lightning-solid
Berita :
YBC Sumbang Kayu Ganti Laluan Reput di Jeti Belakang Pasar Besar Chukai
YBC Sumbang Kayu Ganti Laluan Reput di Jeti Belakang Pasar Besar Chukai
Mastura Jamal Din
10 Oct 25
58

KEMAMAN, 10 Oktober– Keprihatinan terhadap keselamatan nelayan tempatan mendorong Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cukai, Dato'  Hanafiah Mat meninjau kawasan jeti di belakang Pasar Besar Chukai yang dilaporkan mengalami kerosakan serius.

Hasil tinjauan mendapati sebahagian besar kayu yang menjadi laluan utama para nelayan di kawasan berkenaan telah reput dan tidak lagi selamat digunakan.

Prihatin dengan keadaan itu, Hanafiah tampil menyampaikan sumbangan kayu baharu bagi menggantikan laluan yang rosak.

Beliau berkata, langkah tersebut diambil bagi memastikan para nelayan dapat menjalankan aktiviti harian dengan lebih selamat dan selesa.

“Ambe(saya) tengok banyak kayu di jeti ni sudah lama dan reput, memang tak selamat untuk digunakan. Jadi, kita bantu sediakan kayu baharu bagi menggantikan yang lama.

"Harapan saya, usaha kecil ini dapat memberi keselesaan dan menjamin keselamatan nelayan di kawasan ini, insya-Allah,” katanya kepada pemberita 

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada penduduk setempat yang peka menyalurkan maklumat berhubung keadaan infrastruktur di kawasan mereka dan menyeru agar semangat gotong-royong diteruskan demi manfaat bersama.


Tag :

Artikel Berkaitan