lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

UMT Mahu Muncul IPT Pertama Terengganu Jadi Pusat APEL
UMT Mahu Muncul IPT Pertama Terengganu Jadi Pusat APEL
KUALA TERENGGANU, 24 Ogos - Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mahu muncul sebagai universiti pertama di Terengganu yang menjadi Pusat Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL).  Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Jaminan Kualiti) MQA, Prof. Ir. Dr. Khairul Salleh Mohamed Sahari berkata, agenda UMT itu bakal memperluas akses dalam kalangan masyarakat di sekitar negeri berkenaan untuk meningkatkan kelayakan akademik masing-masing. Beliau berkata, usaha UMT itu selaras dengan inisiatif pendidikan fleksibel yang diuar-uarkan dan diusahakan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), selain menyemarakkan lagi agenda pembelajaran sepanjang hayat (PSH) seterusnya menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan global.  “MQA akan sentiasa memberi sokongan, khidmat rundingan dan panduan kepada IPT untuk melaksanakan APEL yang mana pasaran APEL ini sangat besar kerana kira-kira 60 peratus tenaga kerja di Malaysia layak untuk mengikutinya,” katanya selepas sesi perkongsian pada Sesi Jelajah MQA @ Zon Timur yang dihadiri lebih 100 peserta dari 70 IPT dari sekitar Pahang, Kelantan dan Terengganu di UMT, semalam. Hadir sama, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMT, Prof. Ts. Dr. Mohd Zamri Ibrahim; Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UMT, Prof. ChM. Dr. Marinah Mohd Ariffin; Pengarah Kanan Pembangunan Dasar dan Kepakaran MQA, Mohamad Dzafir Mustafa; Pengarah Kanan (Akreditasi) MQA, Mohd Khairul Nizam Ibrahim; Pengarah Pusat Pengurusan dan Penjamin Kualiti UMT, Mohd Nor Shokri Abd. Rahman dan Pengarah Bahagian Akreditasi (Sains dan Perubatan) MQA, Abdul Saman Taip. Sesi jelajah itu menjadi antara program berfokus MQA untuk bertukar pandangan secara terus dengan pihak IPT dalam konteks jaminan kualiti pengajian tinggi di samping mempromosi inisiatif PSH seperti APEL.A, APEL.C, APEL.Q dan Micro-Credentials serta menggalakkan lebih banyak IPT menjadi Pusat Penilaian APEL.  Mengulas lanjut, Khairul Salleh berkata, buat julung kalinya MQA telah mengadakan Hari Mesra Pelanggan (HMP) di lokasi luar bagi memberi ruang dan peluang kepada institusi pengajian tinggi (IPT), institusi pendidikan dan pihak berkepentingan yang berhampiran yang ingin memperoleh maklumat berkaitan perkhidmatan yang disediakan oleh MQA. Beliau berkata, selalunya Hari Mesra Pelanggan MQA diadakan melalui kaedah perjumpaan secara bersemuka bersama-sama IPT tempatan di Mercu MQA, namun kemudiannya ditukar kepada mod secara dalam talian semasa penularan wabak Covid-19 sebelum kembali secara bersemuka pada tahun 2022.  “Penganjuran HMP buat julung-julung kali di lokasi luar di UMT ini menunjukkan tahap komitmen tinggi MQA dalam usaha memacu pembangunan dan kecemerlangan pengajian tinggi di negara ini,” katanya. – UTUSAN
24 Aug 22
243
Kontraktor Tambahan Segerakan Proses Naik Taraf Paip
Kontraktor Tambahan Segerakan Proses Naik Taraf Paip
Sebanyak tiga lagi subkontraktor menjadikan enam subkontraktor akan bekerjasama menyiapkan pemasangan paip bagi Projek Bekalan Air Kuala Terengganu Utara (KTU) di Marang.
23 Aug 22
125
Polis Nafi Kecurian Lebih 200 RXZ Di Terengganu
Polis Nafi Kecurian Lebih 200 RXZ Di Terengganu
Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Terengganu menafikan dakwaan yang tular di media sosial berkaitan kecurian lebih 200 buah motosikal RXZ sepanjang tempoh program RXZ Members 4.0 berlangsung di negeri itu.
23 Aug 22
175
Suri Rumah Mampu Lakukan Perubahan Besar
Suri Rumah Mampu Lakukan Perubahan Besar
Kaum hawa yang bergelar suri rumah boleh melakukan perubahan besar dengan inisiatif bekerja dari rumah.
22 Aug 22
127
Optimis Mampu Capai Tiga Juta Pelancong
Optimis Mampu Capai Tiga Juta Pelancong
Kerajaan negeri optimis mampu mencapai sasaran tiga juta pelancong ke Terengganu sepanjang tahun ini berdasarkan sambutan menggalakan ketika ini.
22 Aug 22
57
Loji Bukit Berapit Beroperasi Sebulan Lagi
Loji Bukit Berapit Beroperasi Sebulan Lagi
Kerajaan negeri optimis Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Berapit, Kuala Nerus di bawah Projek Bekalan Air Kuala Terengganu Utara (KTU) memulakan operasi dalam tempoh sebulan lagi.
22 Aug 22
358
Kurangkan Harga Makanan Selaras Penurunan Harga Barang- KPDNHEP
Kurangkan Harga Makanan Selaras Penurunan Harga Barang- KPDNHEP
KUALA TERENGGANU, 21 Ogos – Peniaga terutamanya penjual makanan diingatkan untuk tidak mengambil kesempatan dengan terus menaikkan atau mengekalkan harga barang jualan walaupun harga bahan asas lebih murah selepas berlaku penurunan harga. Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) negeri, Saharuddin Mohd Kia, berkata pihaknya akan mengambil tindakan tegas terhadap peniaga kedai makan yang menaikkan harga makanan dan minuman secara tidak munasabah. Katanya, terdapat peniaga yang tetap mengambil kesempatan serta tidak menurunkan harga barang dengan pelbagai alasan. “Peniaga diminta sesuaikan harga dengan situasi yang berlaku, janganlah bila harga barang naik, kita naikkan harga jualan tetapi bila keadaan kembali stabil…tahap harga masih sama ketika berlaku kenaikan harga barang. “Peniaga kedai makan perlu lebih prihatin dan menggunakan kaedah menang-menang dalam menentukan harga makanan dan minuman dijual kerana peniaga juga adalah pengguna. Mungkin barang yang dijual itu melibatkan pengguna-pengguna lain tetapi  ada juga barang-barang lain yang melibatkan dia sebagai pengguna,”ujarnya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat tinjauan Program Jualan Murah Keluarga Malaysia (JMKM)  di Pasaraya Q Mart Merbau Patah, di sini hari ini. Katanya, penguatkuasa dan skuad pemantau harga KPDNHEP sentiasa membuat pemantauan, tetapi setakat ini belum ada sebarang tindakan diambil kerana peniaga dilihat masih mematuhi peraturan “Namun pemantauan berterusan oleh  KPDNHEP akan terus dilaksanakan dalam memastikan semua pengguna boleh membeli barangan keperluan dengan harga berpatutan. “Sekiranya berlaku kes sedemikian pihak kami boleh menyiasat mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011,” ujarnya.  
21 Aug 22
392
Terengganu Kekal Rekod Cemerlang STPM
Terengganu Kekal Rekod Cemerlang STPM
Terengganu meneruskan rekod cemerlang dalam pencapaian Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia (STPM) setelah mencatatkan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.03, memperbaiki catatan PNGK 3.02 pada tahun lalu.
21 Aug 22
141
PJKM Catat Jualan RM10.1 Juta Di Terengganu
PJKM Catat Jualan RM10.1 Juta Di Terengganu
KUALA TERENGGANU, 21 Ogos - Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) di Terengganu berjaya mencatatkan nilai jualan mencecah lebih RM10.1 juta sejak 4 Disember 2021 sehingga 12 Ogos 2022. Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) negeri, Saharuddin Mohd Kia, berkata transaksi jual beli itu adalah hasil penganjuran PJKM di 117 lokasi di seluruh negeri yang berjaya direkodkan sepanjang pelaksanaannya. “Seramai 184,560 pengguna di negeri ini juga telah mendapat manfaat daripada program tersebut. “Ini membuktikan program PJKM berjaya mencapai matlamatnya untuk membantu meringankan beban kos sara hidup terutama buat golongan berpendapatan rendah (B40) di negara ini,”ujarnya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat tinjauan Program Jualan Murah Keluarga Malaysia (JMKM)  di Pasaraya Q Mart Merbau Patah, di dini hari ini. PJKM kini telah dijenamakan semula menjadi JMKM dan diperluaskan ke kesemua 600 DUN seluruh negara dan 13 Parlimen di Wilayah Persekutuan. Terdahulu, program PJKM yang dilaksanakan di seluruh negara menawarkan harga keperluan asas lebih rendah hingga 30 peratus berbanding harga biasa. Antara barang yang dijual ialah beras, telur, ayam, ikan, sayur-sayuran, beras, tepung, susu dan minyak masak melibatkan pelbagai agensi kerajaan seperti Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan sektor peruncitan. Dalam tempoh itu, Shaharuddin berkata, KPDNHEP bekerjasama erat dengan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) agar harga barangan keperluan mampu dibeli rakyat dengan harga berpatutan.  
21 Aug 22
405
Kerajaan Rancak Adakan Program Tiada Kaitan PRU
Kerajaan Rancak Adakan Program Tiada Kaitan PRU
KUALA TERENGGANU, 19 Ogos - Lambakan program dilakukan oleh kerajaan negeri sejak mengambil alih pentadbiran tiada kaitan dengan  Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15. Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Ahmad Amzad Hashim berkata, setiap program yang dijayakan itu merupakan komitmen PAS untuk dijadikan platform berdakwah bagi meningkatkan lagi syiar Islam di negeri ini. Katanya, dakwaan segelintir pihak bahawa program diadakan itu hanya ketika hendak meghadapi PRU semata-mata langsung tidak tepat dan merupakan suara nakal yang cuba mengalih perhatian rakyat. "Saya rasa rakyat pun dapat melihat selepas kemenangan PRU Ke-14, sepanjang empat tahun kita mengerakkan pelbagai agenda dan usaha di mana ini merupakan perjuangan kita yang berterusan dalam mengajak masyarakat di negeri ini untuk menghayati 'keindahan Islam' serta menyampaikan mesej Rasulullah kepada umat agar memartabatkan ajaran Islam untuk kesejahteraan seluruh rakyat. "Kerana itu setiap tahun kita anjurkan pelbagai program yang penuh dengan pengisian yang bermanfaat mengajak rakyat menghayati nilai-nilai Islam untuk diamalkan dalam kehidupan. "Menunjukkan bahawa kerajaan hari ini komited dengan perjuangan meninggikan syiar Islam secara berterusan untuk menterjemahkan matlamat yang ingin dicapai selama ini untuk menjadikan Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera (TMBS)," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui Urus Setia Peneragan Darul Iman (UPDI), selepas merasmikan Karnival Penghayatan Islam TDM Berhad, bertempat di Dataran Khairunnisa, Jalan Sultan Omar, di sini kelmarin. Mengulas mengenai program tersebut, beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu berkata, sambutan baik telah diberikan oleh rakyat di negeri ini khusunya daripada masyarakat Kuala Terengganu. "Ini menunjukkan rakyat memberikan sokongan dan dokongan yang kuat kepada program-program penghayatan Islam yang memberikan kefahaman yang jelas mengenai kehidupan beragama. "Sambutan meriah ini juga adalah kerana selama ini rakyat rindu untuk menghadiri program secara fizikal sebegini yang mula kembali diadakan setelah kita baru sahaja mula keluar dari era pandemik dan berada dalam fasa transisi endemik, dengan kehadiran yang ramai ini menujukkan rakyat Terengganu memang cintakan kepada program-program penghayatan Islam yang memberikan ilmu yang bermanfaat. "Gelombang yang sama juga dapat diperhatikan dengan keadaan masjid dan surau-surau, saya sendiri melalui Pejabat Parlimen Kuala Terengganu sedang merangka pelbagai program keagamaan dengan kerjasama pelbagai pihak bagi meneruskan usaha meningkatkan syiar Islam di negeri ini," ujarnya lagi. Terdahulu, pada program tersebut, TDM telah menyampaikan bantuan RM80,000 kepada seramai 400 penerima dari Kuala Terengganu yang merupakan golongan B40.
21 Aug 22
391