lightning-solid
Berita :

Artikel "Kebajikan" Terkini

PKM Buka Ruang Kolaborasi Dengan Semua Pihak Demi Kepentingan Rakyat
PKM Buka Ruang Kolaborasi Dengan Semua Pihak Demi Kepentingan Rakyat
MARANG, 28 Oktober - Pusat Khidmat Masyarakat (PKM)membuka ruang untuk bekerjasama dengan semua pihak demi kepentingan rakyat. Pegawai Khas PKM Dewan Undangan Negeri Rhu Rendang, Nasaruddin Samsudeng berkata, pihaknya menyambut baik program agihan sumbangan yang dijalankan Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM). "Sebanyak lima buah rumah telah dipilih sebagai penerima bantuan sumbangan keperluan asas melalui ‘YADIM Peduli’ Musaadah COVID-19 di Kampung Rusila hari ini. "Antara yang dikunjungi adalah mereka yang kurang berkemampuan, sakit dan sebagainya," katanya kepada wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) sebaik sahaja selesai program ziarah bersama YADIM semalam. Menurutnya lagi, program seperti itu sangat dialu-alukan dan sebagaimana kerjasama yang dilakukan hari ini, akan diteruskan pada masa akan datang. Sementara itu, Penolong Pengarah YADIM Negeri Terengganu, Nasrul Hadi Saidin berkata, walaupun pihaknya bukan satu badan yang menyediakan dana namun mereka telah melancarkan Tabung Dana Infaq untuk perbelanjaan dalam tujuan-tujuan tertentu seperti dakwah, pendidikan dan kebajikan. "Jika 30 juta penduduk Malaysia berinfaq sebanyak RM1 seorang, maka kami mampu meneruskan kesinambungan dakwah dengan lebih lancar dan dapat membantu lebih ramai insan yang memerlukan. "Agenda yang lebih besar ini juga adalah bagi memastikan program dakwah islamiah dan islahiah dapat dirasai oleh semua peringkat masyarakat. "Inilah yang dihasratkan oleh pihak pengurusan YADIM sekarang yang berada di bawah kepimpinan Yang Dipertua Ustaz Nasruddin Hassan. "Pihak kami juga sentiasa mengalu-alukan kerjasama dengan semua pihak, dan boleh menghubungi kami di talian 09-6263888 sekiranya ingin berkerjasama untuk melaksanakan program dakwah di daerah-daerah," tambahnya lagi.
28 Oct 20
168
200 Penduduk Terima Bantuan Kaca Mata
200 Penduduk Terima Bantuan Kaca Mata
MARANG, 1 November - Seramai 200 penduduk yang kurang berkemampuan di daerah ini terpilih menerima  Bantuan Kaca Mata yang disumbangkan kerajaan negeri melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Pegawai Khas Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri Rhu Rendang, Nasaruddin Samsudeng berkata, bantuan itu pastinya meringankan beban terutama bagi golongan warga emas dan mereka yang tidak mempunyai berpendapatan tetap. Menurutnya lagi, di Rhu Rendang, PKM telah berkerjasama dengan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung bagi mengenalpasti mereka yang layak dan memerlukan kaca mata ini. “Walaubagaimanapun, mereka tetap perlu menjalani proses semakan yang diadakan hari ini oleh pihak JKM.”katanya. Beliau berkata kepada wartawan Urusetia Penerangan Darul Iman, baru-baru ini sebaik sahaja selesai program tersebut pada jam 3.00 petang. “Sesetengah orang melihat keperluan ini agak kecil, tapi tidak bagi sesetengah individu atau mereka yang mengalami kesempitan wang, perkara ini sangat penting bagi mereka. “Kami juga mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat dalam usaha mengagihkan bantuan ini, iaitu Kerajaan Negeri Terengganu, ARCA Image Optometrist Sdn. Bhd, MPKK dan pihak JKM,” tambahnya lagi.
27 Oct 20
242
PKM Prihatin Golongan Kurang Bernasib Baik
PKM Prihatin Golongan Kurang Bernasib Baik
MARANG, 26 Oktober - Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dewan Undangan Negeri Rhu Rendang, sentiasa menitikberatkan golongan yang kurang bernasib baik sebagai tanda prihatin kepada mereka. Pegawai Khas PKM Dun Rhu Rendang, Nasaruddin Samsudeng berkata, apabila menerima berita tentang mereka yang ditimpa ujian, sakit atau bencana, PKM akan bergegas untuk terus turun melihat keadaan mereka. "Hari ini, PKM menziarahi seorang pesakit yang terpaksa dipotong jari kaki kerana sakit kencing manis di Kampung Batu Putih. "Dalam semakan kami, Norazlinda Ibrahim telah menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Tabung Darul Iman. "Tetapi selain daripada itu, bantuan lain yang boleh dipohon adalah melalui bantuan perubatan daripada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu," katanya. Turut hadir, adalah petugas Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Dun Rhu Rendang dan Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Gong Beris, Zolkefly Sulaiman. Menurutnya lagi, selain daripada bantuan kewangan dan keperluan dapur, petugas ini hadir memberikan sokongan moral atau 'Spritual' agar sentiasa kuat menempuh ujian yang dihadapinya. "Setiap manusia diuji dengan kadar masing-masing, perlu sentiasa berpegang pada janji-janji Allah, kerana dia lebih mengetahui," tambahnya lagi.  
26 Oct 20
144
Baik Pulih Rumah Rakyat, Fokus Adun Bandar
Baik Pulih Rumah Rakyat, Fokus Adun Bandar
KUALA TERENGGANU, 26 Oktober – Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar memberi tumpuan lebih dalam membaik pulih rumah rakyat melalui Program Perumahan Terengganuku Sejahtera (PPTS). Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Ahmad Shah Muhamed berkata, kerajaan negeri melalui PPTS telah memperuntukkan sebanyak RM1 juta setahun. Justeru, katanya rumah-rumah rakyat yang rosak dan daif akan mendapat manfaat daripada dana tersebut. “Setakat ini DUN Bandar lebih memberi perhatian kepada baik pulih bahagian-bahagian rumah yang rosak berbanding membina rumah baharu. “Pendekatan kami yang hanya menfokuskan baiki rumah sahaja dan tidak lagi membuka permohonan bina rumah baharu. “Ini bagi memastikan lebih ramai rakyat dapat merasai keselesaan dengan sejumlah peruntukan yang ada, Insya-Allah,” ujarnya kepada pihak media Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), ketika ditemui di Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Bandar baru-baru ini. Menurutnya, selepas ini jika angka rumah yang rosak sudah berkurangan pihak DUN akan menumpukan kepada pembinaan baharu. “Impian saya sebagai ADUN adalah untuk melihat rakyat yang telah berkeluarga di DUN Bandar ini tidak ketinggalan untuk mengecapi bantuan daripada pihak kerajaan,” jelasnya.  Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan, dan Alam Sekitar negeri turut menyarankan, pihak Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) agar lebih proaktif menjejaki golongan rakyat yang memerlukan bantuan berkenaan. “Ramai warga komuniti sama ada yang terlibat dengan PPTS mahu pun tidak, melahirkan rasa teruja dan bersyukur dengan bantuan ini.  “Hampir di seluruh negeri, pihak pusat khidmat masyarakat dalam DUN masing-masing memberi perhatian terhadap PPTS. “Kami khasnya di DUN Bandar, akan terus menggandakan usaha untuk memastikan semua golongan masyarakat yang layak, tersenarai dalam PPTS ini,” ujarnya.  Menurut beliau, sepanjang tahun 2020 ini rekod membaik pulih rumah rakyat di DUN Bandar sebanyak 79 buah, melibatkan 16 MPKK dengan kos peruntukan keseluruhan berjumlah RM1 juta.
26 Oct 20
1212
Penduduk Tarik Nafas Lega
Penduduk Tarik Nafas Lega
MARANG, 22 Oktober - Setelah bertahun-tahun terpaksa melalui jalan rosak teruk akhirnya pengguna dan penduduk Kampung Surau Haji Mat Zin, Bukit Payong di sini lega apabila jalan baharu siap untuk digunakan. Sebelum ini, pengguna dan penduduk kampung berkenaan tiada pilihan dan terpaksa menempuh jalan berlubang besar dan rosak itu kerana ia merupakan laluan keluar terdekat yang menghubungkan dengan kawasan luar. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong, Mohd Nor Hamzah berkata, pihaknya bersyukur kerana proses pembaikian jalan sejauh sekitar dua kilometer itu berjalan lancar dan orang ramai tidak perlu lagi menempuh jalan rosak setiap hari. Menurutnya, tekanan dialami penduduk kampung berkurangan apabila laluan baharu lebih selesa itu mula dibuka. "Jalan yang menghubungkan antara jalan utama ke perkampungan dan tanah lot itu telah boleh digunakan sepenuhnya dan bakal dinikmati oleh warga setempat dengan penuh selesa dan selamat. "Pembinaan jalan dan penurapan ini adalah sebahagian daripada keperluan rakyat dan sememangnya kerja-kerja ini akan dapat dimanfaatkan oleh semua," katanya. Beliau berkata demikian ketika dihubungi pemberita Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) hari ini. Mohd Nor berharap agar segala aktiviti harian masyarakat akan menjadi lebih teratur dengan adanya jalan baharu berkenaan. "Bermula daripada awal lagi kerja ini semua dalam proses pembikinan dan sekarang rakyat semua boleh menggunakan jalan ini dengan sebaiknya," tambah beliau.  
22 Oct 20
760
Lima Beranak Huni Rumah Usang Dapat Kediaman Baharu
Lima Beranak Huni Rumah Usang Dapat Kediaman Baharu
MARANG, 22 Oktober - Nasib lima beranak yang menghuni 'pondok' usang di Kampung Alur Tuman di sini mendapat perhatian apabila mereka bakal mendapat rumah baharu lebih selesa. Selepas lebih 30 tahun tinggal di rumah uzur dan daif itu, ibu tunggal, Zaidah Ghazali, 46, bakal menerima bantuan bina rumah baharu di bawah peruntukan khas Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dan proses pembinaannya dijangka bermula dalam masa terdekat. Zaidah yang berkerja sebagai pembuat kuih tradisional selepas suaminya meninggal enam tahun lalu terpaksa berteduh di pondok itu bersama empat anak mereka. Menurut Zaidah, dia amat bersyukur apabila menerima bantuan tersebut dan tidak dapat membayangkan kegembiraan apabila akan tinggal di kediaman baharu "Saya berasa bersyukur setelah mendapat tahu saya akan menerima bantuan ini, dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) atas pembinaan jalan asas untuk ke tanah tapak rumah," katanya ketika ditemui di rumahnya semalam. Sementera itu, Pegawai Khas Pusat Khidmat Masyarakat DUN Rhu Rendang, Nasaruddin Samsudeng berkata, bagi mendapat kelulusan bina baru, syaratnya adalah rumah yang hendak dibina mestilah mempunyai jalan asas untuk ke tapak tanah. "Jalan itu telah dibina dibawah peruntukan ADUN Rhu Rendang yang juga Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, ia bagi memudahkan kerja-kerja pembinaan dan membawa masuk barang-barang yang diperlukan oleh tukang rumah atau kontraktor yang terlibat. Jalan Asas yang dibina ke tapak rumah Puan Zaidah di bawah peruntukan YAB ADUN Rhu Rendang "Kita telah berusaha membantu Puan Zaidah setelah mendapat aduan daripada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Alur Tuman, dengan membangkitkan isu ini ke dalam mesyuarat Focus Group, pembasmi kemiskinan di Daerah Marang. "Puan Zaidah telah dijadikan sebagai calon peserta Mobile Team yang melibatkan beberapa jabatan untuk dibuat siasatan khusus berkenaan kelayakannya," ucapnya lagi. Sebelum ini, tinjauan telah dibuat oleh Pegawai Khas Menteri Besar Terengganu, Wahad Osman.
22 Oct 20
10406
Jambatan Runtuh Siap Dibina Baru
Jambatan Runtuh Siap Dibina Baru
MARANG, 22 Oktober - Kerisauan penduduk terhadap jambatan yang runtuh pada tahun lalu akibat banjir besar berakhir setelah kemudahan itu telah siap dibina baru sepenuhnya. Jambatan yang menghubungkan antarai Kampung Batu 9 dan Bukit Payong berkenaan menjadi laluan utama penduduk setempat untuk menyeberangi ke kampung terdekat terutama pasar Bukit Payong bagi membeli keperluan harian. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong, Mohd Nor Hamzah berkata, kemudahan tersebut merupakan satu kepentingan untuk rakyat melakukan kerja harian dengan lebih efisyen. "Mungkin ada sedikit kelewatan untuk disiapkan akibat permasalahan yang dihadapi tetapi sekarang sudah pun siap dan boleh digunakan dengan sebaiknya. "Berkat kesabaran penduduk atas ujian yang diterima tahun lalu, jambatan baru telah dibina dan jambatan ini, InsyaAllah akan lebih teguh dan selamat untuk digunakan," katanya ketika ditemui dalam tinjauan ke jambatan tersebut hari ini. Pada masa yang sama beliau juga memaklumkan terdapat sebuah lagi jambatan turut dibina bersebelahan jambatan itu dan dalam prosesnya sedang berjalan. "Bersebelahan jambatan ini juga terdapat sebuah lagi jambatan yang menghubungkan lalu yang sama masih dalam proses pembinaan untuk kemudahan penduduk setempat," tambah beliau.
22 Oct 20
1026
Ibu Tunggal Terkejut
Ibu Tunggal Terkejut
KEMAMAN, 19 Oktober - Seorang ibu tunggal tidak menyangka permohonannya untuk mendapatkan sebuah peti sejuk beku daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cukai, Hanafiah Mat menjadi kenyataan.  Fauziah Mamat, 52, berterima kasih kepada Hanafiah dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) yang memberi sumbangan tersebut kepadanya. "Saya ada meminta sumbangan ini kepada isteri beliau (Hanafiah) yang datang menziarahi saya, baru-baru ini.  "Saya tidak menyangka ia menjadi kenyataan dan sumbangan tersebut diterima dalam masa yang begitu cepat," ujarnya kepada Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas menerima peti sejuk itu di rumahnya di Kampung Gong Limau hari ini. Ibu kepada enam orang anak itu menghadapi dugaan yang sukar selepas suaminya meninggal dunia lima bulan lalu akibat penyakit buah pinggang dan jantung.  Fauziah menjalankan perniagaan menjual makanan sejuk beku seperti roti canai, karipap dan sebagainya. "Alhamdulillah, sumbangan ini dapat membantu saya dalam mencari rezeki bagi meneruskan kehidupan ini," ujarnya. Sumbangan peti sejuk beku tersebut disampaikan sendiri oleh Hanafiah yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri.
19 Oct 20
577
63 Mangsa Ribut Terima Bantuan Segera
63 Mangsa Ribut Terima Bantuan Segera
KUALA NERUS, 18 Oktober – Sebanyak 63 keluarga di Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir yang terjejas akibat kejadian ribut menerima  bantuan segera. Pegawai Penyelaras DUN berkenaan, Mohd Fadhil Wahab berkata, untuk fasa permulaan kesemua keluarga itu diberikan bantuan atap. “Kesemua 19 MPKK sudah melaporkan kejadian semalam dan saya meminta mereka menguruskan penghantaran atap dan membaiki segera,” katanya ketika ditemuramah selepas meninjau kawasan kejadian di sini kelmarin. Menurut beliau, kejadian hujan lebat berserta angin kencang itu turut menumbangkan pokok-pokok dan menyebabkan bekalan elektrik terputus. Sementara itu, seorang penerima bantuan, Rosmawati Muhammad, 56, terharu dengan tindakan pantas Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Baru yang terus menyalurkan bantuan selepas kejadian. “Bantuan ini merupakan bukti bahawa kerajaan hari ini prihatin kerana memahami masalah rakyat,” katanya. Sementara itu, seorang lagi penerima bantuan, Fadhil Asyraf, 31, berkata mereka sekeluarga amat terharu dan bersyukur dengan bantuan yang diberikan itu. “Saya amat berterima kasih kepada kerajaan terutamanya MPKK kerana mengambil berat isu masyarakat setempat seperti kami yang terjejas akibat bencana angin ribut semalam,” katanya.
18 Oct 20
660
Kakak Sebak Adik Dapat Katil Baru
Kakak Sebak Adik Dapat Katil Baru
KUALA NERUS, 15 Oktober - Kebimbangan seorang suri rumah memikirkan keperluan katil khas untuk adiknya yang menderita penyakit 'stroke' berakhir selepas menerima bantuan daripada Epic Berhad. Noor Asmah Mohd Nor, 56, berkata, keperluan itu sudah lama dinantinya memandangkan kesukaran yang dialami adiknya semakin mendesak. “Bantuan katil baru ini dapat memudahkan dan meringankan orang yang menjaganya. "Sebelum ini saya perlu mengangkatnya ke mana-mana setiap kali hendak mengurus dia, dengan ada katil beroda ini ia memudahkan saya, tidak perlu lagi mengangkatnya," ujarnya. Noor Asmah berkata demikian ketika ditemui media semasa Program Tanggungjawab Sosial Korporat  Epic Cakna dan Prihatin 2020 di Seberang Takir, di sini kelmarin. Menurutnya lagi, dia juga mengeluarkan perbelanjaan yang besar bagi mengurus keperluan harian adiknya. "Keperluan pampers sangat tinggi kerana adik saya membuang air besar yang berterusan selain daripada keperluan insulin yang diperolehi di klinik setiap bulan," jelasnya. Sementara itu, Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir, Mohd Fazil Wahab bersimpati dengan nasib yang menimpa keluarga terbabit. "Pihak kami akan meneliti bantuan susulan untuk keluarga ini dan tindakan lanjut akan diambil," tambah beliau.
15 Oct 20
185