lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

33 Premis Dalam Pantauan Ops Supik Hitam
33 Premis Dalam Pantauan Ops Supik Hitam
KUALA TERENGGANU, 28 Februari - Kerajaan negeri dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) bakal melakukan pemantauan yang lebih tegas terhadap 33 buah premis perniagaan makanan menjelang Ramadan ini. Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah Negeri, Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, pihaknya telah meletakkan beberapa buah premis di seluruh negeri itu kerana dikenal pasti menjalankan aktiviti bertentangan syariah Islam. “Setakat ini kita dapat mengenal pasti terdapat 33 premis di seluruh negeri dan tindakan yang kita telah ambil pada masa ini ialah kita beri nasihat dahulu sebagai amaran awal. “Selepas itu, kita akan membuat pemantauan berterusan terutamanya di premis-premis ini di sepanjang bulan Ramadan,” ujarnya kepada pemberita selepas melancarkan ‘Ops Supik Hitam’ di Dewan Auditorium, JHEAT, semalam. Muhammad Khalil turut mengingatkan, pemilik premis berkenaan bahawa kegagalan mematuhi undang-undang yang khusus pada bulan Ramadan boleh dikenakan denda sepertimana termaktub dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001, di bawah Seksyen 19: Tidak Menghormati Ramadan. Menurutnya, operasi yang telah dilancarkan akan dianggotai oleh pasukan penguatkuasa daripada JHEAT dan kerjasama daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). “Jumlah keanggotaan untuk operasi di bulan Ramadan ini terdiri daripada 91 orang anggota.  “Dan Insya-Allah usaha kerajaan negeri bersama pihak JHEAT ini akan dibantu bersama pihak PBT dalam menjalankan ‘Ops Supik Hitam’ ini. Menurutnya, kerjasama dan penyelarasan agensi serta jabatan-jabatan yang terlibat seperti penglibatan pihak Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) melalui PBT merupakan salah satu komponen penting bagi pelaksanaan operasi tersebut. “Kesungguhan kerajaan negeri berkaitan pelaksanaan syariah ini, kita perkasakan juga dari sudut pelarasan bersama agensi dan juga jabatan lain yang berkaitan. “Khususnya MBKT kerana PBT ini di bawah MBKT. Contohnya, kita nak ambil tindakan kepada peniaga yang menjual makanan di siang hari pada bulan Ramadan, jadi penguatkuasa agama hanya boleh menangkap orang yang tidak berpuasa manakala tindakan terhadap premis di bawah PBT. “Oleh kerana itu, pentingnya kita selaraskan pelaksanaan ini (disebabkan oleh bidang kuasa yang berlainan),” katanya. 
28 Feb 25
115
Madinah Ramadan Diberi Nafas Baharu
Madinah Ramadan Diberi Nafas Baharu
KUALA TERENGGANU, 27 Februari - Penganjuran program Madinah Ramadan pada tahun ini diberi nafas baharu dalam usaha menarik lebih ramai umat Islam untuk bersama-sama menghidupkan bulan mulia yang penuh keberkatan. Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah Negeri, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, program yang diadakan sejak 2018 itu diteruskan dengan beberapa penyesuaian termasuk perlaksanaan di masjid berbanding lokasi terbuka seperti sebelum ini. Katanya, Masjid Tengku Tengah Zaharah atau lebih dikenali sebagai Masjid Terapung di Kuala Ibai, di sini dipilih sebagai lokasi penganjuran program Madinah Ramadan tahun ini.  “Bermula tahun lepas kita adakan program Madinah Ramadan di masjid iaitu di Masjid Tok Jembal yang berdekatan dengan beberapa institusi pendidikan yang sasarannya lebih kepada mahasiswa dan mahasiswi serta penduduk setempat. “Untuk Ramadan tahun ini, kita buat di Masjid Terapung yang berhampiran kawasan rekreasi Kuala Ibai, di mana orang ramai yang berbuka puasa di Lagoon Kuala Ibai digalakkan untuk turut serta dalam aktiviti di masjid.  “Kita berharap ia menjadi satu trend seperti di Masjid Kuantan, di mana masyarakat beramai-ramai berbuka di kawasan lapang berhampiran masjid kemudian bersama-sama menunaikan ibadah di masjid,” ujarnya. Beliau berkata demikian dalam satu sidang media Sempena Madinah Ramadan dan Isu Semasa di Wisma Darul Iman. Mengulas lanjut katanya, tujuan program tersebut diadakan di masjid adalah untuk mempelbagaikan lagi fungsi institusi ibadat itu sekali gus memenuhi hasrat kerajaan negeri dalam mengajak masyarakat mendekatkan diri dengan rumah Allah. Dalam pada itu katanya, juadah berbuka puasa sebanyak 200 hidangan setiap hari akan disediakan untuk orang ramai sepanjang program Madinah Ramadan dan jumlah itu akan ditingkatkan kepada 500 pada hari Jumaat dan Sabtu.  “Selain dapat berbuka puasa, solat tarawih yang diimamkan oleh imam terbaik di kalangan anak Terengganu, orang ramai yang hadir ke masjid juga berpeluang mendengar ceramah dan tazkirah oleh para asatizah dan pendakwah yang kita jemput sepanjang Ramadan ini,” katanya.
27 Feb 25
219
Terengganu Inc Sasar Pendapatan RM2.2 Billion
Terengganu Inc Sasar Pendapatan RM2.2 Billion
erengganu Incorporated (TI) Sdn. Bhd. menyasarkan untuk meraih pendapatan RM2.2 bilion bagi tahun 2025, peningkatan ketara sebanyak RM400 juta berbanding tahun sebelumnya.
27 Feb 25
83
Operasi Supik Hitam Diteruskan
Operasi Supik Hitam Diteruskan
Kerajaan negeri mengingatkan peniaga di negeri ini agar mematuhi waktu operasi kedai makan atau jualan makanan di bulan Ramadan berdasarkan arahan dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) daerah masing-masing.
27 Feb 25
69
Terengganu Inc Sasar Pendapatan RM2.2 Billion
Terengganu Inc Sasar Pendapatan RM2.2 Billion
KUALA TERENGGANU, 27 Februari - Terengganu Incorporated (TI) Sdn. Bhd. menyasarkan untuk meraih pendapatan RM2.2 bilion bagi tahun 2025, peningkatan ketara sebanyak RM400 juta berbanding tahun sebelumnya. Syarikat pelaburan milik kerajaan negeri itu turut meletakkan sasaran keuntungan selepas cukai sebanyak RM150 juta bagi tahun ini. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TI, Burhanuddin Hilmi Mohamed @ Harun, menegaskan bahawa target bukan sekadar angka, tetapi merupakan refleksi kepada komitmen TI untuk mengembalikan manfaat kepada negeri dan rakyat Terengganu. "Kita bukan hanya mengejar keuntungan, tetapi juga memastikan sebahagian besar daripadanya dikembalikan kepada rakyat melalui program sosial dan pembangunan negeri," katanya ketika berucap dalam Majlis Apresiasi Penerima Biasiswa YT-TI Young Talent Scholarship Programme 2024 di Wisma Darul Iman, di sini semalam. Menurut Burhanuddin, dalam usaha menyokong golongan yang memerlukan, TI telah memperuntukkan RM8 juta bagi bayaran zakat pada tahun ini. Menariknya kata beliau, satu perlapan daripada jumlah itu, iaitu RM1 juta, akan digunakan sebagai biasiswa pendidikan, manakala RM2 juta diperuntukkan khusus untuk biasiswa bagi tahun 2025 dan 2026. "Kami sedar tanggungjawab kami bukan hanya sebagai entiti perniagaan, tetapi juga sebagai penyumbang kepada pembangunan sosioekonomi negeri.  "Inisiatif biasiswa ini adalah salah satu cara kami membalas semula kepada masyarakat," ujarnya.  
27 Feb 25
788
Terengganu Salur RM5 Juta Setahun Biasiswa Pelajar Cemerlang
Terengganu Salur RM5 Juta Setahun Biasiswa Pelajar Cemerlang
KUALA TERENGGANU, 27 Februari – Walaupun berdepan cabaran ekonomi, kerajaan Terengganu tidak sesekali berkompromi dalam soal pendidikan, sebanyak RM5 juta diperuntukkan setiap tahun bagi Skim Pelajar Cemerlang (SPC) di bawah Yayasan Terengganu. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan negeri, Dato’ Satiful Bahri Mamat berkata, biasiswa itu adalah antara manifesto utama kerajaan negeri sejak 2018 dan kekal diteruskan hingga kini. "Pendidikan adalah pelaburan jangka panjang.  "Ia mungkin tidak membuahkan hasil dalam bentuk wang ringgit, tetapi manfaatnya kepada masyarakat jauh lebih besar," katanya  Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Apresiasi Penerima Biasiswa YT-TI Young Talent Scholarship Programme 2024 di Wisma Darul Iman, di sini semalam. Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri; Dato’ Nara Setia, Pegawai Kewangan Negeri; Dato' Mohd Azmi Mohamad Daham, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan; Burhanuddin Hilmi Mohamed @ Harun. Menurut beliau, setiap tahun hanya 50 pelajar terbaik dipilih untuk menerima biasiswa ini, menunjukkan betapa tingginya persaingan untuk mendapatkan tajaan pendidikan ini. "Selain biasiswa, kerajaan negeri turut menyediakan pinjaman pendidikan tanpa faedah sebanyak RM10 juta setahun bagi memastikan lebih ramai pelajar berpeluang menyambung pengajian. "Kita melihat semakin ramai pelajar Terengganu cemerlang dalam SPM, STPM, STAM dan sebagainya. Ini bermakna lebih banyak peluang untuk mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi,” ujarnya.
27 Feb 25
305
Restoran Bukan Islam Dibenar Beroperasi Seperti Biasa Sepanjang Ramadan
Restoran Bukan Islam Dibenar Beroperasi Seperti Biasa Sepanjang Ramadan
KUALA TERENGGANU, 26 Februari - Restoran bukan Islam dibenarkan untuk beroperasi seperti biasa sepanjang Ramadan. Menurut Kenyataan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), namun begitu pengusaha dan pemilik perniagaan makanan dan minuman bukan Islam diberi peringatan agar tidak membenarkan pelanggan beragama Islam makan serta minum di premis mereka sepanjang siang hari Ramadan. "Manakala bagi pengusaha dan pemilik perniagaan makanan serta minuman beragama Islam tidak dibenarkan memulakan operasi perniagaan mereka sebelum jam 3 petang. "Mana-mana pengusaha dan pemilik perniagaan makanan dan minuman yang gagal mematuhi peraturan ini menjadi satu kesalahan di bawah Undang-Undang Kecil (Penubuhan Makanan) MBKT 1991. "Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenankan denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya sekali," katanya dalam kenyataan tersebut, di sini, semalam. Mengulas lanjut, menurut kenyataan itu, kedai kek, bakeri dan kedai keropok serta restoran milik peniaga Islam dibenarkan beroperasi bermula jam tiga petang dengan aktiviti jualan hanya secara bungkus sahaja. "Manakala untuk penggunaan ruang makan serta aktiviti penyediaan makanan dibenarkan beroperasi pada jam 7 petang. "Kedai serbaneka mengikut waktu operasi biasa dan dihadkan kepada aktiviti peruncitan sahaja. "Manakala bazar Ramadan serta kedai jualah kuih muih untuk aktiviti jualan secara bungkus akan bermula jam 3 petang," ujar kenyataan itu. Tambah kenyataan itu, untuk kedai makanan segera pula dibenarkan beroperasi pada jam 12 tengah hari dan hanya melibatkan aktiviti jualan secara bungkus sahaja.  
27 Feb 25
226
UC TATI Tawar Pengajian Kepada Anak Muda Indonesia Belajar Kemahiran
UC TATI Tawar Pengajian Kepada Anak Muda Indonesia Belajar Kemahiran
PEKANBARU, 27 Februari - Kolej Universiti TATI (UC TATI) menawarkan pengajian terbaik kepada anak muda di Pekanbaru, Indonesia untuk mendalami pendidikan Vokasional dan Teknikal (TVET) dan dijamin akan menjadi destinasi pengajian yang tepat. Rektor UC TATI, Prof. Ir. Dr. Hairul Azhar Abdul Rashid berkata, fakultinya itu menawarkan pelbagai jurusan yang seiring dengan perkembangan dunia hari ini yang menuntut tenaga kerja berkemahiran tinggi dan akan menjadi faktor relevan untuk diterima bekerja dalam pelbagai industri. Justeru beliau menyakinkan anak muda dari Pekanbaru untuk melanjutkan pengajian sama ada ke peringkat Diploma, Ijazah, Sarjana Muda dan Sarjana ke UC Tati dengan menawarkan diskaun sebanyak 30 peratus khusus untuk pelajar dari daerah Riau itu. "Kami mempunyai jaringan industri yang luas dengan syarikat-syarikat terkemuka di Malaysia termasuk Petronas dan industri teknologi lain, menjadikan graduan UC TATI lebih mudah memperoleh pekerjaan. "Hampir semua syarikat besar di Malaysia memilih graduan kami sebagai tenaga kerja mereka, jadi tidak perlu risau kalau hendak mencari kerja,"ujarnya. Beliau berkata demikian  ketika menyertai Higher Education Fair 2025 Indonesia, di Hotel Zuri, di sini, semalam. Katanya, UC TATI telah membuka booth khas di pameran tersebut yang diadakan bermula 22 Januari dan telah berakhir semalam. Mengulas lebih lanjut mengenai tawaran pendidikan yang ditawarkan pihak TATI UC kepada pelajar dari Pekanbaru itu menutur Dr. Hairul pihaknya akan memudahkan syarat dokumen untuk proses pendaftaran agar menjadi tidak rumit. "Malah kami turut menerima pindahan dari Universiti Indonesia bagi membolehkan mereka menyambung pengajian tanpa perlu mengulang dari awal, selagi program tersebut bersesuaian. "Jika jurusan mereka sepadan boleh terus menyambung pengajian tanpa perlu banyak penyesuaian,"ujarnya. Dalam pada itu, beliau memeberi jaminan pelajar dari negara tersebut tidak akan mengalami kejutan budaya ketika belajar di Malaysia khususnya di Terengganu kerana dari sudut hubungan sejarah Indonesia dan Malaysia memilik pertalian yang erat. "Justeru, perbezaan dari segi bahasa, budaya, makanan serta cara hidup tidak akan menjadi halangan bagi pelajar Indonesia untuk menyesuaikan diri,"katanya. Terdahulu, UC TATI juga telah memperkukuh jalinan akademik melalui perjanjian Kerjasama UC TATI dengan SMKN2 Pekanbaru bertujuan membuka peluang pertukaran pelajar, tenaga pengajar serta pembangunan akademik akan lebih mampan antara kedua-dua institusi tersebut.  
26 Feb 25
125
Terengganu Inc Sumbang RM500,000 Untuk Biasiswa Pelajar Cemerlang
Terengganu Inc Sumbang RM500,000 Untuk Biasiswa Pelajar Cemerlang
KUALA TERENGGANU, 26 Februari - Syarikat pelaburan utama negeri, Terengganu Incorporated (TI) Sdn. Bhd. bersama-sama anak syarikatnya EPIC Berhad, TDM Berhad, Golden Pharos Berhad, Ladang Rakyat Terengganu Sdn. Bhd., dan Syarikat Air Terengganu Sdn. Bhd. menyumbang RM500,000 kepada Yayasan Terengganu bagi program biasiswa pelajar cemerlang. Sumbangan itu merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan TI dalam memastikan anak-anak Terengganu mendapat peluang pendidikan terbaik. Sehingga kini, TI telah menyalurkan RM1.5 juta kepada 30 pelajar cemerlang yang terpilih melalui program biasiswa ini. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Terengganu Inc, Burhanuddin Hilmi Mohamed @ Harun berkata, sumbangan itu merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan TI dalam memastikan anak-anak Terengganu mendapat peluang pendidikan terbaik. "Sehingga kini, TI telah menyalurkan RM1.5 juta kepada 30 pelajar cemerlang yang terpilih melalui program biasiswa ini. "Kami juga bertekad untuk meningkatkan jumlah sumbangan kepada RM1 juta bagi tahun 2025," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Apresiasi Penerima Biasiswa YT-TI Young Talent Scholarship Programme 2024 di Wisma Darul Iman, di sini hari ini. Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan negeri; Dato' Satiful Bahri Mamat, Setiausaha Kerajaan Negeri; Dato’ Nara Setia, Pegawai Kewangan Negeri; Dato' Mohd Azmi Mohamad Daham. Selain biasiswa, beliau turut menjelaskan bahawa TI juga aktif menjalankan pelbagai program komuniti. Baru-baru ini, syarikat tersebut menganjurkan program 'Back to School' di Sekolah Kebangsaan Atas Tol, membuktikan komitmen mereka terhadap kesejahteraan pelajar di negeri ini. Burhanuddin turut menegaskan bahawa pendidikan berkualiti akan melahirkan bakat yang akan kembali berkhidmat untuk negeri ini.  "Kami percaya pelaburan dalam pendidikan adalah pelaburan jangka panjang untuk negeri ini.  "Dengan jumlah yang lebih besar, lebih ramai pelajar akan menerima manfaat. "Natijahnya, kita akan membawa pulang bakat yang hebat ke Terengganu," ujarnya.
26 Feb 25
476
Qabil Irfan Dinobat 'Young Rider Of The Year'
Qabil Irfan Dinobat 'Young Rider Of The Year'
KUALA TERENGGANU, 26 Februari - Semalam menjadi malam yang cukup bertuah buat anak Terengganu apabila Persatuan Sukan Bermotor Malaysia telah menobatkan Qabil Irfan sebagai 'Young RIder Of The Year'. Anugerah itu telah disampaikan kepada pelumba cilik pada malam anugerah MAM Award Night bagi menghargai penggiat sukan bermotor dua dan empat roda dalam negara di M Hotel, Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Hishamuddin Abdul Karim berkata, Irfan sangat bertuah menerima anugerah berkenaan di acara yang sangat berprestij itu. "Lebih 1,000 orang jemputan daripada penggiat sukan permotoran hadir pada malam tersebut dan pelbagai anugerah yang dicalonkan. "Antaranya 'Malaysia Motorsport Icon', 'Young Rider OF The Year', 'International Rider Of The Year dan banyak lagi bagi tahun 2024," ujarnya dalam satu kenyataan melalui hantaran di facebooknya, di sini, hari ini. Mengulas lebih lanjut katanya, seorang lagi pelumba cilik dari Terengganu Hakim Danish turut tercalon dalam kategori anugerah 'Malaysia Motorsport Icon dan 'International Rider Of The Year'. "Manakala Qabil Irfan dan Muhammad Arief Marzuki tercalon di dalam kategori 'Young Rider Of The Year', tuah (memihak) buat Qabil Irfan atas kejayaan dinobatkan di bawah anugerah tersebut. "Semoga pelumba-pelumba muda dan cilik Terengganu terus bersinar dan terus membawa nama baik Malaysia di persada antarabangsa,"ucap beliau.  
26 Feb 25
160