Artikel "Sidang DUN" Terkini
Manuskrip Digital Ulama Terengganu Bakal Wujud
Kerajaan negeri bakal mewujudkan manuskrip Ulama Terengganu secara digital bagi menarik seluruh masyarakat untuk lebih mengenali dan menghargai peranan ulama di negeri ini.
27 Jul 22
186
Kerajaan Salur Bantuan RM1.67j Melalui TDI
Sejumlah RM1.67 juta peruntukan Tabung Darul Iman (TDI) telah diagihkan kepada semua pemohon yang berkelayakan sejak Januari 2022 hingga Jun 2022.Â
27 Jul 22
81
Kerajaan Negeri Lapor Polis 'Pertanyaan' Ahmad Said
Satu laporan polis akan dibuat Kerajaan Terengganu berhubung dakwaan pihaknya mahu menjual ladang sawit milik Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu (LTAWNT) dengan harga RM130 juta kepada pihak tertentu.
26 Jul 22
432
Kerajaan Buru Pembunuh Penyu
Susulan penemuan bangkai penyu yang mati kerana dibunuh dan dianiaya dengan kejam, Jabatan Perikanan Malaysia negeri sedang mengumpulkan bukti bagi menahan pelaku .
26 Jul 22
121
Hiwalah Solusi Masalah Pengabaian Nafkah
Pelaksanaan hiwalah boleh menjadi sebagai salah satu cara penyelesaian terhadap masalah pengabaian nafkah oleh bekas suami terhadap keluarganya.
Â
29 Mar 22
273
Caruman PERKESO Buat Suri Rumah Terengganu
KUALA TERENGGANU, 24 Mac - Zuraida mengulangi saranan agar kerajaan negeri dapat meneliti cadangan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) buat suri rumah di Terengganu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita Terengganu, Zuraida Md Noor berharap agar cadangan yang pernah dilontarkan olehnya dalam Sidang yang lalu, akan segera diperhalusi dan diluluskan.
Beliau meletakkan pengharapan yang tinggi agar pihak kerajaan mengambil tindakan sewajarnya agar kebajikan golongan suri rumah terjamin dan terbela.
"Peratus komuniti suri rumah di Terengganu mencatat angka 53 peratus di mana peratusannya lebih tinggi berbanding wanita yang bekerja.
"Di sini dapat kita lihat betapa golongan suri rumah ini perlu disantuni dan dibantu agar institusi kekeluargaan yang harmoni dapat diwujudkan sekaligus komuniti suri rumah dapat turut menyumbang kepada kemajuan negeri," ujarnya.
Zuraida berkata demikian ketika mengambil bahagian dalam Ucapan Perbahasan menjunjung kasih Titah Ucapan Tuanku al-Sultan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), semalam.
Beliau berpandangan bahawa para suri rumah harus didedahkan dengan ilmu kemandirian agar lebih bersedia sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini seperti perceraian atau kematian suami.
"Untuk makluman ahli dewan, Pemberdayaan Komuniti Suri Rumah adalah Mercu Tanda PITAS2030 (Pelan Induk Terengganu Sejahtera 2030) di bawah Teras Strategik 7; Keterangkuman Kebajikan Rakyat dan Peningkatan Kedayaan Wanita.
"Saya ingin mencadangkan kepada semua pihak agar dapat memberi sokongan dalam usaha menjayakan Modul Pemberdayaan Komuniti Suri Rumah," ulasnya lagi.
Zuraida menambah bahawa aplikasi modul Pemberdayaan Komuniti Suri Rumah ini juga wajar diberikan kepada golongan lelaki yang merupakan ketua keluarga.
Justeru itu, beliau mencadangkan agar elemen kesedaran dan tanggungjawab para suami dalam menguruskan rumahtangga dimasukkan ke dalam siri teks khutbah Solat Jumaat.
23 Mar 22
918
Hiwalah Solusi Masalah Pengabaian Nafkah
KUALA TERENGGANU, 24Â Mac - Pelaksanaan hiwalah boleh menjadi sebagai salah satu cara penyelesaian terhadap masalah pengabaian nafkah oleh bekas suami terhadap keluarganya.
Hiwalah merujuk kepada proses pemindahan wang atau hakmilikan melalui akaun bank atau institusi kewangan bekas suami atau bapa yang culas dalam pemberian nafkah oleh pihak Mahkamah Syariah, untuk digunakan bagi melunaskan tuntutan nafkahnya.
Hal ini bagi memastikan hak nafkah dan mut’ah bekas isteri serta anak-anak tidak diabaikan oleh seorang bekas suami atau bapa.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita, Zuraida Md Noor berkata dengan adanya perintah hiwalah, nasib wanita bergelar isteri serta anak-anak lebih terbela.
"Secara teorinya kaedah ini sangat bagus untuk membantu mengurangkan atau menyelesaikan masalah nafkah tertunggak, namun untuk pengetahuan sidang hadirin hadirat sekalian proses hiwalah ini agak sulit dilaksanakan kerana kesukaran untuk mendapatkan maklumat pihak suami dari institusi kewangan.
"Oleh itu, suka untuk saya mencadangkan agar kaedah hiwalah ini mendapat perhatian pihak yang terlibat, dan memohon agar prosesnya dipermudahkan,"ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika sesi perbahasan usul menjunjung kasih Titah Ucapan Tuanku Sultan Mizan di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, kelmarin.
Walau bagaimanapun masih ramai wanita dari kalangan ibu tunggal yang belum mendapat pendedahan mengenai alternatif bagi menuntut hak mereka dari sudut nafkah.
Zuraida mencadangkan agar turut diadakan sebaran ilmu literasi undang-undang bagi memastikan keadilan kepada wanita-wanita Terengganu dapat ditegakkan.
Menurut beliau lagi, perintah hiwalah bukanlah semata-mata ingin menghukum bekas suami, namun bersifat mendidik supaya para suami tidak mengambil ringan perihal nafkah dan supaya mereka menjadi lebih bertanggungjawab.
Cadangan pelaksanaan hiwalah ini mendapat respon yang positif daripada Kerajaan Negeri Terengganu.
23 Mar 22
533
Galak Wanita Ceburi Bidang Sains, Kejuruteraan
KUALA TERENGGANU, 23 Mac - Kaum wanita digalakkan untuk menceburi bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) secara lebih aktif.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita, Zuraida Md Noor berkata peratus keterlibatan wanita dalam bidang tersebut jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan kaum lelaki.Â
Menurut beliau, data daripada Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) mendedahkan lebih 70 peratus penyelidik dalam STEM adalah lelaki manakala wanita pula kurang 30 peratus.
"Begitu juga di peringkat pengajian tinggi, direkodkan hanya 30 peratus pelajar perempuan memilih untuk menceburkan diri dalam bidang STEM.
"Saya mencadangkan agar kerajaan memanfaatkan kewujudan Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT) dengan merangka program yang bersesuaian, yang mana kumpulan fokusnya adalah wanita dengan mengambil model daripada MOSTI untuk turut diaplikasi di PSKT.
"Suka saya mencadangkan satu insentif khas diberikan buat wanita Terengganu yang menceburi bidang ini," tambahnya.
Beliau berkata demikian ketika dalam berucap dalam Perbahasan Ucapan Titah Tuanku dalam Sidang DUN di Wisma Darul Iman, sebentar tadi.
Zuraida menegaskan bahawa perlunya wujud usaha untuk menarik wanita bagi menceburi bidang STEM.
"Saya teguh dengan pendirian sepertimana yang telah dilontarkan dalam sidang yang lalu, mereka ini wajar mendapat galakan serta diberi bimbangan sebagai pemangkin untuk menceburi bidang ini," ulasnya lagi.
Â
23 Mar 22
401
Bayaran Baiki Taman Ilmu Lebih Mahal Berbanding Kos Bina
Kos baik pulih Taman Ilmu di Tembila, Besut memakan belanja sebanyak RM400 juta, jauh lebih tinggi berbanding semasa awal pembinaan projek iaitu RM300 juta
23 Mar 22
261
Kerajaan Digesa Tubuh Pusat Pemurnian Akidah, Akhlak
KUALA TERENGGANU, 23 Mac - Cadangan penubuhan Pusat Pemurnian Akidah dan Akhlak, Baitul Iman akan membantu mengatasi masalah ketiadaan pusat pelindungan kepada pesalah syariah wanita Negeri Terengganu.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita, Zuraida Md Noor, Mahkamah Syariah memerintahkan pesalah ditahan di suatu rumah kebajikan yang diluluskan oleh Majlis selama tempoh tidak melebihi enam bulan.
Namun, masalah utamanya adalah sehingga kini, masih belum ada mana-mana pusat atau rumah yang diluluskan bagi tujuan tersebut dalam Negeri Terengganu.
"Sekiranya Mahkamah Syariah Terengganu memutuskan pesalah dikenakan tahanan di pusat pemulihan atau rumah diluluskan, maka pesalah akan dihantar ke Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan, Sabak Bernam, Selangor.
"Manakala bagi pesalah lelaki, mereka akan dihantar ke Baitul Iman, Hulu Yam, Selangor," ujarnya.
Zuraida berkata demikian ketika dalam berucap dalam Perbahasan Ucapan Titah Tuanku dalam Sidang DUN di Wisma Darul Iman, pada hari ini.
Kata Zuraida Kos untuk menghantar pelatih ke sana akan ditanggung oleh pihak Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), dengan kadar RM7,080 bagi tempoh enam bulan untuk seorang pelatih.
"Antara rasional mengapa perlunya pusat ini diwujudkan di Terengganu ialah kerana pesalah wanita akan ditempatkan ke pusat pemulihan yang terletak di Selangor yang sudah tentu akan memakan masa perjalanan yang panjang dan jarak yang jauh serta pesalah juga terpaksa dimasukkan ke lokap sebelum dibawa ke pusat pemulihan.
"Di samping itu, pesalah berhadapan dengan risiko kemalangan di jalan raya kerana menggunakan pengangkutan darat selain kos tanggungan dapat dijimatkan.
"Saya dimaklumkan bahawa kerajaan negeri di bawah Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Ustaz Satiful Bahari Mamat bercadang untuk membina pusat pemulihan akhlak dan aqidah di Marang dan saya mencadangkan agar pusat tersebut turut membawa fungsi sebagai Pusat Pemurnian Aqidah dan Akhlak untuk pesalah wanita, dengan cadangan nama Baitul Iman," katanya.
Â
23 Mar 22
586