lightning-solid
Berita :

Artikel "Bencana" Terkini

Peruntukan Segera Diperlukan Tangani Hakisan Pantai, Banjir di Setiu
Peruntukan Segera Diperlukan Tangani Hakisan Pantai, Banjir di Setiu
KUALA LUMPUR, 30 Oktober - Penduduk Setiu kini resah menghadapi ancaman hakisan pantai dan banjir yang semakin memburuk, terutama menjelang musim Monsun Timur Laut (MTL) yang bakal melanda Terengganu.  Dalam sesi Dewan Rakyat semalam, Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abd Kadirn menggesa kerajaan untuk segera meluluskan peruntukan tambahan bagi menangani isu hakisan yang kian mengancam kawasan tersebut. Shaharizukirnain menekankan bahawa hakisan pantai kini telah merebak jauh melampaui kawasan yang dilindungi oleh 16 benteng pemecah ombak (breakwater) yang dibina sebelum ini.  “Kerajaan sudah meluluskan RM84 juta untuk pembinaan breakwater di Kampung Pengkalan Maras dan Batu Rakit, tetapi peruntukan tambahan segera amat diperlukan bagi menghalang hakisan baru yang semakin mengancam penduduk,” ujarnya.  Menurutnya, peruntukan hanya diberikan selepas hakisan berlaku, sekali gus mendedahkan penduduk kepada risiko bencana. Beliau turut menyuarakan kebimbangan mengenai Pantai Bali Kecil, yang kini hampir menceroboh kawasan kediaman penduduk.  “Saya benar-benar berharap agar cadangan pembinaan benteng pemecah ombak ini dapat disegerakan.  "Penduduk di kawasan ini sentiasa hidup dalam kebimbangan setiap kali musim MTL tiba,” katanya dengan penuh harapan. Selain hakisan, isu banjir di Permaisuri turut dibangkitkan, kawasan ini sering kali menjadi lokasi terjejas teruk akibat banjir, walaupun ia menempatkan banyak pejabat agensi kerajaan dan premis perniagaan penting.  “Mengapa kita harus menunggu sehingga berlaku kerosakan besar?,” tegas Shaharizukirnain, sambil menggesa agar Rancangan Tebatan Banjir Sungai Setiu Fasa 1 yang dianggarkan berjumlah RM200 juta dapat dipercepatkan demi melindungi infrastruktur penting. Beliau berharap semua pihak memandang serius permasalahan ini demi keselamatan dan kesejahteraan rakyat Setiu.  “Penduduk disini amat memerlukan perlindungan yang lebih baik sebelum MTL bermula,” serunya supaya ada tindakan segera daripada pihak berkuasa.  
30 Oct 24
285
Terengganu Hantar Sukarelawan Bantu Mangsa Banjir di Kedah
Terengganu Hantar Sukarelawan Bantu Mangsa Banjir di Kedah
KUALA TERENGGANU, 22 September - Terengganu sedang dan akan menghantar sukarelawan dan pelbagai badan bukan kerajaan negeri (NGO) bagi membantu mangsa banjir di negeri Kedah. Menteri Besar, Dato' Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, tindakan selanjutnya bagi meringankan beban rakyat negeri kedah yang terlibat musibah itu akan diperhalusi. "Kita tengoklah selepas ini apa tindakan selanjutnya berdasarkan keperluan yang sewajarnya sama ada dari segi kewangan dan sebagainya," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas menghadiri Program Townhall Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu (PERMATA), di Duyong Marina Resort , di sini, hari ini. Dalam pada itu, Dr. Ahmad Samsuri berkata, persiapan menghadapi bencana banjir di Terengganu sedang berjalan sebagaimana perancangan. "Perbincangan dengan pihak NADMA dan lain-lain entiti yang mengurus selia banjir di Terengganu sedang berjalan. "Alhamdulillah berdasarkan pengalaman sebelum ini, persediaan yang kita lakukan adalah dalam keadaan terurus dengan baik," ujarnya.
22 Sep 24
356
Lebih 50 Buah Rumah Rosak Dibadai Ribut
Lebih 50 Buah Rumah Rosak Dibadai Ribut
MARANG, 18 Julai- Hujan lebat beserta angin kencang yang melanda DUN Rhu Rendang semalam telah mengakibatkan lebih 50 buah rumah di beberapa kawasan di sini terjejas dan mengalami kerosakan.  Pegawai Khas ADUN Rhu Rendang, Najmuddin Rani berkata, rumah yang terjejas adalah masing-masing satu dari Kampung Seberang Pantai, Bukit Gasing, Kampung Bukit Kecil dan sebahagian kampung lain. Beliau berkata, juga turut terjejas, sebuah rumah di Kampung Seberang Pantai yang mengalami kerosakkan yang teruk dan lebih malang lagi ahli keluarga rumah tersebut baru sahaja meninggal dunia. "Bagaimanapun jumlah mangsa yang terbabit dalam kejadian ini masih dalam bancian. "Kejadian angin kencang, hujan lebat dan pokok tumbang ini berlaku pada jam 5.30 petang sehingga menyebabkan kerosakan pada harta benda mangsa dan beberapa tempat yang terputus bekalan elektrik. "Setakat ini kami sedang mengumpul maklumat berkaitan mangsa yang terbabit dan membuat kiraan jumlah kerosakkan," katanya, ketika ditemui Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), semasa meninjau keadaan, di sini, semalam.  Najmuddin berkata, kejadian ribut turut menyebabkan banyak pokok tumbang di daerah berkenaan.      
18 Jul 24
244
'Saya Terkejut Air Naik Mendadak'
'Saya Terkejut Air Naik Mendadak'
DUNGUN, 24 Januari - Seorang penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Sura, mengalami situasi cemas apabila paras air banjir di rumahnya meningkat secara mendadak susulan hujan berterusan sejak dua hari lalu.  Tengku Ahmad Sharil, 39, berkata pada awalnya beliau menganggap insiden tersebut seperti biasa kerana kawasan rumahnya kerap mengalami banjir setiap tahun. Namun, kali ini keadaan menjadi semakin teruk apabila paras air mula naik dengan pantas, hampir mencapai paras dadanya dalam masa singkat. Keadaan kawasan banjir sekitar Sura hari ini.  "Saya sedar rumah saya sedang dinaiki air, tetapi pada mulanya saya menganggap ia seperti biasa. Namun, tiba-tiba paras air naik dengan cepat dan hampir mencapai paras dada. "Saya kemudian meminta bantuan kepada salah seorang ahli JPKK di sini untuk membawa anak-anak saya ke tempat yang lebih selamat, sementara saya cuba menyelamatkan barang-barang lain yang masih boleh diselamatkan," ceritanya," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam kunjungan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Dr Tengku Muhammad Fakhruddin Tengku Md Fauzi ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Balai Raya Kampung Sura Lapangan Terbang, hari ini. Dalam pada itu, Dr. Fakhruddin memaklumkan, pihaknya telah mengambil maklum situasi semasa yang berlaku dan akan menyampaikan bantuan segera kepada mangsa-mangsa terlibat. "Kita akan cuba bantu mangsa ini melalui peruntukkan bencana DUN memandangkan hampir seluruh barang di rumah mangsa telah rosak akibat banjir ini," katanya. Untuk rekod, PPS Balai Raya Kampung Sura Lapangan Terbang telah diaktifkan sejak petang semalam untuk memberi perlindungan dan menempatkan lapan orang mangsa setakat ini.  PPS tersebut merupakan salah satu daripada empat PPS yang dibuka di daerah Dungun yang kini telah menempatkan 13 keluarga membabitkan seramai 53 orang mangsa secara keseluruhannya.     
24 Jan 24
273
Lima Beranak Tinggal Sehelai Sepinggang di Awal Tahun Baharu
Lima Beranak Tinggal Sehelai Sepinggang di Awal Tahun Baharu
MARANG, 11 Januari - Lima beranak tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka hangus dijilat api dalam kejadian kira-kira jam 3 petang hari ini. Tarmizi Musa, 43, berkata mereka empat beranak ketika itu sedang berehat di rumah di Kampung Atas Tol. Katanya, mereka sekeluarga hanya mampu menyelamatkan diri dalam kejadian tersebut manakala anak sulongnya yang berumur 17 tahun masih belum pulang dari sekolah “Saya sedar akan kebakaran diawalnya dan cuba untuk memadam kebakaran yang berpunca daripada litar pintas di tingkat atas namun api merebak terlalu cepat,. "Apa pun saya bersyukur kerana kami semua selamat,” katanya. Menyedari akan hal itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong, Dato' Mohd Nor Hamzah segera mengusahakan penempatan sementara buat mereka lima beranak di rumah tumpangan berdekatan. Menurutnya lagi, pihaknya akan usahakan bantuan bina rumah melalui bantuan JKM dan MAIDAM secepatnya buat mereka sekeluarga.  
11 Jan 24
581
14 PPS Di Dungun Tutup Sepenuhnya
14 PPS Di Dungun Tutup Sepenuhnya
DUNGUN,19 Disember - Banjir di Dungun pulih sepenuhnya selepas semua 14 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) ditutup pada pukul 12 malam tadi. Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Dungun, Jusman Ibrahim memaklumkan keseluruhan kawasan banjir telah surut dan kesemua mangsa telah pulang ke rumah masing-masing. Menurut Incident Commander Khidmat Malaysia Dungun(KHIDMAT) , Wan Hassan Mohd Ramli telah bersetuju untuk menutup bilik gerakan KHIDMAT Kawasan dan DUN pada pukul 12 malam tadi. Beliau yang juga Ahli Parlimen Dungun, mengucapkan jutaan terima kasih kepada Agensi Kerajaan, Khidmat Malaysia Kawasan Dungun (NGO) , Jabatan Amal Dungun, PDRM, Bomba, KKM, MKN, APM, JKM, Rela, JPKK dan Petugas Sukarelawan NGO kerana telah memainkan peranan penting dalam menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir. "Terima kasih kepada mangsa banjir kerana tabah diatas ujian yang diberi. Semoga Allah memberi rahmat untuk kita teruskan kehidupan selepas ini," katanya ketika menghubungi beliau sebentar tadi.
19 Dec 23
126
JPKK Gotong-royong Bersama Penduduk Baik Pulih Sistem Perparitan
JPKK Gotong-royong Bersama Penduduk Baik Pulih Sistem Perparitan
DUNGUN, 18 Disember - Jawatankuasa Pembangunan Keselamat Kampung (JPKK) Kg Nyior bekerjasama bersama penduduk setempat membersih sistem perparitan yang terjejas. Pengerusi JPKK Kg Nyior, Ahmad Busra Muda berkata salah satu punca utama langkah itu diambil ialah sistem perparitan yang tidak berfungsi dengan baik. "Kita perlukan tindak segera, jadi kita ambil inisiaif untuk gotong-royong bersama masyarakat memulihkan sistem saliran agar lebih lancar," katanya. Beliau berkata demikian semasa membuat tinjauan di kawasan berkenaan. Hujan lebat yang berterusan beberapa hari lalu telah menyebabkan kawasan tertentu menghadapi masalah banjir akibat air sungai yang melimpah ke kawasan lebih rendah. Tambahnya, beberapa rumah telah terjejas dengan air yang memasuki dapur dan ruang tamu, menjadikan penduduk tempatan sentiasa berjaga-jaga terhadap ketinggian air yang mungkin meningkat. "Harapan keseluruhan adalah agar kerja-kerja penyelenggaraan ini dapat memberi kelegaan kepada penduduk setempat, menjadikan aliran air lebih terkawal, dan meminimumkan impak banjir di kawasan tersebut. "Semoga langkah ini membawa keamanan dan kesejahteraan kepada semua penduduk yang terjejas," ujarnya.
18 Dec 23
277