lightning-solid
Berita :

Artikel "Sukan" Terkini

Kecewa ‘Gelagat’ Pengadil, KHM Disaran Guna Rujukan Video
Kecewa ‘Gelagat’ Pengadil, KHM Disaran Guna Rujukan Video
Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) disaran untuk segera mengaplikasikan penggunaan rujukan video (video referral) pada setiap perlawanan Liga Hoki Malaysia (LHM).
03 May 20
68
Kecemerlangan David John Lebur Hasrat THT
Kecemerlangan David John Lebur Hasrat THT
Hasrat Pasukan Hoki Terengganu (THT) untuk membalas dendam atas kekalahan kepada UniKL dalam Piala Sumbangsih awal tahun lalu berkecai apabila sekali lagi tumpas kepada pasukan itu 0-2 sebentar tadi.
03 May 20
32
Seruan Sokongan Peminat Terengganu Hockey Team (THT)
Seruan Sokongan Peminat Terengganu Hockey Team (THT)
Jom beramai-ramai hadir petang ini ke Stadium Hoki Kuala Terengganu untuk menyaksikan perlawanan Piala Liga Hoki Malaysia 2020 antara THT lawan UNIKL.
03 May 20
58
Hatrik Jang Julang THT
Hatrik Jang Julang THT
Jaringan hatrik penyerang Pasukan Hoki Terengganu (THT), Jang Jong Hyun ke atas pasukan Maybank membantu pasukannya mengukuhkan kedudukan di tempat ketiga Divisyen Perdana dalam saingan Liga Hoki Malaysia 2020.
02 May 20
34
THT vs Maybank | Liga Hoki Malaysia 2020 | Sorotan Aksi Perlawanan | TV Darul Iman
THT vs Maybank | Liga Hoki Malaysia 2020 | Sorotan Aksi Perlawanan | TV Darul Iman
Terengganu Hockey Team (THT) 4 - Maybank 1 22’ PC Jang Jong Hyun 41’ PC Muhammad Nur Asyraf Ishak (MAYBANK) 43’ PS Jang Jong Hyun 48’ PC Jang Jong Hyun 53’ FG Muhammad Rashid Baharom
02 May 20
2
Paragliding, Bukit Maras
Paragliding, Bukit Maras
[Dok Kabo Dok Tahu Siri 17] "Paragliding, Bukit Maras"
02 May 20
593
Larian Ultron Catat ‘Malaysia Book Of Records’
Larian Ultron Catat ‘Malaysia Book Of Records’
Penganjuran Larian Tahun Baharu 2020 Ultron, turut disenaraikan dalam Malaysia Book of Records.
02 May 20
94
Jaringan Saat Akhir Beri TLHT Kemenangan
Jaringan Saat Akhir Beri TLHT Kemenangan
Jaringan pada saat-saat akhir Fazilla Sylvester Silin memberi tiga mata berharga kepada Pasukan Hoki Wanita Terengganu (TLHT) apabila menumpaskan PDRM Blue Warriors 1-0 sebentar tadi.
01 May 20
34
'Fit Is Sunnah' Didik Rakyat Hidup Sihat
'Fit Is Sunnah' Didik Rakyat Hidup Sihat
Wan Sukairi merasmikan Fit is Sunnah.       Oleh: Wan Luqman Hakim   KUALA TERENGGANU, 29 September-Program  'Fit Is Sunnah' dilaksanakan sebagai suatu medium untuk menanam sikap mementingkan gaya kehidupan yang sihat selari dengan sunnah dikalangan rakyat Terengganu.   Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan(NGO) negeri, Wan Sukairi Abdullah berkata, dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW telah mengingatkan tentang dua kenikmatan sering dilupakan iaitu kesihatan dan waktu lapang.   "Kedua-dua nikmat ini hendaklah disyukuri.  manfaatkan diri kita dengan melakukan aktiviti riadah yang dapat menyihatkan tubuh badan, serta memastikan waktu lapang yang ada tidak disia-siakan dengan perkara-perkara yang tidak mendatangkan apa-apa manfaat.   "Kesihatan tubuh badan juga berkait rapat dengan kesempurnaan pelaksanaan ibadah. Ini memperlihatkan perihal pentingnya seseorang mukmin menjaga kesihatan tubuh badan dan gaya hidup sihat," katanya. Beliau berkata demikian ketika Merasmikan pelancaran Fit Is Sunnah peringkat Negeri Terengganu, di Bukit Besar, semalam.   Turut hadir dalam program berkenaan ialah Ahli parlimen Kuala Terengganu, Amzad Hashim.   Wan Sukairi turut menegaskan, kerajaan negeri mengambil serius berkaitan isu tersebut dan tampil dengan usaha untuk melancarkan program berkenaan sebagai suatu penunjuk aras tahap kesihatan rakyat.   "Ia juga adalah satu usaha untuk memastikan penurunan kadar obesiti dalam kalangan rakyat negeri kita ini," katanya.   Mengikut kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan dan juga statistik daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada November 2017, seramai 5.5 juta penduduk Malaysia disahkan mengalami obesiti dan Terengganu berada di tempat yang ke -7 dengan peratusan obesiti sebanyak 32.5 peratus.  
28 Sep 19
671
'Terengganu Beach Games Bukan Program Kerajaan Negeri'
'Terengganu Beach Games Bukan Program Kerajaan Negeri'
Poster iklan kejohanan yang menimbulkan pertikaian warga net, sebelum ini. KUALA TERENGGANU, 23 September-  Terengganu Beach Games bukan program anjuran  kerajaan negeri, itu kenyataan yang dikeluarkan pengurus acara Terengganu Beach Games, Mohd Fazli A.Rahman kepada Urus Setia Darul Iman (UPDI). Beliau yang ditemui di pejabat UPDI, hari ini menafikan penglibatan kerajaan negeri dalam penganjuran program berkenaan serta acara-acara yang dipertandingkan. "Cuma, kita ada mendapatkan kelulusan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) bagi lokasi program sahaja, secara berbayar (sewa tapak)," katanya. Beliau turut memohon maaf berikutan timbul isu dan persoalan warga net tentang percampuran atlet lelaki dan perempuan pada Kejohanan Dodgeball Pata 2019 yang bakal berlangsung dalam program tersebut. "Kami maklum dengan isu ini dan Persatuan Dodgeball Terengganu juga mengakui mereka tidak merujuk kepada pihak berkaitan sebelum melaksanakan kejohanan itu. "Pihak mereka akan mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah  berkenaan hal ini," jelasnya. Dalam perkembangan sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita, Zuraida Md Noor yang dikaitkan dengan Persatuan Dodgeball Terengganu menafikan perkara tersebut. "Baru-baru ini, memang saya ada menerima kunjungan Dodgeball Terengganu yang berhasrat mencadangkan saya sebagai penaungnya, namun itu baru diperingkat cadangan tidak rasmi tanpa sebarang surat pelantikan. "Dalam pertemuan itu, saya turut dimaklumkan tentang kejohanan yang akan diadakan tetapi sama sekali tidak mengetahui percampuran atlet lelaki dan wanita dalam satu pasukan sebagaimana yang diiklankan," katanya ketika dihubungi di Kuala Terengganu, hari ini. Bagaimanapun, beliau berharap isu tersebut dapat diselesaikan segera oleh persatuan tersebut dengan merujuk exco Sukan negeri. "Mereka telah mengatur pertemuan dengan YB Wan Sukairi dan semoga dapat diselesaikan dengan baik kerana ia melibatkan prinsip patuh syariah yang dipegang kerajaan negeri," katanya. Sebelum ini, poster iklan berkenaan Kejohanan Dodgeball Pata 2019 sempena Terengganu Beach Games yang memaparkan kategori terbuka 3 lawan 3 akan melibatkan dua atlet lelaki dan satu wanita dalam acara tersebut. Ia kemudiannya mengundang persoalan warga net berkaitan dasar patuh syariah yang dipromosikan kerajaan negeri dalam penganjuran sukan di negeri itu. Untuk rekod, Terengganu Beach Games yang akan berlangsung 26 September itu nanti merupakan anjuran Jawatankuasa Terengganu Beach Games terdiri daripada Persatuan Taekwando Terengganu, Persatuan Dodgeball Terengganu, Persatuan Lumba Basikal Terengganu dan Kuala Terengganu Residen (KUTERER).  
23 Sep 19
1141