lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

100 Pemanah Berbusana, OKU Bersaing Dalam Cabaran Panahan
100 Pemanah Berbusana, OKU Bersaing Dalam Cabaran Panahan
Seramai 100 pemanah termasuk 10 orang Kelainan Upaya (OKU) penglihatan akan bersaing dalam Cabaran Panahan Dinamik 3D Muhibah 2023 di Kampung Budaya Terengganu, Sabtu ini.
26 Jul 23
41
Pemanah OKU Buktikan Kebolehan
Pemanah OKU Buktikan Kebolehan
 Salah seorang wakil Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) Wilayah Terengganu yang akan menyertai Cabaran Panahan Dinamik 3D Muhibah 2023 di Kampung Budaya Terengganu, Sabtu ini memasang impian untuk membawa pulang kemenangan.
26 Jul 23
242
Jangan Guna Jentera Kerajaan, PAS Tegur PH BN
Jangan Guna Jentera Kerajaan, PAS Tegur PH BN
KUALA TERENGGANU, 26 Julai - Parti Islam Se-malaysia (PAS) membidas tindakan parti politik yang menggunakan jentera dan premis kerajaan bagi tujuan politk sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen. Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Dr Alias Razak berkata, lebih malang lagi terdapat juru kempen parti politik yang memasuki kawasan sekolah untuk berucap di hadapan para pelajar. “Contohnya seperti yang berlaku pada program rasmi Kementerian Kesihatan baru-baru ini yang disertai oleh pemimpin berpakaian parti dalam program itu. “Tindakan tersebut seolah-olah menggunakan penjawat awam untuk kepentingan dan tujuan politik,” jelasnya. Beliau berkata demikian ketika Sidang Media Pengumuman calon Perikatan Nasional di Pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu, Jalan Sultan Omar di sini hari ini. Turut hadir, Pengarah Pilihan Raya PAS negeri Terengganu, Ariffin Deraman. Tambah Dr Alias, pada esok hari pula akan diadakan pelancaran jentera Perpaduan Terengganu ketika Jelajah Perpaduan Madani di sebuah sekolah di negeri ini. “Kita ingin tanya, adakah larangan penggunaan aset atau premis kerajaan sudah dibatalkan. "Pihak berkuasa atau pihak yang bertanggungjawab perlu memberi penjelasan, mengenai perkara itu” ujarnya. Dalam perkembangan lain, PAS Terengganu dijangka mengumumkan calon yang akan bertanding pada pilihan raya negeri (PRN) dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu pada esok, 27 Julai 2023. Senarai calon itu akan diumumkan oleh Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bertempat di Dewan Tok Guru, Rusila, Marang.  
26 Jul 23
410
Kerajaan Terengganu Nokhtahkan Penantian Rakyat
Kerajaan Terengganu Nokhtahkan Penantian Rakyat
Kerajaan Terengganu berjaya menokhtahkan penantian penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi yang menunggu puluhan tahun untuk memiliki tanah.
26 Jul 23
38
Terengganu Terima Kunjungan Duta Besar Korea
Terengganu Terima Kunjungan Duta Besar Korea
KUALA TERENGGANU, 25 Julai – Kerajaan Terengganu hari ini menerima kunjungan Duta Besar Republik Korea, Tuan Yang Terutama (TYT) Yeo Seung-Bae. Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kunjungan tersebut bertujuan bagi membincangkan isu kepentingan bersama dan kerjasama memperkukuh hubungan Terengganu-Korea Selatan. "Duta Besar Republik Korea bersama delegasi itu sempat singgah di Kertih Industrial Park sebelum ke sini. "Semoga ada kerjasama yang dapat dijalinkan antara kedua-dua pihak yang memberi manfaat kepada yang terlibat khususnya rakyat Terengganu," jelasnya. Beliau berkata demikian dalam kenyataan di laman Facebook Rasmi miliknya pada hari ini. Ahmad Samsuri sempat berseloroh, untung orang Korea tahun ini, jadi muda setahun atau dua. “Sebelum ini, Korea mempunyai sistem mereka tersendiri dalam pengiraan umur.  “Biasanya akan lebih tua setahun atau dua berbanding usia di peringkat global atau biasa disebut ‘international age’. Unik sungguh budaya yang berbeza ini,” ujarnya.    
25 Jul 23
100
Bilangan Pelancong Ke Terengganu Lebih 10 Juta
Bilangan Pelancong Ke Terengganu Lebih 10 Juta
KUALA TERENGGANU, 25 Julai – Usaha Kerajaan Negeri dan pemain industri pelancongan membuahkan hasil apabila bilangan pelancong ke negeri ini meningkat sehingga 10.23 juta orang. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri, Ariffin Deraman berkata pada tahun 2022, jumlah pelancong itu meningkat sehingga 175.2 peratus iaitu sebanyak 10.23 juta orang pelancong. Katanya, berbanding pada tahun sebelumnya yang hanya menerima 3.7 juta orang pelancong. “Sepanjang lima tahun mentadbir negeri, Terengganu berjaya mencatatkan tren peningkatan yang konsisten saban tahun apabila merekodkan kadar pertumbuhan KDNK sebanyak 2.5 peratus pada 2018, 3.3 peratus (2019), 3.7 peratus (2021) dan 5.9 peratus (2022). “Sudah pasti industri pelancongan sedikit sebanyak memberikan sumbangan yang signifikan kepada peningkatan kadar pertumbuhan KDNK ini,” katanya melalui kenyataan di laman Facebook Rasmi miliknya semalam. Tambah Ariffin, selari dengan data ini, Negeri Terengganu berjaya menggondol tujuh anugerah di dalam Majlis Anugerah Emas Lembaga Pelancongan Malaysia 2022 pada akhir Disember 2022. “Segala hasil dan kejayaan di dalam industri pelancongan ini bertitik tolak antaranya daripada perlaksanaan Pelan Strategik Kelestarian Pelancongan Negeri Terengganu 2021-2025. "Selain itu, ia turut membuktikan bahawa perlaksanaan Garis Panduan Hiburan, Kebudayaan, Pelancongan dan Sukan tidak menjadi batu penghalang kepada kedatangan pelancong ke negeri Terengganu Darul Iman,” ujarnya.
25 Jul 23
613
Pemanah OKU Buktikan Kebolehan
Pemanah OKU Buktikan Kebolehan
KUALA TERENGGANU, 24 Julai- Salah seorang wakil Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) Wilayah Terengganu yang akan menyertai Cabaran Panahan Dinamik 3D Muhibah 2023 di Kampung Budaya Terengganu, Sabtu ini memasang impian untuk membawa pulang kemenangan. Di sebalik status diri sebagai Orang kelainan Upaya (OKU) Penglihatan, Saharudin Zakaria, 54, yang berasal dari Dungun mahu buktikan dirinya berupaya memperlihatkan aksi memanah setanding golongan normal. Katanya, minat terhadap sukan memanah tradisional mula timbul apabila aktiviti itu diperkenalkan PERTIS bagi membolehkan ahli persatuan beriadah selain mengamalkan sunah Nabi Muhammad. Menurut Saharudin, aktiviti memanah bagi OKU sepertinya memerlukan bantuan jurupandu arah untuk memberikan panduan terhadap sasaran yang tepat sebelum anak panah dilepaskan. “Sejak bersama PERTIS, saya selalu memasuki pertandingan memanah dan terbaru di Perkaya, Marang. “Untuk pertadingan kali ini, saya akan buat yang terbaik dengan bantuan juru pandu arah, walaupun sedar kekurangan diri tapi bagi saya dalam pertandingan lawan tetap lawan,” ujarnya kepada pemberita ketika ditemui pada sesi sidang media Cabaran Panahan Dinamik 3D Muhibah 2023 di Kampung Budaya Terengganu, Kompleks Muzium Negeri Terengganu, semalam.  Katanya, bagi bersaing dalam kategori Kumpulan Cacat Penglihatan yang juga akan disertai 10 wakil PERTIS, dia akan meningkatkan latihan untuk memantapkan lagi stamina sebelum hari pertandingan. Sementara itu, jurupandu arah memanah PERTIS, Alauddin Omar,43, yang akan berpasangan dengan Saharudin pada hari pertandingan memberitahu, sukan memanah memang tidak asing dengan warga PERTIS kerana setiap bulan akan diadakan liga memanah antara mereka.   “Setiap bulan akan ada liga, jadi tidak ada masalah untuk menyertai pertandingan ini kerana mereka sentiasa bersedia. “Sebagai jurupandu arah, cabaran terbesar kita adalah untuk membina keserasian bersama pemanah OKU penglihatan. “Mereka bukan macam orang normal, tetapi bila sudah biasa dan selalu bersama, kita boleh bekerjasama dengan baik,” ujarnya.
25 Jul 23
493
MB Harap Semua Parti Bersaing Secara Harmoni
MB Harap Semua Parti Bersaing Secara Harmoni
Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berharap semua parti yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Negeri nanti mewujudkan suasana harmoni ketika berkempen khususnya di negeri ini.
24 Jul 23
108
100 Pemanah Berbusana, OKU Bersaing Dalam Cabaran Panahan
100 Pemanah Berbusana, OKU Bersaing Dalam Cabaran Panahan
KUALA TERENGGANU, 24 Julai- Seramai 100 pemanah termasuk 10 orang Kelainan Upaya (OKU) penglihatan akan bersaing dalam Cabaran Panahan Dinamik 3D Muhibah 2023 di Kampung Budaya Terengganu, Sabtu ini. Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Fadli Yusof Zakaria berkata, acara tahunan anjuran jabatan pelancongan melalui Kampung Budaya Terengganu itu bertujuan mempromosikan aktiviti memanah berbusana sebagai aktiviti menarik yang sinonim dengan Negeri Terengganu. “Pertandingan yang turut mendapat kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu, Kelab Memanah Al-Istiqamah dan Persatuan Taekwon-do Negeri ini juga disertai peserta luar dari Terengganu antaranya Kelantan, Pahang dan Selangor. “Selain menarik kedatangan pelancong ke Kampung Budaya Terengganu, penganjuran acara memanah tradisional ini juga dapat menerapkan semangat bersaing secara sihat, berkeyakinan dan fokus terhadap apa jua yang dilakukan di kalangan peserta terutamanya OKU penglihatan,” ujarnya. Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media Cabaran Panahan Dinamik 3D Muhibah 2023 di Kampung Budaya Terengganu, Kompleks Muzium Negeri Terengganu, semalam.  Menurut Fadli Yusof, sebanyak enam kategori dipertandingankan iaitu lelaki dewasa, wanita dewasa, remaja, cilik, begin rolan snake dan kumpulan cacat penglihatan yang disertai oleh wakil Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (Pertis) Cawangan Terengganu. “Semasa pertandingan, semua peserta hendaklah berpakaian busana dan berkasut dan difahamkan peserta paling muda yang bakal bersaing berusia enam tahun. “Terdapat 20 ‘check point’ iaitu taktikal (objek bergerak) dan 10 dinamik (objek statik) yang perlu dihabiskan oleh peserta memanah,” ujarnya.  
24 Jul 23
600
Hari Ini Dalam Sejarah Jun
Hari Ini Dalam Sejarah Jun
24 Jul 23
804