lightning-solid
Berita :

Artikel "Kebajikan" Terkini

'Terima Kasih Agensi Kerajaan, Sukarelawan'
'Terima Kasih Agensi Kerajaan, Sukarelawan'
KEMAMAN, 5 Disember - Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang membantu masyarakat dalam menghadapi musibah banjir di Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Putih, baru-baru ini. Kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai itu, mangsa banjir di DUN terbabit kini mampu menarik nafas lega hasil bantuan orang ramai. "Mewakili kerajaan negeri Terengganu, saya mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak termasuk agensi-agensi kerajaan, Sukarelawan Khidmat Malaysia, badan bukan kerajaan (NGO) serta mana-mana pihak yang turut sama membantu mangsa banjir di DUN ini. "Program hari ini pula diadakan bagi memastikan kawasan di sini menjadi bersih seperti sebelum ini. Semoga kesihatan rakyat di sini terjamin, semua sampah-sarap dibuang dan bau-bau busuk hilang," ujarnya. Beliau yang juga merupakan Pengerusi Khidmat Malaysia Negeri Terengganu berkata demikian ketika ditemui pemberita di program gotong-royong membersihkan sampah di kawasan rumah penduduk dilanda banjir di DUN itu, kelmarin. DUN Air putih merupakan satu-satunya kawasan di negeri ini yang dilanda banjir lumpur dan ia telah mengakibatkan kerosakan pada kebanyakan harta benda, perabot rumah dan sebagainya. Pelbagai inisiatif diambil oleh pihak kerajaan negeri seperti gotong-royong, program dapur rakyat, sumbangan beras serta barangan dapur dan bantuan kewangan disalurkan oleh kerajaan negeri bagi memastikan kebajikan rakyat dapat dipelihara sebaiknya.    
05 Dec 20
504
Food Bank Ringankan Kos Sara Hidup Rakyat
Food Bank Ringankan Kos Sara Hidup Rakyat
MARANG, 5 Disember - Masjid Bukit Payung menjadi masjid pertama di daerah Marang yang mempunyai 'Food Bank' bagi membantu masyarakat setempat yang kurang berkemampuan. Ahli Parlimen Marang, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang berkata, inisiatif tersebut dilakukan di masjid sejajar dengan makna sebenar memakmurkan masjid.  "Memakmurkan masjid bukan hanya mendirikan solat tetapi juga menunaikan zakat. Diambil harta mereka yang senang disalurkan kepada mereka yang memerlukan, dihidupkan di masjid,  "Masjid menjadi tempat kegiatan masyarakat, bukan sahaja solat, zikir, kuliah tetapi termasuk kegiatan masyarakat menolong masyarakat sekeliling dengan bantuan dan pertolongan," ucapnya ketika merasmikan Food Bank di Masjid Bukit Payung, dekat sini semalam. Tambahnya lagi, budaya gah akan bangunan masjid yang besar tidak sepatutnya tidak menjadi keutamaan. "Sebaliknya kita harus memikirkan cara untuk mengimarahkan masjid bukan saja dengan 'mengimarahkan' bangunan-bangunannya tetapi imarahkannya dengan kegiatan ibadah, ilmu dan kebajikan," jelasnya. Beliau yang juga Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah turut menyumbang kepada dana Food Bank tersebut dan gimik pemberian disaksikan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri Terengganu.,Ustaz Mohd Nor Hamzah yang juga ADUN Bukit. Sementara itu, AJK Masjid, Nasir Mamat berkata idea mengadakan Food Bank itu timbul hasil mesyuarat  jawatankuasa masjid dengan matlamat komuniti sekitarnya 'zero lapar' dan ia tidak hanya terhad kepada asnaf tetapi terbuka juga golongan B40 yang memerlukan bantuan.  "Berbeza dengan Food Bank lain, Food Bank Masjid Bukit Payung terbuka kepada mereka yang memerlukan ataupun yang telah terputus bekalan makanan di rumah, jadi mereka boleh terus ambil di masjid yang menjadi lokasi tumpuan komuniti,  "Orang ramai yang terbabit bolehlah mengambil sendiri, selain pihak masjid memberikan secara terus kepada isi rumah yang dikenalpasti berdasarkan rekod yang ada. Tanpa mengira siapa. Tidak kira mereka miskin ataupun mereka yang memerlukan atas ujian hidup lebih-lebih lagi selepas pandemik Covid-19 yang melanda. Ramai yang jatuh miskin, tiada pekerjaan," katanya Pihak Masjid Bukit Payung turut mengalu-alukan sumbangan orang ramai. Mereka yang ingin berbuat demikian boleh berhubung dengan pegawai masjid tersebut di talian 011-11985956.
05 Dec 20
861
Bonjovi Bantu Bersih Rumah Mangsa Banjir
Bonjovi Bantu Bersih Rumah Mangsa Banjir
MARANG, 4 Disember -  Sekumpulan 'Bonjovi' dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang berpadu tenaga membersih dan mencuci rumah mangsa yang terlibat dalam banjir kilat di Taman Bukit Indah, Rhu Renggeh. Kumpulan remaja  yang terdiri daripada 15 sehingga 20 orang itu, merupakan sukarelawan yang sering terlibat dalam operasi membantu penduduk sekitar sekiranya memerlukan bantuan. Pegawai Akademik Didik Ulamak Amilin Terengganu Dun Rhu Rendang, Mohd Fakhruddin Zakaria berkata, asalnya kumpulan itu ditubuhkan bagi memumpuk semangat dan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan di kalangan remaja serta penduduk kampung. Gotong royong menukar atap rumah penduduk yang rosak "Mereka ini terdiri daripada remaja setempat yang sangat komited dalam memberikan khidmat kepada penduduk kampung dan masyarakat sekitar. "Hari ini, mereka menawarkan diri untuk bersama-sama membersih, dan mencuci rumah yang dimasuki air dan banjir kilat ekoran daripada hujan lebat selama dua hari. Beliau berkata sebaik sahaja selesai kerja-kerja membersihkan rumah mangsa banjir kilat bersama-sama Jabatan Amal Marang, dan Jawatankuasa Banjir Dun Rhu Rendang. Turut hadir membersihkan kawasan rumah mangsa banjir kilat adalah Jabatan Amal Marang, Ahli Jawatankuasa Bencana Banjir Dun Rhu Rendang dan Muslimat Dun Rhu Rendang. Menurutnya lagi, kumpulan ini juga adalah remaja kampung yang pada awalnya berkumpul untuk mengikuti kelas Al-Quran dan fardhu ain yang dilaksanakan di bawah gabungan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Kijing dan paya. "Banyak aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang telah dilakukan seperti membantu menukar atap rumah yang terlibat kebakaran, membersihkan kedai penduduk, membina gerai dan pondok mengaji, serta membersihkan rumah pesakit lumpuh," tahmbahnya lagi.    
04 Dec 20
558
Nadia Terima Alat Bernafas Baharu
Nadia Terima Alat Bernafas Baharu
KEMAMAN, 2 Disember - Sebanyak RM19,500 telah diperuntukan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Terengganu kepada adik Nurul Nadia Nahyuddin, 28, bagi pembelian sebuah alat bantuan pernafasan mudah alih. Nadia yang mengalami pendarahan paru-paru dan telah menggunakan alat bantuan pernafasan sejak berusia 12 tahun. Nadia ketika ditemui media bersyukur ke hadrat Ilahi serta mengucapkan terima kasih kepada pihak JKM serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cukai, Hanafiah Mat yang membantu beliau mendapatkan bantuan itu. "Ia dapat memudahkan urusan saya untuk menggunakannya jika ingin ke hospital untuk menerima rawatan susulan," katanya. Dia berkata demikian selepas menerima sumbangan alat bantuan pernafasan mudah alih yang disampaikan oleh ADUN Cukai yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat di rumahnya di Kampung Gong Pauh, semalam. Turut bersama dalam penyerahan sumbangan itu ialah Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Kemaman, Mohd Noorhadi Mohd Yusof. Dia sebelum ini mengalami kesukaran untuk ke hospital kerana perlu bergantung pada alat bantuan pernafasan, namun mempunyai alat bantuan bantuan pernafasan elektrik yang hanya boleh digunakan di rumah. "Saya sebelum ini juga mempunyai beberapa alat bantuan pernafasan ini namun ianya telah rosak,"  ujarnya. Dalam pada itu, Nadia memaklumkan turut menerima sumbangan kewangan daripada orang ramai yang bersimpati dengan nasibnya. Sumbangan yang diberikan itu akan digunakan untuk kos penyelenggaraan mesin dan juga kos perubatan.      
02 Dec 20
105
Pengisian Rohani, Hadiah Sampingan Untuk Pesakit Kronik
Pengisian Rohani, Hadiah Sampingan Untuk Pesakit Kronik
MARANG, 2 Disember - Mewujudkan kelas mengaji, program keagamaan dan perkongsian ilimiah antara pendekatan terbaru yang diusahakan Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri, Rhu Rendang bagi membantu pesakit kronik supaya kuat semangat melawan penyakit.  Di samping membawa agensi berkaitan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk bantuan secara luaran. Pegawai Khas Pusat Khidmat Masyarakat Dun Rhu Rendang, Nasaruddin Samsudeng berkata, pendekatan ini adalah sesuai dengan keadaan mereka yang diberi ujian dan memerlukan semangat yang kuat serta emosi yang terurus. "Kerana kekangan yang dihadapi mereka untuk tempat-tempat seperti surau atau masjid sangat terbatas, jadi kita akan bantu mereka dengan membuat program ke rumah secara berkala,"katanya. Beliau berkata ketika selesai mengunjungi tiga orang penduduk sakit kronik bersama agensi JKM di Kampung Sungai Kerak, Seberang Marang dan Bukit Gasing. Menurutnya lagi adalah, beliau pernah dihubungi oleh pesakit kronik memohon untuk diadakan kelas mengajar mengaji dan kelas agama buat mereka yang tidak mampu melakukan aktiviti serta pergerakan seperti orang lain. "Kita juga menghadiahkan sebuah buku yang ditulis oleh Fathi Yakan yang bertajuk "Apa Ertinya Saya Mengganut Islam" kepada mereka yang dikunjungi di mana buku ini menceritakan kisah tentang kehidupan kita sebagai seorang muslim. "Dalam tempoh kita diuji dengan kesihatan dan kesakitan, kita memerlukan satu bimbingan semangat yang kuat, demi meneruskan kelangsunan hidup. Oleh itu, dengan hadiah dan inisiatif program yang akan dilakukan ini, dapat membantu sedikit sebanyak kehidupan mereka di samping bantuan sumbangan atau kewangan daripada agensi. "Program ini juga akan diadakan dengan penglibatan daripada pegawai Akademi Didik Ulama Amilin Terengganu, yang terlibat secara langsung atau tidak langsung," tambahnya lagi.  
02 Dec 20
253
Ahli Parlimen Kemaman Sumbang Van Jenazah
Ahli Parlimen Kemaman Sumbang Van Jenazah
KEMAMAN, 30 November - Ahli Parlimen Kemaman, Che Alias Hamid menyumbangkan dua buah van jenazah kepada Surau Padang Lalang, Neram Air Putih dan Surau Al-Huda Kemasik di sini. Katanya, kenderaan bernilai RM150,000 adalah untuk kemudahan ahli kariah masjid dan surau di dua tempat utama berkenaan. "Mengambil kira kemudahan yang ada apabila mempunyai van jenazah sendiri mempercepatkan urusan pengebumian," katanya kepada pemberita. Majlis penyerahan van itu telah di Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Kemaman di Chukai. Gimik penyerahan dijayakan wakil syarikat Weststar Global Komited Sdn. Bhd. kepada Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Terengganu (PPNT), Dato' Indera Nik Nasaruddin seterusnya kepada Ahli Parlimen Kemaman, Che Alias Hamid. Hadir sama Pengerusi Surau Padang Lalang Neram, Nik Awang dan Pengerusi Surau Al-Huda Kemasik, Ismawi Ahmad menerima replika kunci berhadapan Van Jenazah daripada Ahli Parlimen Kemaman. Jelas Nik Awang, beliau menghargai keprihatinan Che Alias dalam memudahkan pengurusan jenazah ahli kariah. "Terima kasih yang tidak terhingga kepada Yang Berhormat Ahli Parlimen Kemaman atas sumbangan van tersebut, sememangnya pihak surau amat memerlukan" ujar Nik Awang ketika ditemui selepas majlis penyerahan. Turut bersama dalam majlis penyerahan Penyelaras DUN Kijal, Ustaz Hazri Jusoh dan Wakil-wakil DUN.
30 Nov 20
1332
70 Anggota APM Turun 'Basuh' Kemaman
70 Anggota APM Turun 'Basuh' Kemaman
MARANG, 30 November - Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman memaklumkan, seramai 70 anggota agensi berkenaan dikerahkan turun ke daerah Kemaman hari ini untuk membantu mangsa banjir. "Tujuannya adalah untuk bantuan pembersihan pasca banjir secara spesifik di kawasan Air Putih, Teladas dan Tebak kerana semalam kita dapat makluman daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD), bahawa rumah yang terjejas banjir di sana lebih kurang 175 buah. "Sebahagiannya sudah dicuci dengan bantuan Jabatan Amal Malaysia, badan bukan kerajaan (NGO) dan pertubuhan-pertubuhan berkaitan, namun masih ada lagi yang belum selesai," katanya. Beliau berkata demikian kepada Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) ketika ditemui sewaktu melakukan tinjauan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) terakhir yang masih di buka di Terengganu iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Merchang, hari ini. Tambahnya, beliau turut dimaklumkan Urus Setia Belia Sukan & NGO Terengganu Sejahtera (UBSNT) bahawa sukarelawan T-VOLT juga akan digerakkan bagi membantu mangsa pasca banjir jika diperlukan. "Setakat ini, bagi pembersihan semalam kita mengutamakan tempat-tempat tumpuan awam seperti masjid, balai raya, tadika dan sebagainya dalam proses pembersihan. "Hari ini, bantuan ke rumah penduduk pula bersama logistik sekali seperti water jet dan sebagainya," katanya. Foto: APM Terengganu.  
30 Nov 20
361
Kerajaan Prihatin Golongan OKU, Warga Emas
Kerajaan Prihatin Golongan OKU, Warga Emas
MARANG, 30 November - Belanjawan Malaysia 2021 adalah bajet yang menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap nasib Orang Kurang Upaya (OKU) dan Warga Emas. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat, Dato' Siti Zailah Mohd Yusoff berkata perkara itu terbukti dengan bantuan bulanan OKU tidak berupaya bekerja telah dinaikkan daripada RM250 kepada RM300 sebulan. "Kerajaan juga akan menaikkan bantuan untuk penjaga OKU dan pesakit terlantar iaitu daripada RM350 hingga RM500. Lebih 190,000 OKU di Malaysia adalah merupakan penerima bantuan bulanan. "Kenaikan saguhati lebih 150 peratus iaitu nilai RM150 dinaikkan kepada RM400 untuk Sukarelawan Khidmat Bantu Di Rumah yang melibatkan penjagaan warga emas dan OKU. YB Dato' Hajah Siti Zailah meninjau beramah mesra dengan golongan OKU di Bengkel Pemulihan Kebajikan Marang "Elaun pekerja OKU juga telah dinaikkan daripada RM400 kepada RM450 serta pasangan OKU juga akan mendapat pelepasan cukai dari RM3,500 kepada RM5,000 melebihi 40 peratus. "Manakala majikan yang memberi peluang pekerjaan kepada OKU juga akan dapat pelepasan Cukai sebanyak 20 peratus. Selain itu OKU juga akan dapat RM5 pas perjalanan tanpa had," katanya. Beliau berkata demikian ketika hadir melawat Rumah Sejahtera Taman Bahagia (RSTB), Bukit Payong dan Bengkel Pemulihan Kebajikan Marang bersempena pelancaran program Kembara Perihatin Negara peringkat Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Terengganu, semalam. Turut hadir adalah Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga Dan Perpaduan Nasional, Alias Harun, ADUN Wanita Terengganu, YB Zuraida Md Noor, Pengarah JKM Negeri Terengganu, Zuhaimi Omar. dan Pegawai Khas Menteri Besar Terengganu, Wahad Osman. YB Dato' Hajah Siti Zailah Mohd Yusoff menyantuni warga emas di Rumah Sejahtera Taman Bahagia (RSTB) Menurutnya lagi, kerajaan turut bersetuju menaikkan peruntukan bagi pengoperasian (PAWE) daripada RM33,330 kepada RM50,000 yang melibatkan 150 PAWE sedia ada. "Kerajaan juga mensasarkan satu PAWE akan ditubuhkan di setiap Parlimen menjelang 2025 sebagai usaha memastikan kebajikan warga emas terjamin," tambahnya lagi.
30 Nov 20
806
Harapan Nelayan Sungai Bandar Chukai Tertunai
Harapan Nelayan Sungai Bandar Chukai Tertunai
KEMAMAN, 24 November - Hasrat nelayan di Jeti Sungai Bandar Chukai di sini untuk mempunyai bekalan air bersih di kawasan jeti mereka sejak beberapa tahun lalu akhirnya tertunai. Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Tengah Chukai, Sirat Nasam, 63, menghargai usaha Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cukai, Hanafiah Mat yang merealisasikan impian nelayan di sana. Katanya, kesungguhan Hanafiah juga wajar dipuji apabila menaja sepenuhnya kos pemasangan paip air itu. "Sebelum ini mereka terpaksa mendapatkan bekalan air bersih di kawasan yang jauh sedikit daripada jeti. "Oleh yang demikian, mereka inginkan bekalan air bersih di kawasan jeti ini bagi memudahkan urusan mencari rezeki, akhirnya hari ini mereka dapat merasai dan menikmatinya. Ini semua kerana keprihatinan Yang Berhormat (YB) kepada nelayan di sini," ujarnya ketika dihubungi Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), baru-baru ini. Hanafiah Mat yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri itu sebelum ini turut membelanjakan peruntukan sebanyak RM50,000 bagi menanggung kos baik pulih Jeti Nelayan Sungai Bandar Chukai itu. Foto oleh - Azizi Zakaria.    
24 Nov 20
321
Belanjawan 2021: Tabung Perumahan, RM50 Juta Disediakan
Belanjawan 2021: Tabung Perumahan, RM50 Juta Disediakan
KUALA TERENGGANU, 23 November - Dalam menjamin kesejahteraan rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah (B40) di Terengganu, kerajaan negeri telah mengambil inisiatif mewujudkan Tabung Pinjaman Perumahan Rakyat Negeri Terengganu bermula tahun hadapan. Menteri Besar, Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, inisiatif tersebut merupakan salah satu manifesto kerajaan negeri yang bertujuan untuk membantu rakyat membina rumah atas tanah sendiri dengan lebih mudah. "Bagi menjayakan tabung pinjaman ini dan merealisasikan manifesto Kerajaan Negeri, sebanyak RM50 juta akan diperuntukkan," katanya ketika berucap membentang Belanjawan 2021 pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu di Wisma Darul Iman, hari ini. Tambahnya, Terengganu turut berterima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana meluluskan tiga projek perumahan baharu melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) iaitu Projek Program Perumahan Rakyat (PPR) Bukit Gasing, Marang, PPR Bukit Puteri, Besut dan Projek Program Pemajuan Kawasan di Mak Kemas, Marang melibatkan kos sebanyak RM166.5 juta. Dalam usaha mencapai sasaran 20,000 Rumah Mampu Milik (RMM) di Terengganu, kerajaan negeri juga berusaha menyediakan lebih banyak Rumah Darul Iman (RAHMAN) untuk golongan B40 melalui Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) selain Projek Perumahan Terengganuku Sejahtera (PPTS) bagi membaik pulih rumah yang mengalami kerosakan di seluruh DUN Negeri Terengganu.  
23 Nov 20
2920