lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Destinasi Pelancongan Terjejas Banjir Bakal Dibaik Pulih
Destinasi Pelancongan Terjejas Banjir Bakal Dibaik Pulih
15 Feb 24
82
Beruang Liar Ancam Keselamatan Penduduk
Beruang Liar Ancam Keselamatan Penduduk
SETIU, 14 Februari - Sepasang beruang liar mengancam keselamatan penduduk dengan mengakibatkan beberapa serangan dan gangguan di Kampung Pengkalan Gelap. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Kuala Setiu, Rosdi Che Lah berkata, serangan berlaku sejak tiga hari lepas menyasarkan haiwan ternakan, kawasan pertanian dan terbaru sarang lebah kelulut. Rosdi Che Lah, Pengerusi JPKK Kampung Kuala Setiu "Saya telah memberi peringatan kepada penduduk kampung supaya berhati-hati dengan kehadiran beruang liar ini yang boleh memberikan ancaman keselamatan. "Sejak tiga hari lepas setiap malam berlaku serangan dan gangguan dan saya menaruh rasa bimbang yang amat dengan kehadiran binatang liar ini," katanya ketika ditemui di Kampung Pengkalan Gelap. Ekoran aduan yang telah dibuat, pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) memasang perangkap bagi menangkap binatang liar ini supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini. Tambahnya, beliau berharap situasi itu segera berakhir dan penduduk kampung bebas daripada ancaman.
15 Feb 24
383
I-MiTS, KWSP Perkukuh Hubungan Rakan Strategik
I-MiTS, KWSP Perkukuh Hubungan Rakan Strategik
KUALA TERENGGANU, 14 Februari- Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (I-MiTS) komited dalam memperkukuhkan hubungan bersama rakan strategiknya, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Pengarah I-MiTS, Kamaruzaman Abdullah berkata, matlamat utama kerjasama tersebut adalah untuk menjalin hubungan baik I-MiTS bersama kerajaan negeri, melalui portfolio Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional dengan pihak KWSP.  “Pada minggu lalu kita telah mengadakan pertemuan bersama pihak KWSP bertempat di Wisma Darul Iman. “Dalam perjumpaan tersebut, Pengarah KWSP Wilayah Timur, Rahmat Ali telah berkongsi beberapa perkara antaranya memberi penerangan mengenai produk-produk yang ada di KWSP untuk dimanfaatkan sepenuhnya oleh rakyat.  “Beliau turut memaklumkan terdapat 10 produk KWSP yang perlu diketahui oleh orang ramai,” ujarnya. Turut hadir dalam pertemuan itu, Pengerusi Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Maliaman Kassim. Mengulas lanjut, Kamaruzaman berkata, pihaknya sentiasa bersedia membantu KWSP sebagai pemudah cara dalam pelaksanaan sebarang program demi untuk kebajikan rakyat. “Selari dengan misi memperkukuhkan celik pengurusan kewangan terutamanya yang berada di sektor tidak formal melibatkan pelajar, bekerja sendiri, suri rumah dan lain-lain,” ujarnya.  
14 Feb 24
304
11 Barang Disenarai di Bawah SHMMP Tahun Baru Cina 2024
11 Barang Disenarai di Bawah SHMMP Tahun Baru Cina 2024
HULU TERENGGANU, 7 Februari - Sebanyak 11 barangan disenaraikan di bawah pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP)Tahun Baru Cina 2024 yang berkuat kuasa bermula 6 hingga 14 Februari di Terengganu. Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Terengganu, Saharuddin Mohd Kia berkata tempoh pelaksanaan adalah selama sembilan hari iaitu empat hari sebelum hari perayaan, sehari pada hari perayaan dan empat hari lagi selepas hari perayaan. "11 jenis barangan akan diwartakan bagi pelaksanaan skim tersebut ialah udang putih, ikan bawal putih, babi hidup, daging babi (perut) dan daging babi (daging dan lemak). "Selain itu, turut disenaraikan ialah kobis bulat import, ubi kentang import, bawang putih, halia tua import, lobak putih import dan lobak merah," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran SHMMP Tahun Baru Cina 2024 di Pasaraya Xiri Wakaf Tapai di sini hari ini. Sehubungan itu katanya, semua pihak diharapkan dapat mematuhi harga-harga yang telah ditetapkan dan mengunakan label merah jambu bagi barangan tersebut. Saharuddin memberi amaran tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana peniaga yang gagal mematuhi peraturan di bawah skim berkenaan melalui Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011. Tambah beliau, pihak KPDN turut bekerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bagi memastikan bekalan makanan mencukupi sepanjang musim perayaan ini. Justeru itu, seramai 117 penguat kuasa KPDN di seluruh negeri dikerahkan untuk membuat pemantauan dan  melakukan pemeriksaan harga sempena pelaksnaaan skim harga maksimum musim perayaan tersebut. "Pihak kami sentiasa mengalu-alukan kerjasama daripada para pengguna untuk menyalurkan sebarang maklumat salah laku atau aduan melalui saluran yang  disediakan bagi memastikan para peniaga sentiasa mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan," katanya.    
07 Feb 24
247
PMINT Sasar Perolehan RM170 Juta Tahun Ini
PMINT Sasar Perolehan RM170 Juta Tahun Ini
KUALA TERENGGANU, 7 Februari- Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri (PMINT) menyasarkan perolehan pendapatan melalui sembilan anak syarikatnya sebanyak RM170 juta tahun ini. Ketua Pegawai Eksekutif PMINT, Dato’ Wan Adnan Wan Derahman, berkata jumlah tersebut lebih tinggi berbanding perolehan pada tahun lepas yang dianggarkan berjumlah RM100 juta. “PMINT mempunyai perancangan lima tahun bermula 2022 sehingga 2026 dan sekarang sudah masuk tahun ketiga. “Untuk tahun ini sasaran perolehan PMINT adalah lebih kurang RM170 juta dan kita akan bergerak lebih agresif berbanding tahun 2023,” ujarnya. Beliau berkata demikian ketika bersiaran dalam segmen Bicara Jabatan Kerajaan di TV Darul Iman, hari ini. Mengulas lanjut katanya, anak-anak syarikat PMINT melibatkan pelbagai sektor termasuk pelancongan, pertanian, pengilangan makanan, kuari, mineral dan galian serta pembangunan perumahan. Sementara itu Wan Adnan berkata, fokus utama PMINT untuk tahun ini adalah mengurus kawasan industri dengan lebih agresif. Katanya, kawasan perindustrian yang ditambah baik dan dibaik pulih berpotensi menarik pelabur termasuk daripada luar negara. “Dengan adanya tambah baik di kawasan indsturi ini dari segi fasiliti, jalan masuk, talian telekomunikasi, bekalan elektrik, bekalan air dan sebagainya ia akan lebih menarik minat pelabur dengan tawaran dan pakej terbaik yang kita sediakan. “Apabila pelabur luar negara masuk dan membuat pelaburan yang bernilai ratusan juta di Negeri Terengganu dengan memajak kawasan-kawasan industri sudah pasti ia akan dapat membangunkan lagi sektor ekonomi samada SME dan sebagainya. “Selain membuka peluang pekerjaan kepada penduduk kerana kita sasarkan 70 peratus daripada pekerja dalam industri yang dibangunkan mesti rakyat Terengganu,” ujarnya.  
07 Feb 24
384
Terengganu FC Kekal Enam Pemain Import
Terengganu FC Kekal Enam Pemain Import
Terengganu Football Club Sdn Bhd mungkin akan mengekalkan jumlah enam orang pemain import dalam selaras langkah pasukan untuk berbelanja secara berhemah pada musim ini.
07 Feb 24
165
Golongan Bukan Islam Hidup Aman di Terengganu
Golongan Bukan Islam Hidup Aman di Terengganu
Golongan bukan Islam dan bukan melayu di negeri ini hidup aman damai dalam satu komuniti walaupun Terengganu didominasi oleh melayu islam.
07 Feb 24
131
EPIC Sumbang RM25 Ribu Suntik Semangat Pasukan Hoki Terengganu
EPIC Sumbang RM25 Ribu Suntik Semangat Pasukan Hoki Terengganu
 Kerajaan Negeri menerusi anak syarikatnya, Eastern Pacific Industrial Corporation (EPIC) Berhad menyumbang tajaan sebanyak RM25,000 kepada Pasukan Hoki Terengganu (THT) bagi menghadapi saingan Liga Hoki Malaysia (LHM) musim 2024.
07 Feb 24
101
'Walk For Peace' Tarik 1,400 Peserta
'Walk For Peace' Tarik 1,400 Peserta
 Program Terengganu Walk For Peace 2024 yang diadakan sempena Karnival Sukan Wanita Terengganu mendapat sambutan memberangsangkan apabila 1,400 peserta menyertai acara berkenaan.
07 Feb 24
93
Terengganu Lulus Peruntukan Bina Rumah Musnah Akibat Banjir
Terengganu Lulus Peruntukan Bina Rumah Musnah Akibat Banjir
 Kerajaan negeri telah meluluskan peruntukan untuk membina dua buah rumah yang musnah akibat banjir baru-baru ini.
06 Feb 24
102