Artikel "Utama" Terkini
LEBIH 19 RIBU WARGA EMAS TERIMA RM300 AKHIR BULAN INI
17 Nov 21
55
BANTUAN TUNAI LANGKAH KERAJAAN PERKUKUH KEBAJIKAN RAKYAT
17 Nov 21
78
RM 2JUTA UNTUK USAHAWAN BELIA MULA BERNIAGA
17 Nov 21
40
PERTUMBUHAN EKONOMI TERENGGANU DIUNJUR TERUS BERKEMBANG
17 Nov 21
52
SIDANG DUN : Wujud 159 Stesen Hidrologi Bagi Pantau Banjir
KUALA TERENGGANU, 17 November - Sebanyak 159 stesen hidrologi akan digunakan bagi pemantauan awal banjir di Terengganu.
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat, berkata persiapan itu merupakan salah satu langkah kerajaan menangani kemungkinan berlakunya bencana tersebut dalam masa terdekat.
"Sebanyak 59 stesen hidrologi dengan tambahan 34 stesen daripada Program Ramalan dan Amaran Banjir (PRAB) Fasa 1 yang telah beroperasi bermula Ogos 2021.
"Manakala 66 stesen daripada PRAB Fasa 2 yang dijangka akan siap pada November 2022," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Bukit Besi, Roslee Daud di Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Belas (Bajet) di Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.
Tambahnya, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menyiapkan 580 pusat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang berdaftar dan boleh menampung kapasiti seramai 147,600 orang.
"Kapasiti ini akan berkurang separuh daripada jumlah sebenar kerana faktor penjarakan sosial akibat wabak pandemik yang berlaku kini.
"JKM juga menyediakan sebuah Depoh Simpanan Keperluan Bencana (DSKB), 17 mini depoh dan 149 pengkalan hadapan bagi menghadapi banjir,"ujarnya.
Dalam masa yang sama, lebih RM 6,6 juta diperuntuk kepada Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) bagi menyelenggara sungai dan alur.
"Sementara itu, RM1.8 juta diperuntukan bagi projek pemuliharaan sungai untuk mengurangkan risiko banjir.
"Manakala RM 4,809,600 juta diperuntukan bagi program strategik memperkasa rakyat dan ekonomi (PEMERKASA) bagi projek pemuliharaan sungai," katanya.
17 Nov 21
103
Covid-19: Kematian Dilapor Terus Meningkat Dalam Tempoh Tiga Minggu
KUALA TERENGGANU, 16 November - Terengganu mencatatkan peningkatan jumlah kematian yang dilaporkan akibat Covid-19 dalam tempoh tiga minggu kebelakangan ini.
Pengarah Kesihatan negeri, Dato Dr. Kasemani Embong berkata, ada sedikit peningkatan dari segi jumlah kematian di negeri ini tetapi belum di tahap yang membimbangkan.
Katanya, sehingga semalam, sembilan kematian direkodkan dengan masing-masing tiga di daerah ini dan Kuala Nerus di samping Marang (dua kes) dan Hulu Terengganu (satu kes).
“Kita juga dapati tidak berlaku kenaikan bilangan kes Covid-19 namun terdapat peningkatan kemasukan ke hospital meningkat dalam tempoh tiga minggu ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Sementara itu, Kasemani berkata kapasiti penggunaan katil unit rawatan rapi (ICU) di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) juga penuh susulan peningkatan kes positif Covid-19 kebelakangan ini.
Tambah beliau lagi, penggunaan katil bagi pesakit kategori lima kini adalah sebanyak lima peratus, kategori empat (18 peratus) dan kategori tiga (11 peratus).
16 Nov 21
2313
USUL 'SELECT COMMITTEE' DIBENTANGKAN DALAM SIDANG DUN
16 Nov 21
70
GRADUAN TESDEC MACAM 'PISANG GORENG PANAS'
16 Nov 21
227
59 PROGRAM DILAKSANAKAN SEMPENA TAHUN PERTANIAN TRG
16 Nov 21
58
Jangan 'Panaskan' Dewan - ADUN Ajil
KUALA TERENGGANU, 16 November – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) diingatkan agar tidak mengundang perselisihan yang boleh ‘memanaskan’ dewan sepanjang Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Belas (Bajet) di Dewan Undangan Negeri.
Kenyataan tersebut disuarakan ADUN Ajil, Maliaman Kassim yang menyarankan agar wakil rakyat bersidang mengelakkan kebangkitan isu lapuk dan memfokuskan perbincangan perbahasan bajet.
“Diharapkan kita dapat berbincang dengan keadaan tenang dan munasabah sebagai wakil rakyat.
“Perkara begini memberi kesan kepada generasi muda di mana mereka dapat bergaul mesra antara satu sama lain tanpa kira fahaman politik.
“Apatah lagi kita yang matang tidak boleh mengeluarkan pandangan politik bersikap sebegini, ia mesti dilihat sebagai satu politik perhubungan lebih matang,” katanya.
Terdahulu, Wakil Hulu Besut, Nawi Mohammad membangkitkan isu politik dihadapi di Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka iaitu Muafakat Nasional antara PAS dan UMNO yang tidak lagi selari boleh menyebabkan perpecahan Melayu Islam seperti peristiwa sembahyang dua imam pada 1980-an dahulu.
Kenyataan ini dibidas oleh ADUN Tepoh, Hishamuddin Abdul Karim yang menjelaskan wakil Hulu Besut perlu merujuk Piagam MN dan perhalusi semua isinya bagi melihat sejauh mana dakwaan dibuatnya.
“Muafakat adalah kerjasama atas naratif Melayu dan Islam, jangan kelirukan dewan,” jelasnya.
Sementara itu, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Dato’ Haji Yahaya Ali turut mengingatkan Ahli Yang Berhormat (AYB) agar mengikuti ‘standing orders’ .
“Mana-mana pihak tidak boleh menggunakan peluang untuk bercakap perkara yang tidak perlu,” tambahnya.
16 Nov 21
559