lightning-solid
Berita :

Artikel "Sidang DUN" Terkini

Sidang DUN : Rantaian Ekonomi Projek Dipantau
Sidang DUN : Rantaian Ekonomi Projek Dipantau
KUALA TERENGGANU, 23 November - Kawalan dan pemantauan terhadap keseluruhan rantaian ekonomi bagi projek yang akan dilaksanakan kelak antara usaha dan penambahbaikan dilaksanakan oleh kerajaan negeri. Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran negeri, Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar berkata, langkah itu bagi memanfaatkan sepenuhnya industri petroleum termasuk sektor hiliran bagi kepentingan rakyat dan negeri ini. Jelasnya, PETRONAS sedang menjalankan kajian kebolehlaksanaan untuk menambah nilai kepada sumber hidrokarbon negara dalam sektor hiliran dan petrokimia yang berpotensi tinggi di negeri ini melalui beberapa projek mengikut kesesuaian. “Bagi industri petroleum dan gas sedia ada, kerajaan negeri dengan kerjasama PETRONAS sentiasa berusaha memastikan rantaian ekonomi sehingga kepada produk akhir berasaskan petroleum dan gas dihasilkan di dalam negeri ini. “Produk-produk lain yang mengguna pakai bahan mentah daripada gas dan petroleum dan gas juga boleh berkembang  seperti yang dapat dilihat di Taman Biopolimer Kertih yang terletak bersebelahan dengan Kompleks Petrokimia Bersepadu Kertih (KIPC),” ujarnya. Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan lisan Hishamuddin Abdul Karim (PAS-Tepoh) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu Penggal Ketiga, Kali ke-14 (Bajet) di Wisma Darul Iman, hari ini. Katanya, bagi syarikat anak tempatan pula, kerajaan negeri memanfaatkan peranan Terengganu Petroleum Council (TPC) untuk membida tender-tender yang dikeluarkan oleh pihak PETRONAS. “TPC diwujudkan di bawah seliaan Terengganu Inc yang menjadi payung kepada syarikat-syarikat yang dimiliki oleh anak- anak negeri Terengganu dan saling bekerjasama untuk mendapatkan kerja-kerja kontrak yang ditawarkan. “Peranan TPC yang menjadi medium kerajaan negeri bagi memastikan kedaulatan Negeri Terengganu sebagai pengeluar minyak dan gas yang utama di Malaysia dapat dilindungi haknya dengan sewajarnya demi kepentingan rakyat dan negeri,” ujarnya. Dalam pada itu katanya, kerjasama secara 'smart partnership dengan PETRONAS secara berterusan dengan memperkasakan Jawatankuasa Kerja Bersama Kerajaan Negeri Terengganu dan PETRONAS atau Joint Working Committee (JWC) yang mempunyai objektif bagi pengukuhan hubungan dua hala dan penjajaran kepentingan di antara Kerajaan Negeri Terengganu dan PETRONAS melalui saluran kerjasama rasmi untuk merealisasikan lanjutan faedah bersama daripada pembangunan petroleum di negeri ini. “Kerajaan negeri sentiasa mengutamakan rakyat tempatan menerusi penetapan syarat sebanyak 70 peratus daripada pekerja dalam mana-mana perusahaan di kawasan perindustrian di negeri ini perlulah terdiri daripada rakyat negeri Terengganu. “Secara tidak langsung pelaksanaan projek berpotensi tinggi dalam sektor hiliran dan petrokimia ini akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan dengan memberi keutamaan kepada rakyat Terengganu,” jelasnya. Katanya, peluang pekerjaan yang tersedia akan ditambah nilai dengan latihan bagi memastikan tenaga kerja ini berkemahiran tinggi dan memenuhi keperluan industri. “Dengan penambahbaikan berterusan secara komprehensif dan kerjasama secara 'smart partnership dengan PETRONAS, kerajaan negeri yakin usaha ini akan memberikan hasil yang positif serta manfaat jangka panjang kepada rakyat dan Terengganu terutamanya menerusi pertambahan peluang pekerjaan dan perniagaan,” ujarnya.  
23 Nov 20
356
Sidang DUN Terengganu Dilanjutkan Kepada Tiga Hari
Sidang DUN Terengganu Dilanjutkan Kepada Tiga Hari
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu yang dijadualkan pada 23 dan 24 November ini dilanjutkan kepada 3 hari iaitu pada 23 hingga 25 November 2020.
22 Nov 20
304
Sidang DUN Terengganu Disingkatkan Kepada Dua Hari
Sidang DUN Terengganu Disingkatkan Kepada Dua Hari
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu yang dijadualkan pada 23 hingga 26 November ini disingkatkan kepada dua hari iaitu pada 23 dan 24 November.  
12 Nov 20
282
Terengganu Lihat Keperluan Bubar DUN
Terengganu Lihat Keperluan Bubar DUN
Kerajaan Terengganu akan melihat keperluan sebelum membuat sebarang keputusan berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu.    
03 Sep 20
114
Pejabat DUN Terengganu Terbit Buku Pertama
Pejabat DUN Terengganu Terbit Buku Pertama
Pejabat Dewan Undangan Negeri Terengganu hari ini melancarkan buku pertama terbitan institusi ini yang berjudul Perkembangan Dewan Undangan Negeri Terengganu : Pemantapan Dan Cabaran.
14 Aug 20
159
Parkir MBKT : Jana Untung Baharu, Hapus Kerugian
Parkir MBKT : Jana Untung Baharu, Hapus Kerugian
Keputusan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) untuk menswastakan kira-kira 6,000 tempat letak kereta bahu jalan adalah untuk menjana keuntungan baharu di samping menghapuskan kerugian yang dialami pihak berkuasa tempatan sejak empat tahun terdahulu.
14 Aug 20
179
Sidang Dun : Terima Kasih ‘Front Liners’ – MB Terengganu
Sidang Dun : Terima Kasih ‘Front Liners’ – MB Terengganu
Kerajaan Terengganu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh petugas barisan hadapan yang membantu mengawal penularan wabak COVID-19.
14 Aug 20
95
Sidang Dun : Kerajaan Negeri Komited Maksimakan Potensi Tanah Terbiar
Sidang Dun : Kerajaan Negeri Komited Maksimakan Potensi Tanah Terbiar
Terengganu komited memaksima potensi tanah-tanah terbiar dan tanah kerajaan yang belum dieksploitasi sepenuhnya.
14 Aug 20
72
Terengganu Lucut Hak Tanah Tidak Diusahakan Pemaju
Terengganu Lucut Hak Tanah Tidak Diusahakan Pemaju
Kerajaan negeri melaungkan ketegasan untuk bertindak melucutkan hak dan merampas tanah-tanah kawasan industri yang tidak diusahakan pemaju di seluruh negeri.
14 Aug 20
46
Eskport Pasir : Asal Jasa Dilantik Kerana Miliki AP
Eskport Pasir : Asal Jasa Dilantik Kerana Miliki AP
Pemilihan Asal Jasa Sdn Bhd sebagai pengambil dan pengekport pasir di muara sungai Merang, Terengganu dilakukan secara professional di samping hanya syarikat tersebut yang mempunyai lesen eksport (AP).
14 Aug 20
172