Artikel "Sidang DUN" Terkini
Strategi ‘Holistik’ Banteras Dadah
KUALA TERENGGANU, 26 November – Kerajaan negeri melaksanakan strategi secara holistik selaras dengan manifesto pada PRU-14 lalu bagi menangani masalah penagihan dadah dalam kalangan rakyat Terengganu.
26 Nov 20
110
ADUN Telemong Cadang Dr Azman Diberi Anugerah 'Hero Pertanian'
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telemong, Dato’ Rozi Mamat mencadangkan supaya Dr Azman Ibrahim dianugerahkan ‘Hero Pertanian’.
26 Nov 20
513
Sidang DUN : UC TATI Cadang Buka Kampus Di Kuala Terengganu
Kolej Universiti TATI (UC TATI) merancang untuk membuka kampus baharu di Kuala Terengganu. Ustaz Saiful Bahri Mamat
26 Nov 20
390
Sidang DUN : Enam Projek Melon Manis Telah Beroperasi
Pengoperasian Projek penanaman Melon Manis Terengganu (MMT) di Ladang Rimbunan Kaseh kini sedang berjalan dengan penggunaan sebanyak enam buah Struktur Perlindungan Hujan (SPH) bermula pada awal April 2020.
26 Nov 20
159
Sidang DUN : Ganding Bahu Bantu Rakyat Tanpa Kira Sempadan Politik
Oleh : Rohayati Ripin
KUALA TERENGGANU, 25 November - Seluruh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu diingatkan agar bersama berganding bahu membantu rakyat di negeri ini tanpa mengira sempadan politik.
Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Dato' Yahaya Ali berkata, ia adalah untuk meringankan beban yang ditanggung masyarakat yang terjejas akibat Covid-19 yang melanda di seluruh negara.
"Pepatah Melayu (mengatakan) 'yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing' wajar diambil iktibar oleh semua Ahli Yang Berhormat sebagai pemimpin untuk bersatu bagi menggerakkan rakyat menghadapi pandemik ini.
"Terutama dalam membantu 'frontliners' menghadapi isu global yang mengancam nyawa ini," jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap semasa pembukaan Persidangan Mesyuarat Kali Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) ke 14 di U2, Wisma Darul Iman, baru-baru ini.
Sehubungan itu, beliau merakamkan penghargaan yang setinggi-tingginya kepada semua 'frontliners' samada petugas Kementerian Kesihatan Malaysia Polis, Tentera bertungkus lumus berkorban nyawa demi menyelamatkan nyawa.
"Sepanjang persidangan ini, saya berharap semua Yang Berhormat dapat mematuhi SOP seperti biasa walau pun kita telah melepasi Perintah Kawalan Pergerakan Bersepadu (PKPB).
"YB mesti sentiasa membuat penjarakan fizikal, memakai pelitup muka dan membersihkan tangan sebagai langkah keselamatan serta bilik persidangan di DUN kita, telah melalui proses sanitasi sebelum persidangan bermula," tambah Yahaya.
25 Nov 20
299
Belanjawan 2021: Ambil Kira Keperluan Rakyat
Oleh : Rohayati Ripin
KUALA TERENGGANU, 25 November - Belanjawan 2021 yang dibentangkan Menteri Besar ketika negara sedang berhadapan dengan pandemik COVID-19 sudah tentu mengambil kira keperluan rakyat negeri ini.
Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Dato' Yahaya Ali berkata, bajet itu akan membantu menjana semula ekonomi dan pendapatan masyarakat yang terjejas akibat virus maut..
"Saya yakin pembentangan bajet kali pertama dalam suasana cabaran COVID-19 ini sudah tentu akan mengambil kira soal kesejahteraan rakyat.
"Terutama menjana semula ekonomi dan pendapatan rakyat yang terjejas akibat COVID-19," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap semasa pembukaan Persidangan Mesyuarat Kali Ketiga Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) ke 14 di U2, Wisma Darul Iman, pada kelmarin.
Menurutnya, penyesuaian dengan norma baharu dalam menguruskan kepentingan ekonomi rakyat seperti 'gig economy' dan pemerkasaan 'upskill' dan 'reskill' kepada golongan sasar sudah tentu dalam pertimbangan kerajaan.
Dalam pada itu menurutnya, pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu kini sedang mengumpul dokumen lama bagi menerbitkan buku 'Sejarah Dewan Undangan Negeri Terengganu' yang ditubuhkan sejak tahun 1959 hingga sekarang.
"Saya berharap buku ini boleh dilancarkan pada tahun hadapan, insya-Allah," jelasnya.
Justeru itu, beliau menyeru kepada orang ramai agar meletakkan setinggi-tinggi kebergantungan kepada Allah S.W.T dengan doa dan penuh kerendahan diri kepadaNya.
"Semoga negara dan negeri kita dibebaskan dari ujian COVID-19 ini dan perjalanan hidup kita termasuk ekonomi, pulih seperti sediakala, bahkan lebih maju selepas ini, Insya-Allah," ujar Dato' Yahaya.
25 Nov 20
204
Sidang DUN : Langkah Efektif Selesai Serangan Gajah
KUALA TERENGGANU, 25 November – Kerajaan negeri memandang serius dan akan mengambil beberapa langkah bagi menyelesaikan masalah serangan gajah liar ke atas kebun para petani.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, kerajaan negeri melalui Tabung Amanah Hidupan Liar dengan kerjasama Jabatan Perhilitan Negeri menangani ancaman gajah melalui tembakan dan lampu LED.
“Selain itu, sistem pagar elektrik gajah komuniti (SPEGKOM) turut diwujudkan sepanjang 33KM di seluruh Terengganu
“Tiga Sistem Pagar Elektrik Gajah Komuniti (SPEGKOM) Kekal di Kampung Pelong, Setiu (33 km), di Kampung Payong hingga Kg. Chalok Barat, Setiu (25 km) dan di Kampung Lawit hingga Kampung Belukar Bukit, Hulu Terengganu (29 km).
“Manakala cadangan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 untuk pembinaan dua SPEGKOM kekal di Kampung Air Putih hingga Kampung Teladas (12 km) dan di Kampung Ban Ho hingga Cerul (15 km).
“Dengan populasi gajah liar sekitar 180 sahaja, usaha tertumpu seperti di Dungun, Hulu Besut, Kemaman dan Setiu iaitu diantara kawasan tumpuan haiwan liar," katanya.
Beliau berkata demikian menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih, Ab Razak Ibrahim pada Sesi soalan lisan Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Terengganu ke-14 di Wisma Darul Iman, semalam.
Mengulas mengenai hasil pelaksanaan operasi kawalan gajah dan operasi tangkap pindah gajah, Dr Azman memberitahu, hasil 25 operasi dari Januari hingga September 2020, tiga ekor gajah ditangkap di Kemaman, Setiu dan Hulu Terengganu.
“Walau bagaimanapun, tindakan tangkap dan pindah merupakan jalan terakhir kerana kosnya yang tinggi dan mengambil masa yang lama," katanya lagi.
Dalam perkembangan sama, beliau turut memaklumkan, Tabung Bencana Pertanian telah disampaikan kepada kepada sembilan pekebun di Kampung Padang Star di Hulu Terengganu pada 2019, manakala tahun 2020 melibatkan bantuan serangan gajah di Setiu.
24 Nov 20
441
Sidang DUN: Pelaksanaan PITAS 2030 Beri Impak Positif
KUALA TERENGGANU, 24 November - Kerajaan negeri komited dalam melaksanakan Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS) 2030 yang memberi impak positif kepada rakyat Terengganu yang terjejas akibat Covid-19.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengajian Tinggi negeri, Dr Alias Razak berkata, dalam menghadapi penularan wabak Covid-19, pihaknya sentiasa peka dalam menyelesaikan masalah rakyat.
"Dasar ini turut memberi kesan jangka pendek dalam sosio-ekonomi negeri Terengganu.
"Sebagai contoh, sektor pertanian
Terengganu merekodkan pertumbuhan 5.8 peratus sumbangan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negeri apabila mencatat 3.3 peratus pada 2019 berbanding -2.5 peratus pada 2018.
"Dalam sektor pelancongan pula, PITAS 2030 merangka program Community Based Tourism (CBT) yang memberi pulangan secara terus kepada rakyat daripada aktiviti dan produk pelancongan.
"Ia terbukti menguntungkan komuniti apabila kedatangan pelancong ke Terengganu meningkat naik sebanyak 146 peratus semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP),"ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soal lisan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman di Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Keempat Belas(Bajet), hari ini.
Tambah beliau lagi, pengamalan norma baru akibat pandemik Covid-19 telah mempercepatkan era pendigitalan dalam perniagaan.
Katanya, antara elemen digital yang telah dilaksanakan adalah e-payment untuk CBT di Pulau Redang.
"Ia memudahkan dan menggalakkan pelancong yang datang untuk berbelanja dan seterusnya ia memberi pulangan
kepada komuniti," ujarnya.
24 Nov 20
322
Sidang DUN: Wujud 'Task Force' Bagi Pemutihan Lot Industri
KUALA TERENGGANU, 24 November - Kerajaan negeri telah bersetuju melaksanakan proses pemutihan atau pelucutan hak terhadap lot-lot industri yang tidak dibangunkan, terbiar dan melanggar syarat di kawasan perindustrian yang diberi milik di Terengganu.
Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran, Dato' Tengku Hassan Tengku Omar berkata, bagi menjalankan tindakan pemutihan tersebut, kerajaan negeri akan mewujudkan satu Jawatankuasa 'Task Force' untuk memantau dan mengemaskini maklumat dan data-data serta proses tindakan pelucutan hak.
Katanya, jawatankuasa itu akan dianggotai oleh Pengarah Tanah dan Galian Terengganu sebagai Pengerusi, Penasihat Undang-Undang Negeri, Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri, Pengarah PLAN Malaysia, semua Pentadbir Tanah dan Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan.
“Di peringkat Jawatankuasa Task Force, proses pemutihan ini melibatkan situasi pelanggaran syarat nyata tanah setelah pemberi milikan yang sepatutnya dibangunkan dalam tempoh ditetapkan.
“Ini termasuk pelucutan hak disebabkan oleh tunggakkan sewa atau cukai tanah yang membolehkan Pentadbiran Tanah Daerah untuk memulakan prosiding bagi tujuan pelucutan hak tanah tersebut. Ini adalah selaras dengan peruntukan undang-undang melalui Kanun Tanah Negara (KTN) (Akta 56/1965) Seksyen 127 iaitu tanggungan untuk pelucuthakan kerana pelanggaran syarat dan Seksyen 100 pelucuthakan kerana tunggakan sewa atau cukai tanah,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman selepas Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Keempat Belas(Bajet) hari ini.
Tambahnya lagi, fungsi dan peranan Jawatankuasa Task Force ini juga memantau dan mengemaskini maklumat dan cita-cita industri yang bermasalah di semua kawasan perindustrian negeri Terengganu termasuk mengkaji dan menentukan keadaan pelucutan hak mengikut perundangan yang berkuatkuasa.
“Mereka juga akan melaksanakan tindakan perlucutan hak ke atas lot-lot industri yang tidak dibangunkan, tidak menjelaskan bayaran premium dan sebab sebab lain yang membolehkan pelucutan hak tanah.
“Di samping itu, Jawatankuasa Task Force ini juga telah mengenal pasti lot-lot industri dan telah meneliti situasi pembangunan dan pengoperasian kilang-kilang oleh syarikat-syarikat yang telah diluluskan pemberi milikan sama ada aktif atau tidak aktif di semua daerah,”ujarnya.
24 Nov 20
448
Sidang DUN : Etika Pemakaian Patuh Syariah Perlu Diperkasa – Zuraida
KUALA TERENGGANU, 24 November – Kerajaan negeri digesa supaya memperkasakan etika pemakaian patuh syariah dalam kalangan penduduk di negeri ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita Terengganu, Zuraida Md Noor berkata, satu program perlu dirangka selari dengan peruntukkan RM 3.75 juta untuk Dasar Integriti Darul Iman (DIDI) dan Modul Itqan Itsani, iaitu dengan pemerkasaan etika pakaian patuh syariah.
Menurut Zuraida lagi, hal itu penting kerana tuntutan menutup aurat dengan sempurna sama ada kepada kaum lelaki atau wanita merupakan kewajipan bagi setiap muslim seperti yang disebut dengan jelas dalam surah An Nur ayat 31 dan surah Al Ahzab ayat 59.
“Lebih manis lagi sekiranya lambang ataupun syiar Islam ini bermula dengan kakitangan Wisma Darul Iman yang menjadi pusat pentadbiran utama kerajaan negeri Terengganu.
“Termasuklah sektor perhotelan, pelancongan, perniagaan dan sukan dengan menambah baik peraturan berpakaian yang selari dengan syariat.
“Hal ini penting untuk mempamerkan imej Islam di negeri Terengganu. Selari dengan usaha ini, pengaruh budaya luar yang negatif kepada penduduk setempat terutamanya di kawasan tumpuan pelancong dapat dibendung,” ujarnya.
Zuraida berkata demikian semasa membahas Belanjawan 2021 Negeri Terengganu di Dewan Undangan Negeri Terengganu, pagi tadi.
Beliau juga berpendapat bahawa sudah tiba masanya untuk mengislahkan Terengganu dengan lebih serius dengan pemerintahan negeri maju, berkat dan sejahtera.
“Dalam Belanjawan 2021, Teras yang pertama adalah untuk meneguhkan pelaksanaan agenda Islam. Jelas bahawa kerajaan terus komited dalam menjadikan Terengganu sebagai ikon pentadbiran Islam dan terus menarik perhatian negeri lain sebagai model terbaik dalam menerajui sebuah kerajaan.
“Justeru, saya memohon supaya diadakan satu kempen menyeluruh dan berterusan berkaitan pemakaian yang patuh syariah dalam kalangan kakitangan awam dan swasta di seluruh negeri Terengganu,” tambahnya.
24 Nov 20
895