lightning-solid
Berita :

Artikel "Pertanian" Terkini

Air Mata Gugur Saat Terima Hak Milik Tanah
Air Mata Gugur Saat Terima Hak Milik Tanah
Linangan air mata membasahi pipi penerima dokumen hak milik tanah, Rohaya Mat Salleh, 41, selepas cita-citanya untuk memiliki tanah tercapai.
13 Nov 23
81
Kariah Masjid Sepakat Tanam Padi
Kariah Masjid Sepakat Tanam Padi
MARANG, 17 Oktober - Koperasi Kariah Masjid Tebakang (KOMIT) menggerakkan usaha menanam Padi Darat untuk menampung keperluan sebagai solusi mengukuhkan keterjaminan makanan di negeri ini. Pengerusi Ahli Lembaga KOMIT, Senator Hussin Ismail berkata, usaha itu digerakkan secara bersepadu bersama Yayasan Amal Malaysia di atas tanah wakaf milik Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Terengganu (MAIDAM) yang disewa dengan bayaran RM1,000. "Walaupun koperasi ini masih baru ditubuhkan setahun setelah didaftarkan pada Novermber tahun lepas dengan memiliki peserta seramai 70 orang. "Kami cuba sedaya upaya menjadikannya sebagai satu satu program sara diri atau kendiri khusus untuk masyarakat luar bandar dan di kampung-kampung sebagai solusi alternatif terhadap keresahan yang dihadapi rakyat pada hari ini. "Isu yang sangat besar dibicangkan di seluruh dunia sekarang bahawa bekalan beras dan isu keterjaminan makanan akan semakin meruncing menjelang tahun 2025," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Perasmian KOMIT dan Pelancaran Tanaman Padi Darat Sara Diri Bersama Yayasan Amal Malaysia, di sini, hari ini. Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi negeri, Dr Azman Ibrahim dan Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna, Ariffin Deraman. Sementara itu Ariffin berkata, KOMIT telah memulakan langkah yang sangat baik dan perlu menjadi contoh kepada kariah masjid yang lain untuk turut menubuhkan koperasi komuniti berasaskan pertanian. "Hendak tubuhkan koperasi komuniti seumpama ini minimum hanya perlu ada lima orang. "Syabas dengan kejayaan KOMIT yang berjaya mengerakkan usaha alternatif keterjaminan makanan bagi menampung keperluan rakyat negeri ini terhadap bekalan beras dan mengurangkan kebergantungan beras yang diimport," katanya.      
17 Oct 23
578
Terengganu Pecah Monopoli Kartel Beras
Terengganu Pecah Monopoli Kartel Beras
Terengganu berjaya memecahkan monopoli kartel beras apabila sawah padi di negeri ini dimiliki melayu Islam sebanyak 100 peratus.
09 Oct 23
63
Pelan Strategik Pertanian Akan Capai 100 Peratus Pelaksanaan
Pelan Strategik Pertanian Akan Capai 100 Peratus Pelaksanaan
Kerajaan Terengganu berjaya melaksanakan 55 daripada 58 program dalam Pelan Strategik Pertanian Terengganu 2019-2023.
05 Oct 23
181
Permohonan Rumah Untuk Nelayan Dibuka
Permohonan Rumah Untuk Nelayan Dibuka
KUALA TERENGGANU, 1 Oktober - Kerajaan negeri kini membuka permohonan rumah untuk para nelayan di Terengganu memiliki rumah.  Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, Projek Perumahan Semula Nelayan (PSN) di dua daerah iaitu di Beting Lintang, Besut dan Pulau Sekepeng, Kemaman itu hampir siap seoenuhnya. "Harga kos hampir RM150,000 tapi kerajaan bagi kepada rakyat (nelayan) dengan harga RM54,000 sahaja. Bakinya kerajaan atau subsidi. "Projek dengan biaya kerajaan negeri hampir RM20 juta dan dibantu kerajaan Persekutuan RM13 juta tidak termasuk kos tanah yang diberi percuma oleh kerajaan negeri," ujarnya melalui hantaran di facebook rasminya baru-baru ini. Justeru katanya, bagi mana-mana nelayan yang berminat untuk memiliki rumah tersebut boleh mendapatkan borang permohonan melalui Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) di tempat masing-masing. "Antara syaratnya ialah rakyat Terengganu berusia 21 tahun ke atas, mempunyai kad nelayan dari Jabatan Perikanan, menjadi ahli PNK. "Belum pernah memiliki rumah kediaman atau rumah terlalu uzur dan belum pernah memiliki tanah pemberian kerajaan," ujarnya. Katanya, pojek itu telah dipecah tanah oleh Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Menteri Pertanian, Dr Ronald Kiande kira-kira dua tahun lepas.
01 Oct 23
2446
Terengganu Buka Kawasan Baharu Untuk Penanaman Padi
Terengganu Buka Kawasan Baharu Untuk Penanaman Padi
Kerajaan Terengganu sudah mengenal pasti dan membuka beberapa lokasi baharu yang dibangunkan sebagai kawasan penanaman padi. 
25 Sep 23
175
Terengganu Buka Kawasan Baharu Untuk Penanaman Padi
Terengganu Buka Kawasan Baharu Untuk Penanaman Padi
MARANG, 21 September - Kerajaan Terengganu sudah mengenal pasti dan membuka beberapa lokasi baharu yang dibangunkan sebagai kawasan penanaman padi. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi negeri, Dr Azman Ibrahim berkata pihaknya juga telah meneliti sawah padi berpotensi untuk diperluaskan bagi meningkatkan penghasilan beras. Katanya, antara kawasan dibuka baharu ialah Durian Mentangau, Paya Dadong dan Skim Paya Paman. "Di Durian Mentangau kira-kira 40 hektar kawasan padi yang dibuka dengan mempraktikkan tanaman padi secara organik sepenuhnya oleh sebuah syarikat swasta. "Kawasan-kawasan ini sebelum ini telah dibiarkan kerana masalah pengairan, selepas itu kita bina dan naik taraf semula sistem pengairan sehingga mampu untuk bertanam semula. "Strategi ini berjalan serentak kesemuanya sebab itu kita boleh tengok berlaku peningkatan dari tahun 2018, 2019 sehingga sekarang," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika ditemu pihak Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas menyempurnakan Program Input Penternakan Ruminan 2023, di Dewan Sivik Wakaf Tapai, di sini, hari ini. Tambah Dr Azman, antara usaha lain bagi meningkatkan hasil pengeluaran padi di Terengganu ini termasuk menambah keluasan jelapang padi sedia ada. "Perancangan besar kita adalah untuk menjadikan kawasan jelapang padi yang ada sekarang ini daripada 5,000 hektar kepada 10,000 hektar dengan memasukkan lagi 5,000 daripada 7,000 yang berada di luar jelapang yang dinamakan sebagai Projek Kawasan bersepadu (IADA) Terengganu Utara (KETARA) Fasa 2," katanya. Selain itu katanya, kerajaan juga berusaha meningkatkan kesuburan tanah supaya penghasilan padi per hektar dapat ditingkatkan. "Kawasan yang kebiasaan menghasilkan tiga metrik per hektar akan dinaikkan menjadi lima metrik, yang selama ini lima metrik boleh dinaikkan jadi lapan metrik tan per hektar. "Antara strategi lain juga ialah menaik taraf infrastruktur pengairan, meningkatkan kesuburan tanah, melakukan kerja-kerja meratakan tanah sawah. "Kita juga 'upgrade' kawasan yang bertanam sekali setahun kepada dua kali setahun, telah ada beberapa kawasan di sekitar Dungun, Kemaman serta di Kuala Nerus yang asalnya cuma bertanam sekali setahun, usaha ini dibuat dengan meningkatkan sistem pengairan sekali gus akan memperolehi hasil dua kali ganda," ujarnya. Pada 15 September lalu, Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar memaklumkan kerajaan Terengganu sudah mengenalpasti kawasan baharu untuk projek penanaman padi bagi meningkatkan hasil bekalan beras di negeri ini. Katanya, kawasan tersebut merupakan kawasan yang telah lama tidak ditanam padi justeru akan dibangunkan semula bagi tujuan berkenaan. "Kita sedang berkomunikasi dengan rakyat di kawasan tersebut bagi mencari tenaga kerja kerana kawasan berkenaan sudah lama tidak diusahakan maka keluarga-keluarga di sana sudah bekerja di luar negeri dan sebagainya. “Nak cari orang untuk usahakan juga perlu ditangani dengan baik dan tidak mudah sebenarnya serta memakan masa," jelasnya.
21 Sep 23
1811
Insentif Tambahan Pesawah MyGAP Mungkin Dinaikkan
Insentif Tambahan Pesawah MyGAP Mungkin Dinaikkan
Kerajaan Terengganu bercadang menaikkan insentif bagi setiap tan metrik padi kasar daripada pesawah yang memiliki persijilan MyGAP sebagai galakan pesawah menghantar padi ke kilang konsortium untuk diproses.
21 Sep 23
273
Terengganu Tambah Kawasan Penanaman Padi
Terengganu Tambah Kawasan Penanaman Padi
Kerajaan Terengganu sudah mengenalpasti kawasan baharu untuk projek penanaman padi bagi meningkatkan hasil bekalan beras di negeri ini.
20 Sep 23
118
Bantuan Input Penternakan Beri Manfaat Kepada 610 Penternak
Bantuan Input Penternakan Beri Manfaat Kepada 610 Penternak
Kerajaan Terengganu memperuntukan sebanyak RM3 juta bagi tujuan agihan input yang dibahagikan kepada tiga sektor iaitu pertanian, penternakan dan perikanan.
18 Sep 23
78