias seterusnya mengingatkan supaya tidak berlaku zalim dengan mengambil sesuatu yang bukan hak kita."Perbuatan ini akan menimbulkan bebanan, kesan kepada kita dan keluarga sehingga kehidupan jadi tidak menentu," katanya.
19 May 19
38
Baju Raya Baru Ceriakan 60 Anak Yatim
Amzad membantu memberi cadangan baju raya kepada salah seorang peserta.Oleh: Syed KamalKUALA TERENGGANU, 19 Mei- Seramai 60 anak yatim terpilih berpeluang memilih pakaian hari raya secara percuma menerusi program Limpahan Kasih Aidilfitri.Program anjuran Pusat Khidmat Parlimen Kuala Terengganu disertai kanak-kanak berumur antara lima hingga18 tahun yang dipilih oleh Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dari seluruh Parlimen Kuala Terengganu.Ahli Parlimen kawasan tersebut, Ahmad Amzad Hashim berkata, kelengkapan raya percuma dengan nilai pembelian RM100 seorang mampu menceriakan kanak-kanak berkenaan untuk menyambut Aidilfitri ini.Beliau selaku pengarah program berkata, tujuan utama program ini diadakan bagi membantu meringankan kos persiapan Aidilfitri dua minggu lagi terutama kepada anak yatim yang kurang berkemampuan.Program turut disertai ADUN Bandar, Ahmad Shah Mohamed."Kos perbelanjaan raya bukannya jumlah yang kecil, malah ia boleh mencecah ribuan ringgit terutamanya bagi yang memiliki bilangan anak yang ramai.“Program ini secara tidak langsung dapat membantu ibu bapa yang kurang berkemampuan ekoran harga barangan dan kos sara hidup semakin meningkat," katanya ketika ditemui sewaktu program berlangsung di Mydin Mall Kuala Terengganu, semalam.Para peserta merakamkan gambar sebelum membeli belah bersama Pusat Khidmat.Ahmad Amzad memaklumkan mendapat banyak komen positif berkenaan program yang pertama kali dianjurkan pihaknya itu.“Kami merancang menjadikan program ini sebagai program tahunan di bawah anjuran Pusat Khidmat Parlimen Kuala Terengganu. "Sekiranya keadaan mengizinkan, mungkin tahun seterusnya akan ada tambahan nilai bantuan dan bilangan penerima” katanya.
19 May 19
308
Singgah Sahur Jerteh Ceriakan Persekitaran Hospital
Oleh : Muhd Afiq ZohirBESUT, 18 Mei - Program singgah sahur Jerteh menceriakan suasana persekitaran hospital daerah itu apabila kakitangan awam yang bertugas dan orang ramai teruja menerima juadah untuk bersahur.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Jerteh, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad mengagihkan juadah sahur itu di perkarangan Hospital Jerteh.“Agihan juadah ini bertujuan untuk memberi kemudahan terutama kepada orang awam memandangkan pada awal pagi kebanyakan premis-premis perniagaan telah ditutup."ni bertujuan juga bagi menggalakkan orang awam untuk bersahur bagi mengikuti sunnah nabi kita,"katanya.Juadah sahur diagih bermula pada jam 1.30 pagi di hospital daerah itu sebagai tempat tumpuan orang ramai.Wan Azhar berkata, program itu dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama Islam dan dapat menghidupkan suasana yang sejahtera.“Agihan sebegini akan diadakan setiap tahun di bulan Ramadan bagi memberi kemudahan terutama kepada petugas-petugas yang bekerja pada waktu malam,"katanya.
19 May 19
530
150 Anak Yatim Diraikan, Ramadan Lebih Bermakna
Oleh: Fidee AzizKUALA TERENGGANU, 16 Mei - Seramai 150 orang anak yatim menerima sumbangan wang tunai daripada Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk.Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTs) Batu Buruk, Abu Bakar Salleh berkata, program itu memberi keceriaan kepada mereka untuk menghadapi Ramadan dengan lebih baik.Katanya, kehilangan orang tersayang dalam hidup merupakan sesuatu yang sangat memeritkan, tambah pula ibu bapa adalah tempat bergantung hidup.“Program ini adalah untuk kita raikan mereka, memberikan mereka sedikit bantuan supaya ramadan disambut dengan penuh kebaikan oleh mereka.“Program ini buat julung kalinya diadakan secara terbuka, kalau sebelum ini hanya menyerahkan kepada ketua-ketua cawangan sahaja untuk memberikannya," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap di dalam Majlis Penyampaian Sumbangan Anak Yatim dan Majlis Berbuka Puasa di Dewan Dato' Wan Muttalib, Kuala Ibai, baru-baru ini.Turut hadir, ADUN Batu Buruk, Muhammad Khalil Abdul Hadi, Ahli Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Mohd Izzat Abdullah serta seluruh Ahli Jawatankuasa (AJK) Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kuala Ibai.Menurut Abu Bakar lagi, beliau amat berterima kasih kepada pihak MPKK dan Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Batu Buruk yang bertungkus lumus memastikan program berkenaan berjalan dengan lancar."Sumbangan ini tidak akan berjalan dengan lancar, sekiranya tiada kerjasama yang baik daripada pihak-pihak berkenaan," tambah beliau.
19 May 19
33