lightning-solid
Berita :

Artikel "Kebajikan" Terkini

Serah Katil, Kerusi Roda Bantu Pesakit Terlantar
Serah Katil, Kerusi Roda Bantu Pesakit Terlantar
MARANG, 21 Disember - Sebanyak lima buah katil pesakit dan sepuluh kerusi roda telah diserahkan kepada penduduk Dewan Undangan Negeri Rhu Rendang yang memerlukan di mana rata-rata antara mereka adalah pesakit terlantar dan tidak dapat menguruskan diri sendiri. Pegawai Khas Menteri Besar Terengganu, Sabri Zakaria ketika dihubungi berkata, katil ini akan digunakan untuk orang ramai secara wakaf dan bergilir-gilir bergantung keadaan semasa pesakit. "Lima unit katil ini diserahkan dibawah kelolaan Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Rhu Rendang bersama-sama 10 buah kerusi roda yang disumbang khas oleh Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar yang juga merangkap ADUN Rhu Rendang. "Beliau yang juga wakil rakyat di sini sentiasa mengambil berat hal masyarakat di sini dalam memberikan sumbangan dan bantuan keperluan yang diperlukan bagi meringankan beban penduduk yang memerlukan," katanya. Sementara itu, Pegawai Khas Pusat Khidmat Masyarakat DUN Rhu Rendang, Nasaruddin Samsudeng menjelaskan ini adalah usaha PKM untuk membantu sementara menunggu bantuan daripada jabatan dan agensi terbabit. "Ini kerana, kita juga memahami proses dan prosedur, atau mungkin kekangan dari jabatan yang terpasa menghadapi tempoh-tempoh tertentu bagi meyalurkan bantuan. "Penerima pula adalah mereka yang betul-betul memerlukan berdasarkan maklumat daripada kunjungan dan siasatan yang dibuat sendiri bersama-sama agensi sebelum ini. "Ada juga jenis penyakit yang memang dinasihatkan oleh doktor tentang keperluan katil ini, di mana keperluan katil ini merupakan keutamaan bagi mereka."katanya Beliau berkata demikian selepas  selesai menyerahkan sumbangan katil dan kerusi roda bersama-sama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di Kampung Rhu Renggeh, Seberang Marang, serta Sungai Kerak.  
20 Dec 20
555
Nilai RM100, Tetapi Cukup Bermakna Buat Nelayan
Nilai RM100, Tetapi Cukup Bermakna Buat Nelayan
MARANG, 21 Disember - Walaupun nilaian barangan keperluan dapur hanya RM100 dan diagihkan kepada golongan nelayan yang terjejas di daerah ini, ianya cukup bermakna kerana sekurang-kurang dapat meringgankan beban perbelanjaan untuk  bulan berkenaan Barangan itu diagihkan Ahli Parlimen Marang, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.dalam Majlis Penyampaian Sumbangan Musim Tengkujuh di Dewan Tok Guru, Rusila, kelmarin. Dalam majlis iru seramai 250 nelayan di daerah Marang menerima bantuan berbentuk hamper bernilai RM100 setiap seorang. Pegawai Khas Ahli Parlimen Marang, Haron Yusof berkata bantuan seumpama itu sangat diperlukan golongan nelayan kerana difahamkan golongan itu tidak dapat keluar mencari rezeki hampir sebulan, hanya mengharap duit simpanan untuk mebeli barangan dapur. "Walaubagaimanapun, pihak Parlimen Marang, khususnya ‘Tok Guru’ akan sentiasa memantau keadaan nelayan. Sekiranya mereka tidak dapat pergi ke laut kita akan terus membantu mereka-mereka yang daif. Kita agih bantuan ini kepada mereka-mereka yang layak. "Pun begitu tambahnya lagi, kadang-kadang ada juga nelayan yang tuhan beri rezeki dia lebih. Mereka ini tidak diberi dan hanya diberi kepada nelayan yang betul-betul memerlukan. "Kalau nak agih kepada semua. Ini tidak adil,  Orang kaya-kaya kita tidak agihlah. Kita agih kepada nelayan yang miskin. Yang memang keadaannya amat memerlukan bantuan,"katanya., Menurutnya, oleh itu, dia sebagai pegawai parlimen Marang mencari jalan bersama kakitangan saya bagaimana ingin memberi bantuan ini. Jadi. Hari ini kita berkumpul. Dapat peserta seramai 250 orang, "Dan nilaian kita agih bantuan kepada setiap peserta ini dapat bertahan selama sebulan. Sekiranya cuaca baik akan datang. Maka mereka boleh pergi ke laut," ujarnya. Menurutnya lagi, pihaknya juga akan adakan lagi bantuan sebegini dari masa ke masa bergantung kepada keadaan semasa. Setakat ini, bantuan diberikan untuk nelayan di peringkat DUN Rhu Rendang dahulu dan berkemungkinan akan diadakan juga untuk DUN Pengkalan Berangan.  Untuk makluman, penduduk DUN Bukit Payung dan DUN Alur Limbat tidak terlibat dengan kegiatan-kegiatan menangkap ikan (nelayan). Namun, pihaknya akan meneliti juga pengusaha dalam bidang pertanian yang terkesan dengan musim tengkujuh jika ada.
20 Dec 20
95
OKU Ziarah OKU, Beri Sokongan Antara Satu Sama Lain
OKU Ziarah OKU, Beri Sokongan Antara Satu Sama Lain
MARANG, 18 Disember - Sebagai memberi sokongan antara satu sama lain, beberapa Orang Kelainan Upaya (OKU) di Kawasan Dewan Undangan Negeri Rhu Rendang telah diziarahi oleh Majlis Perfahaman Pertubuhan OKU Kelantan (MPPOK). Pegawai Khas Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dun Rhu Rendang, Nasaruddin Samsudeng berkata, kunjungan tersebut juga bertujuan memberi kata-kata semangat sesama mereka, di dalam kalangan OKU yang berkongsi nasib dan ujian kehidupan yang sama. "Rata-rata OKU yang diziarahi dan dikunjungi adalah mereka yang sakit terlantar dan tidak dapat menguruskan diri sendiri dengan sempurna sama ada dijaga oleh keluarga atau ibu bapa,"katanya.. "Apa yang menariknya, ayat al-quran dan doa-doa diperdengarkan kepada mereka sepanjang ziarah tersebut, sebagai bait-bait penguat semangat serta pengisian rohani. "Mewakili PKM, kami akan berusaha mewujudkan satu kumpulan sokongan yang terdiri daripada ibu bapa agar mereka saling mengenali dan menguatkan antara satu sama lain. "Di samping itu, kita juga berharap program seperti ini dapat memberikan kesedaran kepada orang ramai atau komuniti berkaitan penerimaan OKU dalam kalangan masyarakat. Beliau berkata sebaik sahaja selesai program menziarahi lima orang OKU di kampung Rusila, Gong Nangka, Sungai Kerak dan Sentul Patah. Turut hadir adalah Pegawai Khas Hal Ehwal OKU, Pejabat Timbalan Menteri Putrajaya, Mohammad Faizal Che Yusoff, Pegawai Khas Menteri Besar Terengganu, Wahad Osman, , Skuad Upaya daripada Lanjah Kebajikan & Kemasyarakatan PAS Pusat, Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Marang dan MPKK kampung masing-masing. Menurutnya lagi, program seperti ini wajar diteruskan dan dilakukan secara berkala lebih-lebih lagi apabila dapat berkerjasama dengan pihak seperti persatuan OKU atau Skuad Upaya seperti ini. "Antara yang diziarahi adalah mereka yang berusia antara lapan sehingga 40 tahun," tambahnya lagi.
18 Dec 20
517
Pesakit Perlu Ikut Nasihat Hospital - Kak Zah
Pesakit Perlu Ikut Nasihat Hospital - Kak Zah
MARANG, 17 Disember - Pesakit kronik yang memerlukan rawatan segera perlulah mengikuti nasihat seperti mana yang disarankan oleh pihak hospital atau pakar. Isteri Menteri Besar Terengganu, To' Puan Seri Tuan Faizah Tuan Ab Rahman berkata pesakit perlu mengutamakan kesihatan diri dengan merujuk kepada pihak yang lebih pakar seperti hospital daripada tempat lain. Menurutnya lagi, ahli keluarga dan masyarakat juga perlu sentiasa memberikan sokongan serta dorongan kepada pesakit yang menghidap sakit kronik seperti barah atau kanser agar emosi dan semangat mereka terus kuat. Keadaan salah seorang pesakit terlantar yang menghidap masalah saraf Ucapnya ketika menziarahi lima orang pesakit kronik di kawasan Dewan Undagan Negeri (DUN) Rhu Rendang bersama-sama agensi dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di Kampung Rhu Muda, Alur Tuman, serta Kampung Baru Rhu Muda. Antara jabatan yang hadir adalah, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Marang, Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu (MAIDAM), Tabung Darul Iman (TDI), dan Norlan United. Sementara itu, Pegawai Khas Pusat Khidmat Masyarakat Dun Rhu Rendang, Nasaruddin Samsudeng berkata, tujuan ziarah ini bertujuan memberikan bantuan seperti bantuan perubatan, bantuan pembedahan, katil, bantuan am bulanan, sewa rumah dan sebagainya. To' Puan Seri Tuan Faizah memberikan sedikit sumbangan kepada pesakit kanser "Mereka yang diziarahi kebanyakannya terdiri daripada mereka yang di luar kemampuan, dan terpaksa menampung kos-kos perubatan yang besar. "Jabatan ini hadir bagi memberikan bantuan yang selayaknya agar beban mereka dapat dikurangkan di samping menunjukkan kecaknaan pihak kerajaan kepada masyarakat." katanya. Isteri Ahli Dewan Undangan Negeri Rhu Rendang itu juga turut memberikan sedikit sumbangan kewangan bersama-sama keperluan asas yang diserahkan daripada pihak Norlan United.  
17 Dec 20
107
HOERBIGER Sumbang RM106,000 Kepada Mangsa Banjir
HOERBIGER Sumbang RM106,000 Kepada Mangsa Banjir
KEMAMAN, 15 Disember - HOERBIGER-KT Malaysia memberi sumbangan sebanyak RM106,000 kepada Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) untuk disalurkan kepada mangsa banjir di Terengganu. Usaha itu diambil oleh HOERBIGER setelah melihat beberapa kawasan terutamanya di Kemaman terjejas teruk akibat banjir. Sumbangan tersebut digunakan untuk pembelian makanan dan keperluan asas yang akan diedarkan kepada 1,000 keluarga terjejas di Kemaman, Marang dan Dungun. Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat yang mewakili kerajaan negeri menghargai jasa pihak HOERBIGER dan YFBM atas usaha terbabit. "Ini menandakan bahawa seluruh masyarakat yang berada di negara kita tanpa mengira bangsa dan agama mengambil cakna kesengsaraan yang dialami oleh mangsa-mangsa banjir ini. "Semoga HOERBIGER dan YFBM terus maju dalam bidang yang diceburi masing-masing seterusnya dapat melakukan kerja amal dalam membantu mereka yang memerlukan pertolongan," ujarnya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan majlis tersebut di Dewan Sivik Air Putih, semalam. Dalam majlis itu, Pegawai Daerah Dungun, Anuar Awang dan Pegawai Daerah Marang, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak turut menerima sumbangan itu mewakili mangsa-mangsa banjir di kawasan masing-masing. Turut bersama dalam majlis itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih, Ab. Razak Ibrahim, Pegawai Daerah Kemaman, Mohd Sophian Abu Bakar serta ketua-ketua jabatan. Untuk makluman, HOERBIGER aktif di seluruh dunia dalam sektor tenaga, industri proses, industri automotif, sektor kejuruteraan mekanikal, kejuruteraan keselamatan dan industri elektrik. Produk dan perkhidmatan mereka digunakan dalam pemampat timbal balik, unit kawalan aliran gas, transmisi kenderaan, penggabung berputar, perlindungan letupan, enjin berkuasakan gas dan hidraulik kereta.        
15 Dec 20
492
720 Penduduk Terima Bantuan Musim Tengkujuh
720 Penduduk Terima Bantuan Musim Tengkujuh
MARANG, 14 Disember - Bantuan musim tengkujuh pada tahun ini diteruskan lagi dengan 720 penduduk di sekitar Dewan Undangan Negeri Rhu Rendang bakal menerima manfaatnya. Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang, Hasan Awang berkata, sumbangan berbentuk keperluan asas itu bertujuan membantu penerima yang kurang berkemampuan di kampung masing-masing  "Kita harap dengan sumbangan ini, semua yang layak lebih-lebih lagi masyarakat yang terjejas aktiviti perkerjaannya dapat merasa dan mendapat manfaat daripadanya. "Selain itu, terdapat juga sumbangan yang diberikan kepada penerima daripada Pejabat Ahli Parlimen Marang, masjid, surau serta Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan NGO yang berkaitan," katanya. Beliau berkata ketika merasmikan majlis serahan sumbangan musim tengkujuh di dewan pejabat DUN Rhu Rendang semalam. Turut hadir, Pegawai Khas Menteri Besar Terengganu, Wahad Osman, Pengerusi Penyelaras MPKK, Safie Adam dan wakil MPKK masing-masing. Mengulas lanjut, beliau berkata, setiap MPKK akan mengambil tanggungjawab untuk mengagihkan 20 keperluan kepada mereka yang memerlukan di kampung masing-masing. "Ekoran daripada pandemik COVID-19, dan Prosedur Operasi Standard (SOP), majlis serahan seperti tahun sebelumnya tidak dapat diadakan secara besar-besaran. "Kita harap MPKK dapat mengenal pasti penerima dan menyerahkan kepada kebijaksanaan mereka untuk mengagihkan sumbangan kepada penerima yang selayaknya," tambahnya lagi.
13 Dec 20
257
Minyak Hitam Percuma Untuk Mangsa Banjir
Minyak Hitam Percuma Untuk Mangsa Banjir
KEMAMAN, 9 Disember - Penduduk di Kampung Air Putih dan Teladas yang terjejas akibat banjir baru-baru ini diberikan minyak hitam secara percuma. Program yang dianjurkan oleh Urus Setia Belia Sukan & NGO Terengganu Sejahtera (UBSNT) dan diketuai oleh Alternative Riding Club (ARC) Kemaman itu merupakan salah satu operasi sukarelawan pasca banjir yang menyasarkan penduduk di kawasan sekitar.  Ketua ARC Kemaman, Ab. Rahman Ngah berkata, bermula seawal jam 9.30 pagi, sebanyak 150 botol minyak hitam disediakan untuk program servis tukar minyak hitam motosikal terbabit. "Sepanjang tiga jam pertama program ini berjalan, ramai orang kampung yang tidak melepaskan peluang dalam program tersebut," katanya ketika ditemui media. Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih, Ab Razak Ibrahim yang turut turun padang ke tapak program berkenaan tidak melepaskan peluang membantu para sukarelawan menukar minyak hitam motosikal.  "Program seumpama ini amat bermanfaat terutama kepada mereka yang baru sahaja ditimpa musibah banjir. "Diharapkan semoga adanya program ini dapat meringankan bebanan para penduduk memandangkan motosikal merupakan salah satu pengangkutan utama bagi penduduk di kedua-dua buah kampung ini,” tambah beliau lagi. Sementara itu, rata-rata penduduk kampung yang ditemui mengucapkan ribuan terima kasih kepada ADUN Air Putih dan pihak urusetia kerana memberi peluang kepada penduduk di Kampung Air Putih dan Teladas menukar minyak hitam motosikal secara percuma.    
09 Dec 20
448
Abdul Hadi Ronda Empat Dun Agih Bantuan Banjir
Abdul Hadi Ronda Empat Dun Agih Bantuan Banjir
MARANG, 8 Disember - Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang turun ke semua kawasan dalam daerah ini bagi mengagihkan bantuan banjir kepada semua mangsa yang terjejas. Ahli Parlimen Marang itu berkata, bantuan yang disalurkan kepada golongan memerlukan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang, Pengkalan Berangan, Bukit Payung dan Alur Limbat tidak mengira latar belakang ideologi. "Kita sudah berada di dalam kerajaan. Ini kurnia daripada Allah SWT. Sudah tentu kita ada peranan dan jentera kita berjalan dengan elok. Cuma kita kena baiki beberapa kesilapan yang berlaku. Kalau dulu, pemberian bantuan ini ambil kira parti-parti. Parti dia beri bantuan, bukan parti dia tidak diberi bantuan. Kita tidak boleh buat begitu.  "Tuhan ajar kepada kita untuk adil kepada semua. Tuhan yang Maha Berkuasa itu memberi rezeki kepada semua hamba-Nya, hamba yang beriman, hamba yang kafir, hamba yang munafik, hamba yang baik, hamba yang jahat, yang macam-macam hal, tuhan bagi rezeki belaka.  "Biarlah serahkan kepada tuhan hukum di hari akhirat. Itu rahmat tuhan dan kita ikut petunjuk tuhan," ucapnya ketika merasmikan Majlis Penyampaian Sumbangan peringkat DUN Alur Limbat di Masjid Tasek, di sini baru-baru ini.  Menurutnya, semua rakyat yang terlibat dengan bencana banjir yang melanda Terengganu baru-baru ini dibantu secara adil tanpa kompromi iaitu tidak memihak mana-mana pihak atau individu tertentu sahaja.  "Kita mengarahkan jentera-jentera kerajaan turun ke bawah. Sekadar kemampuan yang ada pada kita. Tolong semua orang yang berhajat. Bukan yang tidak berhajat.  Kalau orang tu yang ada kemampuan sendiri dia tidak berhajat kepada bantuan, tidak kena dia mengambil bantuan. Hendaklah beri kepada orang yang berhajat. Orang yang sungguh-sungguh memerlukan pertolongan.  "Namun mereka yang berhajat pertolongan ini pun mungkin tak cukup, kena cari selalu mereka yang memerlukan. Alhamdulillah banyak pihak yang tolong menyumbang, tolong beri sekadar kemampuan," tambahnya lagi.  Untuk rekod, keempat-empat DUN di parlimen Marang ini telah diagihkan bantuan yang disampaikan sendiri oleh Ahli Parlimen Marang masing-masing bertempat di Bukit Gasing (DUN Rhu Rendang), Pengkalan Berangan, Atas Tol (DUN Bukit Payung) dan Tasek (DUN Alur Limbat).
08 Dec 20
522
Kak Zah Ziarah Mangsa Banjir
Kak Zah Ziarah Mangsa Banjir
MARANG, 5 Disember - Isteri Menteri Besar, To' Puan Seri Tuan Faizah Tuan Ab Rahman meluangkan masa menziarahi mangsa banjir di tiga buah Pusat Perpindahan Sementara (PPS) semalam. Beliau berkata, kehadirannya juga adalah bagi mewakili Menteri Besar, Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar yang tidak dapat hadir kerana masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan lutut. "Ahmad Samsuri juga turut menyampaikan salam kepada semua mangsa banjir dan kekesalan kerana tidak dapat bersama dalam kunjungan bersama penduduk terjejas banjir yang tidak bernasib baik. Turut hadir adalah Pegawai Khas Menteri Besar, Sabri Zakaria, Pengarah Majlis Tindakan DUN Rhu Rendang, Hasan Awang, Pegawai Khas Pusat Khidmat Masyarakat DUN Rhu Rendang, Nasaruddin Samsudeng. Tuan Faizah juga sempat beramah mesra dan mengagihkan makanan daripada Jawatankuasa Bencana Banjir kepada mangsa banjir yang dibungkus sendiri olehnya. Sedikit sumbangan dan hadiah juga turut diserahkan kepada mangsa yang terdiri daripada bayi baru lahir, Orang Kelainan Upaya (OKU), pesakit terlantar dan kanak-kanak berkhatan di PPS. To' Puan Seri Tuan Faizah membungkus maknanan untuk diagihkan kepada mangsa banjir di PPS  
05 Dec 20
463
Belia Santuni Asnaf
Belia Santuni Asnaf
KUALA TERENGGANU, 5 Disember – Walaupun terbatas kepada skala kecil dalam suasana COVID-19, warga belia tetap meneruskan inisiatif memberi bantuan dari rumah ke rumah kepada golongan yang memerlukan. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, bersesuaian dengan Hari Kesukarelawanan Belia Malaysia Peringkat Negeri Terengganu 2020, pelbagai latar belakang anak muda terlibat menjayakan aktiviti itu. “Alhamdullilah, hasil usaha sama agensi seperti sukarelawan Rakan Muda Kuala Terengganu dan Pasukan Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Wakaf Mempelam ini telah menyantuni 30 orang asnaf di 30 buah rumah. “Lokasi tumpuan kita bermula di Kampung Gong Pauh kemudian ke Kampung Kuala Bekah dan diakhiri di Kampung Sungai Rengas selepas Solat Jumaat,” katanya kepada pemberita selepas program Hari Kesukarelawanan Belia peringkat Kuala Terengganu, pagi semalam. Turut hadir, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu, Mohd Izwandy Ismail dan Pengerusi Majlis Belia Daerah Kuala Terengganu, Anas Hazizul. Wan Sukairi yang juga ADUN Wakaf Mempelam menyatakan rasa terima kasih kepada sukarelawan yang terlibat dalam memberi kesedaran dan mengalakkan aktiviti kesukarelawanan dan kemanusiaan di dalam negeri. Sementara itu, menurut Izwandy, program tersebut merupakan usaha daripada Kementerian Belia dan Sukan  serta kerajaan negeri bagi menggalakkan dan melahirkan sukarelawan di kalangan belia bersama komuniti. “Sebagai mana sedia maklum, 5 Disember ialah Hari Kesukarelawanan Belia Malaysia dan di peringkat negeri kita telah merangka usaha ini bersama Exco dan agensi-agensi pelaksana lain Urusetia Belia dan Sukan Negeri Terengganu, Majlis Belia Terengganu dan sukarelawan di dalam Kelab Rakan Muda Kuala Terengganu. “Program menyantuni melibatkan 25 sukarelawan belia ini adalah usaha peringkat akar umbi dalam menanam semangat sukarelawan yang jitu di kalangan anak muda supaya semangat ini dapat kita kekalkan dalam usaha berbakti dari semasa ke semasa,” katanya. Seorang penerima, Saudah Ngah,60, yang juga nenek kepada 15 cucu menyifatkan usaha belia ini sesuatu yang amat baik terutamanya mendidik orang muda berbakti kepada masyarakat setempat.
05 Dec 20
437