lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Khidmat Malaysia Batu Rakit Buka Pusat Pengumpulan Bantuan Banjir
Khidmat Malaysia Batu Rakit Buka Pusat Pengumpulan Bantuan Banjir
KUALA NERUS, 23 Disember - Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit turut bersama-sama Kerajaan Terengganu membantu mangsa bencana banjir di Pahang, Selangor dan Kuala Lumpur dengan mengumpul barangan keperluan harian mulai kelmarin Ketua Khidmat Malaysia DUN itu, Azuan Azmi, berkata Pusat Pengumpulan Bantuan Banjir bertempat di Pejabat Khidmat Masyarakat DUN Batu Rakit kini berjaya mengumpul ratusan pek beras, minyak, biskut, bihun dan sardin. Katanya, kutipan sumbangan wang tunai lebih RM25,000 tanda prihatin penduduk Batu Rakit juga diperolehi selepas dua hari program. “Pihaknya masih mengalu-alukan orang ramai terutama individu berkemampuan, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan syarikat-syarikat turut bersama-sama menghulurkan bantuan. “Kita mengutamakan barangan keperluan dapur kerana ada pihak yang akan memasak di lokasi berdekatan banjir sebelum diagihkan kepada mangsa. “Pada masa merayu sumbangan lampin pakai buang, tuala wanita, telekung, sejadah, kain pelikat, kain batik, selimut, tilam dan pelbagai barangan kelengkapan diri,” katanya ketika dihubungi Urus Setia Penerangan Darul Iman, hari ini. Menurutnya, orang ramai tidak digalakkan untuk menyumbang pakaian terpakai kerana dibimbangi berlaku lambakan. “Semua sumbangan itu akan dikumpul di Pusat Pengumpulan Banjir di Batu Enam, di sini sebelum dihantar ke Temerloh dan Lembah Klang, pada Sabtu ini. “Pihaknya bersama-sama 25 sukarelawan  bergerak mengikut arahan Khidmat Pengurusan Kecemasan & Bencana Malaysia  (Khidmat Malaysia) bagi mengelakkan bersesak-sesak di satu-satu lokasi,”katanya. .    
23 Dec 21
1079
Amaran Hujan Berterusan Ditamatkan Di Lapan Negeri
Amaran Hujan Berterusan Ditamatkan Di Lapan Negeri
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menamatkan amaran hujan berterusan di lapan negeri termasuk Terengganu.
23 Dec 21
379
800 SUKARELAWAN KHIDMAT MALAYSIA BANTU MANGSA BANJIR DI PAHANG
800 SUKARELAWAN KHIDMAT MALAYSIA BANTU MANGSA BANJIR DI PAHANG
23 Dec 21
315
MPOGCF Tekad Tangkis Persepsi Negatif Industri Minyak Sawit
MPOGCF Tekad Tangkis Persepsi Negatif Industri Minyak Sawit
KEMAMAN, 23 Disember - Yayasan Pemuliharaan Hijau Minyak Sawit Malaysia (MPOGCF) buat julung kali bakal memperluaskan inisiatif pemuliharaan alam sekitar serta haiwan liar di Terengganu sekaligus mengurangkan persepsi terhadap industri sawit negara. Pengerusinya, Dato' Mustafa @ Hasan Ali berkata, pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) bersama TDM Plantation Sdn Bhd (TDMP) diharapkan mampu dapat menghadapi suasana timbulnya tohmahan dan fitnah pihak tertentu seperti daripada Kesatuan Eropah (EU). “Mereka memberi gambaran buruk kepada industri dimana Malaysia merupakan pengeluar kedua terbesar minyak sawit dibelakang Indonesia, oleh itu, kita sedar kepentingan mencari titik tengah menyediakan habitat hidupan liar di perladangan serta ‘hidup’ bersama mereka. “Kita bukan mahu mematikan mereka, bahkan menghidupkan dan tidak mengganggu sumber rezeki binatang seperti harimau dan gajah liar. “Negara kita menghadapi risiko pihak luar tidak mahu mengiktirafkan usaha pemuliharaan alam sekitar, oleh itu ia perlu ditingkatkan menerusi kolaborasi seperti hari ini,” katanya ketika berucap. Tambahnya yang juga bekas Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar, MPOGCF telah menerajui pelbagai inisiatif pemuliharaan alam sekitar termasuk pemeliharaan Harimau Malaya di Sungkai, Perak, Kempen Penanaman Sejuta Pokok di Sabah dan Projek Penanaman Rumput Gajah. Beliau berkata demikian ketika berucap semasa Majlis MoU diantara TDMP dan MPOGCF di Resort World Kijal, semalam. Jelas Mustafa, perjanjian yang dimeterai akan membawa sinergi kepada kedua-dua organisasi dan menjana lebih banyak impak dalam aktiviti kelestarian yang ingin dicapai oleh TDMP dan MPOGCF. “Kita akan kolaborasi bagi memastikan aktiviti perladangan tidak memberi kesan buruk kepada ekosistem hutan,” katanya lagi.
23 Dec 21
413
PESAKA Hantar Sukarelawan Bantu Mangsa Banjir
PESAKA Hantar Sukarelawan Bantu Mangsa Banjir
Oleh : Rohayati Ripin KUALA TERENGGANU, 23 Disember - Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) Terengganu akan menghantar sukarelawan terdiri daripada ahli-ahli dan persatuan gabungan dibawahnya bagi membantu mangsa banjir di negeri-negeri yang terkesan dengan bencana itu. Yang Dipertua Pesaka Terengganu, Dato’ Haji Yahaya Ali berpendapat, sebagai sebuah persatuan silat tidak sepatutnya berlegar dalam ‘kepompong’ dan bergiat aktif di kalangan persatuan itu sahaja. “Saya berharap NGO (Badan Bukan Kerajaan) kita atas nama PESAKA ini, kita mempunyai 22 ahli badan gabungan antara 3,000 hingga 4,000 ahli kita juga seharusnya merancang bagi membantu mereka (mangsa) yang ditimpa kesusahan sebagaimana yang sedang dialami sekarang ini. “Ini penting kerana kita tidak mahu pertubuhan seni silat hanya bergerak dalam kepompong kita sahaja tapi dalam masa yang sama, kita juga harus terlibat dari segi penglibatan dalam masyarakat dengan kerja-kerja sosial,” ujarnya. Beliau berkata demikian ketika merasmikan program Karnival Silat Anak Melayu 2021 di Dataran Shah Bandar Kuala Terengganu, semalam. Justeru itu, Dato’ Yahaya menyeru agar ahli-ahli seni silat yang terlibat dalam dunia silat ini tidak hanya menumpu pada satu aspek tertentu sahaja. “Penglibatan dalam seni silat ini walaupun kita (ahli) mempunyai kemahiran dan juga penguasaan tetapi kita tak boleh hanya sekadar tertumpu dalam perkara itu sahaja. “Mudah-mudahan apabila terlibat dalam perkara ini, pertubuhan kita (PESAKA) akan dilihat sebagai NGO yang lebih bertanggungjawab, akan dilihat cita-cita murni ini bukan sekadar melatih pesilat-pesilat tetapi kita ada tanggungjawab kepada masyarakat, negeri dan negara,” jelasnya. Tambah beliau, keterlibatan ahli-ahli dengan seni silat bukan sekadar untuk mendabik dada bahawa seseorang itu pandai bersilat.  “Itu bukan matlamat tetapi kita mahu generasi muda ada kemahiran, mempunyai suatu usaha untuk jadikan sebahagian daripada sahsiah. Kita juga mempunyai tanggungjawab kita kepada masyarakat. “Kita perlu ada satu prinsip keseimbangan dan apabila ada keseimbangan, anggota masyarakat yang ditimpa musibah seperti suasana sekarang, ramai kalangan rakyat negara kita terutama di Selangor dan Pahang yang ditimpa musibah banjir besar di luar jangkaan ini, mereka sangat memerlukan bantuan serta sumbangan,” ujarnya. Beliau turut merakamkan ucapan tahniah kepada pihak penganjur kerana menyediakan pelbagai program berbentuk pendidikan kepada masyarakat dengan mengadakan bengkel tanjak, pameran keris, sukan rakyat dan lain-lain. Kata Dato’ Yahaya, turut membantu adalah golongan peniaga yang memulakan kembali perniagaan sebelum ini terjejas dan terkesan dengan pandemik Covid-19.
23 Dec 21
324
BTM BINA LOJI JANAKUASA DI TELUK KALONG,TAWAR 400 PELUANG KERJA
BTM BINA LOJI JANAKUASA DI TELUK KALONG,TAWAR 400 PELUANG KERJA
23 Dec 21
132
UMT TERIMA ALAT PENGUJI MADU LEBAH
UMT TERIMA ALAT PENGUJI MADU LEBAH
23 Dec 21
120
PENJAWAT AWAM PERLU PEGANG PRINSIP FASTER
PENJAWAT AWAM PERLU PEGANG PRINSIP FASTER
23 Dec 21
229
PTG,SUK TERENGGANU MENANG ANUGERAH ADUAN AWAM CEMERLANG
PTG,SUK TERENGGANU MENANG ANUGERAH ADUAN AWAM CEMERLANG
23 Dec 21
158
1,000 Sukarelawan Bawa Tiga Misi Utama Ke Pahang
1,000 Sukarelawan Bawa Tiga Misi Utama Ke Pahang
KUALA TERENGGANU, 23 Disember – Lebih 1,000 sukarelawan PAS Terengganu menerusi badan Khidmat Pengurusan Kecemasan dan Bencana Malaysia (Khidmat Malaysia) membawa tiga misi utama bagi membantu mangsa-mangsa banjir di Pahang. Pengerusi Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata selain kerja-kerja mencuci dan membersih sisa banjir serta menyampaikan sumbangan barangan keperluan, program dapur rakyat antara yang menjadi misi utama. “Program dapur rakyat akan menyediakan makan tengahari selama dua hari kepada 2,000 mangsa banjir di lapan kawasan yang terjejas di Kuantan. “Kita menyasarkan 16 ribu mangsa banjir akan dibantu menerusi program itu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pelepasan Misi Kemanusiaan Ke Pahang di hadapan Muzium Losong, di sini hari ini. Menurut beliau, misi kemanusian selama dua hari sehingga sabtu  itu dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk membantu mangsa banjir di lapan kawasan yang terjejas teruk. “Sebaik sampai di sana, mereka akan dipecahkan kepada  25 hingga 30 kumpulan yang terdiri daripada enam orang yang mana kita sasarkan dapat membersihkan enam buah rumah dalam tempoh tiga hari. “Kesemua peralatan membersihkan turut disertakan dalam misi ini supaya dapat melicinkan lagi pergerakan jentera di kesemua kawasan,” ujarnya lagi. Dalam perkembangan yang sama, Wan Sukairi berkata, misi bantuan ke Temerloh terpaksa ditunda kepada hari Sabtu ini disebabkan kawasan bencana masih terlibat dengan banjir termenung. Selain itu, PAS Terengganu turut menyumbang RM50 ribu kepada PAS pahang untuk disalurkan kepada mangsa banjir. 
23 Dec 21
716