lightning-solid
Berita :
Tradisi Tarik Pukat Raih Sambutan Luar Biasa
Tradisi Tarik Pukat Raih Sambutan Luar Biasa
Naim Fadhilah Kamaruddin
10 Aug 25
27

DUNGUN, 11 Ogos - Lebih 200 penduduk membanjiri Pantai Sura Tengah menyertai aktiviti menarik pukat dan menghidupkan semula tradisi lama nelayan yang kian jarang kelihatan di pesisir pantai.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Dr Tengku Muhammad Fakhruddin, yang turut serta menarik pukat bersama penduduk berkata, acara berkenaan bukan sekadar mencari hasil laut tetapi juga mengeratkan hubungan antara generasi.

“DUN Sura ini mempunyai jajaran pantai yang sangat luas, rugi jika tidak dimanfaatkan sepenuhnya sebagai sumber ekonomi, pusat rekreasi dan tapak aktiviti komuniti yang mampu mengeratkan hubungan penduduk setempat.

"Acara seperti ini wajar diteruskan kerana memberi peluang anak muda mengenali laut sebagai sumber rezeki yang bernilai, bukan sekadar pemandangan indah.

“Kalau kita kembangkan acara ini, ia bukan sekadar memelihara tradisi nelayan, tetapi juga berpotensi menjadi tarikan pelancongan yang unik di Dungun. Pelancong bukan hanya datang tengok pantai, tapi boleh rasa sendiri pengalaman hidup nelayan,” katanya ketika ditemui selepas program itu, baru-baru ini.

 

Aktiviti tersebut, yang menjadi acara utama program YB Cakna Komuniti Sejahtera itu menghimpunkan pelbagai lapisan masyarakat dan turut menarik perhatian pengunjung luar yang teruja merasai sendiri pengalaman menarik pukat secara beramai-ramai, sekali gus menghidupkan kembali suasana tradisi yang semakin jarang kelihatan di pesisir pantai.

 


Tag :

Artikel Berkaitan