lightning-solid
Berita :

Artikel "Sidang DUN" Terkini

RM 1 Juta Indahkan 39 Produk Pelancongan Komuniti Terengganu
RM 1 Juta Indahkan 39 Produk Pelancongan Komuniti Terengganu
KUALA TERENGGANU, 15 November – Kerajaan negeri telah menyalurkan peruntukan bernilai RM1 juta bagi membangunkan produk pelancongan berteraskan Komuniti (CBT) dengan program pengindahan di 39 lokasi dalam negeri ini. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri, Ariffin Deraman berkata, ia sejajar dengan Pelan Strategik Kelestarian Pelancongan Negeri Terengganu yang menyasarkan kewujudan minima 40 CBT. “Alhamdullilah kerajaan di peringkat awal telah memperkasakan segmen ini dengan peruntukan RM1 juta dan antara program telah selesai dianjurkan seperti program gotong-royong di Kalang Warisan, Pantai Angin Berbisik, Kampung Jambu Bongkok dan banyak lagi. “Ini juga termasuk program kelestarian di Kampung Pulau Serai dan perasmian Kampung Perlancongan di Kampung Mangkuk, Setiu. “CBT ini bukan sahaja melibatkan usaha pihak kerajaan, namun komitmen masyarakat setempat terutamanya Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dan ahli kampung sangat besar dalam memajukan sektor komuniti masing-masing,” katanya. Tambahnya, CBT mampu memberi faedah secara langsung dari segi ekonomi seperti peluang pekerjaan dan pendapatan sampingan, namun memerlukan kelestarian sumber alam untuk generasi masa kini dan masa hadapan. Beliau berkata demikian dalam jawapan lisan bagi menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buluh Gading, Ridzuan Hashim di Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Belas (Bajet) di Dewan Undangan Negeri di sini hari ini. Menjelas lanjut, Ariffin turut menceritakan peningkatan produk pelancongan berasaskan aktiviti fizikal yang kian popular di dalam negeri. “Ini termasuk Bukit Harimau Menangis, Bukit Maras (Paragliding), Bukit Besar dan terbaharu Bukit Salai. “Ini bukan sahaja mewujudkan masyarakat aktif sukan, namun ia turut meningkatkan potensi pengunjung daripada luar negeri dan bakal melonjak lagi, akan datang,” katanya.
15 Nov 21
343
ADUN Dibenarkan Berbaju Batik
ADUN Dibenarkan Berbaju Batik
Oleh : Rohayati Ripin KUALA TERENGGANU, 15 November – Semua Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu dibenarkan berbaju batik lengan panjang pada persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu hari khamis. Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Dato’ Haji Yahaya Ali berkata, ia berdasarkan peruntukan dalam perkara 121A (1) Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap DUN. “Ini adalah selaras dengan amalan di Parlimen sekarang ini dan juga bagi mempromosi negeri Terengganu sebagai negeri utama pengeluar batik di Malaysia,” jelasnya. Beliau berkata demikian dalam ucapan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Keempat Belas (Bajet) di Dewan Undangan Negeri (DUN), Wisma Darul Iman, pada hari ini. Menurutnya, persidangan  selama empat hari sudah tentu mengambil kira suasana ancaman Covid-19. “Oleh sebab itu, atas nasihat Majlis Keselamatan Negeri (MKN) terutama melalui Jabatan Kesihatan Negeri, pentadbiran DUN masih lagi mengekalkan SOP yang ditetapkan. Swab test kepada semua Ahli Yang Berhormat (AYB) dan ujian RTK (saliva test) akan diteruskan disamping mewajibkan pemakaian pelitup muka dan duduk secara berjarak. “Bahkan pentadbiran DUN telah menambahbaik dengan memasang cermin penghadang di antara tempat duduk AYB sebagaimana di Parlimen. Oleh itu, para AYB boleh membuka pelitup muka hanya semasa menyampaikan ucapan dan masih perlu dipakai sepanjang berada di dalam dewan apabila tidak berucap,” katanya. Beliau turut memohon maaf sekiranya semua SOP ini tidak memberi keselesaan kepada AYB, tetapi ianya penting untuk memastikan keselamatan bersama. “Saya juga ingin menarik perhatian AYB sekalian supaya sentiasa mematuhi 'standing orders' sepanjang empat hari persidangan kita berjalan. Tugas seorang Speaker di antara lain adalah bagi memastikan persidangan DUN berjalan lancar. “ Secara konvensionalnya, Speaker tidak seharusnya dipertanggungjawabkan untuk memuaskan hati  semua pihak atas setiap pembahasan dan soal jawab yang diutarakan. Oleh sebab itu urusan-urusan AYB bukan di sini tempat berakhirnya,” katanya. Justeru itu, beliau berharap agar semua ADUN agar tidak pentingkan diri   dan cuba menarik perhatian dewan atau berusaha menjadi juara dalam dewan pada kali ini. “Ini kerana banyak perkara atas nama kepentingan rakyat boleh diselesaikan diluar dewan dengan semangat ukhwah dan perbincangan yang sihat bagi memenuhi tanggungjawab kita kepada rakyat dan lebih-lebih lagi kepada Allah SWT,” tambah beliau lagi.
15 Nov 21
318
Usul ‘Select Committee’ Dibentangkan Dalam Sidang DUN
Usul ‘Select Committee’ Dibentangkan Dalam Sidang DUN
Oleh: Rohayati Ripin KUALA TERENGGANU, 15 November – Usul penubuhan jawatankuasa pilihan (select committee), Jawatankuasa Terpilih Semakan Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan akan dibentangkan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu kali ini. Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Dato' Haji Yahaya Ali berkata, ia bertujuan untuk mengkaji dan menambah baik 'Standing Rules And Orders' DUN yang diwujudkan sejak tahun 1960. “Supaya lebih tersusun, penggunaan bahasa yang standard, tambahan dalam edisi rumi dan cadangan bagi memasukkan perkara-perkara baru sesuai dengan perkembangan semasa,” jelasnya. Beliau berkata demikian dalam ucapan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Keempat Belas (Bajet) di Dewan Undangan Negeri (DUN), Wisma Darul Iman, pada hari ini. Menurutnya, beliau yakin pembentangan bajet kali ini yang akan dibentangkan oleh Menteri Besar Terengganu, YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri bin Mokhtar mengutamakan dengan membina ekonomi terjejas supaya  rakyat kembali ceria dan hidup seperti sebelum pendemik Covid-19 melanda. “Saya yakin semua AYB bersetuju dengan saya dan mengharapkan YAB Dato' Seri Menteri Besar akan membentangkan bajet yang terbaik pada kali ini dalam suasana kita sudah berada dalam fasa empat menghadapi Covid-19 di mana hampir semua sektor samada dalam kerajaan atau swasta telah mula diaktifkan. “Tetapi pada masa yang sama kita perlu beringat-ingat untuk terus menjaga SOP kerana peperangan kita menghadapi Covid-19 belum lagi berakhir. Hanya kepada Allah jualah kita bertawakal agar ujian dan musibah ini dihapuskan seberapa segera,” ujar Dato’ Yahaya. Justeru itu beliau berharap agar AYB bertanggungjawab untuk meneliti setiap butiran bajet yang dibentangkan oleh YAB Menteri Besar sebelum membahas.  “Dari segi semangat perlembagaan, kerajaan sudah tentu tidak boleh berbelanja walau satu sen pun pada tahun hadapan sekiranya rang undang-undang ini tidak diluluskan,” katanya.
15 Nov 21
148
Berapa Buah Sekolah SRIDI Yang Mendapat Kelulusan Kementerian Dan Berapakah Kos Mewujudkan Sebuah SRIDI?
Berapa Buah Sekolah SRIDI Yang Mendapat Kelulusan Kementerian Dan Berapakah Kos Mewujudkan Sebuah SRIDI?
22 Sep 21
130
Adakah Kerajaan Negeri Bersedia Untuk Membantu Pemberian Vaksin Untuk Mencegah Penyakit Kepada Haiwan?
Adakah Kerajaan Negeri Bersedia Untuk Membantu Pemberian Vaksin Untuk Mencegah Penyakit Kepada Haiwan?
22 Sep 21
83
Apakah Perancangan Untuk Jangka Masa Panjang Kepada Industri Kecil Sederhana (IKS)?
Apakah Perancangan Untuk Jangka Masa Panjang Kepada Industri Kecil Sederhana (IKS)?
22 Sep 21
111
Sejauh manakah Usahawan Terutamanya Dalam Industri Kecil Dan Sederhana IKS Yang Terjejas Akibat Covid-19 Di Terengganu?
Sejauh manakah Usahawan Terutamanya Dalam Industri Kecil Dan Sederhana IKS Yang Terjejas Akibat Covid-19 Di Terengganu?
22 Sep 21
140
Adakah JPINT Akan Dapat Meningkatkan Prestasi Pendidikan Di Negeri Terengganu?
Adakah JPINT Akan Dapat Meningkatkan Prestasi Pendidikan Di Negeri Terengganu?
22 Sep 21
457
Bagaimakah Kerajaan Negeri Memanfaatkan Kewujudan pelbagai NGO Untuk Membantu Anak-Anak Terengganu Yang Memerlukan Bantuan Pada Musim PKP Ini?
Bagaimakah Kerajaan Negeri Memanfaatkan Kewujudan pelbagai NGO Untuk Membantu Anak-Anak Terengganu Yang Memerlukan Bantuan Pada Musim PKP Ini?
22 Sep 21
77
Adakah Ada Dikalangan Perantau Yang Berada Di Luar Khususnya Tenaga Pakar Yang Dipanggil Balik Untuk Membantu Kerajaan Negeri Di Dalam Sektor Berdasarkan Kepakaran Masing-Masing?
Adakah Ada Dikalangan Perantau Yang Berada Di Luar Khususnya Tenaga Pakar Yang Dipanggil Balik Untuk Membantu Kerajaan Negeri Di Dalam Sektor Berdasarkan Kepakaran Masing-Masing?
22 Sep 21
52