lightning-solid
Berita :

Artikel "Sidang DUN" Terkini

Pelajar Tercicir Perlu Dibantu
Pelajar Tercicir Perlu Dibantu
Pelajar yang keciciran dalam bidang pendidikan perlu diberi perhatian dan dibantu dengan bersungguh-sungguh.
01 Dec 22
96
Beri Peluang Yang Adil Kepada Kaum Hawa
Beri Peluang Yang Adil Kepada Kaum Hawa
ADUN Wanita Terengganu menggesa kepada pihak berkenaan agar memberi peluang kepada kaum wanita kerana mereka berhak mendapat peluang yang adil dari segi perjawatan dan kemudahan dalam pekerjaan di negeri ini.  
01 Dec 22
142
Salur Maklumat Kesalahan Maksiat Kepada Pihak Berkuasa
Salur Maklumat Kesalahan Maksiat Kepada Pihak Berkuasa
KUALA TERENGGANU, 1 Disember - Orang ramai digesa menyalurkan maklumat kesalahan jenayah syariah kepada pihak berkuasa bagi membolehkan tindakan segera diambil. Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Dato' Satiful Bahri Mamat berkata, langkah itu sangat digalakkan dan merupakan jalan terbaik untuk membendung kemungkaran. "Mencegah kemungkaran merupakan suatu yang sukar oleh kerana itu menjadi kewajipan semua pihak untuk saling peka dan menyampaikan maklumat kepada penguatkuasa syariah yang telah dilantik. "Di peringkat kampung, imam boleh mainkan peranan untuk melaksanakan kerja-kerja penguatkuasaan syariah supaya boleh menjaga kampung masing-masing semua kena mainkan peranan untuk saling tegur menegur. "Jangan hanya ambil gambar kemudian menularkan di media tanpa sebarang maklumat lanjut, ini boleh menimbulkan suasana tidak harmoni," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika sesi pengulunggan, Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Keempat Belas (BAJET), di Wisma Darul Iman, semalam. Tambah Satiful, pihak kerajaan negeri bercadang untuk meluaskan Kempen Pembudayaan Syariah yang telah dimulakan di Seberang Takir ke setiap daerah. "Bagi memberi kefahaman kepada masyarakat bahawa pelaksanaan sayariah ini merupakan satu ibadah dan bukan sebagai hukuman ataupun denda semata-mata agar menjamin kesejahteraan hidup setiap muslim di Terengganu ini," katanya.
01 Dec 22
283
Pelajar Tercicir Perlu Dibantu
Pelajar Tercicir Perlu Dibantu
KUALA TERENGGANU, 30 November - Pelajar yang keciciran dalam bidang pendidikan perlu diberi perhatian dan dibantu dengan bersungguh-sungguh. Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita Terengganu, Zuraida Md Noor, berdasarkan dapatan data dari Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, faktor utama berlakunya keciciran ini adalah disebabkan isu kemiskinan keluarga. "Pelajar mencari pekerjaan untuk menyara diri sendiri dan keluarga, selain murid hilang minat untuk belajar. "Ada juga dibuang sekolah disebabkan masalah disiplin serta ketidakhadiran ke sekolah dalam tempoh yang panjang. "Secara peribadi, sejak  kebelakangan ini saya juga kerap menerima aduan tentang anak-anak pelajar kita yang tercicir dalam pelajaran dan membuat keputusan untuk berhenti sekolah di usia yang sangat muda,"  katanya. Zuraida mengulas perkara tersebut dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu. semalam. Beliau berharap agar pelajar yang tercicir ini dibantu sehingga dapat menyambung kembali pelajarannya yang tergendala, bukan sekadar selesai hanya dengan membuat laporan semata-mata. Antara lainnya, pemantauan yang berterusan perlu dilakukan kepada para pelajar tersebut. "Sentiasa bertanya khabar dan mengetahui keadaan semasanya, kita tidak mahu segala usaha ini berakhir dengan sia-sia. "Permasalahan ini tidak seharusnya dibebankan kepada guru dan pihak sekolah semata-mata. "Saya cukup yakin, dengan kerjasama yang erat antara pihak JPKK, Pusat Khidmat Masyarakat (PKM), NGO-NGO Kebajikan dan masyarakat setempat insyaAllah mampu menyelesaikan isu ini dengan baik," akhirinya.  
30 Nov 22
275
'Terima Kasih Kerajaan Negeri Kerana Cakna Wanita'
'Terima Kasih Kerajaan Negeri Kerana Cakna Wanita'
KUALA TERENGGANU, 30 November - Wakil wanita Terengganu merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada pihak Kerajaan Negeri Terengganu kerana telah menunjukkan kecaknaan terhadap wanita Terengganu melalui Belanjawan Terengganu 2023. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita Terengganu, Zuraida Md Noor mewakili seluruh wanita Terengganu menyatakan kesyukuran dan penghargaan atas pelbagai isentif dan peruntukkan khusus buat kaum wanita. "Pihak kerajaan negeri menunjukkan kecaknaan terhadap kesihatan wanita dengan pemberian baucer pakej berpantang dengan nilaian RM200 kepada 5,000 orang wanita yang layak. "Selain menyediakan peruntukan RM300 ribu bagi menjayakan program pemeriksaan mammogram dan pap smear kepada wanita Terengganu yang berumur 35 tahun ke atas," ujarnya Beliau turut menyentuh mengenai kegagalan pesakit wanita membuat rawatan awal sehingga akhirnya penyakit tersebut berada di tahap serius. Zuraida berpendapat bahawa antara faktor yang menyumbang kepada perkara tersebut adalah, wanita tidak berani untuk mendapatkan rawatan awal di hospital sebaliknya lebih memilih rawatan alternatif seperti bomoh, dukun dan sebagainya. "Hal ini menyukarkan proses rawatan dan tidak kurang juga akhirnya menelan belanja rawatan yang lebih besar. Paling tragis, ianya berakhir dengan kematian. "Suka untuk saya tegaskan bahawa wanita perlu bersuara dan mengambil peluang melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala agar risiko masalah kesihatan dapat dikurangkan, " ulasnya. Beliau berkata demikian dalam ucapan perbahasan Belanjawan Terengganu 2023 di U2, Dewan Undangan Negeri Terengganu, semalam. Zuraida berharap agar para suami, wali, ahli keluarga, pihak majikan dan komuniti mengambil tanggungjawab untuk memenuhi dan menyokong keperluan serta penjagaan kesihatan wanita sepanjang hayat.
30 Nov 22
232
Penguatkuasaan Undang-undang Mampu Jayakan GEG
Penguatkuasaan Undang-undang Mampu Jayakan GEG
KUALA TERENGGANU, 30 November - Generasi Baru Bebas Asap Rokok atau Generational End Game (GEG) merujuk kepada penurunan peratusan merokok dalam kalangan penduduk sesebuah negara sehingga mencapai kurang daripada lima peratus. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita Terengganu, Zuraida Md Noor menggesa agar penguatkuasaan yang tegas dan berterusan dijalankan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi memastikan hasrat tersebut tercapai. "Saya pernah menyuarakan isu ini pada sidang yang lepas, dan saya telah diberi penjelasan bahawa PBT tidak pernah meluluskan sebarang lesen kepada mana-mana perniagaan berkaitan rokok elektronik ini. "Walaupun begitu, pada hari ini, premis yang menjual rokok elektronik dilihat bagai cendawan tumbuh selepas hujan," ujarnya. Zuraida berkata demikian ketika mengambil bahagian dalam Ucapan Perbahasan Belanjawan Terengganu 2023 dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), semalam. Beliau juga menyatakan kebimbangan apabila semakin ramai anak muda yang terpengaruh dengan tabiat merokok, termasuklah rokok elektronik ataupun vape. "Saya juga menerima aduan daripada ibu bapa dan melihat dengan mata saya sendiri terdapat remaja berpakaian sekolah yang tanpa segan silu menghisap vape di tempat terbuka. "Tidak hairanlah, rokok elektronik sudah menjadi trend anak muda kita di Terengganu kerana sangat mudah didapati dan kawalan yang dibuat dilihat longgar di mata saya," ulasnya lagi. Zuraida percaya bahawa GEG boleh dicapai sekiranya industri rokok elektronik dicabar dan dibendung.
30 Nov 22
119
Terengganu Tambah Penguatkuasa Syariah
Terengganu Tambah Penguatkuasa Syariah
Kerajaan Terengganu berhasrat menambah bilangan penguatkuasa syariah di negeri ini tahun hadapan. 
30 Nov 22
208
RM807.31 Juta Perbelanjaan Pembangunan Tahun Ini
RM807.31 Juta Perbelanjaan Pembangunan Tahun Ini
Secara keseluruhan perbelanjaan untuk pembangunan melibatkan skim 'defferred payment' dan 'scheduled payment' pada tahun ini sebanyak RM 807.312 juta sehingga Oktober.
30 Nov 22
124
RM10 Juta Selesai Masalah Air di Ajil
RM10 Juta Selesai Masalah Air di Ajil
Masalah air yang kerap berlaku di Pekan Ajil akan diselesaikan oleh Syarikat Air Terengganu Sdn. Bhd (SATU) dengan peruntukkan RM10 juta.
30 Nov 22
118
Kedai Gunting Rambut 'Uniseks' Tidak Perlu
Kedai Gunting Rambut 'Uniseks' Tidak Perlu
Kedai gunting rambut dan salon kecantikan 'uniseks' iaitu bercampur lelaki dan perempuan bagi penganut beragama Islam tidak perlu dilaksanakan di Terengganu.
30 Nov 22
600