lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

Akademi DUAT Bantu Rakyat Celik Kitab Jawi
Akademi DUAT Bantu Rakyat Celik Kitab Jawi
KUALA TERENGGANU, 16 Mac - Bagi memastikan tulisan jawi terus subur di negeri ini, pihak Akademi Didik Ulama Amilin Terengganu (DUAT) mengambil inisiatif melaksanakan pengajian kitab-kitab jawi. Pengarah Akademi DUAT, Ramlan Mahmood berkata, pihaknya mengambil tanggungjawab untuk memperkenalkan kitab jawi selepas melihat orang ramai kembali sedar akan kepentingan tulisan terbabit. “Sememangnya Akademi DUAT menyambut hasrat kerajaan untuk memastikan pengajian kitab jawi terus hidup di segenap masyarakat seterusnya menyangkal stigma masyarakat bahawa kitab-kitab jawi ini hanya untuk pengajian di pondok-pondok sahaja. “Susulan itu, terbaharu kita telah menganjurkan program bedah kitab Kifayatul Muhtaj fi al-Israk wal mikraj, sebuah karya ulama nusantara yang terkenal iaitu Syeikh Daud Abdullah al-Fathani," katanya selepas ditemui media di ruang legar pejabat Akademi DUAT, dekat sini, semalam.  Ulas Ramlan lagi, antara pengajian yang telah dilaksanakan ialah pembelajaran kitab Kifayatul Muhtaj yang membicarakan peristiwa Israk dan Mikraj. "Ia disampaikan khas Pegawai Khas (Agama) Pejabat Menteri Besar Terengganu, Ustaz Nik Muhammad Nasri Nik Malek sebanyak lima siri," tambah beliau. Menurutnya, orang ramai boleh Ikuti rakaman pengajian kitab sebanyak 5 siri di pautan berikut : 1. https://fb.watch/4fY6kjv4JZ/ 2. https://fb.watch/4fY3E4CQe5/ 3. https://fb.watch/4fX_Qf2ax5/ 4. https://fb.watch/4fXXh_MPmt/ 5. https://fb.watch/4fXJrtek0j/
16 Mar 21
478
Pendidikan Awal Penting Kepada Anak- Anak
Pendidikan Awal Penting Kepada Anak- Anak
DUNGUN, 16 Mac- Pendidikan awal kanak-kanak amat penting dalam menentukan hala tuju kehidupan mereka pada masa akan datang.  Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita  dan Perpaduan Nasional Negeri Terengganu, Alias Harun berkata, pada peringkat inilah mereka memasuki alam baharu iaitu alam bersosial.  "Jadi amat penting diusia begini didedahkan dengan pendidikan al-Quran kerana apa sahaja yang kita rancang dan laksanakan mesti tidak lari daripada al-Quran, Sunnah, Ijmak dan Qias," ujarnya.  Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Gimik Pelancaran Penyerahan 'Starter Kit' kepada pelajar-pelajar Tadika Perpaduan Daerah Dungun secara serentak semalam yang diadakan di Tadika Perpaduan Taman Rakyat Jaya, di sini.  Seramai 521 orang pelajar di 22 kelas tadika berkenaan dalam Daerah Dungun menerima kit yang mengandungi beg sekolah, dua pasang uniform tadika, alat tulis dan set penjagaan diri berlogo baharu secara percuma.  Turut hadir Timbalan Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Terengganu, Kamaruddin Ali dan Pegawai Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Daerah Dungun, Tengku Mazilawati Tengku Muhamad.  Alias turut merakamkan uucapan terima kasih di atas kesungguhan tenaga pendidik di Tadika Perpaduan yang bekerja keras mendidik pelajar-pelajar cilik yang merupakan saham negara yang akan mewarisi kepimpinan di masa depan.
16 Mar 21
327
RM284 Ribu Diagihkan KIR Mangsa Banjir Kijal
RM284 Ribu Diagihkan KIR Mangsa Banjir Kijal
KEMAMAN, 16 Mac - Seramai 568 Ketua Isi Rumah (KIR) mangsa banjir di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal menerima wang sumbangan berjumlah sebanyak RM284 ribu. Ekoran daripada banjir yang melanda negeri Terengganu pada tahun lepas, kerajaan negeri telah mengumumkan bantuan sebanyak RM500 kepada setiap KIR mangsa banjir. Pegawai Penyelaras DUN Kijal, Ustaz Hazri Jusoh dalam ucapan ringkasnya di majlis agihan tersebut menyeru agar semua yang terlibat bersabar dan redha di atas ujian dan ketentuan Ilahi. Ustaz Hazri Jusoh sedang berucap. "Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Kita harus bersabar dan redha dengan ujian Allah, mudah-mudahan ia akan meningkatkan lagi keimanan kita kepadaNya insya-Allah. "Menjadi keutamaan dan dengan sedaya mungkin kami berusaha untuk menaiktaraf sistem saliran yang sedia ada bagi mengelakkan bencana ini agar tidak akan berulang lagi pada masa akan datang," katanya. Gimik penyerahan bantuan oleh Ustaz Hazri Jusoh ( dua dari kiri). Salah satu punca banjir di kawasan Perumahan Mampu Milik Telok Kalong adalah ekoran daripada saluran airnya yang merentasi Jalan Telok Kalong - Kijal agak sempit, serta ia telah dikenal pasti oleh pihak kerajaan. Hazri juga bersyukur dan berterima kasih kepada semua agensi kerajaan dengan kebanyakan badan bukan kerajaan (NGO) dan beberapa syarikat swasta tampil menghulurkan bantuan semasa dan selepas banjir tempoh hari. Suasana di Dewan Dato' Seri Tuan Guru, DITC. Majlis tersebut diadakan di Dewan Dato' Seri Tuan Guru, Darul Iman Training Centre (DITC) di Telok Kalong semalam dengan mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh kerajaan akibat pandemik Covid-19.
15 Mar 21
549
YADIM Peduli Pengusaha Bas dan Pekerja Pembersihan
YADIM Peduli Pengusaha Bas dan Pekerja Pembersihan
KUALA NERUS, 16 Mac - Ekoran penutupan sekolah semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) baru-baru ini, pengusaha bas sekolah di Kuala Nerus yang dihimpit kesusahan dan kekurangan pendapatan telah mendapat perhatian sewajarnya.  Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, prihatin dengan nasib mereka yang terkesan akibat penularan Covid-19, satu program kebajikan diadakan dengan kerjasama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) bagi menyalurkan sumbangan kepada golongan tersebut.  Ali Ahmad, 59, salah seorang penerima bantuan terharu dengan keprihatinan pihak YADIM dan kerajaan terhadap pengusaha bas sekolah yang terjejas sejak pandemik itu melanda tahun lalu.  "Alhamdulillah saya bersyukur kepada Allah kerana menghadirkan seorang pemimpin yang berjiwa rakyat dan sentiasa mengambil cakna dengan kehidupan kami di sini.  "Bagi kami, ia satu suntikan semangat untuk terus berbakti kepada masyarakat dalam menghantar anak didik ke sekolah," katanya ketika dihubungi pemberita. Sebanyak 25 set bekalan makanan keperluan harian dan sejumlah wang tunai telah diagihkan kepada golongan tersebut. Pada masa sama, 60 orang pekerja kontraktor pembersihan di daerah Kuala Nerus turut menerima sumbangan dalam satu majlis ringkas di Dewan Serbaguna Kampung Baru, Seberang Takir. Hadir menyerahkan sumbangan, Setiausaha Politiknya, Ustaz Kamal Nazmi Kamaruddin, Pegawai Penyelaras DUN Seberang Takir, Mohd Fazil Wahab dan Pengarah Kanan Sektor Latihan dan Perkaderan, Kapten (B) Shamsuddin Moner dan Pengarah YADIM Terengganu, Ustaz Nasrul Saidin, .
15 Mar 21
202
Agihan Sumbangan Prihatin Mangsa Banjir DUN Air Putih
Agihan Sumbangan Prihatin Mangsa Banjir DUN Air Putih
KEMAMAN, 15 Mac - Baru-baru ini telah berlangsungnya program serahan sumbangan prihatin banjir kepada mangsa yang terjejas berikutan bencana banjir yang melanda pada hujung tahun 2020 dan awal tahun 2021 yang lalu. Program yang berlangsung selama dua hari di Dewan Serbaguna Kampung Air Putih ini menyaksikan seramai 918 orang mangsa banjir dari 10 buah kampung di sekitar Zon B Dun Air Putih menerima sumbangan berupa bantuan kewangan. Antara kawasan yang terjejas teruk berikutan banjir ini adalah Kampung Teladas, Kampung Air Putih, Kampung Pasir Gajah, Kampung Felda Seberang Tayor, Kampung Seberang Tayor Hulu dan Kampung Seberang Tayor Hilir. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih, Ab Razak Ibrahim menyampaikan sumbangan dan melahirkan rasa kesyukuran di atas keprihatinan kerajaan negeri terhadap nasib yang menimpa mangsa banjir di kawasan berkenaan. “Saya mewakili mangsa banjir di DUN Air Putih ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada kerajaan negeri Terengganu di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar yang sudi memberikan bantuan kewangan kepada mangsa banjir khususnya di DUN Air Putih ini,” ucap beliau ketika merasmikan program agihan sumbangan ini.  Tambah beliau lagi, terdapat 2 kategori penerima bagi agihan sumbangan kali ini. Kategori yang pertama adalah mereka yang kediamannya tenggelam dilanda banjir lumpur secara mengejut dan telah mengakibatkan kerosakan harta benda yang teruk seperti peti sejuk, periuk, bantal dan lain-lain. Kategori yang kedua pula adalah penerima sumbangan kewangan sebanyak RM500. "Ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), Pejabat Daerah Kemaman, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Air Putih, Jabatan Amal kawasan kemaman dan semua pihak yang telah bertungkus-lumus membantu menjayakan program agihan sumbangan kali ini. "Program agihan sumbangan akan diteruskan kepada mereka yang terjejas akibat banjir di zon A sekitar Air Putih pula," katanya.
15 Mar 21
489
Pengusaha Bas Sekolah, Pekerja Am Terima Bantuan
Pengusaha Bas Sekolah, Pekerja Am Terima Bantuan
KUALA NERUS, 15 Mac - Pengusaha bas sekolah dan pekerja pembersihan di daerah ini menjadi golongan terbaharu yang menerima bantuan daripada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). Setiausaha Politik Ahli Parlimen Kuala Nerus, Kamal Nazmi Kamaruddin berkata, program YADIM Peduli Musa’adah COVID-19 yang dijalankan bersama pihaknya bertujuan meringankan beban sebahagian golongan terjejas pendapatan. “Sumbangan berbentuk barangan dapur daripada pihak YADIM dan sumbangan tunai daripada Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Kuala Nerus. “Sebelum ini juga kita melakukan siri yang lain mengikut segmen masyarakat yang berbeza dan hari ini kite memfokuskan kepada pengusaha bas dan pekerja pembersihan,” katanya ketika ditemui UPDI kelmarin. Turut bersama dalam program tersebut, Kapten (B) Shamsuddin Moner, Pengarah Kanan Sektor Latihan dan Perkaderan serta Pengarah YADIM Terengganu, Ustaz Nasrul Saidin. Dalam pada itu, Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir, Mohd Fazil Wahab yang hadir sama berkata, usaha berkenaan membuktikan kerajaan sangat prihatin akan masalah yang melanda rakyat. “Kita sentiasa bersedia bekerjasama dengan mana-mana agensi bagi menjaga kebajikan masyarakat khususnya mereka yang terkesan dengan pandemik,” tambahnya lagi. Sementara itu, seorang penerima, Rahim Abdullah @ Hamid, sangat menghargai inisiatif YADIM dan Pusat Khidmat Masyarakat kerana prihatin terhadap beliau dan rakan-rakan. “Selama ini saya hanya melihat sahaja golongan lain menikmati bantuan daripada kerajaan dan tidak sangka hari ini giliran saya merasai bantuan seperti orang lain,” katanya lagi  
15 Mar 21
496
Dakwah Wujudkan Suasana Sejahtera, Selamat
Dakwah Wujudkan Suasana Sejahtera, Selamat
KUALA TERENGGANU, 14 Mac - Program dakwah yang dianjurkan pelbagai pihak termasuk oleh badan bukan kerajaan (NGO) diyakini mampu mewujudkan suasana yang sejahtera dan selamat. Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim berkata, impak baik kepada seluruh masyarakat termasuk kalangan yang bukan beragama Islam dapat dilihat melalui aktiviti Semarak Dakwah 2.0 oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) hari ini. "Mesej-mesej yang disampaikan bersifat umum, bukan semata-mata melibatkan ibadat khusus tapi sebahagian mesej bersifat umum seperti anjuran untuk menjadi rakyat yang baik dari segi akhlak, menjaga kebersihan juga keselamatan. "Jadi ia juga selari dengan 'Maqasid Syariah' melalui dakwah dibawa YADIM ini," ujarnya. Beliau yang juga Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berkata demikian selepas menyempurnakan gimik perasmian program Semarak Dakwah 2.0 (Street Dakwah & Musa'adah Covid-19) di Pasar Kedai Payang, di sini hari ini. Turut hadir, Pengarah kanan Sektor Latihan & Pengkaderan YADIM, Kapten (B) Shamsuddin Moner, Pengarah Akademi Didik Ulama Amilin Terengganu (DUAT), Muhammad Ramlan Mahmood, Timbalan Pengarah Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), Sazali Mohd Noor.                               Mengulas mengenai program terbabit, Ahmad Amzad berkata ia melibatkan 300 sukarelawan YADIM dengan kerjasama Urus Setia Belia Sukan dan NGO Terengganu Sejahtera (UBSNT) menerusi Terengganu Volunteer ( T-Volt) Katanya, dakwah di lokasi tumpuan ramai itu merupakan suatu inovasi yang lebih efektif dan menyeluruh. "Kita membawa keluar daripada konsep yang biasa dilakukan di institusi-institusi seperti surau, masjid dengan cara memasyarakatkan dakwah itu sendiri dengan masuk ke akar umbi . "Ini menjadi kesinambungan kepada program yang telah diadakan tahun lepas di mana ia mendapat maklum balas yang positif, ini menunjukkan satu lagi kemajuan apabila masyarakat terdiri daripada peniaga kecil, penjaja dan pemandu-pemandu bas sekolah turut didekati," katanya.  
14 Mar 21
165
Pembuatan, Permainan Wau Perlu Dipelihara
Pembuatan, Permainan Wau Perlu Dipelihara
Oleh : Adli & Wan Luqman Hakim KUALA TERENGGANU, 9 Mac - Tradisi permainan wau di Malaysia terutamanya di negeri ini perlu dikekalkan supaya seni budaya masyarakat melayu itu tidak pupus ditelan zaman. Pembuat Wau, Zakaria Abdullah, 53, berkata, perkara itu penting untuk bagi memastikan generasi akan datang terus mengenali warisan orang-orang terdahulu. "Kalau kita lihat, generasi muda pada masa kini tidak lagi berminat untuk menghasilkan wau, sehingga di kampung-kampung permainan tradisi ini tidak lagi dimainkan seperti dahulu. "Jadi, kena ada yang meneruskan serta memperjuangkannya, malah jika ia diusahakan serta dipelajari dengan penuh minat ia boleh dijadikan punca pendapatan dengan mana setiap wau ini mempunyai nilaian yang tinggi di pasaran," ujarnya.  Zakaria berkata demikian ketika ditemui pihak media, di Kampung Teluk Paku, Wakaf Mempelam di sini semalam. Mengulas lanjut, Zakaria bagaimanapun berkata, kerja penghasilan wau yang dia lakukan itu bukanlah untuk dijadikan punca pendapatan sebaliknya ia lahir atas perasaan cinta terhadap warisan nenek moyang.  "Oleh itu, saya sanggup memperturunkan segala kemahiran pembuatan wau yang dimiliki ini kepada generasi masa kini sekiranya ada yang berminat. "Namun mereka perlu mempunyai kesabaran, ketekunan serta ketelitian yang tinggi kerana untuk menghasilkan setiap wau ia  memerlukan masa antara dua sehingga tiga hari tetapi bergantung kepada jenis wau. "Juga perlu menghadapi cabaran kerana perlu masuk ke hutan bagi mencari buluh," ujarnya. Katanya lagi, kemahiran yang dia miliki itu diwarisi daripada keluarganya sejak 30 tahun yang lalu. "Saya mahir  dalam menghasilkan Wau Helang, Wau Jalabudi, Wau Kucing dan juga Wau Bulan. "Apa yang perlu diketahui setiap daerah serta kampung mempunyai sedikit perbezaan pada setiap bentuk dan ciri-ciri wau ini walaupun namanya tetap sama. "Sekarang saya berusaha untuk memperkenalkan wau ini kepada anak-anak muda di kampung ini, sepatutnya dalam masa terdekat ini ada pertandingan tetapi tidak boleh dteruskan kerana pandemik Covid-19 masih lagi belum berakhir. "Dengan harapan agar generasi masa kini mengenali dan menghargai seni warisan yang kita ada bagi sekali gus mampu memupuk perasaan cinta dan bangga khazanah yang kita milikinya," ujarnya.      
13 Mar 21
4890
Badut Rindu Untuk Beraksi Di Jalanan
Badut Rindu Untuk Beraksi Di Jalanan
KUALA TERENGGANU, 10 Mac - Muhammad Ridzuan Roslan yang menjadikan badut sebagai kerjaya sepenuh masa mengakui rindu untuk kembali menghiburkan masyarakat selepas aktiviti itu tidak dibenarkan sejak Mac tahun lalu. Ridzuan, 25, berkata dia terpaksa akur dengan larangan melakukan segala kegiatan dan aktiviti di tempat-tempat awam dalam negeri ini disebabkan kekangan wabak pandemik COVID-19. Namun katanya, ia sangat memberi kesan kepada dia dan rakan-rakannya terutamanya membabitkan isu kewangan. "Memang ia sangat sukar sebab kita ada 'team' yang masing-masing perlu meneruskan kelangsungan hidup, kita ada barang dan segala peralatan badut yang kita tempatkan di sebuah pejabat yang kita sewa. "Sehinggakan segala tempahan bagi menggunakan perkhidmatan badut di acara seperti majlis sambutan hari lahir, 'annual dinner', ekspo, dan pelbagai acara lagi terpaksa dibatalkan. "Kita juga terpaksa membuat bayaran balik kepada pelanggan yamg kami batalkan, memang  kami kehilangan punca pendapatan bagi meneruskan aktiviti badut yang telah mula diceburi semenjak masih di bangku sekolah lagi," ujarnya. Ridzuan berkata demikian ketika ditemuramah pemberita, di Taman Awam Batu Burok, di sini semalam. Menurutnya lagi, apa yang dilakukan itu bukan berorientasikan keuntungan semata-mata sebaliknya ia lahir daripada minat. "Saya juga menafikan aktiviti ini dipengaruhi mana-wana watak badut yang digambarkan melalui filem dari barat yang menunjukkan badut merupakan penentang kepada sistem pemerintahan ataupun terlibat dengan pembunuhan bersiri. "Niat hanya hendak menghiburkan masyarakat, memang tidak dapat dinafikan di permulaan dulu masyarakat di Terengganu ini tidak dapat terima badut dan ia berbeza sekarang. "Mereka tengok apa yang saya buat ini sebagai aneh dan pelik, pada waktu itu saya berada di tingkatan satu," katanya. Tambahnya lagi, pada permulaan dia menonjolkan badut dengan menjual belon dan hasil jualan itu digunakan bagi membeli barangan yang lain melalui 'eBay'. "Pada waktu itu 'lazada' dan 'shoope' tidak ada lagi jadi saya beli pada harga yang mahal kerana berlakunya transaksi mata wang dalam dolar. "Waktu itu juga tiada peranti seperti sekarang yang boleh mengakses maklumat dan mempelajari teknik silap mata dan melakukan aksi badut dengan pantas. "Zaman itu kena pergi ke 'Cyber Cafe' dan beli 'VCD' serta buku-buku untuk mempelajari semua perkara ini. "Hasil usaha itu, ketika di sekolah saya menyertai rancangan Mimpi Ke Bintang dianjurkan RTM sehingga ke suku akhir," ujarnya. Justeru dia berharap agar aktiviti itu kembali dibenarkan dan orang ramai kembali menyokong sektor terbabit. "Lagi suka sebenarnya kalau kerajaan sendiri hendak menggunakan khidmat kami, serta mana-mana pihak hendak menempah perkhidmatan kami boleh pergi ke laman sosial kami melalui facebook (Terengganu Clown Service) juga Instagram (servisBadut.com)," jelasnya.    
09 Mar 21
677
Anak Terengganu Teruja 'Menghadap' Permaisuri Agong
Anak Terengganu Teruja 'Menghadap' Permaisuri Agong
KUALA LUMPUR, 9 Mac - Hasil kraftangan diorama rumah kedai yang ‘dibina’ oleh seorang anak jati Besut berjaya mengharumkan nama negeri apabila menjadi naib juara Anugerah Penggiat Kraftangan Malaysia, baru-baru ini. Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mencemar duli dalam program atas talian tersebut anjuran Persatuan Seni Jahitan Kreatif Malaysia (PSJKM) melalui platform The Tunku Azizah Handmade Market (TTAHM), pada 3 Mac. Naib johan, Mohd Ihsan Mohd Saidi, 34, berkata, walaupun majlis dijalankan dalam alam maya, namun reaksi gembiranya jelas apabila dapat mempersembahkan ‘rumah kedai’ kepada Raja Permaisuri Agong. “Bukan senang nak menghadap Baginda, saya sebagai satu daripada dua orang wakil negeri amat berbesar hati dalam membawa nama dan kreativiti Terengganu. “Alhamdullilah, saya dinobatkan tempat kedua hasil undian juri dan jumlah ‘like’ di Facebook dan berjaya membawa pulang kontrak tiga tahun memasarkan prduk dalam platform TTAHM serta sebuah tablet,” katanya ketika dihubungi pemberita. Tambahnya, beliau turut berterima kasih kepada Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu yang membuka ruang dalam kemenangan tersebut. “Harapan saya kepada pihak Kerajaan Negeri Terengganu supaya membantu penggiat kraftangan dari segi tempat meniaga atau memasar hasil, bantuan-bantuan membeli bahan buatan serta latihan. “Lebih-lebih lagi untuk orang muda supaya menjadi lebih kreatif serta menaikkan nama negeri dalam industri ini,” tambahnya. Sementara itu, daripada 100 lebih peserta yang mengambil bahagian, tempat pertama dimenangi oleh Siti Nor Hanir Zanar Misro dari Negeri Sembilan dengan produk beg ‘Yara Puch Frame’ manakala tempat ketiga diperolehi oleh Sweelane Mundun daripada Sarawak. Dalam titah ucapannya, Raja Permaisuri Agong selaku penaung PSJKM (penganjur) menzahirkan sokongan penuh Baginda sempena pembukaan 100 kedai dalam platform TTAHM. “Sejak perasmian platform ini pada tahun lepas, kini mempunyai dalam 100 kedai, saya berbangga majoriti antaranya kumpulan berpendapatan 40 peratus ke bawah (B40), suri rumah, ibu tunggal, warga emas serta orang kurang upaya (OKU). “Platform ini bukan sahaja menawarkan ruang kepada penggiat kraftangan dalam memasarkan produk tanpa had sehingga tahap antarabangsa, malah mereka dididik tentang selok belok perniagaan atas talian di mana ia adalah penting dalam situasi kekangan COVID-19,” titah Tunku Azizah pada pelancaran majlis itu.
08 Mar 21
4682