lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

MPKK Jabi Gotong-Royong Baiki Pondok Polis
MPKK Jabi Gotong-Royong Baiki Pondok Polis
SETIU, 22 September – Pondok polis Jabi yang terjejas akibat dibadai ribut pada Khamis lalu mendapat perhatian Dr Azman Ibrahim apabila satu aktiviti gotong-royong dijalankan semalam bagi membaiki kerosakan terbabit. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi itu berkata, inisiatif berkenaan diambil bagi mengekal dan meningkatkan jalinan baik antara pihak berkuasa dan komuniti. "Polis dan masyarakat berpisah tiada. Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Jabi bergotong-royong baik pulih atap Pondok Polis Jabi yang rosak dalam kejadian ribut khamis lepas.  "Sekadar sumbangan kecil kami berbanding besarnya pengorbanan anggota keselamatan sehingga kami mampu tidur lena di malam hari. Semoga dengan usaha ini dapat memberikan keselesaan untuk terus berkhidmat. Terima kasih semua,’’ katanya dalam satu kenyataan, semalam.  Dalam kejadian ribut terbabit, sekitar 30 buah rumah di Jabi, kedai serta tanaman padi turut terjejas dan akan diberikan bantuan secara berperingkat.
22 Sep 20
826
Pesara Jururawat Terus Berbakti Untuk Masyarakat
Pesara Jururawat Terus Berbakti Untuk Masyarakat
KUALA TERENGGANU, 24 September – Seorang pesara jururawat Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Fatimah Musa, 66,  mengambil inisiatif mengadakan khidmat pemeriksaan kesihatan secara percuma di Masjid Sultan Ismail Chendering bagi membantu masyarakat. Menurutnya, perkhidmatan tersebut telah mula dilaksanakan sejak tahun 2014 dengan bantuan pihak Masjid Sultan Ismail Chendering yang menyediakan tempat dan beberapa peralatan. “Di sini, kita sediakan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan asas seperti tekanan darah, pemeriksaan BMI dan tekanan gula dalam darah. Ini mendapat sambutan menggalakkan dari kalangan jemaah. “Tambahan pula, sejak Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dimulakan, sambutan bagi pemeriksaan kesihatan ini semakin menggalakkan,” jelasnya. Beliau berkata demikian kepada Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), ketika kunjungan isteri Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Buruk, Dr Farhaana Husainy Hasbullah bagi meninjau perjalanan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan tersebut. Perkhidmatan pemeriksaan kesihatan percuma itu diadakan pada setiap hari Isnin bermula pukul 8.00 pagi sehingga 10.30 pagi sekali gus menjadi nilai tambah kepada pengurusan masjid.   Dr. Farhaana mengunjungi tempat pemeriksaan kesihatan di Masjid Sultan Ismail Chendering  
22 Sep 20
360
Kuih Akok Chalok Sedap 'Terlajok'
Kuih Akok Chalok Sedap 'Terlajok'
SETIU, 22 September - Keenakan kuih akok di Kampung Chalok Kedai antara yang menjadi tumpuan dan dinanti-nantikan ramai pelanggan setiap hari. Pengusaha kuih akok D' Kubur, Sarifah Yaacob berkata, punca rezeki itu pada mulanya diusahakan ibu dan kakaknya sebelum dia bersama suaminya, Osmera Omar, 46, mengambil alih perniagaan tersebut sejak tiga tahun lepas. "Setiap hari kita mampu membuat jualan sebanyak 500 biji sehari dan ditambah dengan jualan kuih lain menjadikannya sebanyak 800 biji. "Bagi memenuhi permintaan pelanggan, setiap hari kira-kira 700 hingga 800 biji telur akan digunakan untuk membuat adunan, sekiranya hari cuti jumlah yang digunakan akan bertambah kerana jumlah pelanggan juga meningkat," kata Sarifah, 46, ketika ditemubual oleh wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) di sini hari ini. Osmera Omar menuangkan adunan kuih akok ke dalam acuan yang dibakar menggunakan dapur arang. Katanya, setiap hari mereka berdua akan bangun seawal jam 4 pagi bagi penyediaan kuih akok untuk dijual kepada pelanggan. "Kami memasak atau membakar kuih ini dengan menggunakan dapur supaya keaslian aromanya tidak hilang," jelasnya. Selain akok, mereka turut menjual kuih bahulu, cara, bingka kelapa, bingka ubi kayu dan kuih bakar pandan, jualan bermula jam 10 pagi hingga habis. Tambahnya lagi, nama kedai Kuih Akok Chalok D' Kubur diambil sempena lokasi kedai yang betul-betul selepas Tanah Perkuburan Islam Chalok Kedai. Mereka yang berminat membuat tempahan boleh menghubunginya di talian 012-4687021. Sarifah Yaacob menunjukkan kuih akok yang telah siap.  
22 Sep 20
4005
Dr Azman Pamer Aksi Iras ‘Messi’
Dr Azman Pamer Aksi Iras ‘Messi’
SETIU, 22 September - Dr Azman Ibrahim memperagakan aksi mengelecek iras Messi dalam perlawanan futsal bersama komuniti dan belia semalam. Menggunakan kaki kiri ketika membawa bola menampakkan persamaan antara beliau dengan pemenang terbanyak anugerah Ballon d'Or dari Argentina itu. Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar negeri berkata, perlawanan santai futsal itu bukan sahaja bertujuan mengeluarkan peluh semata-mata tetapi untuk merapatkan jurang antara pemimpin dengan masyarakat. "Siang hari biasanya mereka bekerja. Jadi, kita cuba memanfaatkan ruang masa yang ada untuk dekati mereka tanpa rasa ada ‘gap’ sesama manusia. ‘’ Sambil layan anak muda malam ni, kita uji kaji sikit. Alhamdulillah, beres lagi dan masih belum berkarat sangat. Asah bakat sikit, tinggikan stamina boleh masuk ‘tournament’ lagi nanti," katanya selepas  perlawanan futsal di gelanggang futsal Felda Selasih. Turut bersama Pegawai Khas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Sudin Awang, Ketua Belia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Jabi, Muhammad Zulkifli dan Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Felda Selasih, Mazlan.
21 Sep 20
1321
Kerja Keras MPKK Untuk Kekalkan Kemenangan
Kerja Keras MPKK Untuk Kekalkan Kemenangan
DUNGUN, 23 September- Kerja keras Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di dalam melaksanakan polisi kerajaan dan membantu rakyat adalah untuk mengekalkan kemenangan kerajaan yang ada pada hari ini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun memuji komitmen yang ditunjukkan di kawasan tersebut. "Sememangnya banyak suka duka, fitnah yang terpaksa dilalui ketika berhadapan masyarakat kampung, inilah ujian kemenangan, di bahu kitalah untuk kekalkan kemenangan ini, kenapa kita hendak kekalkan... kerana kita nak Islam memerintah," tegasnya sebagai memotivasikan MPKK yang hadir. Alias berkata demikian ketika berucap di Majlis Taklimat Profil Rakyat Terengganu (PRT20) di Dewan Perpustakaan Awam Dungun di sini baru-baru ini.  Taklimat anjuran Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Rantau Abang itu bertujuan memberi panduan cara berkomunikasi dengan penduduk kampung dan juga kaedah yang betul mengisi borang PRT20.  Alias berharap taklimat tersebut dapat membantu petugas-petugas yang dilantik oleh MPKK masing-masing untuk menjalankan tugas sebaiknya.  "PRT20 ini penting untuk kerajaan mengenal pasti mereka yang berhak mendapat bantuan dan kita tidak mahu ada yang layak tetapi mereka tercicir daripada senarai," katanya lagi yang turut menyampaikan kelengkapan PRT20 kepada setiap MPKK.
21 Sep 20
378
18 Kawah Bubur Asyura Dipertandingkan, Rebut Gelaran Juara
18 Kawah Bubur Asyura Dipertandingkan, Rebut Gelaran Juara
SETIU, 21 September - Sebanyak 18 kawah berentap bagi merebut gelaran juara dalam acara memasak bubur Asyura bagi peringkat daerah Setiu tahun ini. Pegawai Daerah Setiu, Mohd Sophian Abu Bakar berkata, program yang melibatkan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) itu dipilih daripada sembilan mukim seluruh daerah. "Dalam situasi PKP yang masih berjalan ketika ini, urus setia terpaksa hadkan penyertaan bagi mengelakkan berlaku kesesakan di tapak program," katanya ketika ucapan penutup pertandingan tersebut semalam. Dalam pertandingan berkenaan, MPKK Seri Kenangan dalam Mukim Hulu Nerus 1 dinobatkan sebagai juara dengan memperoleh markah sebanyak 85.5 peratus menyaksikan mereka membawa pulang wang tunai sebanyak RM700. Manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing disandang oleh MPKK Panchur Merah, Mukim Guntung dan MPKK Bukit Maksom, Mukim Chalok. Bubur asyura turut diedarkan kepada pengguna jalan raya yang melalui Depo Pejabat Daerah dan Tanah Setiu yang diserahkan sendiri oleh Pegawai Daerah Setiu, Pegawai Penyelaras DUN Langkap dan Permaisuri serta Ketua-Ketua Jabatan.
21 Sep 20
292
Giatkan Pembersihan Setempat, Cegah Pembiakkan Aedes
Giatkan Pembersihan Setempat, Cegah Pembiakkan Aedes
DUNGUN, 24 September - Masyarakat digesa untuk menggiatkan serta memberi penekanan kepada aspek penjagaan kebersihan setempat dengan mengamalkan amalan gotong-royong bagi mencegah pembiakkan nyamuk aedes. Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli berkata, masyarakat sedia maklum kes denggi akan semakin meningkat jika masalah kebersihan tidak dibendung. "Kita sudah tahu berkenaan penyakit yang kian menular sekarang, jangan tunggu sehingga musibah menimpa keluarga kita baru hendak ambil tindakan. Ini adalah kediaman anda, maka jagalah kebersihan dan keselamatannya," katanya ketika ditemukan di Pejabat Ahli Parlimen Dungun, di sini kelmarin. Wan Hassan berkata, kebiasaannya peningkatan kes denggi di sesuatu kawasan adalah berpunca daripada sikap individu itu sendiri yang kurang menjaga kebersihan persekitaran rumahnya. "Berapa ramai di antara kita yang prihatin menjaga kebersihan persekitaran. "Tidak perlu pergi terlalu jauh, cuba perhatikan di kediaman kita, rumah kita, pasti ada yang kita terlepas pandang, sebagai contoh air yang bertakung pada bekas yang tidak digunakan,bekas tong, kolah, pasu dan lain lain," katanya. Sehubungan dengan itu, beliau mahu komuniti setempat bersama mengambil sikap cakna ataupun bertanggungjawab untuk menjaga persekitaran melalui aktiviti gotong-royong. "Aktiviti gotong-royong tidak bermakna mendapatkan orang luar untuk datang membersihkan kawasan kediaman kita. Ia bermaksud ahli masyarakat sesuatu tempat bekerja bersama untuk menjaga kebersihan tempat itu," katanya. Beliau turut menyatakan harapan supaya para ibu bapa mendidik anak-anak mereka sejak kecil lagi mengenai kepentingan menjaga kebersihan.  
21 Sep 20
75
Tukang Masak Masuk Besi Dapat Perhatian Dr. Khairuddin
Tukang Masak Masuk Besi Dapat Perhatian Dr. Khairuddin
KUALA NERUS, 20 September - Tukang masak, Afiq Izzuddin Abdullah, 20, yang patah tulang peha kerana kemalangan baru-baru ini mendapat perhatian Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali dalam program ziarah Cakna Kuala Nerus baru-baru ini. Afiq kini dalam proses untuk melakukan pembedahan kali kedua bagi memasukkan besi. Menurut bapanya, Abdullah Mohd, anaknya juga tidak mendapat apa-apa bantuan termasuk perlindungan keselamatan sosial PERKESO walaupun sudah 3 tahun bekerja. Berikutan itu, Dr Khairuddin telah memberikan sumbangan bagi mengurangkan kos yang ditanggung keluarga Afiq. "Saya juga menasihatkan dan menyarankan orang ramai yang bekerja supaya membuat caruman Perlindungan Keselamatan Sosial PERKESO untuk jaminan masa akan datang," katanya semasa aktiviti ziarah terbabit. Turut bersama dalam program ziarah tersebut, Setiausaha Politik, Mohd Kamal Nazmi Kamaruddin dan Pengerusi MPKK Tok Jiring, Ustaz Muzaihar Kamal Mustapa Kamal.
21 Sep 20
353
Pesawah Terjejas Ribut Akan Dibantu
Pesawah Terjejas Ribut Akan Dibantu
BESUT, 21 September – Kerajaan Terengganu akan membantu pesawah di negeri itu yang terjejas akibat ribut beberapa hari lalu.  Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, pihaknya kini sedang mengumpulkan data lengkap bagi kerosakan dialami kira-kira 160 orang pesawah. "Setakat ini, kawasan sawah yang terlibat ialah seluas 97.2 hektar, melibatkan daerah Besut dan Setiu. "Ia membabitkan kawasan seluas 82.2 hektar sawah padi  di bawah Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu Terengganu Utara (IADA KETARA) dan selebihnya terletak di luar kawasan jelapang tersebut. "Kerugian keseluruhan setakat ini dianggarkan berjumlah RM567,000 yang dikira berdasarkan potensi hasil dan harga pasaran semasa bagi satu tan hasil padi," katanya kepada pemberita selepas meninjau kawasan tanaman padi yang terjejas di baruh Gong Telikong, Jabi dan baruh Kampung Dengir, Kuala Besut, di sini semalam. Dr Azman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi berkata, selain berusaha mendapatkan bantuan kerajaan pusat, kerajaan negeri juga akan menyalurkan bantuan menerusi Tabung Bencara Pertanian Negeri  Sementara itu, salah seorang petani, Ab Halim Zakaria, 41, berkata kerugian yang dialaminya pada musim ini kira-kira RM12,000 melibatkan seluas dua hektar di Kampung Dengir setelah tanamannya rosak dilanda ribut pada 3.30 petang, Khamis lepas. “Padi yang saya tanam sepatutnya dah boleh dituai dalam tempoh 10 hari lagi namun ia tidak menjadi kenyataan apabila musnah dipukul ribut,” katanya.
21 Sep 20
1616
Kugiran Challenge Hiburan Tepati Syarak
Kugiran Challenge Hiburan Tepati Syarak
DUNGUN, 21 September- Lajnah Kesenian dan Kebudayaan (DACS) PAS Kawasan Dungun telah menganjurkan Kugiran Challenge pada Jumaat lalu di Dewan Utama Majlis Perbandaran Dungun bagi memperkenalkan konsep penganjuran hiburan yang menepati syariat. Pengerusi DACS Kawasan Dungun, Hanif Safwan Mansor berkata, lajnah yang berada di bawah naungan Dewan Pemuda PAS Kawasan Dungun mendekati anak-anak muda berbakat yang bergiat didalam bidang kesenian untuk dibimbing minat mereka ke arah yang lebih baik. "Ianya menjadi lebaran baru di dalam cara kita berdakwah untuk menongkah satu pendekatan yang lebih baru menunjukkan kepada masyarakat bahawa hiburan itu dibenarkan didalam Islam mengikut cara yang betul serta tindak bercanggah dengan ajaran Islam. Di mana antara perkara yang dititiberatkan sepanjang program ialah solat secara berjemaah sebelum bermula program, pakaian menutup aurat dan bersesuaian serta menyampaikan lagu yang mempunyai mesej positif kepada masyarakat. "Sembilan kumpulan telah bertanding di "Grand final DACS Kugiran Challenge, iaitu Hulu Music, One & Co, Unknownside, Herow Band, The Projects, The Implied, Glissando, Uncle Sam Band, D'Gembe Band setelah disaring pada awalnya," ujarnya ketika ditemui wartawan Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI). Katanya, pertandingan itu telah diadili oleh komposer terkenal tanahair iaitu Manan Ngah sebagai ketua juri. "DACS kugiran Challenge ini telah dimenangi oleh kumpulan 'The Project' dengan membawa pulang wang tunai sebanyak RM2,500, naib johan kumpulan 'Uncle Sam Band' (RM 1,000) manakala kumpulan' D' Gembe band' di tempat ketiga (RM700). "Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menganjurkan program ini, juga kepada Alternative Band Club (ABC) kerana memberikan kerjasama yang baik dari awal sehingga akhir,insya-allah akan kita jadikan ianya sebagai acara tahunan" ujarnya. Sementara itu, Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Dungun, Mohd Fadhli Rahmi Zulkifli berkata, konsep pertandingan sedemikian dengan menerapkan penetapan syariat dalam berhibur tidak bertentangan dengan ajaran Islam selagi itu ianya dibenarkan. Tegasnya, Islam bukanlah agama yang melarang semua perkara bahkan merupakan sistem sokongan kepda sistem perundangan dan memandu manusia untuk hidup diatas muka bumi ini.
21 Sep 20
407