lightning-solid
Berita :

Artikel "Ekonomi" Terkini

Empty Image
Peruntukan RM16 Juta Untuk Kontraktor Kelas F
Ahmad Razif bersalaman dengan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Zulkifli Abu Bakar sebaik sahaja selesai mengangkat sumpah jawatan  Datuk Bandar itu, di Wisma Darul Iman, hari ini.  Kerajaan negeri meluluskan peruntukan RM16 juta untuk projek kontraktor Kelas F, bermula minggu hadapan.Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman berkata, setiap pejabat daerah akan menerima RM2 juta dengan masing-masing setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) mendapat peruntukan RM500,000.Katanya, setiap projek yang dianggarkan bernilai kira-kira RM20,000 ke bawah itu nanti mampu memberi manfaat kepada kira-kira 800 kontraktor Kelas F yang berdaftar di seluruh Terengganu.“Peruntukan itu akan disalurkan terus menerusi lapan pejabat daerah seluruh Terengganu. Inisiatif ini adalah bagi memberi peluang kepada kontraktor Kelas F yang tidak mendapat banyak projek dan tidak langsung menerima projek pada tahun ini.“Ianya juga sebagai suntikan bagi memastikan pertumbuhan ekonomi domestik di negeri ini,”katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pengakuan Menerima Jawatan Datuk Bandar dan Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Terengganu, di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.  Ahmad Razif berkata, usaha itu bukan sahaja membuka peluang pekerjaan kepada kontraktor Kelas F, malah membantu merancakkan perniagaan di kalangan pembekal barangan pembinaan dan perkakasan seluruh Terengganu.
05 Oct 16
34
Empty Image
Ikan Baung Menu Istimewa `Bawah Tasik’
Ikan baung masak asam pedas tempoyak menu istimewa di Restoran Aroma Kampung BJKB Sinonim dengan jolokan 'Bandar Di Bawah Tasik', Kuala Berang merupakan syurga hidangan ikan sungai dan ikan air tawar terutama baung yang sangat enak dijadikan gulai selain asam pedas tempoyak. Bagi segelintir masyarakat, hidangan ikan baung mungkin asing namun bagi penduduk di sekitar Kuala Berang, Hulu Terengganu ikan berkenaan amat popular di daerah itu. Keenakan dan kelembutan isinya menjadikan ikan baung mendapat permintaan tinggi dan mampu membuatkan sesiapa sahaja berasa ketagih untuk menikmatinya berulang kali. Selain baung, ikan kelah, lampam, patin dan keli turut ditawarkan di kebanyakan kedai makan dan restoran sekitar Kuala Berang dengan bekalan biasanya diperoleh dari Tasik Kenyir dan penduduk sekitar. Menyedari hakikat keistimewaan ikan baung, seorang peniaga Siti Fatimah Kassim memilih untuk menyediakan hidangan ikan baung masak asam pedas tempoyak sebagai juadah utama kepada para pelanggan di restorannya.   Restoran Aroma Kampung BJKB milik Siti Fatimah yang terletak di Lot5411-1A, Kedai Kampung Gaung, Kuala Berang beroperasi setiap hari kecuali Jumaat dari 11 pagi dan akan ditutup sehingga semua menu berasaskan ikan sungai habis dijual biasanya antara pukul 4 hingga 5 petang. Menurut Siti Fatimah, restorannya menjual pelbagai jenis ikan sungai, namun yang paling popular ialah ikan baung masak asam pedas tempoyak yang dijual antara RM3 hingga RM4 seketul. “Ikan baung paling laris di sini, ramai pelanggan yang singgah cari menu ini dan waktu kemuncak kira-kira jam 1 petang di mana ramai kakitangan kerajaan dan swasta yang bekerja berdekatan datang untuk menikmati hidangan tengahari. “Selain itu, begedel telur ikan merupakan menu istimewa yang menjadi pilihan orang ramai tetapi tidak setiap hari kami menyediakan hidangan ini kerana kesukaran untuk mendapatkan bekalan,” ujarnya yang telah menjalankan perniagaan itu sejak enam tahun lalu.   Siti Fatimah berkata, pelanggannya turut terdiri daripada penggemar ikan sungai dari seluruh negeri dan sanggup ke kedainya bagi menikmati lauk-pauk istimewa yang sukar ditemui di tempat lain. "Kami kadang-kadang turut menerima pelanggan yang datang dari luar Terengganu dan akan memastikan bekalan sentiasa ada supaya tidak menghampakan pelanggan yang datang dari jauh semata-mata mahu menikmati hidangan kegemaran," katanya yang dibantu 11 pekerja dari kalangan saudara-mara. Katanya, pelbagai jenis ulaman disediakan seperti pegaga, timun, pucuk gajus, ulam raja, petai serta jering dihidangkan bersama budu, sambal tempoyak atau sambal belacan bagi melengkapkan hidangan ikan baung masak asam pedas tempoyak. Menurutnya, tidak cukup dengan itu terdapat juga masak lemak putih belimbing buluh, ikan singgang, kerisi panggang, lampan goreng, kerabu rebung dan pelbagai lagi hidangan yang pastinya memikat selera.  
03 Oct 16
1615
Empty Image
Kejayaan Modul Dadong Diperluas Ke Kawasan 170,000 Hektar
Kerajaan Pusat bercadang meluaskan penanaman jagung bijirin untuk makanan ternakan melibatkan kawasan di luar jelapang padi seluas 170,000 hektar selepas kejayaan projek perintis yang menggunakan `Modul Dadong'.Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, projek perintis di Kampung Dadong, Kemaman itu mula diperkenalkan pada Jun lalu melibatkan kawasan 14 hektar disertai 51 petani berjaya mengeluarkan hasil tuaian yang sihat serta berrmutu.Ahmad Shabery berkata, hasil tuaian pertama projek itu sangat memberangsangkan dengan setiap hektar dijangka mampu menghasilkan antara lima dan 10 tan metrik jagung bijirin, sekali gus memberi pendapatan berganda kepada petani yang selama ini hanya meraih antara tiga hingga empat tan metrik padi untuk setiap hektar tanah yang dimiliki.Katanya, projek makanan ternakan itu merealisasikan usaha kerajaan dalam usaha mengelak kebergantungan negara terhadap import bijirin untuk makanan ternakan selain menjadi tanaman utama untuk makanan ternakan selain padi.“Walaupun kita tahu terdapat banyak masalah yang terpaksa dilalui seperti memerlukan tanah yang rata, tidak berlopak serta serangan dari haiwan perosak namun ianya dapat diatasi.“Ini adalah suatu perkara yang memberangsangkan sekiranya kita terus berjaya mempunyai satu program dasar yang lebih kemas dalam penanaman jagung yang bukan sahaja sebagai makanan keperluan manusia tetapi juga untuk makanan ternakan,” katanya.Beliau berkata  demikian kepada pemberita di Majlis Penuaian Jagung Bijiran Parlimen Kemaman, di Kampung Dadong, Chukai, Kemaman, semalam.Turut hadir, Pegawai Daerah Kemaman, Rosman Roslan dan Pengarah Pertanian Negeri Terengganu, Mohd Nasir Warris.Tambahnya, selama ini, negara terpaksa mengimport lebih kurang 5 juta tan metrik makanan ternakan dengan kos melebihi RM3 juta setiap tahun.“Sekiranya program ini dapat dijayakan, ia akan dapat kurangkan jumlah tersebut dan dalam masa yang sama ia akan menjana kekayaan baru di kalangan petani,” katanya.Ahmad Shabery berkata, pihaknya juga akan memperkemaskan lagi modul itu dengan memperbaiki teknik penyediaan tanah, penetapan jarak tanaman, kaedah pembajaan, sistem perparitan teratur dan kawalan awal untuk rumpai bagi memperoleh hasil tanaman yang lebih baik dan berkualitiDalam pada itu, Ahmad Shabery berkata kawasan yang akan diperluaskan untuk penggunaan modul tersebut adalah di kawasan penanaman padi satu musim kerana projek penamaman jagung itu memerlukan kawasan tanah yang tidak digunakan dalam tempoh masa yang lama.Untuk rekod, pada masa kini Malaysia mengimport hampir 100 peratus jagung bijirin iaitu lebih empat juta tan metrik dengan nilai RM3.1 bilion setahun untuk dijadikan bahan makanan ternakan seperti ayam, lembu dan kambing.
03 Oct 16
116
Empty Image
Pengusaha Batu Bata Tempatan Berdepan Persaingan Luar
Seorang pekerja sedang menyusun kayu api untuk proses pembakaran batu bata di dalam relau. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail Pengedar bahan binaan batu bata merah di negeri ini termasuk Syarikat Keluarga Jaya, Tepoh, Kuala Nerus kini berdepan dengan masalah permintaan yang berkurangan berikutan saingan daripada pengeluar dari luar Terengganu.Pengurus syarikat itu, Abdullah Daud berkata, faktor lain kurangnya projek pembangunan dan perumahan kerajaan di mana pihak itu lebih berminat kepada batu bata simen dan dinding konkrit pasang siap yang dianggap lebih murah. Katanya, faktor itu menjadi penyebab utama batu-bata merah milik syarikatnya menjadi longgokan walaupun harga yang ditawarkan hanya 0.31 sen sebiji.“Hanya mampu mengeluarkan kira-kira 300,000 batu bata sebulan berbanding 600,000 hingga 700,000 dalam tempoh sama, sepuluh tahun lalu.“Batu bata merah milik Syarikat Keluarga Jaya diperbuat daripada tanah liat, digali dan dijemur sebelum melalui proses pembakaran di dalam relau, mutunya jauh lebih baik berbanding bahan binaan yang mengunakan teknologi moden,” katanya ketika ditemui di kilang syarikat itu, hari ini.Menurutnya, difahamkan batu bata yang dipasarkan syarikat  luar menggunakan bahan daripada tanah bukit yang bermutu rendah, tanpa menjalani proses penjemuran dan sebagainya yang dijual dengan harga yang rendah."Yang hairannya, syarikat dari luar ini tidak dikenakan cukai  oleh Pihak Berkuasa Tempatan apabila dibawa masuk dan dipasarkan ke sini, sedangkan kita di sini dikenakan cukai.“Saya berharap pihak yang bertanggungjawab mengenakan syarat atau cukai kepada syarikat-syarikat batu bata dari luar yang mengedar bahan binaan berkenaan di negeri ini,” katanya yang mengambil alih syarikat yang berusia hampir 35 tahun itu pada 1991.Abdullah berkata,  ini penting bagi membantu syarikat-syarikat batu bata tempatan bernafas kembali. Masalah itu bukan sahaja dihadapi oleh syarikatnya, tetapi syarikat-syarikat lain yang ada di negeri itu."Sudah ada beberapa syarikat pengeluar batu bata gulung tikar apabila bahan binaan itu tidak mendapat sambutan atau tidak dapat dipasarkan di sini,” katanya.
03 Oct 16
1999
Empty Image
TDM Catat Pendapatan RM380.8 Juta
Ahmad Razif bersama wakil agensi-agensi kerajaan negeri pada Majlis Penyampaian Replika Cek Kepada Agensi Kerajaan Negeri, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu. Foto oleh Zulkifli Putra TDM Berhad mencatatkan hasil pendapatan sebanyak RM 380.8 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015 (FY2015) atau  satu peratus lebih rendah berbanding tahun sebelumnya, sebanyak RM 386.1 juta. Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pengurangan itu berikutan pendapatan bahagian perladangan TDM menurun kepada RM 215.6 juta daripada tahun sebelumnya iaitu RM255.8 juta yang dicapai pada 2014 .Katanya, namun demikian, bahagian penjagaan kesihatan pula mencatatkan pendapatan lebih tinggi berjumlah RM 165.2 juta, peningkatan sebanyak 27 peratus berbanding RM130.3 juta pada tahun sebelumnya. “Sementara itu, hasil yang lebih tinggi telah membawa TDM untuk meningkatkan keuntungan sebelum cukai  kepada RM69.4 juta untuk FY2015 atau lima peratus  lebih tinggi daripada RM65.9 juta yang dicatatkan dalam tempoh sama pada 2014 ."Seiring dengan prestasi kewangan bagi FY2015, TDM telah mencadangkan dividen akhir sebanyak 1.2 sen sesaham yang akan dibayar kepada pemegang saham,” katanya.Beliau berkata demikian di Majlis Penyampaian Replika Cek Kepada Agensi Kerajaan Negeri, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini. Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri,  Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail, Pengawai Kewangan Negeri, Dato’ A Rahim Jusoh dan  Pengerusi TDM Berhad, Major General , Dato’ Dr Mohamad Termidzi Junaidi.Di majlis itu, TDM Berhad membuat pembayaran dividen dan perkongsian keuntungan kepada agensi-agensi kerajaan  bagi keuntugan yang diperoleh dalam tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2015 .Antara agensi  terlibat,  Terengganu Incorporated  Sdn Bhd  membabitkan bayaran keuntungan RM11  juta,  Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu (hampir RM1.2 juta)  dan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (RM300,000).Ahmad Razif berkata, pembayaran dividen yang dicadangkan berjumlah RM17.8 juta iaitu 46 peratus  daripada PATAMI Teras berjumlah RM38.9 juta berbanding dengan 41 peratus  atau RM22.2 juta pada 2014 .“PATAMI Teras dikira tidak termasuk keuntungan yang tidak direalisasikan daripada untung yang tidak nyata dalam sekuriti pendapatan tetap yang berjumlah RM32.0 juta,” katanya.
28 Sep 16
166
Empty Image
Ismail Manfaat Pengalaman Jadi Penternak Kambing Berjaya
Ismail memanfaatkan pengalaman menternak lembu menjadi penternak kambing dan biri-biri berjaya di Terengganu. Foto oleh Aminudin Ismail Bersandarkan pengalaman menternak lembu pada 1984, seorang pengusaha ternakan kambing dan biri-biri, Ismail Jusoh, 69, dari Kampung Padang Pulut, Dungun, mampu memanfaatkan kelebihan itu apabila kini bergelar penternak berjaya di negeri ini.Walaupun terpaksa melalui beberapa rintangan termasuklah membiayai kos makanan (palet) yang semakin meningkat, tetapi penternak gigih ini mampu mengatasinya apabila dia kini memiliki kira-kira 300 ekor biri-biri termasuklah kibas yang menjadi permintaan pembeli dari seluruh Terengganu."Saya memang meminati bidang perternakan ini, dulu saya banyak berjalan untuk melihat cara bagaimana penternak lain menjalankan usaha mereka, saya bermula dengan menternak lembu pada 1984 dan beralih kepada kambing biasa pada tahun 2000 sebelum bertukar kepada menternak biri-biri dan kibas ini pada 2009."Pada mulanya saya hanya menternak kira-kira antara 15 hingga 20 ekor biri-biri dengan modal sekitar RM30,000 iaitu dari jenis 'long tail', 'barbados', 'dorper' dan 'suford', saya memilih untuk bertukar daripada menternak kambing kepada biri-biri ini kerana tempoh cukup umurnya lebih awal iaitu setahun berbanding kambing dua tahun," katanya.Ismail berkata, walaupun harga biri-biri dan kibas yang diternaknya itu berbeza berbanding kambing biasa tetapi permintaan orang ramai agak menggalakkan kerana saiz yang lebih besar serta berpatutan dengan harga yang ditawarkan."Alhamdulillah pendapatannya dua kali ganda daripada penternak kambing dahulu, dalam sebulan saya dapat menjual sekitar 10 ekor sebulan bergantung kepada permintaan, paling murah harganya antara RM800 hingga RM1,000. Biasanya ada yang membeli untuk pembakaan selain untuk daging," katanya.Menurutnya, permintaan untuk kibas juga menggalakkan dan ianya juga dijual dengan harga RM1,000 dan ke atas apabila beliau kini memiliki kira-kira 100 ekor kibas yang diternak bersama biri-biri.Menurutnya lagi, selain memberi makanan yang dibeli (palet) beliau juga memberi makanan rumput napier yang ditanam sendiri di tanah seluas hampir satu hektar berhampiran kandangnya serta beberapa makanan tambahan yang lain untuk kesihatan dan tumbesaran kambing."Alhamdulillah kambing saya jarang terkena penyakit, haiwan ternakan saya diberi makan dua kali sehari oleh tiga pekerja termasuk dua suami isteri yang mengalami cacat pendengaran yang turut bekerja di sini," katanya
26 Sep 16
1852
Empty Image
Bekas Pekerja Syarikat Minyak Jadi Penternak Berjaya
Gaddafi memastikan lembu ternakannya mendapat penjagaan dan pemakanan yang baik. Foto oleh Aminudin IsmailMinat mendalam dalam bidang penternakan mendorong seorang kakitangan sebuah syarikat minyak dan gas di Kemaman melepaskan jawatannya selama 23 tahun dengan syarikat berkenaan beberapa tahun lalu untuk melibatkan sepenuh masa dalam bidang penternakan.Sheikh Gaddafi Sheikh Mohd Nasir, 42, dari Ibok, Kemaman, berkata pada permulaannya dia menjadikan penternakan ini sebagai hobi kerana masih lagi bekerja tetap ketika itu."Minat bermula sejak 1995 lagi, saya kumpul modal dan memeliharanya sebagai satu hobi kerana ketika itu saya masih lagi bekerja di sebuah syarikat minyak dan gas di Kemaman dengan menjalankan perusahaan berhampiran rumah."Selepas merasakan saya mampu menternak secara komersial akhirnya pada 2004 saya mengeluarkan modal sebanyak RM300,000 daripada duit simpanan untuk menternak kambing sehingga mencapai 500 ekor. Duit itu juga saya guna untuk membeli sebidang tanah, membuat kandang dan membeli baka kambing,"katanya.Gaddafi yang juga Pengerusi Persatuan Penternak Ruminan Negeri Terengganu (PPRNT) itu berkata, pembabitannya dalam perusahaan ini menuntut banyak kesabaran kerana dia sudah beberapa kali mengalami kegagalan sebelum mengecapi hasilnya pada hari ini."Tiga kali gagal tapi memandangkan minat saya begitu tinggi dalam bidang penternakan ini, saya tidak pernah berputus asa sehinggalah dalam tempoh enam tahun iaitu untuk kali keempat barulah saya dapat memperkemaskan perniagaan saya dan dapat bertahan sehingga kini."Tahun 2010 barulah saya dapat stabilkan perniagaan saya dengan mengembangkan penternakan kepada lembu, saya mulakan dengan 30 ekor bermodalkan RM150,000. Alhamdulillah penternakan lembu saya berjaya dan sehingga kini mempunyai kira-kira 100 ekor lembu dan kambing lebih 30 ekor serta lebih 15 ekor rusa."Saya menjadi antara pembekal lembu hidup dan daging lembu utama di Terengganu dan beberapa tempat di Semenanjung Malaysia," kata bapa kepada dua orang anak itu.Menurutnya lagi, dia bercita-cita mahu menjadi pembekal lembu 'sado' utama di Terengganu pada masa depan dengan menambah bilangan lembu itu daripada tujuh kepada lebih 30 ekor sekaligus menjadi pembekal lembu sado utama di Kemaman.
20 Sep 16
663
Empty Image
Kafe Cendol Madu `Terangkat'
Ternyata usaha gigih seorang bekas kakitangan bank menjalankan perniagaan berasaskan makanan tidak sia-sia apabila Kafe Cendol Madu miliknya yang mula beroperasi akhir tahun lalu, mendapat sambutan luar biasa daripada penggemar cendol. Bagi penduduk sekitar Kuala Terengganu, cerita kemasyhuran cendol yang dijual di sebuah kedai makan di Kampung Wakaf Beruas, Kuala Terengganu itu memang sudah tidak asing lagi. Entah apa rahsia ramuannya, cendol yang diusahakan oleh Hassan Mohd Salleh,44, dan isteri Norhafiza Ahmad,43, sangat diminati bukan sahaja penduduk tempatan, malah pengunjung luar termasuk dari negeri jiran. “Impian saya untuk membuka sebuah kedai berkonsepkan santai akhirnya tercapai. Alhamdulillah, bermula hanya dengan empat meja, kini kira-kira 500 mangkuk cendol habis dijual setiap hari. “Berikutan sambutan yang menggalakkan dan bagi memenuhi keselesaan para pelanggan yang datang berpusu-pusu terutama pada hujung minggu, musim cuti sekolah serta cuti umum, ruang kedai terpaksa diperbesarkan,” katanya. Menurut Hassan, terdapat sebelas jenis cendol dijual di kedainya dan yang paling laris adalah cendol durian. “Menu lain adalah cendol pulut, laici, kacang, pauh, nangka madu, tapai pulut, ais krim, tapai ubi, biasa dan yang paling istimewa adalah cendol mewah iaitu gabungan ais krim, kacang, laici dan pulut,” ujarnya. Katanya, bagi mencapai tahap seperti sekarang bukan sesuatu yang mudah kerana setiap maklum balas pelanggan diberi perhatian dan menu sentiasa ditambah baik dari semasa ke semasa. Jelas Hassan, selain menyediakan cendol, kedai makannya yang beroperasi setiap hari kecuali jumaat mulai pukul 10.30 pagi hingga 7 petang, turut menjual roti bakar telur goyang, roti bakar telur goyang (ayam kampung), roti bakar madu, telur arong ayam kampung dan pelbagai jenis minuman. Hassan berkata, dia berhasrat untuk mengukuhkan lagi perniagaan cendol madu yang diusahakan itu supaya dapat diwarisi oleh lapan anaknya suatu hari nanti.  
20 Sep 16
647
Empty Image
Adi Food Sasar Luas Pasaran Seluruh Malaysia
Adi Food Product Sdn. Bhd. (Adi Food), satu-satunya syarikat pengeluar kacang di Terengganu berhasrat meluaskan pasaran produknya di seluruh negeri.Pengurusnya, Hadi Che Abdullah berkata, dengan menggunakan jenama ‘Kruncher’ pasaran kacang syarikatnya sehingga kini telah berjaya menembusi pasaran Kuala Lumpur. Kilang kacang Adi Food yang beroperasi sejak lima tahun lalu telah memperoleh pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia sekali gus membuka peluang kepada syarikat ini untuk  pergi lebih jauh ke pasaran luar negeri.Menurut Hadi, ketika ini syarikatnya mengeluarkan tujuh jenis produk kacang iaitu kacang peas, kacang sepat kari, kacang Shandong, kacang campur, kacang botak, kacang kari dan kacang sira yang melambangkan identiti negeri Terengganu.Hadi berkata, bahan mentah untuk menghasilkan kacang-kacang berkenaan di import dari Penang sebelum diproses di kilang miliknya yang terletak di Jalan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu. Katanya, sebagai sebuah syarikat keluarga yang menjalankan perniagaan memproses kacang, Adi Food banyak mendapat bimbingan dan latihan daripada Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) khususnya dari aspek untuk meluaskan jaringan pasaran produk yang dikeluarkan.Katanya, pasaran kacang keluaran syarikatnya kini juga semakin meningkat, walaupun sebelum ini rata-rata pelanggan lebih gemarkan pembungkusan lama.“Dengan pembungkusan yang lebih menarik, orang ramai kini boleh mendapatkan produk kacang keluaran Adi Food di kedai runcit seluruh daerah termasuk sebuah pasaraya popular negeri ini selain boleh didapati secara terus dari kilang,” ujarnya.
16 Sep 16
1610
Empty Image
Rezeki Si Tangan Emas
Melihat kekurangan Mohd Alamin Jais , 44, yang tidak mempunyai anggota yang sempurna, pasti ramai tidak menjangkakan dia mampu menjadi tukang jahit yang mengkhusus kepada jahitan jeans di Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu sejak 13 tahun lalu.Alamin dilahirkan sebagai orang kelainan upaya (OKU) tidak pernah mengeluh dengan kekurangannya, malah beranggapan kecacatan pada kedua bahagian tangannya sebagai anugerah dan `tangan emasnya ’ itu perlu digunakan sebaik mungkin untuk mencari rezeki yang halal.Pemuda cekal yang pernah mengikuti kursus kemahiran dikendalikan Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi memperoleh sijil jahitan, berkecimpung dalam bidang itu sejak 20 tahun lalu.Katanya, minat mendalam terhadap bidang jahitan membuatkannya nekad membuka kedai jahit khusus untuk mengubahsuai seluar  dan terus mendapat sambutan terutama pada musim perayaan.“Kekurangan saya bukan halangan untuk terus mencari rezeki yang halal kerana jika ada kemahuan maka di situ ada jalannya,”katanya lagi.Mohd Alamin yang berasal dari Kampung Belukar Sukai, Kepong Kuala Terengganu berkata, displin diri merupakan antara senjata utama untuknya terus kekal dalam bidang ini.Katanya, dia bersyukur kerana setakat ini hasil kerjanya tidak pernah menerima sebarang aduan daripada pelanggan, malah seringkali menerima tempahan daripada pelanggan yang sama.
15 Sep 16
174