lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Lebih 10,000 Rakyat Terengganu Hadir Pelancaran PN
Lebih 10,000 Rakyat Terengganu Hadir Pelancaran PN
MARANG, 31 Julai- Bumi Terengganu melakar sejarahnya yang tersendiri apabila Pelancaran Perikatan Nasional (PN) semalam telah dihadiri lebih 10,000 rakyat Terengganu. Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kehadiran berkenaan menzahirkan bahawa rakyat menerima baik gabungan parti PAS, BERSATU, Gerakan dan dua parti dari Sabah Solidariti Tanah Airku (STAR), Parti Maju Sabah (SAPP). Jelasnya, ia merupakan persediaan yang terbaik bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 yang dijangka tidak lama lagi. “Dengan pelancaran yang bermula di negeri Terengganu ini pelancaran ke setiap negeri nanti kita sudah boleh memberikan tumpuan, kita juga telah buat keputusan akan menyelesaikan pembahagian kerusi antara parti komponen dengan seberapa segera,” ujarnya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis parti Perikatan Nasional Peringkat Negeri Terengganu, di Dataran Tok Guru, di Rusila, pada Sabtu 30 Julai. Muhyiddin Perdana Menteri ke-8 itu berkata, kewujudan PN adalah untuk menyelamatkan negara. "Kita hendak mentadbir negara dengan cara yang lebih telus, tiada salah guna kuasa, menjadi pilihan yang lebih baik, kalau rakyat memilih kita (PN), setiap janji-janji akan kita tunaikan bagi memastikan negara berada dalam keadaan stabil pelbagai krisis dan masalah dapat diatasi. “Termasuk hendak memastikan rakyat  dalam negara memilik makanan yang cukup serta menjamin peluang pekerjaan untuk rakyat,” ujarnya.
31 Jul 22
976
Syamsul Sambut Baik Cadangan Pahlawan Terengganu Difilemkan
Syamsul Sambut Baik Cadangan Pahlawan Terengganu Difilemkan
KUALA TERENGGANU, 28 Julai - Pengarah Filem Mat Kilau, Syamsul Yusof menyambut baik cadangan kerajaan Terengganu untuk menerbitkan filem pahlawan Terengganu seperti Haji Abdul Rahman Limbong dan Tok Ku Paloh. Syamsul berkata dia sangat bersyukur dengan hasrat itu dan beliau akan memberi kerjasama untuk mengangkat pahlawan Terengganu ke layar perak selepas ini. "Insya-Allah, mungkin akan dibincangkan dengan lanjut, sebabnya terus terang saya sudah semestinya hendak menghasilkan sebuah lagi filem epik," ujarnya sebagaimana yang dilaporkan Harian Metro, pada semalam. Mengulas lanjut katanya, pihaknya akan meneliti dahulu senarai pahlawan-pahlawan tanah air bagi diangkat kisah perjuangan mereka yang suatu ketika dahulu berjuang membebaskan tanah air daripada penjajah British. Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata idea menerbitkan filem dua tokoh sejarah Terengganu itu sangat baik serta berupaya membangkitkan kesaran orang Melayu dan Islam. "Apa salahnya kita melabur dan bekerjasama dengan pengarah terkenal, Syamsul Yusof untuk pembikinan filem mengenai perjuangan ulama dan tokoh sejarah negeri yang berjuang habis-habisan untuk mempertahankan bumi Terengganu daripada penjajah. "Kita sebenarnya sudah memulakan lebih awal iaitu sekitar tiga tahun lalu memberikan penerangan mengenai sejarah Terengganu yang memfokuskan kepada dua pejuang terbilang berkenaan," ujarnya.    
29 Jul 22
22158
Terengganu Berjaya Lunas 64 Peratus Hutang Kerajaan
Terengganu Berjaya Lunas 64 Peratus Hutang Kerajaan
Terengganu berjaya melunaskan 64 peratus atau sejumlah RM472.78 juta hutang dengan kerajaan Persekutuan dalam tempoh tiga tahun pemerintahan.
27 Jul 22
320
'One Off' RM23 Juta Untuk Asnaf Bermula Ogos Ini
'One Off' RM23 Juta Untuk Asnaf Bermula Ogos Ini
HULU TERENGGANU, 27 Julai - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) memperuntukkan RM23 Juta dalam bentuk 'One Off'  yang bakal memanfaatkan 25,000 ribu golongan asnaf dan fakir miskin bermula Ogos ini. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Prof Madya Dr Ahmad Azrin Adnan berkata bantuan ini bagi membantu golongan tersebut yang pasti terkesan dengan kadar inflasi sehingga menyebabkan kuasa beli semakin turun. Katanya, setiap Ketua Isi Rumah (KIR)akan menerima bantuan bermula RM800 sehingga RM1,000 bergantung kepada tanggungan keluarga. "Kita juga menggunakan kaedah baru pengagihan bantuan dengan pihak Maidam setiap daerah selaku urusetia turun menyantuni penerima di kediaman masing-masing. "Berikutan kesan ekonomi dan inflasi, kita jangkakan lebih 3,000 asnaf dan fakir miskin baharu akan mendaftar dengan Maidam berbanding 21,197 orang ketika ini," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Agihan Bantuan Ribut di Kampung Bukit Kolam, Ajil di sini hari ini. Dalam program tersebut, Maidam menyantuni lima keluarga yang terlibat dengan kejadian ribut pada bulan lepas dan menyampaikan sumbangan berbentuk wang tunai RM300.                
27 Jul 22
1308
7,471 Mangsa Banjir Terima Bantuan RM7.471 Juta
7,471 Mangsa Banjir Terima Bantuan RM7.471 Juta
Kerajaan negeri akan mengagihkan wang sebanyak RM7.471 juta kepada 7,471 ketua isi rumah (KIR) terlibat banjir yang tidak berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS).
27 Jul 22
106
KSTREM22 Platform Kongsi Maklumat Inovasi Dan Penyelidikan
KSTREM22 Platform Kongsi Maklumat Inovasi Dan Penyelidikan
BESUT, 27 Julai- Jabatan Kecemerlangan Akademik dan Sektor Kecemerlangan Pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan (IPGKSM) menganjurkan Kolokium Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) Peringkat Kebangsaan 2022 (KSTREM22) dengan kerjasama kerajaan negeri. Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan Dan Pengajian Tinggi Negeri, Maliaman Kassim berkata, KSTREM22 yang berlangsung selama tiga hari di IPGKSM dan berakhir hari ini merupakan platform terbaik bagi berkongsi idea, ilmu dan produk yang dihasilkan oleh warga pendidik dan pelajar seluruh Malaysia.  “Walaupun kita masih lagi berada dalam era endemik COVID-19, namun kolokium ini berjaya dilaksanakan. “Apa yang saya harapkan, resolusi daripada kolokium ini dapat diaplikasikan dalam proses PdPc STEM dalam kelas-kelas pengajaran dan pembelajaran di sekolah mahupun pusat pengajian tinggi,” ujarnya. Beliau berkata demikian ketika membacakan teks ucapan Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pada Majlis Perasmian Penutup Kolokium PdPc STEM Peringkat Kebangsaan 2022 di Dewan Bendahara, IPGKSM, di sini, hari ini. Katanya, selari dengan hasrat untuk memperkasakan amalan dan penyelidikan dan inovasi dalam bidang pendidikan STEM dan robotik khususnya di kalangan pensyarah, guru dan pelajar, kerajaan negeri akan sentiasa mengalu-alukan sebarang usaha dalam penghasilan inovasi dan penyelidikan pendidikan bukan sahaja di peringkat rendah malah sehingga ke peringkat tertinggi.  
27 Jul 22
327
Kajian Impak Dijangka Siap Oktober Ini
Kajian Impak Dijangka Siap Oktober Ini
27 Jul 22
97
Bangunan Terbengkalai Punca KQT Tak Guna KIST
Bangunan Terbengkalai Punca KQT Tak Guna KIST
Kolej Islam Sains dan Teknologi (KIST) di Kuala Berang tidak sesuai dijadikan sebagai penempatan pelajar Kolej Al-Quran Terengganu kerana bangunan dan infrastruktur institusi berkenaan sudah lama terbengkalai sejak pemerintahan terdahulu.
27 Jul 22
557
Pelitup Muka di Masjid Masih 'Wajib'
Pelitup Muka di Masjid Masih 'Wajib'
KUALA TERENGGANU, 27 Julai - Rakyat negeri ini diberi peringatan agar mematuhi garis panduan pemakaian pelitup muka ketika berada di masjid dan surau kerana arahan itu masih berkuat kuasa. Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu, M.Rozi Bidin berkata, pemantauan yang dijalankan oleh pihak jabatannya mendapati segelintir ahli jemaah gagal mematuhi garis panduan berkenaan. "Sehubungan dengan itu, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) meminta kerjasama semua jawatankuasa masjid dan surau dapat memastikan ahli jemaah yang hadir dapat mematuhi  arahan dan Prosedur Operasi Standard (SOP) ini yang masih berkuat kuasa selaras dengan kenyataan media oleh Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM). "Sebagaimana yang dinyatakan pada 20 Mac yang menetapkan di para 2(i)(a) Pemakain Pelitup Muka adalah diwajibkan,"ujarnya melalui satu kenyataan. Sehubungan itu arahan telah disampaikan kepada pegawai agama di setiap daerah. "Kerjasama dan perhatian semua pihak berhubung perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih," katanya.
27 Jul 22
389
432,000 Anak Penyu Dilepas Ke Laut
432,000 Anak Penyu Dilepas Ke Laut
Sebanyak 432,000 anak penyu telah dilepaskan ke perairan Terengganu oleh Jabatan Perikanan Malaysia. 
27 Jul 22
141