lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

YPM Sasar Kumpul Dana RM10 Juta Tahun Depan
YPM Sasar Kumpul Dana RM10 Juta Tahun Depan
KUALA TERENGGANU,29 Mei- Yayasan Pendidikan Maidam mensasarkan kutipan dana sebanyak RM10 juta dapat dikumpul tahun depan menerusi pelancaran dana sumbangan pendidikan Yayasan Pendidikan Maidam (YPM). Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pendidikan Maidam, Dato’ Wan Ismail Wan Yusoh berkata, dana sumbangan pendidikan YPM yang diperkenalkan tahun ini merupakan program tambahan yang menawarkan ruang kepada masyarakat untuk sama-sama menghulur tangan dalam pembangunan pendidikan di Terengganu. Katanya, dana tersebut akan diagihkan untuk bantuan berterusan bagi menjayakan program Skim Anak Angkat, Prihatin@School, Prihatin@University, Boleh YPM Tolong serta Infra dan Fasiliti Pondok. “Setakat ini, jumlah terkumpul bagi dana sumbangan pendidikan YPM sebanyak RM1,009,189 dan antara penyumbang utama adalah Bank Islam Malaysia Berhad, Manfaat Wakaf Pendidikan Almarhum Baginda Sultan Omar, Program Kolobrasi Akses Fikrah Islami Permodalan Nasional Berhad-MAIDAM dan GNI Pharma Sdn Bhd.. “Harapan kami agar lebih ramai lagi yang sudi menyumbang sama ada agensi negeri atau swasta agar lebih ramai yang boleh di bantu dan tiada yang tercicir dalam pelajaran.” ujarnya. Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media Majlis Pelancaran Dana Sumbangan YPM yang disempurnakan oleh Yang Dipertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin di Primula Beach Hotel, hari ini. Menurut beliau, fungsi YPM tidak bertindih dengan yayasan-yayasan yang sedia ada di Terengganu kerana fokus YPM untuk melengkapkan dan mengisi ruang-ruang penambahbaikan dalam pendidikan ke arah pendidikan berkualiti.  “Yayasan Pendidikan Maidam merupakan anak syarikat Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu yang beroperasi secara aktif bermula 1 Mac 2021 dimana agihan zakat bagi sektor pendidikan telah dimanahkan kapada YPM sebagai strategi fokus untuk memperkasakan pendidikan di Terengganu.  “Bagi tahun ini, sebanyak RM68.1 juta telah diperuntukkan di bawah agihan zakat dalam sektor pendidikan melalui YPM meliputi 13 program.  “Antaranya Bantuan Awal Pengajian, Bantuan IPT, Skim Ulama’, Bantuan Pengajian Islam, dan Bantuan Pengurusan Pondok. Fungsi kedua Yayasan Pendidikan MAIDAM adalah menguruskan Dana Tanggungjawab Sosial bagi tujuan pembangunan pendidikan,” ujarnya.  
29 May 23
277
Raja Muda Berkenan Sempurnakan Majlis Pelancaran Dana Sumbangan YPM
Raja Muda Berkenan Sempurnakan Majlis Pelancaran Dana Sumbangan YPM
KUALA TERENGGANU, 29 Mei - Yang Dipertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat merasmikan pelancaran dana sumbangan pendidikan Yayasan Pendidikan Maidam (YPM) di Primula Beach Hotel, hari ini. Baginda diiringi Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar; Setiausaha Kerajaan Terengganu, Tengku Seri Bijaya Raja; Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Rozali Salleh; Yang Dipertua Maidam, Dato' Shaikh Harun Shaikh Ismail. Turut mengiringi baginda, Mufti Terengganu, Dato’ Dr. Mohamad Sabri Haron; Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pendidikan Maidam, Dato’ Wan Ismail Wan Yusoh serta Ketua Pegawai Eksekutif Maidam, Dr Ahmad Azrin Adnan. Pada majlis itu, baginda bertitah dan seterusnya berkenan menyempurnakan perasmian. Tengku Muhammad Ismail turut berkenan menyampaikan dana sumbangan pendidikan YPM kepada para penerima. Program dana sumbangan pendidikan YPM merupakan ruang untuk masyarakat bersama-sama menghulur tangan dalam pembangunan pendidikan khususnya di negeri ini bagi memastikan semua mempunyai peluang untuk mendapat pendidikan sempurna dan tiada yang tercicir dalam pelajaran.
29 May 23
223
Cadangan Teknokrat Mampu Seimbangkan Pentadbiran
Cadangan Teknokrat Mampu Seimbangkan Pentadbiran
KEMAMAN, 29 Mei - Masyarakat dan parti-parti politik perlu lebih terbuka terhadap penglibatan pemimpin dari latar belakang teknokrat dalam pentadbiran kerajaan Persekutuan dan negeri bagi memanfaatkan kepakaran serta pengalaman mereka demi kebaikan rakyat. Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu, Datuk Yahaya Ali berkata justeru itu cadangan keanggotaan Dewan Negara menjadi 140 iaitu 88 lantikan YDPA dan 52 mewakili negeri-negeri selari dengan penambahan anggota Dewan Rakyat. “Cadangan ini  dapat meningkatkan ruang penglibatan teknokrat untuk pelantikan ke jawatan Menteri atau Timbalan Menteri. “Selain itu, satu  pindaan Perlembagaan Negeri-negeri dicadangkan bagi mewujudkan dan menambah jumlah ADUN secara lantikan pada kadar sekitar 15 peratus  dari bilangan ADUN yang dipilih dan membenarkan ADUN secara lantikan diberi kepercayaan menjadi anggota pentadbiran kerajaan negeri,”katanya. Beliau berkata demikian ketika membacakan teks ucapan Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sempena Majlis Perasmian Resolusi Konvensyen Pendemokrasian Cendekiawan dan Umarak Terengganu di DITC Kemaman Terengganu.  Katanya lagi, satu ‘blue print’ sistem Pendidikan Rakyat Terengganu (PRT) yang berteraskan sistem pendidikan Islam dan berintegrasi secara komprihensif dengan sistem pendidikan arus perdana bermula daripada peringkat pra-sekolah sehingga ke peringkat universiti perlu diwujudkan. “Selain itu, matapelajaran sistem kekeluargaan Islam hendaklah diwujudkan di setiap peringkat pengajian dan dijadikan matapelajar wajib lulus. “Ini termasuk mengadakan sekolah satu sesi selama 8 jam bagi semua sekolah di Terengganu untuk memudahkan integrasi bidang duniawi, ukhrawi dan beriadah di samping membantu ibubapa yang bekerja menguruskan anak-anak mereka,” ujar beliau. Tambahnya, bagi meningkatkan ekonomi, satu  rangkaian kerjasama aktiviti ekonomi rakyat yang menuruti syariat sebagai satu jihad ekonomi rakyat di samping meneruskan promosi ‘buy muslim first’ (BMF). “Kita perlu mewujudkan satu eko-sistem ekonomi berkonsepkan hub halal yang bekerjasama dan saling menyokong di antara satu sama lain, bagi mempertingkatkan daya saing produk di pasaran global. “Termasuk membentuk makanisma wakaf ekonomi rakyat bagi menyediakan akses kepada latihan dan kemahiran, modal awal dan pebinaan infrastruktur business di dalam sektor perniagaan dan perusahaan,” ujarnya.  
29 May 23
180
'War' Inisiatif SPRM Didik Generasi Bebas Rasuah
'War' Inisiatif SPRM Didik Generasi Bebas Rasuah
 Program Perkasa Wira Anti Rasuah (WAR) merupakan usaha berterusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi melahrikan generasi bebas rasuah.
28 May 23
232
Terengganu Inc Mendukung Pembudayaan 'Benci Rasuah'
Terengganu Inc Mendukung Pembudayaan 'Benci Rasuah'
SETIU, 28 Mei -  Syarikat pelaburan induk strategik kerajaan negeri, Terengganu Incorporated Sdn Bhd ( Terengganu Inc) sentiasa mendukung pembudayaan 'benci rasuah' serta pematuhan integriti di dalam gerak kerja. Presiden dan Pengarah Eksekutif Terengganu Inc, Burhanuddin Hilmi Mohamed @ Harun berkata, polisi etika kerja yang baik telah dibangunkan serta dijadikan amalan. Kemudiannya polisi terbabit menurutnya, dilanjutkan kepada anak syarikat yang lain untuk diguna pakai oleh TDM Berhad, EPIC Berhad juga Ladang Rakyat Terengganu. "Polisi seperti Anti-Rasuh dan Penyelewengan, Kod Etika Perniagaan, 'Whistleblowing', 'No-gift' dan 'Sponsorship and Donation' telah dirangka dan dilanjutkan kepada anak syarikat. "Untuk mempertingkatkan kawalan dalaman, Terengganu Inc turut mewujudkan kerangka kawalan dalaman dan bagi memudahkan rujukan, Buku Panduan Anti-Rasuah dan penyelewengan juga telah dilancarkan secara rasmi. "Sebelum ini, Terengganu Inc tidak asing lagi memberi kerjasama penuh dengan SPRM dengan menganjurkan 'Integriti-tea Talk With SPRM' pada awal Mac lalu dan Ikrar Bebas Rasuah semasa Bulan Integriti Peringkat Negeri 2022,"ujarnya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Perkasa Wira Anti Rasuah (WAR) di Sekolah Kebangsaan Pulau Redang, di sini, kelmarin. Turut hadir, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Norazlan Mohd Razali. Dalam pada itu Burhanuddin memaklumkan ' WAR ' merupakan program tanggungjawab sosial korporat pertama Terengganu Inc dengan pihak SPRM dan telah menjadikan Sekolah Kebangsaan Pulau Redang sebagai sekolah angkat Terengganu Inc. "Dengan adanya program seumpana ini diharapkan agar ia dapat membentuk generasi pelajar yang peka terhadap isu rasuah, serta memupuk semangat integriti dan kejujuran dalam diri mereka,"ujarnya.  
28 May 23
312
Jaringan Engku Shakir Legakan Penyokong Terengganu FC
Jaringan Engku Shakir Legakan Penyokong Terengganu FC
Jaringan tunggal pemain gantian, Engku Muhammad Nur Shakir Engku Yacob membantu Terengganu FC menewaskan Penang FC pada aksi Liga Super Malaysia.
28 May 23
343
Terengganu Bina Kilang Baja Bernilai RM40 Juta
Terengganu Bina Kilang Baja Bernilai RM40 Juta
 Kerajaan Terengganu melalui anak syarikatnya, East Coast Fertilizer Sdn Bhd akan membina sebuah kilang baja berteknologi tinggi yang pertama di negeri ini.
28 May 23
263
'War' Inisiatif SPRM Didik Generasi Bebas Rasuah
'War' Inisiatif SPRM Didik Generasi Bebas Rasuah
SETIU, 26 Mei -  Program Perkasa Wira Anti Rasuah (WAR) merupakan usaha berterusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi melahrikan generasi bebas rasuah. Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Norazlan Mohd Razali berkata, sehingga kini ia telah diadakan di 162 buah sekolah. "Program ini dirangka dengan tujuan memberikan pendedahan awal kepada murid-murid di sekolah yang terlibat untuk membudayakan sikap membenci rasuah serta menerapkan nilai-nilai integriti yang tinggi dalam jati diri mereka. "Program yang diadakan ini adalah selaras dengan tuntutan inisiatif 2.4.6 Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023 iaitu memperkukuhkan pendidikan di peringkat rendah dan menengah yang berteraskan pembentukan sahsiah, jati diri dan kepimpinan yang utuh,"ujarnya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Perkasa Wira Anti Rasuah (WAR), di Sekolah Kebangsaan Pulau Redang, di sini, kelmarin.  Turut hadir, Presiden dan Pengarah Eksekutif Terengganu Incorporated (Terengganu Inc), Burhanuddin Hilmi Mohamed @ Harun.  Sementara itu, Norazlan berkata program berkenaan yang telah disertai oleh Terengganu Inc telah melayakkan syarikat korporat tersebut menjadi yang pertama akan mendapat inisiatif potongan cukai oleh SPM kerana melaksanakan program Pendidikan Rasuah. "Saya mengucapkan tahniah kepada Terengganu Inc yang telah turut bersama kami (SPRM) semoga ia menjadi contoh kepada syarikat korporat yang lain untuk turut membua program mengenai pendidikan rasuah ini,"ujarnya, Untuk rekod, Pelaksanaan program CSR berbentuk pencegahan dan pendidikan antirasuah di negara ini membolehkan syarikat swasta mendapat potongan cukai di bawah Seksyen 34(6)(h) Akta Cukai Pendapatan 1967. Menerusi program berkenaan ia akan memberi manfaat kepada masyarakat umum, termasuk pelajar di institusi pengajian tinggi dan sekolah.  
26 May 23
1179
Terengganu Bina Kilang Baja Bernilai RM40 Juta
Terengganu Bina Kilang Baja Bernilai RM40 Juta
KEMAMAN, 24 Mei - Kerajaan Terengganu melalui anak syarikatnya, East Coast Fertilizer Sdn Bhd akan membina sebuah kilang baja berteknologi tinggi yang pertama di negeri ini. Kilang yang akan dibangunkan di atas tanah yang berkeluasan lebih 50,000 kaki per segi itu akan berupaya menghasilkan kapasiti pengeluaran baja berjumlah 50,000 metrik tan bagi setiap tahun dan mampu mencapai kapasiti maksima sehingga 100,000 tan metrik setahun. Setiausaha Kerajaan negeri, Tengku Seri Bijaya Raja berkata, kilang berkenaan yang akan dibina pada tahun ini dan dijangka akan memulakan operasinya pada tahun hadapan akan mewujudkan 250 peluang pekerjaan di negeri ini. "Dengan adanya kilang ini nanti ia akan memberi peluang dan membantu golongan petani dan pengusaha di negeri ini untuk mendapatkan baja yang berkualiti bagi meningkatkan hasil pertanian mereka dengan cara yang lebih berkesan. "Secara tidak langsung akan mengurangkan kebergantungan pengusaha ladang, pekebun dan petani kepada baja dari luar, sebaliknya akan mendapatkan baja yang berkualiti untuk mengaplikasikan pertanian yang lebih berkualiti dan sesuai untuk keadaan tanah di Terengganu dan Wilayah Pantai Timur," ujarnya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Tapak Pembinaan Kilang Baja ECFSB dan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara ECFSB dan Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (EPIC) di Teluk Kalong, di sini, baru-baru ini. Pada majlis tersebut, EPIC diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Ridzuan Ali dan Ketua Pegawai Operasi Kumpulannya, Ir Muhtar Suhaili manakala ECFSB pula diwakili oleh Pengarahnya, Muhammad Ramizu Mustaffa dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Zaman Abdullah. Memorandum yang ditandatangani oleh kedua-dua belah pihak adalah berkaitan pajakan tanah untuk projek pembinaan kilang baja milik ECFSB itu di Teluk Kalong, Kemaman. Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr Azman Ibrahim berkata MoU berkenaan merupakan langkah penting dalam memperkukuhkan sektor pertanian di negeri ini. "Kerjasama antara ECFSB dan EPIC akan membawa manfaat yang besar kepada industri pertanian dan penternakan di negeri ini dalam memastikan hasrat Terengganu untuk menjadi negeri pegeluar makanan dan menjadikan negeri ini sebagai pusat pertanian yang berdaya saing tinggi,"ujarnya. Dalam pada itu Ridzuan pula menyifatkan lokasi pembinaan kilang tersebut adalah strategik, sekali gus akan membuka pintuk kepada ECFSB untuk menerokai pasaran Pantai Timur dan seterusnya berkembang ke peringkat negara-negara jiran dan juga pasaran serantau.
24 May 23
2139
Kerajaan Negeri Peruntuk RM540 Ribu Bagi Pembangunan Unjam
Kerajaan Negeri Peruntuk RM540 Ribu Bagi Pembangunan Unjam
Kerajaan negeri melalui Pejabat Perikanan Negeri Terengganu memperuntukan RM540,000 bagi projek melabuhkan 794 unjam sejak 2018 hingga kini.
23 May 23
195