lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Pengusaha Bot Pulau Kapas Bantu Mangsa Banjir
Pengusaha Bot Pulau Kapas Bantu Mangsa Banjir
Sekumpulan pemandu bot peranginan termasuk pengusaha dari Pulau Kapas mengambil langkah proaktif mengangkut dan memindahkan mangsa banjir yang terperangkap di sekitar Kuala Berang.
03 Mar 22
193
Kerajaan Sedia RM8 Juta Hadapi Banjir Tahun Ini
Kerajaan Sedia RM8 Juta Hadapi Banjir Tahun Ini
Sebanyak RM8 juta diperuntukkan kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi menghadapi banjir tahun ini.
03 Mar 22
97
Jumlah Mangsa Banjir Terengganu Menurun
Jumlah Mangsa Banjir Terengganu Menurun
Mangsa banjir di Terengganu mencatat penurunan kepada 16,070 orang petang ini, berbanding 17,742 orang jam 8 pagi tadi, berikutan keadaan cuaca semakin baik.
03 Mar 22
186
Enam Daerah Di Terengganu Masih Terjejas Banjir
Enam Daerah Di Terengganu Masih Terjejas Banjir
Enam daerah di Terengganu masih terjejas akibat banjir gelombang kelima apabila seramai 15,137 mangsa masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 2 petang tadi.
03 Mar 22
218
Borneo Vortex, La Nina Punca Hujan Luar Biasa Di Terengganu
Borneo Vortex, La Nina Punca Hujan Luar Biasa Di Terengganu
Hujan lebat yang berterusan melanda Terengganu hingga mengakibatkan banjir luar biasa di kebanyakan tempat adalah disebabkan berlakunya Borneo Vortex atau sistem pusaran angin tekanan rendah serta faktor La Nina.
03 Mar 22
220
RM4.5 Juta Naik Taraf Parit Di Wakaf Mempelam
RM4.5 Juta Naik Taraf Parit Di Wakaf Mempelam
Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan sebanyak RM4.5 juta bagi menaiktaraf sistem perparitan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Wakaf Mempelam.
03 Mar 22
316
356 Rumah Di Semayor, Kerteh Jaya Dijual Pada Harga RM80,000
356 Rumah Di Semayor, Kerteh Jaya Dijual Pada Harga RM80,000
Sebanyak 356 unit rumah mampu milik (RMM) yang bakal dibina di Kerteh Jaya dan Kampung Semayor, Kemaman, dijual pada harga RM80,000 kepada rakyat.
03 Mar 22
367
Bantuan Banjir Kekal-Ismail Sabri
Bantuan Banjir Kekal-Ismail Sabri
HULU TERENGGANU, 2 Mac - Bantuan banjir kekal kepada mangsa yang terjejas banjir sebagaimana diumumkan ketika gelombang pertama. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, mangsa banjir akan menerima bantuan sehingga RM10,000 bagi setiap ketua isi rumah. "Maksudnya selain wang ihsan RM1,000, mangsa banjir akan dapat bantuan membeli barangan keperluan rumah dan baiki kediaman, pembelian peralatan elektrik dan baik pulih kenderaan sebagaimana saya umum dulu. "Kalau campur semua hampir RM10,000 dan perinciannya akan saya maklum nanti," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Kampung Batu 23.  Hadir sama, Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar. Ismail Sabri yang tiba pada pukul 2.15 petang meluangkan masa kira-kira setengah jam untuk mendengar taklimat mengenai situasi banjir di daerah itu, serta bertanya khabar mangsa banjir. Dalam masa yang sama turut menyampaikan Bantuan Wang Ihsan (BWI) kepada 75 ketua isi rumah yang berada di PPS berkenaan. Terdapat 272 mangsa daripada 76 keluarga telah  ditempatkan di PPS berkenaan susulan kawasan kediaman mereka ditenggelami banjir. Dalam kejadian banjir luar jangka yang melanda Terenganu baru-baru ini, Hulu Terengganu adalah antara kawasan yang terjejas akibat bencana itu 
02 Mar 22
1017
Jalinan Kerjasama Masjid, AADK Dekati Komuniti Batu Buruk
Jalinan Kerjasama Masjid, AADK Dekati Komuniti Batu Buruk
KUALA TERENGGANU, 6 Mac – Satu Program 'Community Empowerment' telah diadakan sempena Majlis Sambutan Hari Isra’ Mikraj di Masjid Tengku Nik Haji, Batu Buruk anjuran pihak masjid tersebut dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).  Majlis tersebut telah dimulakan dengan solat maghrib berjemaah diikuti kuliah maghrib khas bersempena peristiwa Isra' dan Mikraj yang disampaikan oleh Pegawai Agama Kuala Terengganu Specialist Hospital (KTS), Ustaz Syukri Harun. Seterusnya, Penolong Pegawai AADK, Wan Mohd Nazarnoor Wan Ramli telah menyampaikan taklimat kepada jemaah masjid yang hadir. “Kehadiran kita pada malam ini ialah untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang bahayanya dadah. “Di samping itu, pihak kami juga telah mengedarkan nombor talian ‘hot line’ bagi memudahkan orang ramai untuk membuat aduan,” kata Wan Mohd Nazarnoor dalam ucapannya.Beliau juga menjawab beberapa soalan yang ditanya oleh hadirin yang hadir baru-baru ini. Taklimat disampaikan oleh Penolong Pegawai AADK Majlis tersebut juga telah dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi. “Kita sebagai orang Muslim bukan sahaja perlu menjadi seorang yang soleh, tetapi juga perlu menjadi orang musleh untuk memperbaiki diri, keluarga dan masyarakat. “Justeru, majlis yang diadakan pada malam ini sangat bermanfaat dan semoga ia dapat diamalkan dalam kehidupan kita,” kata Ustaz Muhammad Khalil dalam ucapan beliau.  Tambahnya, beliau mengucapkan tahniah atas penganjuran ini dan terima kasih atas jemputan. Di samping itu, majlis tersebut juga telah dimeriahkan lagi dengan acara cabutan bertuah dan pameran yang telah disediakan oleh pihak AADK. ADUN Batu Buruk Menyampaikan Ucapan  
02 Mar 22
587
Enam Daerah Di Terengganu Masih Terjejas Banjir
Enam Daerah Di Terengganu Masih Terjejas Banjir
KUALA TERENGGANU, 2 Mac- Enam daerah di Terengganu masih terjejas akibat banjir gelombang kelima apabila seramai 15,137 mangsa masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 2 petang tadi. Kesemua mangsa daripada 4,011 keluarga itu ditempatkan di 68 PPS seluruh Terengganu, kecuali daerah Marang yang pulih daripada banjir petang semalam dengan diikuti penutupan semua PPS bagi daerah Besut. Berdasarkan laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu, daerah Kemaman masih mencatatkan jumlah mangsa paling ramai dimana 7,726 mangsa daripada 1,960 keluarga berada 19 PPS di daerah itu. Di Hulu Terengganu, mangsa banjir yang direkodkan adalah seramai 3,999 orang membabitkan 1,016 keluarga dipindahkan ke 18 PPS. Sebanyak 792 keluarga membabitkan seramai 2,696 mangsa berada di 23 PPS di Dungun yang menjadi daerah ketiga tertinggi mencatatkan mangsa teramai. Seramai 438 mangsa daripada 125 keluarga ditempatkan di empat PPS bagi daerah Kuala Nerus, manakala tiga PPS masih diaktifkan bagi menempatkan 451 mangsa daripada 117 keluarga di Kuala Terengganu. Setiu merekodkan jumlah mangsa terendah dengan satu keluarga membabitkan tujuh mangsa berada di sebuah PPS.
02 Mar 22
771