Artikel "Bencana" Terkini
Kerajaan Laksana Dua Strategi Segera Atasi Banjir di RMM Teluk Kalong
KEMAMAN, 22 Disember - Kerajaan negeri mencari jalan bagi menyelesaikan masalah 500 buah rumah yang didiami 2,000 penduduk di Rumah Mampu Milik (RMM) Teluk Kalong yang berhadapan musibah banjir setiap tahun.
Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Hanafiah Mat berkata, pihaknya setelah berbincamg dengan Majlis Perbandaran Kemaman, Kontraktor Utama Arus Juta dan pihak Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu telah bersetuju untuk membina longkang parit tanah sementara.
"Kita juga akan meninggikan sedikit ban di kawasan terbabit bagi mengurangkan risiko banjir.
"Supaya limpahan hujan ini yang mengalir dari bukit akan turun ke dalam parit tanah dan akan pergi ke saluran hadapan.
"Kedua, kita minta pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memeriksa semula aliran di luar jalan utama yang mengalir ke laut, memang (sebelum ini) telah dibina jambatan dan air pun sangat laju supaya ada satu aliran untuk memastikan air keluar dengan cepat.
"Selain itu, tidak dinafikan sepanjang 10 tahun ini berlaku hujan yang sangat lebat sehingga melebihi 270 hingga 300 milimeter (mm) sehari dan saya juga bersetuju supaya dekat kawasan padi itu dibuat satu takungan dan saya akan cari tanah untuk alirkan air ini secepat mungkin," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), ketika mengadakan lawatan ke RMM Teluk Kalong, di sini, hari ini.
Mengulas lebih lanjut Hanafiah berkata, setelah banjir di situ dapat diatasi maka projek untuk membina perumahan baru di kawasan itu akan dapat diteruskan.
"Selepas projek ini siap akan dibina 600 unit rumah komersial pelbagai akan dibina dengan 20 peratus daripadanya akan dibina Rumah Mampu Milik (RMM)," ujarnya.
22 Dec 24
502
Dewan Perniagaan Cina Terengganu Bantu Mangsa Banjir
KEMAMAN, 21 Disember - Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Terengganu (TCCCI) tidak ketinggalan menyalurkan sumbangan melalui Pejabat Ahli Parlimen Kemaman kepada mereka yang terbeban akibat bencana banjir baru-baru ini.
Naib Presidennya, Vincent Ng Thian Hock memuji kesabaran yang ada pada mangsa banjir walaupun beberapa kali diuji dengan musibah banjir tahun ini.
"Kami amat menyanjung ketabahan dan kesabaran tuan puan dalam menghadapi bencana yang menimpa kalian pada kali ini.
"Kami memahami walaupun diuji dengan kehilangan harta benda dan kerosakkan tempat tinggal bahkan mungkin kenangan yang berharga adalah amat sukar untuk dilalui.
"Namun ketahuilah bahawa anda tidak keseorangan. Kami amat prihatin dan dengan semangat 'Ganu Kite', kami gabungan tiga Dewan Perniagaan Negeri Terengganu tidak berdiam diri.
"Dengan usaha yang kecil ini kami bergerak dan bersedia untuk turut membantu mereka yang ditimpa bencana samada dalam bentuk kebendaan dan sokongan moral," katanya.
Vincent berkata demikian di hadapan seramai 694 Ketua Isi Rumah di Kampung Telok Kalong sempena Majlis Agihan Sumbangan Barangan Kepada Mangsa Banjir yang diadakan di Dewan Tok Guru, Darul Iman Training Centre (DITC), Kemaman semalam.
Turut hadir, Pegawai Khas Ahli Parlimen Kemaman, Ustaz Haji Hazri Jusoh mewakili Ahli Parlimen Kemaman dan ADUN Kijal, Datuk Razali Idris.
Untuk rekod, beberapa syarikat lain yang turut menghulurkan sumbangan pada majlis tersebut antaranya adalah Maxis yang menyediakan pendaftaran sim kad percuma yang terisi RM35 setiap keping kepada penerima.
21 Dec 24
316
Nelayan Terjejas Kepala Air Terima Sumbangan Kerajaan
SETIU, 19 Disember – Nelayan di Kampung Telaga Papan yang terjejas akibat bencana kepala air menerima bantuan kerajaan negeri bagi meringankan beban mereka.
Kejadian pada 1 Disember 2024 itu mengakibatkan 17 bot rosak, termasuk 10 sampan milik nelayan tanpa lesen.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi Negeri, Dr. Azman Ibrahim, berkata bahawa kerajaan negeri sentiasa prihatin terhadap nasib rakyat yang terjejas.
“Hari ini kita raikan mereka sambil menyampaikan sumbangan untuk meringankan beban.
“Inisiatif ini turut menjadi pemangkin usaha menyelesaikan isu nelayan tanpa lesen melalui pendekatan lebih komprehensif.
“Nelayan berlesen pula sedang dibantu melalui Tabung Bencana Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM),” katanya dalam satu hantaran di Facebook baru-baru ini.
Menurut Azman, isu nelayan tanpa lesen menjadi persoalan utama.
“Kenapa masih ada nelayan sampan yang tak berlesen walaupun kita dah buat Task Force Lesen Sampan Nelayan pada 2019?.
“Task force tersebut sebelum ini berjaya menyelesaikan masalah lesen untuk lebih 600 nelayan.
“Namun, ada yang tercicir sama ada kerana gagal memenuhi syarat atau tidak membuat permohonan,” ujar beliau.
Dr. Azman turut mengumumkan inisiatif baharu Task Force Lesen Sampan Nelayan 2.0 untuk memastikan tiada lagi nelayan ketinggalan.
“Saya dah bincang dengan Pengarah Perikanan Terengganu. Kita akan kutip baki nelayan yang masih tercicir.
“KPI saya jelas: selepas ini, tiada lagi nelayan tanpa lesen!” tegasnya.
Beliau juga merakamkan penghargaan kepada pihak yang terlibat dalam menjayakan usaha ini, termasuk Datuk Bandar Majlis Bandar Raya Kuala Terengganu, Dato’ Rosli Latif.
“Terima kasih kepada Dato’ Rosli, Pegawai Daerah, JPKK, dan Persatuan Nelayan Setiu yang membantu mempermudahkan urusan kita dalam menjaga kebajikan nelayan,” katanya lagi.
Melalui langkah proaktif ini, kerajaan negeri komited untuk memastikan nasib semua nelayan terbela dan tiada lagi golongan yang terpinggir. Inisiatif ini bukan sahaja meringankan beban mereka yang terjejas, tetapi juga membuka jalan kepada penyelesaian jangka panjang yang lebih menyeluruh.
19 Dec 24
93
Pelajar ILP Sumbang Kepakaran Baiki Barang Mangsa Banjir
KUALA NERUS, 10 Oktober – Pelajar-pelajar Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Terengganu telah menyumbangkan kepakaran teknikal dalam membaik pulih peralatan elektrik bagi meringankan beban mangsa banjir yang terkesan baru-baru ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh, Hishamuddin Abdul Karim, mewakili Kerajaan Negeri Terengganu, menyatakan penghargaan terhadap usaha yang dilakukan oleh pihak ILP Kuala Terengganu.
Menurut beliau, inisiatif itu sangat membantu mangsa banjir yang mengalami kerosakan peralatan elektrik akibat terendam dalam air.
“Pihak Kerajaan Negeri Terengganu amat berbesar hati dan berterima kasih kepada pengurusan ILP di bawah kelolaan KESUMA serta kepada para pelajar yang sudi meluangkan masa dan tenaga untuk meringankan beban mangsa banjir,” ujar beliau.
Hishamuddin turut memaklumkan bahawa situasi banjir di negeri ini masih belum berakhir.
Beliau menyatakan bahawa kawasan Kemaman dan Dungun kini sedang menghadapi gelombang banjir ketiga, dengan sebahagian penduduk telah dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
Beliau juga menambah bahawa beberapa negeri lain turut berhadapan situasi yang sama.
Dalam ucapannya, Hishamuddin mengingatkan bahawa banjir adalah ujian yang datang daripada kuasa Allah SWT, dan manusia hanya mampu meminimakan kesannya, bukan menghalangnya sepenuhnya.
“Curahan hujan ini adalah ketetapan Allah SWT, dan tiada siapa mampu menghalangnya. Keupayaan manusia melalui sains dan teknologi hanyalah untuk mengurangkan impaknya, tetapi kuasa sebenar tetap di tangan Allah,” katanya.
Beliau turut menekankan pentingnya sifat kebersamaan dalam menghadapi musibah seperti ini, dengan menyeru masyarakat untuk terus membantu antara satu sama lain demi mewujudkan kesan positif dalam komuniti.
“Semangat kebersamaan ini harus dipupuk sejak dari zaman belajar hingga ke alam pekerjaan. Jika budaya ini diterapkan, masyarakat Malaysia akan terus bersatu dan mampu mengharungi apa jua ujian yang melanda,” katanya.
Inisiatif seperti yang dilakukan oleh ILP Kuala Terengganu membuktikan bahawa semangat saling membantu dan memberi khidmat kepada masyarakat dapat memainkan peranan penting dalam usaha memulihkan kehidupan selepas bencana.
10 Dec 24
148
Kerajaan Negeri Peruntuk RM20 Ribu, Selamatkan Kediaman Dari Hakisan Pantai
KUALA NERUS, 9 Disember - Kerajaan negeri mengambil langkah segera dengan peruntukan RM20,000 bagi menyelamatkan sebuah rumah yang didiami sebuah keluarga serta sebuah surau berikutan hakisan berlaku di Pantai Kampung Pengkalan Maras, Batu Rakit.
Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Hanafiah Mat berkata, usaha tersebut diambil kerana hakisan semakin dekat dan dikhuatiri mengundang risiko kejadian tidak diingini.
"Ini merupakan projek sementara bagi memastikan rumah serta sebuah surau ini dapat diselamatkan dengan kaedah meletakkan batu-batu besar supaya tanah itu tidak runtuh pada malam ini ataupun boleh bertahan selama beberapa hari sebelum diambil langkah seterusnya," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media, selepas mengadakan lawatan di Pantai Maras Batu Rakit berkaitan hakisan pantai dan tambun batu, di sini, hari ini.
Terdahulu, pemilik rumah, Mazlan Abdullah, 56, berkata jarak hakisan dengan rumahnya kini hanya kira-kira dua meter menyebabkan dia bimbang kediaman yang dibina sejak 30 tahun lalu runtuh.
Dia yang juga merupakan pengusaha kedai makan berhampiran rumahnya berkata, dengan tindakan segera yang diambil oleh kerajaan memberikannya sedikit kelegaan.
"Timbunan batu ini sekurang-kurangnya mampu mengurangkan kelajuan ombak," ujarnya.
09 Dec 24
327
Khidmat Malaysia DUN Sura Bantu Mangsa Banjir Taman Rakyat Jaya
DUNGUN, 7 Disember – Seramai 100 sukarelawan Khidmat Malaysia Dewan Undangan Negeri (DUN) Sura telah turun padang untuk membantu membersihkan rumah yang terjejas akibat banjir di Taman Rakyat Jaya, di sini semalam.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Dr Tengku Muhammad Fakhruddin Tg Md Fauzi, aktiviti ini adalah tanda sokongan dan komitmen pihaknya dalam membantu mangsa banjir yang masih berdepan dengan pelbagai kesulitan selepas kejadian.
Katanya, kerja gotong-royong ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan untuk meringankan beban mangsa banjir yang masih terkesan dengan bencana tersebut.
“Kami berusaha untuk memastikan rumah-rumah yang terjejas dapat dibersihkan secepat mungkin agar penghuni dapat kembali menjalani kehidupan mereka dengan selesa. Kita menyediakan hampir 10 buah lori untuk mengangkut sampah serta barang yang rosak akibat banjir ini,” katanya.
Para sukarelawan terlibat dalam pelbagai tugas, termasuk membersihkan lumpur, membuang barang rosak, dan membersihkan peralatan rumah yang terendam air.
Dr Tengku Muhammad Fakhruddin menambah, pihaknya bertekad untuk terus memberikan sokongan kepada mangsa banjir, terutamanya dalam usaha pemulihan dan pembersihan pasca-banjir.
“Kami berharap dengan bantuan ini, kehidupan mereka dapat kembali normal dan proses pemulihan dapat dilaksanakan dengan lebih cepat,” katanya sewaktu sedang bergotong-royong membersihkan kawasan tersebut.
Dengan adanya kerja-kerja sukarela ini, diharap suasana Taman Rakyat Jaya dapat dipulihkan dengan segera, memberikan harapan baru kepada penduduk yang terkesan.
07 Dec 24
119
Sukarelawan T-Volt Bersih Lebih 100 Rumah Mangsa Banjir
KUALA NERUS, 5 Disember - Sukarelawan yang bernaung di bawah Terengganu Volunteers (T-Volt) membersihkan lebih 100 rumah mangsa banjir di Taman Desa Tanjung Damai (TDTD) dan Taman Desa Darul Iman (TDDI).
Misi bantuan pembersihan itu digerakkan hari ini bersama pelbagai agensi, Jabatan, GLC dan NGO terlibat
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh, Hishamuddin Abdul Karim berkata, operasi pembersihan pasca banjir itu mendapat sambutan pelbagai pihak.
“Hari ini kita menerima sokongan daripada sukarelawan T-Volt, Khidmat Malaysia Besut, Khidmat Malaysia Setiu, Khidmat Malaysia Kemaman dan tentu sekali Khidmat Malaysia Kuala Nerus yang sebahagian membersih rumah dan sebahagian lagi menyediakan makanan melalui dapur rakyat.
“Kita juga menerima sokongan daripada GLC antaranya TDM, termasuk Jabatan Kerajaan seperti Jabatan Penjara, MBKT, serta syarikat persendirian yang turut membantu seperti Rimbun Tekad, ECRL dan lain-lain lagi," katanya kepada UPDI.
Sementara itu, Hishamuddin turut memuji pihak PBT dan Pejabat Daerah yang dari awal bencana sehingga pasca banjir kerana terus memberi khidmat kepada komuniti dan mangsa banjir antaranya dengan menyediakan pengangkutan bagi membuang sampah pukal dan membersih kawasan terlibat.
“Selain dilakukan secara serentak dengan pihak PBT iaitu MBKT membersihkan kawasan, turut tidak ketinggalan Pejabat Daerah Kuala Nerus yang dari awal terus berbakti dan berkhidmat untuk kepentingan rakyat dalam Kuala Nerus khususnya di Tepoh kali ini.
“Alhamdulillah sampah-sampah pukal sebahagian telah diangkut dan akan ada lagi selepas ini kerana sebahagian rumah belum dimasuki kerana tuan rumah belum memasuki rumah," ujar beliau.
Dalam pada itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang bertungkus lumus membantu serta komited untuk menyusun gerak kerja dengan lebih efisien.
“Kita mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu. Akan diteruskan lagi esok dan lusa sehingga selesai," tambah beliau.
05 Dec 24
302
Khidmat Malaysia Anjur Dapur Rakyat Ringankan Beban Mangsa Banjir
KUALA TERENGGANU, 4 Disember - Badan Bukan Kerajaan Khidmat Malaysia Kuala Terengganu (KMKT) menganjurkan inisiatif Dapur Rakyat bagi membantu meringankan beban mangsa banjir.
Ketua Kebajikan KMKT, Azizah Mahmood berkata langkah itu menyasarkan penduduk di kawasan yang paling terkesan, khususnya mereka yang ditempatkan di dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Paloh dan Sekolah Kebangsaan Bukit Losong.
“Kami di Khidmat Malaysia Kuala Terengganu amat memahami kesukaran yang dihadapi penduduk selepas bencana.
“Dapur Rakyat pada kali ini menyediakan kira-kira 800 pek makanan tengah hari untuk diagihkan kepada mangsa banjir di kawasan terjejas.
“Termasuk mereka yang berada di PPS dan penduduk dari lima buah kampung yang teruk dilanda banjir iaitu Pulau Rusa Hilir, Paloh, Losong Dato’ Amar, Losong Haji Long, dan Losong Panglima Perang,” kata beliau.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dun Wakaf Mempelam, di sini semalam.
Tambah Azizah, Dapur Rakyat dijayakan dengan komitmen 50 petugas wanita dan 30 lelaki yang bertugas sebagai sukarelawan untuk menyediakan dan mengagihkan makanan.
“Kami pastikan makanan ini sampai kepada semua yang memerlukan, termasuk mereka yang berada di kawasan terjejas lain yang memerlukan bantuan segera,” jelasnya.
Beliau juga menambah, Ops Bersih telah dijalankan di SK Pulau Rusa dengan kerjasama pihak Bomba, guru-guru sekolah, JPKK Pulau Rusa Hilir, dan pasukan dari Khidmat Malaysia Dun Wakaf Mempelam.
Azizah turut menyeru lebih ramai pihak tampil menghulurkan sumbangan.
“Kami masih mengalu-alukan sumbangan daripada para dermawan, sama ada dalam bentuk tenaga, wang ringgit, atau apa sahaja bentuk bantuan untuk mangsa banjir,” ujar beliau.
Beliau turut menegaskan bahawa bencana ini tidak hanya memberi kesan kepada Kuala Terengganu, tetapi juga banyak kawasan lain di seluruh negeri.
“Banjir kali ini sangat besar, Khidmat Malaysia Negeri Terengganu amat menghargai sokongan dari dalam dan luar negeri.
“Kami sangat berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan operasi ini, dan semoga usaha kita semua diberkati serta menjadi amal jariah yang berkekalan,” katanya.
05 Dec 24
454
Mangsa Banjir Terharu Jabatan Amal Hulur Bantuan
MARANG, 3 Disember - Mangsa banjir di Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Berangan di daerah ini meluahkan rasa terharu atas bantuan yang dihulurkan anggota Jabatan Amal di saat mereka diuji dengan musibah tersebut,
Salah seorang mangsa banjir, Mohd Bakhtimi Mohd Ali Hanafiah, 58, berkata, kehadiran Jabatan Amal DUN Pengkalan Berangan ke kediaman mereka bagi membersihkan kotoran akibat bencana itu tidak mampu dibalas dengan wang ringgit.
"Kami baru pulang ke rumah setelah beberapa hari terpaksa berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di SK Pengkalan Berangan. sampai di rumah kami tak sangka anggota Jabatan Amal datang membantu membersihkan rumah kami.
“Alhamdulillah, kami sangat berterima kasih kepada Jabatan Amal yang begitu cepat bertindak.
"Kesan banjir memang banyak, tetapi dengan bantuan mereka, saya rasa lega dan boleh kembali memulakan kehidupan,” katanya penuh syukur.
Ujarnya, dengan bantuan terbabit rumahnya kembali bersih dan selesa untuk didiami.
Bakhtimi turut menyatakan segala tindakan pantas dan keprihatinan yang ditunjukkan oleh Jabatan Amal itu juga telah mendapat penghargaan daripada para penduduk yang terlibat.
"Usaha murni ini turut memberi harapan kepada banyak lagi keluarga yang terjejas oleh banjir untuk kembali meneruskan kehidupan mereka dengan lebih baik," katanya.
03 Dec 24
246
Rumah Masih Belum Siap, Pagar Pula Musnah Dihempap Tanah Runtuh
MARANG, 3 Disember - 'Rumah masih belum lagi siap pagar pula dihempap tanah runtuh', begitulah nasib yang menimpa seorang penduduk di Kampung Jenang, Pengkalan Berangan di sini.
Menurut Jiran terdekat Muhamed Yusuf, kejadian sekitar jam 1 pagi 29 November lalu itu walau bagaimanapun tidak membabitkan kehilangan nyawa atau kecederaan fizikal.
"Tuan rumah berasal dari Jerong, rumah itu belum lagi siap hanya pagar yang siap, jadi runtuhan itu hanya terkena pagar.
"Nasib baik rumah itu masih belum diduduki, bayangkan jika penghuninya ada, pasti ia membahayakan keselamatan nyawa, kita tidak mahu tragedi di Bukit Apit berulang kembali," ujarnya.
Dalam pada itu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong berkata pihaknya melalui pusat khidmat akan menyelesaikan pembersihan untuk tanah tersebut dengan peruntukan RM1,000 sehari.
"Jika diselesaikan dalam dua hari kosnya RM2,000 dan kita akan menanggung segala kos pembersihan ini," ujarnya.
03 Dec 24
251