lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Rezeki Banjir, 4 Sekawan Dapat Ikan Kelah Merah Hampir RM3 Ribu
Rezeki Banjir, 4 Sekawan Dapat Ikan Kelah Merah Hampir RM3 Ribu
HULU TERENGGANU, 25 Disember - Bak kata orang, kalau sudah rezeki pasti tidak salah alamat. Itulah nasib yang menimpa seorang anak muda yang dikenali sebagai Mohammad Hafifi Abu Bakar yang berusia 32, berasal dari Kampung Pengkalan Ajil, di sini. Dia dan tiga lagi rakannya berjaya mendapat Ikan Kelah merah  atau nama saintifiknya, Tor putitora satu-satunya spesies liar di habitat sungai yang paling mahal di pasaran negara ini. Katanya, banjir yang melanda kampung tersebut bulan ini membawa tuah di sebalik menanggung kesusahan yang menimpa dirinya serta penduduk di situ yang menjadi mangsa banjir akibat limpahan air Sungai Berang. Berkongsi cerita, setiap kali banjir, dia dan rakan-rakanya,  Khairuddin Hassan, Alias Hassan dan Lokman Abd Razak akan mengambil kesempatan untuk memasang pukat sambil berharap pada tuah untuk memperoleh ikan liar untuk dijual bagi menampung pendapatan dan perbelanjaan selepas ditimpa banjir. "Dalam pukul 5 petang semalam, kami turun ke sungai Berang tidak jauh dari rumah untuk mencuba nasib sambil berharap ada rezeki ikan liar terperangkap dalam jaringnya. "Pada mulanya tak perasan lehadiran ikan kelah  dan bila tersedar, saya mula pasang pukat kembali. Alhamdulillah tak sangka dapat ikan Kelah Merah yang cukup bernilai di pasaran," katanya ketika ditemui pemberita . Tambahnya, dia dan rakan-rakan terpegun melihat ikan kelah merah bersaiz besar itu seberat 19kg yang tidak pernah ditangkapnya sejak dia memulakan hobi memukat setiap kali banjir. Berdasarkan pasaran semasa, harga sekilogram ikan kelah merah ialah RM150 hingga RM200  bagi ikan yang sudah mati dan menurutnya anggaran keuntungan yang diperolehnya adalah hampir RM3,000 seekor. "Hasil yang akan diperolehi akan kami agih bersama termasuk peraih  dan seorang lagi iaitu pemilik pukat. "Berkongsi rezeki menjadi keutamaan disaat banjir melanda semoga dapat meringankan lagi beban bersama," katanya.  
25 Dec 23
2329
Penduduk Lali Dengan Banjir
Penduduk Lali Dengan Banjir
HULU TERENGGANU, 24 Disember - Penduduk Kampung Pengkalan Ajal di sini sudah lali dengan banjir yang melanda sehingga tiga kali dalam tempoh setahun dan terpaksa berpindah ke pusat pemindahan banjir (PPS). Setiap kali ditimpa musibah itu, penduduk bukan sahaja menanggung kerugian apabila banyak kelengkapan rumah dan harta benda rosak, malah terpaksa berkorban masa dan keringat membersihkan rumah. Salah seorang mangsa banjir, Roslin Mohamad, 58, berkata, saban tahun  mereka sekeluarga berdepan dengan banjir sejak dia kecil lagi. "Memang setiap kali musim tengkujuh kami menjadi penghuni setia di PPS dan pernah berlindung di sini lebih dari lima hari. "Walaupun agak memenatkan kami tidak serik untuk berpindah ke PPS kerana kami mungkin akan mengalami kesukaran jika tidak berpindah," katanya ketika ditemui di PPS Pengkalan Ajal, di sini,  hari ini. Ibu kepada tiga anak itu berkata, dia sudah serik dengan banjir yang besar tetapi apakan daya kerana ia adalah fenomena alam yang tidak boleh dihalang.  "Apa yang penting saya sekeluarga sudah berada di tempat selamat walaupun pusat pemindahan sementara ini juga mungkin terperangkap seperti tahun lepas," ujarnya. Manakala Ruzita Sulong, 51, berkata setiap kali berlaku banjir mesti ada barang yang rosak tidak dapat diselamatkan. "Bagaimanapun kali ini saya sekeluarga memindahkan barang ke tempat selamat dengan segera apabila hujan lebat berterusan. "Apabila hujan lebat pada Sabtu, saya mula berkemas barang untuk dipindahkan," katanya. Dalam kejadian banjir pagi ini seramai 139 penduduk daripada 74 keluarga di kampung itu dipindahkan ke PPS, selepas kediaman masing-masing dinaiki air akibat limpahan Sungai Berang.
24 Dec 23
93
Banjir Gelombang Ketiga Landa Terengganu, 340 Mangsa Dipindahkan Ke PPS
Banjir Gelombang Ketiga Landa Terengganu, 340 Mangsa Dipindahkan Ke PPS
KUALA TERENGGANU, 24 Disember- Terengganu mula mengalami banjir gelombang ketiga dengan daerah Marang, Dungun dan Setiu mula terjejas berikutan hujan lebat tanpa henti selama hampir 24 jam sejak pagi semalam. Setakat pukul 10 pagi ini, seramai 340 mangsa daripada 91 keluarga sudah berpindah ke enam pusat pemindahan sementara (PPS) di ketiga daerah terbabit. Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, seramai 303 mangsa daripada 84 keluarga berada di empat PPS di Dungun manakala 12 mangsa daripada tiga keluarga berada di satu PPS di Marang. “PPS pertama dibuka ialah pada pukul 9.30 malam tadi iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Pusat, Dungun yang menempatkan 21 mangsa daripada lima keluarga. “PPS kedua dibuka ialah di Dewan Sivik Wakaf Tapai, daerah Marang iaitu pada pukul 10 malam tadi (12 mangsa daripada tiga keluarga). “Seterusnya PPS ketiga dibuka ialah Dewan Serbaguna Kampung Shukor pada pukul 12 tengah malam yang menempatkan 69 mangsa daripada 17 keluarga kemudian diikuti Balairaya Bembam yang menempatkan dua mangsa daripada sebuah keluarga dan Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Raja yang menempatkan 84 mangsa daripada 28 keluarga,” katanya. Menurut kenyataan itu, PPS terbaru dibuka adalah di Setiu iaitu Balai Raya Kampung Seladang yang menempatkan 25 mangsa daripada empat keluarga. Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)  mengeluarkan amaran banjir diramal berlaku secara berperingkat di beberapa kawasan rendah berhampiran sungai di Terengganu bermula 24 hingga 26 Disember ini.  
24 Dec 23
425
Amaran Banjir di Terengganu, Bermula Esok Hingga 26 Disember
Amaran Banjir di Terengganu, Bermula Esok Hingga 26 Disember
KUALA TERENGGANU, 23 Disember - Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)  mengeluarkan amaran banjir diramal berlaku secara berperingkat di beberapa kawasan rendah berhampiran sungai di Terengganu bermula 24 hingga 26 Disember ini. JPS dalam kenyataan hari ini, memaklumkan jangkaan banjir tersebut berlaku di beberapa kawasan rendah berhampiran sungai iaitu dalam lingkungan lima kilometer (5km). Di Daerah Besut, jangkaan banjir adalah pada 2 pagi (24 Disember) hingga 2 pagi 26 Disember dengan Sungai Besut melibatkan sekitar Kampung La, Kampung Seberang La, Kampung Keruak dan Kampung Pengkalan Nangka. Manakala di Kemaman pula membabitkan Sungai Kijing iaitu di sekitar Kampung Sungai Mas, Kampung Pelantuh, Padang Kubu, Kampung Paman dan Kampung Sungai Pinang. Jangkaan banjir di daerah sama juga melibatkan Sungai Kemaman iaitu di sekitar Jambatan Air Putih, Kampung Teladas, Kampung Darat Air Putih, Rumah Pam Paya Paman, Kampung Binjai, Kampung Bukit Mentok, Kampung Kubang Kurus dan Kampung Fikri. Amaran banjir itu turut melibatkan Sungai Tebak di daerah sama meliputi kawasan rendah dalam lingkungan 5km di sekitar Jambatan Tebak. Sementara Sungai Tersat di daerah Hulu Terengganu pula, membabitkan kawasan sekitar KM 8 Jalan Sekayu, Kampung Pelandan, Kampung Cheting dan Kampung Bukit Gemuruh. Menurut JPS, banjir diramalkan boleh berlaku lebih awal atau lewat dari masa dijangkakan dan daerah lain yang tidak termasuk dalam amaran banjir monsun ini turut diminta untuk mengambil langkah berjaga-jaga. "Amaran ini dikeluarkan bagi membolehkan semua penduduk terutamanya di kawasan dijangka banjir berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa atau agensi-agensi pengurusan bencana banjir. "Sila layari laman sesawang https://publicinfobanjir.water.gov.my dan Facebook @PublicInfoBanjir untuk maklumat lanjut,” menurut kenyataan itu.   
23 Dec 23
494
PMINT Dan Anak Syarikat Nadi Penggerak Ekonomi Negeri
PMINT Dan Anak Syarikat Nadi Penggerak Ekonomi Negeri
KUALA TERENGGANU, 21 Disember - PMINT dan anak-anak syarikat kumpulannya kini diberi kepercayaan tinggi sebagai salah satu nadi penggerak ekonomi negeri. Setiausaha Kerajaan negeri, Tengku Seri Bijaya Raja berkata,  anak syarikat kerajaan negeri itu diharap melipatgandakan usaha dan kerja untuk meningkatkan pembangunan negeri. “Keuntungan anak syarikat (GLC) Terengganu telah memberi pelbagai manfaat dalam membantu rakyat.  “Urus tadbir anak syarikat yang baik akan mampu menterjemahkan Corporate Social Responsibility (CSR) yang lebih banyak kepada masyarakat di negeri ini,” katanya ketika menyempurnakan Majlis Perasmian Festival Riuh Kumpulan PMINT 2023, di sini hari ini. Katanya, PMINT dan anak-anak syarikat kumpulan PMINT melalui sektor pembangunan hartanah, perlombongan Mineral dan REE, pertanian, pembuatan, pelancongan, perhotelan dan pengangkutan awam telah banyak memberi sumbangan kepada rakyat dalam pelbagai bentuk insentif. “Kali ini kita bergerak dengan misi yang lebih besar. Jika penggal pertama, kita bergerak dengan gear satu, kali ini terus gear tiga...tentunya lebih banyak perkara yang lebih agresif perlu kita laksanakan. “Saya juga berharap PMINT dan Kumpulan Anak Syarikat akan terus memperkasakan peranan untuk membantu kerajaan negeri dalam usaha mengalakkan pertumbuhan ekonomi, industri dan perdagangan dengan mengendalikan peluang perniagaan dalam industri yang lebih kompetitif,”ujarnya.  
21 Dec 23
340
Festival Riuh Kumpulan PMINT 2023 Sasar Lebih 20 Ribu Pengunjung
Festival Riuh Kumpulan PMINT 2023 Sasar Lebih 20 Ribu Pengunjung
KUALA TERENGGANU, 21 Disember - Festival Riuh Kumpulan PMINT 2023 mensasarkan lebih 20,000 pengunjung ke program yang akan berlangsung selama tiga hari bermula hari ini sehingga 23 Disember 2023. Pengarah Programnya,  Tuan Syed Mohd Asdi Tuan Ngah berkata penganjuran festival yang julung-julung kalinya diadakan melibatkan sembilan buah anak syarikat Kumpulan PMINT iaitu Pertima, Permint Mineral, Permint Granite, TADC, Taman Tamadun Islam, Cas Ligas, P-EXCELL, PMINT Urus dan Paya Bunga HOTEL. “Sepanjang tiga hari ini orang ramai  akan disajikan dengan pelbagai acara menarik yang telah disusun bagi meriuhkan suasana di tengah bandar dan ianya pasti akan menjadi tumpuan para pengunjung untuk hadir.  “Antara acara yang disusun adalah Hot Wheels  Tournament, MonsoonFun Walk, Bicara Murabbi, Foodtruck dan Pesta Makan.  “Kumpulan PMINT sendiri juga akan menawarkan pelbagai pengisian menarik mengikut syarikat masing-masing,“ katanya ketika berucap di majlis perasmian program tersebut yang disempurnakan oleh Setiausaha Kerajaan negeri, Tengku Seri Bijaya Raja, di sini hari ini. Dalam majlis yang sama , turut dilaksanakann pelancaran  label baru PERTIMA yang telah lama bertapak sejak penubuhan syarikat pada tahun 1972 .  Beliau yang juga  Pengurus Besar PERTIMA Trengganu Sdn Bhd, berkata dengan penglabelan baru tersebut, ia akan  memberi nafas baru kepada PERTIMA untuk menjadi peneraju utama dalam sektor pembuatan produk makanan dalam tin di Malaysia dan membina pasaran yang baik di peringkat global.   
21 Dec 23
355
Tambah Baik Program Kukuh Institusi Keluarga
Tambah Baik Program Kukuh Institusi Keluarga
Kerajaan negeri akan menambah baik program sedia ada sebagai usaha memastikan institusi keluarga diperkukuh selari dengan hasrat supaya keharmonian dan nilai kasih sayang dapat dinikmati oleh setiap ahli di dalam keluarga.
21 Dec 23
67
Penduduk Diminta Waspada Banjir Gelombang Ketiga
Penduduk Diminta Waspada Banjir Gelombang Ketiga
 Penduduk Terengganu diminta berwaspada dengan banjir gelombang ketiga yang dijangka berlaku bermula 22 hingga 26 Disember nanti susulan ramalan hujan lebat.
21 Dec 23
125
Penjawat Awam Perlu Jauhi Perasaan Hasad Dengki
Penjawat Awam Perlu Jauhi Perasaan Hasad Dengki
KUALA TERENGGANU, 12 Disember- Setiausaha Kerajaan Negeri, Tengku Seri Bijaya Raja menyeru penjawat awam menjauhi perasaan hasad dengki antara satu sama lain agar tidak terganggu tugas hakiki untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat. Katanya, sifat sedemikian walaupun nampak biasa tetapi sebenarnya adalah gangguan jiwa dan tidak mendatangkan sebarang faedah.  "Dalam kita meraikan kecemerlangan dan kejayaan dikalangan pegawai dan kakitangan, kadang-kadang ada sedikit ketidakpuasan hati dikalangan kita semua. "Sebagai manusia kita tidak mampu untuk memuaskan hati semua orang, sekiranya ada ketidakpuasan hati dikalangan kita semua, saya lebih terbuka untuk mendengar secara berdepan, " ujarnya.  Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Perhimpunan Bulanan Dan Penyampaian Anugerah Pekerja Cemerlang Bulanan Warga Kerja Wisma Darul Iman Tahun 2023. Pada majlis tersebut seramai 19 penerima Anugerah Pekerja Cemerlang (APC) Bulanan Warga Kerja Wisma Darul Iman bagi bulan Oktober, November dan Disember menerima insentif kecemerlangan sebanyak RM500 berserta sijil penghargaan. Majlis tersebut turut diserikan dengan Penyerahan Sijil Penarafan Lima Bintang Standard Kualiti Perkhidmatan Psikologi Sumber Manusia (SKPPSM) Tahun 2023 kepada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu. Katanya, memendam perasaan dan perasaan hasad dengki, suka adu domba, "dok leh selih", berahi ngadu antara penyakit mental yang perlu diberikan perhatian segera. Dalam perkembangan lain, Tengku Seri Bijaya Raja mengingatkan warga kerja Wisma Darul Iman untuk mengambil langkah berjaga- jaga bagi mengekang penularan virus COVID-19.  "Jalankan penilaian kendiri sekiranya mempunyai gejala serta amalkan langkah pencegahan kesihatan awam untuk mengurangkan risiko penularan jangkitan di tempat kerja. "Bagi kes-kes kontak rapat, dinasihatkan untuk mengambil langkah- langkah yang perlu bagi mengekang penularan virus ini, " ujarnya. 
21 Dec 23
495
Terengganu FC Catat Kemenangan Terakhir Liga Super
Terengganu FC Catat Kemenangan Terakhir Liga Super
Pasukan Terengganu FC menutup tirai Liga Super Malaysia 2023 dengan mencatatkan kemenangan 3-0 ke atas Perak FC di halaman sendiri.
21 Dec 23
187