lightning-solid
Berita :
"Tugas Kita Belum Selesai, Teruskan Bercerita Tentang Palestin"
"Tugas Kita Belum Selesai, Teruskan Bercerita Tentang Palestin"
Husaif Mamat
08 Oct 25
139

KUALA LUMPUR – “Tugas kita belum selesai. Balik ke rumah masing-masing, ceritakan perjuangan ini, jangan diam, ” seru Ustaz Muhammad Abdullah, wira Misi Kemanusiaan Sumud Flotilla, yang menggegarkan Axiata Arena, Bukit Jalil sekejap tadi. 

Berucap di hadapan kira-kira 10,000 hadirin, pendakwah berusia 32 tahun itu menyuntik gelombang inspirasi apabila menegaskan bahawa kekurangan fizikal bukan alasan untuk tidak bersuara.

“Saya sering terfikir, saya ini tubuh kecil, apa yang boleh saya buat? Rupa-rupanya, kecil tidak menjadi halangan untuk kita menggegarkan dunia,” katanya. 

Ucapan beliau disambut dengan laungan takbir dan tepukan gemuruh, membuktikan bahawa keberanian dan keyakinan mampu menembusi batas fizikal.

Suasana menjadi semakin gamat apabila beliau secara berseloroh menyindir Zionis.

“Israel pun takut (dengan budak kecil),” jelasnya. 

Beliau turut berkongsi kisah peribadinya yang dibesarkan oleh ibu tunggal selepas kematian bapa ketika usia enam tahun. 

Ucapan beliau turut disaksikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bersama barisan kepimpinan negara dan tokoh masyarakat. 

Mengakhiri ucapan, Ustaz Muhammad mengingatkan bahawa perjuangan tidak berakhir di Axiata Arena.

“Bangkitkan semangat kepada anak-anak dan keluarga kalian tentang erti sebenar kemanusiaan,” tambah beliau. 


Tag :

Artikel Berkaitan