Artikel "Utama" Terkini
GLC Terengganu Bina 712 Rumah Untuk Pekerja
SETIU, 20 Julai - Sarikat berkaitan kerajaan negeri, TDM Berhad melalui TDM Plantation Sdn. Bhd. (TDMP) membina 712 unit rumah bagi menggantikan kediaman yang telah usang dan memastikan kebajikan staf terbela.
Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, projek yang menelan kos sebanyak RM70 juta itu disasarkan siap sepenuhnya dalam tempoh lima tahun bermula 20 Oktober 2021.
"Hari ini telah diserahkan dulu sebanyak 56 unit rumah yang telah siap kepada penerima, manakala 24 unit lagi kini dalam pembinaan dan 200 unit lagi dijangka akan mula dibina pada tahun ini.
"Kita memulakan projek pembinaan rumah bagi menggantikan rumah lama ini dijalankan secara berperingkat melibatkan empat fasa.
"Tujuannya adalah untuk menambahkan keselesaan, daripada rumah kayu yang tidak selesa kepada rumah yang lebih kondusif untuk memberikan keselesaan kepada pekerja bersama anak dan keluarga," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas menyempurnakan Majlis Perasmian dan Penyerahan Kunci Rumah Pekerja, di Ladang jaya Sungai Tong, di sini hari ini.
Sementara itu, salah seorang penerima, Yusri Afindi Abd Rahman, 48, tidak menyangka rumah yang diterima sangat baik dan selesa serta dilengkapi tiga bilik tidur, dua bilik air dan satu bilik utiliti dengan keluasan 1,000 kaki persegi.
"Alhamdulillah ahirnya hajat saya tercapai, dengan pendapatan saya sebagai pekerja ladang walaupun telah berkerja selama 23 tahun rasanya saya tidak berkeupayaan untuk memiliki rumah seumpama ini.
"Pada awalnya menyangkakan hanya akan dibina rumah biasa-biasa sahaja, saya sangat gembira dan terasa kebajikan setelah sekian lama bekerja di sini terbela," katanya.
Seorang lagi penerima Rosliza Mohd, 32, juga turut menzahirkan perasaan teruja dengan apa yang telah diperolehi.
"Gembira, kerana inilah yang telah dinantikan sejak sekian lama. Saya sebelum ini telah dimaklumkan oleh pihak majikan bahawa rumah sebelum ini akan diganti kepada rumah baru, cuma tidak menyangka rumah yang akan diberikan begitu selesa untuk kami bersama dua anak.
"Saya memang tinggal di sini sekian lama, dilahirkan di sini kerana sebelum ini orang tua saya bekerja di ladang ini, kini saya dan suami. Mohd Hafizzal Salleh juga turut berkerja di sini, Alhamdulillah dengan rezeki yang diperolehi ini, rumah yang lama telah pun berganti baru," ujarnya.
20 Jul 23
461
Ustaz Wan Junaidi Diumum Tokoh Dakwah Negeri
Tenaga pengajar kitab Turath bertauliah Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, Ustaz Wan Junaidi Wan Jaafar diumumkan sebagai Tokoh Dakwah Peringkat Negeri Terengganu tahun ini.
20 Jul 23
579
Terengganu Peruntuk RM100 Juta Bina SM Imtiaz Marang
Kerajaan Terengganu memperuntukkan RM100 juta bagi membina kompleks Sekolah Menengah (SM) Imtiaz Yayasan Terengganu Marang.
20 Jul 23
313
Kenapa Perlu Tangkap Sanusi Pukul 3 Pagi?
Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mempersoalkan kewajaran Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor ditangkap pada jam 3 pagi.
20 Jul 23
224
Banyak Lagi Projek 'Sakit' Zaman UMNO Akan Dibaik Pulih
Kerajaan Negeri sedang meneliti beberapa lagi projek terbengkalai di zaman UMNO untuk dibaik pulih.
20 Jul 23
211
Bakal Cetus Fenomena, Ribuan Rakyat Berhimpun
KUALA TERENGGANU, 18 Julai - Ribuan rakyat bakal berhimpun di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Terengganu Gong Badak Khamis ini bagi memeriahkan program Malam Terengganu Cinta Rasul yang akan mencetuskan fenomenanya yang tersendiri.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Dato' Mohd Nor Hamzah berkata, program itu bersempena dengan Sambutan Semarak Dakwah di Awal Muharram.
"Ini merupakan satu program kerajaan negeri yang dianjurkan melalui Akademi Didik Ulama Amilin Terengganu (DUAT) dengan kerjasama institusi pondok, maahad tahfiz dan juga sekolah-sekolah agama.
"Semua rakyat dijemput untuk hadir ke program ini untuk bersama-sama mengalunkan selawat juga bagi membangitkan perasaan rindu serta menanamkan perasaan cinta kepada Rasulullah SAW di mana inilah menjadi rahsia kehebatan orang yang ada di zaman dahulu.
"Juga melahirkan semangat bagi menjadi mata rantai bagi meneruskan perjuangan Rasul di malam cinta rasul itu nanti," ujarnya kepada Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) baru-baru ini.
Program berkenaan akan turut disusuli munajat bagi memohon keberkatan dari Allah SWT agar terus memberkati negeri ini dan rakyatnya.
Pelbagai aktiviti menarik diadakan khusus sepanjang program tersebut bermula jam 8.00 pagi sehingga 12.00 malam yang dimulakan dengan Bacaan Surah Yasin Perdana yang akan dipimpin oleh Qari negeri Terengganu, Abdul Hadi Che Abd Halim.
Kemudian akan disusuli dengan seminar penghayatan Hijrah oleh Pendakwah Selebriti, Ustazah Asmak Hussin, Ustazah Muzayyamah Abdulllah dan Motivator Terkenal, Bro Shah Kirit.
Pada sebelah petang pula pengunjung berpeluang untuk bersama-sama menadah kitab denan Pengerusi Persatuan Guru-Guru Pondok Terengganu, Tuan Guru Ustaz Raqim Annuria dan slot Daurah Kitab Bersama Daie.
Sebelah malanya seusai Program maal Hijrah Bersama Daie bersama Ustaz Haji Mat Esa Deraman 'Tokku Pasir Gudang', dan Solat Hajat Perdana majlis tersebut pada cara kemuncak akan berlangsung majlis perasmiannya yang akan disempurnakan oleh Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.
Kemuncak acara Malam Terengganu Cinta Rasul akan menampilkan Ustaz Azhar Idrus sebagai pentausiah bersama Habib Naerl Thohir, Tuan Guru Habib Syed Suhaimi, Tuan Guru Suplar, Tuan Guru Ustaz Raqim Annuria dan Pencetus Ummah (PU) Syed.
Manakala alunan selawat dan nasyid akan menampilkan kumpulan InTeam, Ustaz Ahmad Muzani (UAM) dan Qasidah Shoutul Muhibbin.
Orang ramai yang akan hadir diminta mengenakan tema pakaian pada malam tersbeut iaitu berjubah putih atau mengenakan pakaian yang bersesuain bagi memeriahkan malam berkenaan.
19 Jul 23
887
Ustaz Wan Junaidi Diumum Tokoh Dakwah Negeri
KUALA TERENGGANU,19 Julai- Tenaga pengajar kitab Turath bertauliah Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, Ustaz Wan Junaidi Wan Jaafar diumumkan sebagai Tokoh Dakwah Peringkat Negeri Terengganu tahun ini.
Pengumuman itu dibuat pada Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Terengganu Tahun 1445H/2023M di Wisma Darul Iman di sini, hari ini.
Kriteria tokoh yang dipilih adalah berdasarkan kepada sumbangan besar dalam pembangunan dakwah dan perkembangan syiar Islam selain memiliki pengetahuan, pengalaman luas serta mempunyai sifat dan keperibadian unggul.
Wan Junaidi, 54, dari Kampung Kubang Bujuk, Kuala Terengganu mengabdikan diri selama 12 tahun bagi mengikuti pengajian pondok bermula dari usia 14 tahun.
Antaranya, Pondok Tok Guru Haji Abas, Tok Jiring; Pondok Pasir Tumbuh, Kelantan; Pondok Tuan Guru Baba Ismail Sepanjang, Thailand serta Pondok Al- Falahiyyah, Pondok Paku, Kerandang, Besut (Pondok Tuan Guru Baba Najmuddin, Kerandang).
Wan Junaidi berkata, penganugerahan tersebut memberi semangat kepada diri beliau untuk terus meningkatkan usaha dalam memperjuangkan agama Islam.
"Alhamdulillah atas anugerah ini, ianya merupakan suatu pengiktirafan daripada pihak berkuasa agama terhadap usaha saya untuk mengembangkan pengajian Kitab Turath yang banyak diguna pakai di institusi pondok dengan memberi penekanan terhadap ilmu fardu ain, tauhid, fekah dan tasawwuf.
"Mudah-mudahan dengan anugerah ini akan membuka lagi minat umat Islam di negeri Terengganu khususnya dan Malaysia amnya dalam mendalami Kitab Turath.
"Saya juga berharap dengan anugerah ini akan meningkatkan semangat saya untuk menyampaikan ilmu agama kepada umat Islam di Negeri Terengganu khasnya dan dapat mengajak asatizah-asatizah yang lain bersama-sama menabur bakti untuk mengembangkan dan memperluaskan ilmu agama Islam, " ujarnya.
Bapa kepada sembilan cahaya mata itu turut mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada kerajaan negeri kerana memilih beliau sebagai Tokoh Dakwah tahun ini.
Kini, beliau aktif mengajar kitab-kitab Turath di masjid-masjid sekitar Kuala Terengganu termasuk Masjid Negeri (Masjid Abidin)
"Saya lebih kepada memberi penekanan terhadap ilmu berkaitan fardu ain, tauhid, feqah dan juga tasawwuf .
"Setiap tiga kali dalam seminggu, saya akan bersiaran di Radio Terengganu FM dan bagi memberi kemudahan kepada penuntut-penuntut ilmu, mereka juga boleh mengikuti kuliah Fardhu Ain secara live menerusi FB Live: Ustaz Wan Junaidi- Original, " ujarnya.
18 Jul 23
2190
Terengganu Peruntuk RM100 Juta Bina SM Imtiaz Marang
MARANG, 18 Julai – Kerajaan Terengganu memperuntukkan RM100 juta bagi membina kompleks Sekolah Menengah (SM) Imtiaz Yayasan Terengganu Marang di sini.
Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata pembinaan tersebut akan dibina di atas tanah berkeluasan 40 hektar di Kampung Tok Muchong, Marang .
Katanya, projek tersebut dijangka bakal siap sepenuhnya pada tahun 2027.
"Kompleks yang menggabungkan konsep reka bentuk moden dan kontemporari itu mampu menempatkan seramai lebih 550 pelajar.
“Setiap tahun Yayasan Terengganu menerima hampir 5,000 permohonan untuk memasuki Imtiaz namun hanya 10 peratus permohonan yang boleh diambil daripada jumlah itu," jelasnya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu bertempat di Tapak SMIYT Marang, Kampung Tok Muchong, Marang di sini hari ini.
Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Dato' Satiful Bahri Mamat dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Penerangan dan Dakwah Negeri, Dato' Mohd Nor Hamzah.
Tambah Ahmad Samsuri, SM Imtiaz yang mula beroperasi pada 2017 kini sudah dikenali di merata tempat sebagai satu jenama dalam mencetak kecemerlangan pelajar.
“Kini nama Imtiaz telah dikenali di serata dunia dan telah berkembang ke setiap daerah di Terengganu.
“Kerajaan negeri sentiasa memberi perhatian terhadap prestasi pelajar dan infrastruktur pendidikan Imtiaz menerusi Yayasan Terengganu," katanya.
Sehubungan itu, pembinaan Kompleks Imtiaz Marang ini akan mengukuhkan lagi jenama Imtiaz Yayasan Terengganu sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) terbaik di Malaysia.
“Sekali gus menyokong antara agenda utama Kerajaan Negeri Terengganu ke arah pembentukan modal insan yang kompeten dan minda kelas pertama.
“Pembangunan pendidikan dan pembangunan modal insan menjadi fokus utama kerajaan negeri agar bergerak seiring dengan pembangun an fizikal di negeri Terengganu,” ujarnya.
18 Jul 23
1093
Kenapa Perlu Tangkap Sanusi Pukul 3 Pagi?
MARANG, 18 Julai – Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mempersoalkan kewajaran Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor ditangkap pada jam 3 pagi.
Ahmad Samsuri berkata, sedangkan Menteri Besar Kedah tersebut telah ditetapkan hadir ke Mahkamah pada jam 9 pagi.
Menurutnya, tindakan sedemikian tidak perlu dilakukan kerana beliau bukan pelarian yang mahu lari ke mana-mana.
“Kami para pimpinan tidak akan lari, jadi kenapa perlu ditahan dan dibawa pada jam 3 pagi,” jelasnya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu bertempat di Tapak SMIYT Marang, Kampung Tok Muchong di sini hari ini.
Mengulas mengenai sokongan rakyat terhadap Perikatan Nasional (PN) susulan isu itu, Ahmad Samsuri berkata tindakan tersebut tidak akan menjejaskan sokongan rakyat.
Apabila ditanya mengenai pelbagai halangan dan sekatan yang dikenakan terhadap PN terutama dari sudut media sosial.
Beliau menjawab itu tekanan dan aturan biasa yang dilakukan oleh mereka.
"Insya-Allah, kita masih boleh mengatasinya dan akan bangkit sepenuhnya," ujarnya.
18 Jul 23
931
Setiu Wetlands Bakal Jadi Produk Pelancongan Terkenal
Setiu Wetlands bakal menjadi produk Pelancongan terkenal di negeri ini dengan pelbagai pengisian yang menggambarkan tradisi budaya dan gaya hidup tradisional.
18 Jul 23
200