lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Sultanah Nur Zahirah Lawat Bengkel Songket di Penjara Marang
Sultanah Nur Zahirah Lawat Bengkel Songket di Penjara Marang
MARANG. 7 Mei - Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah berkenan berangkat ke Bengkel Songket dan Galeri Pameran Songket di Penjara Marang di sini, hari ini. Baginda tiba di Kompleks Penjara Marang pada 11 pagi dan meluangkan masa hampir dua jam bagi melihat pameran dan tenunan yang dihasilkan banduan di penjara itu. Turut berangkat mengiringi baginda, paduka anakanda, Yang Amat Mulia Tengku Puteri Daulath Raja. Keberangkatan tiba baginda turut diiringi isteri Menteri Besar Terengganu, Toh Puan Seri Tuan Faizah  Tuan Ab Rahman. Turut menyambut ketibaan baginda, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Maliaman Kassim dan isteri serta isteri Setiausaha Kerajaan Terengganu,Toh Puan Seri Nor Zaini Abd Latif. Hadir sama, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Zuraida Md Noor. Sultanah Nur Zahirah turut berkenan beramah mesra dengan para banduan yang merupakan penenun songket di bengkel penjara Marang.
07 May 24
206
Sultan Mizan Berangkat Ke Forum Agama Bersama 2,000 Rakyat
Sultan Mizan Berangkat Ke Forum Agama Bersama 2,000 Rakyat
Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat ke Majlis Forum Agama Sempena Hari Keputeraan Baginda Ke-62 tahun.
06 May 24
185
Pengarah Penjara Terengganu Dahului 149 Penerima Pingat Kebesaran Negeri
Pengarah Penjara Terengganu Dahului 149 Penerima Pingat Kebesaran Negeri
Pengarah Penjara Terengganu, Penolong Kanan Komisioner (PKK) Hamid Taha dan Timbalan Pengarah Pengurusan Maritim Negeri Terengganu, Mohd Mufsi Lat mengetuai senarai 149 individu penerima Pingat-Pingat Kebesaran Negeri Sempena Hari Keputeraan ke-62 Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu.
06 May 24
520
Hampir 3,000 Rakyat Marang Meriahkan Jamuan Teh Sultan Mizan
Hampir 3,000 Rakyat Marang Meriahkan Jamuan Teh Sultan Mizan
MARANG, 2 Mei - Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, berkenan berangkat ke Majlis Jamuan Teh Bersama Rakyat sempena Hari Keputeraan baginda, di Perkarangan Pasar Binjai Rendah di sini, hari ini. Sultan Mizan yang diiringi Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah, tiba tepat jam 3 petang. Turut berangkat mengiringi baginda berdua, Yang Di-Pertuan Muda Terengganu serta Yang Amat Mulia Paduka anakanda-anakanda Sultan Terengganu; Yang Amat Mulia Tengku Sri Setia Mahkota Raja, dan Yang Amat Mulia Tengku Puteri Daulath Raja.  Turut hadir mengiringi baginda ialah Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan isteri, Toh Puan Seri Tuan Faizah Tuan Ab. Rahman serta Ahli Dewan Pangkuan Diraja Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail dan isteri Toh Puan Azizah Aziz. Keberangkatan baginda disambut dengan suasana meriah selain diserikan dengan pelbagai persembahan kebudayaan. Sementara itu, Norzila Ismail, 45, dari Kampung Binjai Rendah yang pertama kali hadir ke majlis berkenaan, berasa teruja melihat sambutan rakyat terhadap baginda.  Dia yang turut ditemani suami, Mohd Azmi Mat Hassan, 54, turun seawal jam 1 tengah hari menyifatkan hari tersebut akan menjadi kenangan terindah buat mereka dan rakyat Marang. "Menjunjung kasih Tuanku Sultan Mizan kerana menjemput kami, rakyat ke majlis ini.  "Sesunguhnya patik amat bertuah kerana dapat melihat Tuanku secara dekat sebab selama ini hanya menyaksikan Tuanku dan Sultanah di televisyen dan media cetak. "Sesungguhnya baginda  adalah seorang Sultan yang amat dekat di hati rakyat dan semoga Tuanku Sultan dipanjangkan umur serta sentiasa dikurniakan kesihatan baik," katanya.
02 May 24
2686
JKNT Rekod Lima Kes Strok Haba dan Kelesuan Haba
JKNT Rekod Lima Kes Strok Haba dan Kelesuan Haba
KUALA TERENGGANU, 2 Mei -Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) merekodkan lima kes berkaitan cuaca panas sehingga April tahun ini. Pengarahnya, Dato Dr Kasemani Embong berkata, daripada jumlah itu, sebanyak tiga kes membabitkan strok haba dan dua kes kelesuan haba telah dilaporkan di Terengganu. " Ia melibatkan dua  orang anggota beruniform, seorang pekerja ECRL, seorang kanak-kanak sekolah, dan seorang warga emas. "Sebanyak tiga kes telah sembuh dan dua kes lagi masih dirawat di hospital. Tiada kematian dicatatkan setakat ini,"ujarnya kepada pemberita ketika ditemui.   Beliau berkata, golongan berisiko tinggi seperti bayi, kanak-kanak dan warga emas perlu minum air secukupnya bagi mengelakkan dehidrasi. "Selain itu, segera dapatkan rawatan segera di fasiliti kesihatan terdekat sekiranya mengalami gejala penyakit akibat cuaca panas. "Hadkan aktiviti di luar dan jika tidak dapat dielakkan, pakai topi atau payung yang boleh melindungi diri daripada terlalu terdedah dengan cuaca panas," ujarnya lagi. Dalam pada itu beliau turut menasihati orang ramai supaya menangguhkan atau mengehadkan aktiviti lasak seperti berkayak, berbasikal, marathon, memanjat gunung, dan lain-lain aktiviti ketika gelombang haba sehinggalah keadaan kembali reda. Katanya, orang awam juga boleh mendapatkan maklumat terkini status cuaca panas di laman sesawang METMalaysia (https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/) dan langkah-langkah pencegahan bagi mengurangkan kesan kesihatan akibat cuaca panas di laman sesawang KKM. Berdasarkan laporan cuaca panas daripada Jabatan Meteorologi Malaysia, beberapa daerah di negeri Terengganu pernah berada di Tahap 1 iaitu tahap berjaga-jaga dengan suhu harian tertinggi antara 35-37°C iaitu Besut, Setiu, Dungun, dan Kemaman.  Manakala daerah lain adalah dalam suhu biasa iaitu kurang 35°C dengan suhu harian tertinggi antara 32-34°C.
02 May 24
1765
Hukuman Sebat di Khalayak Bukan Untuk Malukan Pesalah
Hukuman Sebat di Khalayak Bukan Untuk Malukan Pesalah
Pelaksanaan hukuman sebat di khalayak ramai bagi kesalahan syariah yang sedang dipertimbangkan kerajaan negeri bukan bertujuan untuk memalukan pesalah sebaliknya ia merupakan usaha memperkasakan pelaksanaan undang-undang syariah Islam.
02 May 24
506
Lima Individu Alami Keracunan Makanan Selepas Makan Kuih Ketayap
Lima Individu Alami Keracunan Makanan Selepas Makan Kuih Ketayap
KUALA TERENGGANU, 2 Mei- Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Terenganu memaklumkan terdapat lima individu daripada tiga keluarga dimasukkan ke hospital kerana mengalami gejala keracunan makanan. Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Dato’ Dr Kasemani Embong berkata, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Marang telah menerima notifikasi awal kes itu pada 28 April lalu di mana pesakit dikatakan mempunyai sejarah memakan kuih ketayap yang dibeli di Pasar Bukit Payong, Marang pada hari yang sama. Katanya, sehingga jam 5 petang Isnin lalu, hanya tujuh individu sahaja tampil memaklumkan membeli kuih ketayap dari kedai yang sama.  “Daripada jumlah tersebut, lima orang mempunyai gejala cirit-birit dan muntah, dengan empat orang telah mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dan seorang pesakit telah diberikan rawatan sebagai pesakit luar di Klinik Kesihatan Bukit Payong.  "Kesemua pesakit kanak-kanak dan dewasa yang dirawat di hospital berada di dalam keadaan stabil dan menunjukkan perkembangan positif. "Tiga kes telah dibenarkan keluar wad pada Isnin dan seorang lagi dijangka akan discaj pada hari ini sementara pesakit yang dirawat sebagai pesakit luar juga telah pulih sepenuhnya," katanya dalam sidang media di sini, hari ini. Katanya,  pihak jabatan masih meneruskan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian wabak keracunan makanan ini dan pesakit-pesakit lain yang mungkin terdedah. "Kita juga telah ambil beberapa sampel sama ada makanan, daripada pengendali dan bahan-bahan yang digunakan di premis terbabit," ujarnya. Menurut beliau, tatacara keselamatan makanan terutamanya tahap kebersihan yang tinggi perlu dititik beratkan oleh semua pengendali makanan dan orang awam.  “Orang ramai juga disarankan agar sentiasa peka tentang keselamatan makanan dengan mengamalkan konsep ‘lihat, hidu, dan rasa’ sebelum makan untuk mengelakkan memakan makanan yang telah basi serta membudayakan amalan membasuh tangan sebelum dan selepas makan sebagai langkah kawalan kendiri untuk mengurangkan risiko,” katanya.
02 May 24
207
Sultan Terengganu Berkenan ke Jamuan Negeri
Sultan Terengganu Berkenan ke Jamuan Negeri
Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat ke Majlis Jamuan negeri yang diadakan di Dewan besar, Wisma Darul Iman bersempena Sambutan Ulang Tahun Ke-62 Hari Keputeraan Baginda.
02 May 24
950
3,000 Pemilik Motosikal Berkuasa Tinggi Bakal Gegarkan Terengganu
3,000 Pemilik Motosikal Berkuasa Tinggi Bakal Gegarkan Terengganu
Terengganu Bike Week (TBW) yang diadakan bermula 28 hingga 30 Jun di Dataran Shahbandar bakal menghimpunkan 3,000 pemilik motosikal berkuasa tinggi dari dalam dan luar negara.
02 May 24
237
Terengganu Pasang 'Tracker' Kesan Pergerakan Penyu
Terengganu Pasang 'Tracker' Kesan Pergerakan Penyu
KUALA TERENGGANU, 2 Mei - Jabatan Perikanan Negeri Terengganu menggunakan sejenis alatan canggih yang dinamakan Platform Terminal Transmitter (PTT) bagi mengesan pergerakan penyu. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi negeri, Dr. Azman Ibrahim berkata, alat ‘tracker’ yang dipasang pada penyu itu berfungsi memancarkan isyarat terus kepada satelit dalam kajian mengesan pergerakan penyu ke seluruh dunia. “Setakat ini didapati, penyu yang pernah mendarat di Terengganu kemudian dipasang PTT, dalam tempoh lebih kurang setahun direkodkan pergerakannya berada di Jepun, Filipina serta Vietnam. Sebab itulah penyu digelar perenang yang sangat handal, bukan sebab merajuk. Nanti penyu akan balik semula ke tempat ia menetas,” tulis beliau dalam satu hantaran di laman facebooknya, hari ini. Beliau turut memaklumkan, pendaratan penyu di Terengganu meningkat.  “Saya ambil contoh spesis Penyu Agar sahaja, bagi 2021 sebanyak 7,301 pendaratan yang menghasilkan biji 429,371 telur.  “Tahun 2022 sebanyak 9,618 dengan 586,430 biji telur. Bagi tahun 2023 meningkat kepada 10,120 pendaratan dengan jumlah telur 750,527 biji telur,” ujarnya.      
02 May 24
361