lightning-solid
Berita :
Terengganu International Esport Showdown 2025 Platform Promosi Sukan Digital
Terengganu International Esport Showdown 2025 Platform Promosi Sukan Digital
Muhamad Fazlee Aziz
22 Jul 25
317

Oleh: Muhammad Zulkifli Sulaiman

KUALA TERENGGANU, 22 Julai – Kejohanan Terengganu International Esport Showdown 2025 menjadi platform dalam mempromosi budaya dan diplomasi sukan digital kepada semua peserta, khususnya pemain luar negara.

Presiden Persatuan Esport Malaysia Terengganu (ESMT), Ahmad Shahrul Nizam Ab Ghani berkata, dengan mengetengahkan nilai 'Terengganu Hospitality' , acara ini diharap bakal mengisi kalendar pelancongan negeri.

“Insha Allah, saya berharap kejohanan bertaraf antarabangsa ini akan dimasukkan ke dalam kalendar rasmi e-sukan antarabangsa,” katanya.

Kejohanan berprestij ini merupakan edisi pertama kejohanan e-sukan antarabangsa yang dianjurkan di luar Kuala Lumpur dan Kuala Terengganu dipilih sebagai lokasi penganjurannya.

Seramai 504 peserta dari seluruh negara termasuk sembilan negara luar merangkumi Indonesia, Laos, Thailand, Brunei, Myanmar, Jepun, India dan Nigeria telah mengambil bahagian menjadikannya antara acara e-sukan terbesar di Malaysia setakat ini.

Tiga permainan dipertandingkan merangkumi E-football, Mobile Legends Bang Bang (MLLB) dan PUBG Mobile. 

Sementara itu, pemain e-sukan muda berbakat, Ahmad Muhaimin Abd Razak, 20, dari Selangor atau lebih mesra di sapa Minbappe mencipta sejarah apabila dinobatkan sebagai juara Terengganu International Esport Showdown 2025, sekaligus membawa pulang hadiah utama bernilai RM10,000.

Minbappe mempamerkan kehebatan luar biasa sepanjang kejohanan, menewaskan beberapa pemain profesional antarabangsa sebelum muncul juara mutlak.

Kejayaan Ahmad Muhaimin menjadi bukti bahawa Malaysia mempunyai bakat muda yang mampu bersaing di pentas dunia menjadi satu petanda positif untuk masa depan e-sukan negara.


Artikel Berkaitan