Artikel "Utama" Terkini
Tiada Hutan Simpan Kekal Terengganu Dijadikan Kawasan Pembalakan
19 Nov 21
127
Ungkit Isu Lapuk Rosakkan Muafakat
19 Nov 21
251
Sedia Siasat Dakwaan Berkenaan Hutan Simpan Gunung Tebu
19 Nov 21
359
Proses Pemuliharaan Muara Sungai Dungun Sedang Berjalan
19 Nov 21
360
BANTUAN KEPADA USAHAWAN TERENGGANU NAIK MENDADAK SEJAK 2019
19 Nov 21
224
‘ABANG LONG SEBUAH PARTI MAHUKAN TIGA PENJURU’
19 Nov 21
158
SIDANG DUN : Hampir Enam Ribu Warga Tani Nikmati Manfaat Bernilai RM3 Juta
KUALA TERENGGANU, 17 November – Pelaksanaan pelbagai program dan bantuan daripada Kerajaan Negeri dari Januari hingga November tahun ini telah memberi manfaat kepada sejumlah 5,949 orang warga tani dengan nilai RM3 juta.
Data tersebut dilaporkan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr Azman Ibrahim yang memperincikan jumlah tersebut melibatkan 3,447 orang petani.
“Disamping itu, seramai 622 penternak dan 1880 nelayan turut menerima nikmat pelbagai bantuan sejak bermulanya Tahun Pertanian Terengganu (TPT) 2021.
“Apabila tamat pelaksanaan TPT 2021 pada Januari 2022 nanti, Sekretariat TPT bertanggungjawab mengukur pencapaian dan keberkesanan kepada semua golongan sasar melalui soal selidik di lapangan.
“Sekretariat TPT turut bertanggungjawab memantau pelaksanaan serta menyediakan perancangan untuk menambahbaik Pelan Strategik Pertanian Terengganu 2019-2023,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa ucapan penggulungan bajet 2022 dalam Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Belas (Bajet) di Dewan Undangan Negeri, semalam.
Tambahnya, Terengganu turut menyediakan perancangan kearah penubuhan Perbadanan Pertanian Negeri Terengganu.
“Negeri-negeri lain yang menjadikan pertanian sebagai teras ekonomi rakyat mempunyai perancangan yang bersistematik melalui Perbadanan Pertanian Negeri.
“Terengganu juga mempunyai perancangan ke arah penubuhan Perbadanan ini melalui perancangan yang tuntas dan berbekalkan data yang tepat,” katanya lagi.
18 Nov 21
215
Pendaratan Penyu Di Pantai Terengganu Meningkat
KUALA TERENGGANU, 18 November – Jumlah pendaratan penyu di sekitar pantai Terengganu didapati melonjak sebanyak 68 peratus berbanding tahun lalu.
Menurut maklumat dikeluarkan Jabatan Perikanan, sejumlah 3,783 ekor penyu dikesan mendarat di negeri itu untuk bertelur meliputi 3,780 ekor jenis penyu agar dan baki tiga penyu karah.
Menerusi infografik dimuat naik agensi tersebut, perbandingan tempoh sama pada tahun lepas hanya 2,583 ekor dan tahun sebelumnya 2,573 ekor direkodkan di Terengganu.
“Antara faktor berlakunya peningkatan tersebut seperti kekurangan trafik bot pelancong ke pulau peranginan dan gangguan manusia tidak bertanggungjawab di pantai.
“Justeru, ayuh kita bersama-sama terus menjaga kebersihan pantai agar segala ekosistem hidupan marin dapat terpelihara dengan lebih baik,” katanya menerusi Facebook rasminya, hari ini.
Terengganu turut muncul sebagai negeri paling tinggi pendaratan penyu dari 2016 sehingga 2019 dengan merekodkan sebanyak 25,106 ekor, sebahagian besarnya dari jenis agar dan ini diikuti Melaka yang mencatatkan sejumlah 2,087 ekor untuk tempoh empat tahun tersebut selain Pahang (1,535), Johor (1,023), Perak (347), Kedah (186) dan Negeri Sembilan (113).
Terbaharu, Kerajaan Negeri turut meluluskan pindaan Enakmen Penyu 2021 bagi mengharamkan aktiviti penjualan telur bagi semua spesies penyu serta memastikan aktiviti penguatkuasaan dan pemuliharaan penyu dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.
18 Nov 21
1039
Batik Warnai Hari Terakhir Persidangan DUN Terengganu
KUALA TERENGGANU, 18 November – Buat kali pertama persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu diwarnai dengan corak batik sekali gus memaparkan komitmen kerajaan negeri dalam memartabatkan identiti budaya negeri.
Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Dato’ Haji Yahaya Ali berkata, pembaharuan tersebut berdasarkan peruntukan dalam perkara 121A (1) Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap DUN.
“Kita sebagai pengeluar utama batik di Malaysia, kita selaraskannya sama seperti di parlimen yang turut mempromosikan budaya ini.
“Dalam waktu yang sama, kita boleh membantu industry ini bangkit kembali setelah mengalami kesan ekonomi pandemik COVID-19.
“Ini adalah penambahan kedua selepas pakaian ‘mandarin collar’, termasuk penambahan baju melayu lengkap dan long sleeve,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Keempat Belas (Bajet) di Dewan Undangan Negeri (DUN), Wisma Darul Iman, pada hari ini.
Tambahnya, antara penambahbaikan terhadap sidang dun yang telah dipraktikan seperti penggabungan soalan Ahli Yang Berhormat (AYB) supaya isu berbangkit daripada dewan tidak berulang.
18 Nov 21
423
Nuridah Dipilih Semula Sebagai Ahli Dewan Negara Terengganu
KUALA TERENGGANU, 18 November - Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu hari ini bersetuju memilih semula, Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Senator Nuridah Mohd Salleh sebagai Ahli Dewan Negara bagi mewakili negeri berkenaan.
Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mencadangkan pelantikan beliau apabila Speaker DUN, Dato' Yahaya Ali mengumumkan usul Pemilihan Ahli Dewan Negara selepas terdapat kekosongan jawatan berkenaan.
“Semoga dengan penyertaan beliau sebagai mewakili negeri Terengganu dalam Dewan Negara akan dapat memberikan suatu sumbangan kepada agama, negara dan negeri," ujar Ahmad Samsuri pada Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Belas (Bajet) di Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.
Nuridah yang merupakan ibu kepada 10 orang anak dan lapan cucu mendapat pendidikan awal di Sekolah Agama Kuala Rompin.
Beliau yang juga berpendidikan dalam pengajian Ijazah Perubatan Islam Darusyifa’ dan Diploma Pendidikan Islam Di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) serta berpengalaman dalam misi kemanusiaan ke Syria, Bangladesh, Myammar, German dan lain-lain.
Tambah lagi, beliau turut aktif dalam bidang politik sebagai Ahli Jawatankuasa Pas Pusat sebagai Timbalan Pengerusi Lajnah Penguatkuasaan dan Ketua Dewan Muslimat Wilayah Persekutuan serta giat dalam pelbagai Badan Bukan Kerajaan (NGO).
18 Nov 21
707