Artikel "Pertanian" Terkini
Terengganu Bakal Wujudkan Garis Sempadan Tukun Dari Kemaman ke Besut
MARANG, 30 Mei - Kerajaan negeri dan agensi persekutuan sedang merancang projek usaha sama untuk mewujudkan garis sempadan tukun daripada Kemaman sehingga ke Besut sepanjang 245 Kilometer.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, sebanyak lapan hingga unit 10 tukun disasarkan bagi dilabuhkan di setiap kelompok.
Katanya, projek itu merupakan satu usaha besar yang akan memberi manfaat kepada 8,309 nelayan Terengganu.
"Alhamdulillah pada tahun ini kita mendapat peruntukan daripada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan yang kini dalam proses perolehan sebanyak RM3 juta bagi membolehkan sebanyak 100 unit tukan akan dapat dilabuhkan pada tahun ini.
"Usaha berterusan ini semakin lama semakin membuahkan hasil yang diperkatakan di semua peringkat termasuk usaha kita untuk menyelesaikan tiga isu besar nelayan.
"Iaitu pertama isu ketiadaan sumber, kedua isu perlesenan dan yang ketiga isu pencerobohan nelayan asing." ujarnya.
Beliau demikian berkata demikian semasa sidang media di Program Melabuh Tukun Tiruan Konservasi, di Jeti Pelancongan Marang, di sini, hari ini.
Dr Azman berkata pada hari ini sebanyak 12 tukun tiruan dilabuhkan di perairan Pulau Kapas dan Pulau Redang, yang berada dalam kawasan taman laut sebagai tukun konservasi.
"Tujuannya adalah untuk memastikan berlaku pembiakan ikan yang kita labuhkan di kawasan larangan menangkap ikan.
"Usaha selama ini menampakkan impak positif yang sangat sangat ketara di mana peningkatan hasil perikanan Terengganu tahun 2023 berbanding tahun 2022 meningkat kira-kira 32 peratus.
"Suatu peningkatan yang sangat ketara dan maklumat ini diberikan secara langsung oleh para nelayan di lapangan," ujarnya.
30 May 24
304
Kerajaan Digesa Bendung Lambakan Sayuran Dari Thailand
KUALA TERENGGANU, 24 April- Kerajaan Terengganu digesa agar mencari jalan membendung lambakan pelbagai jenis sayuran dari dari Thailand yang memasuki negeri ini hingga mengakibatkan para petani tempatan mengeluh kerana pendapatan mereka terjejas.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permaisuri, Mohd Yusop Majid berkata, tidak dinafikan negara seberang itu memiliki kepakaran yang tinggi dalam bidang pertanian sehingga menghasilkan sayur-sayuran berkualiti.
"Kemahiran dari negara terbabit boleh dipelajari dan dicontohi namun bukannya membiarkan produk negara terbabit terus memasuki negeri ini.
"Kerana limpahan produk yang masuk dari negara seberang itu akan menyebabkan hasil usaha petani negeri kita ini tidak mendapat sambutan dan harga untuk pasaran akan dimainkan oleh orang tengah.
"Selain itu adalah perlu untuk diaktifkan agensi pemasaran yang tidak membebankan petani, contohnya seperti Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) yang dahulunya aktif, tetapi hari ini kita tidak berapa mendengar agensi ini memainkan peranan yang sewajarnya dalam membantu para petani," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika membahaskan Titah Ucapan Diraja Sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu, di Wisma Darul Iman, di sini, semalam.
Mengulas lebih lanjut, Yusop berkata adalah menjadi harapan para petani supaya pihak FAMA mengaktifkan agensinya supaya dapat membantu para petani mendapat hasil jualan yang sewajarnya.
"Kerajaan negeri juga perlu memberi bantuan yang sewajarnya bagi memastikan industri makanan dalam negeri rancak.
"Kerajaan negeri juga perlu mewujudkan pemantau-pemantau bebas dalam sektor pertanian agar laporan yang diterima adalah tepat, kita tidak mahu orang yang berkait agensi pertanian yang membuat laporan biar ada pihak yang bebas," ujarnya.
Dalam pada itu katanya, kerajaan negeri juga perlu membuat pengezonan pertanian supaya tidak terjadi petani mengusahakan tanaman yang sama yang akhirnya mengakibatkan kejatuhan harga pasaran.
"Kalau kita dengar rata-rata tanam jagung, tanam tembikai sehingga hari ini harga dia RM1.20 sekilo cuma ketika Ramadan baru ini harganya mencecah RM3 ia berlaku kerana tidak akan pengezonan.
"Juga menjadi kewajipan bagi pihak kerajaan membuat kawalan dan penguatkuasaan supaya petani dapat meletakkan harga yang sesuai.
"Terakhirnya ialah perlu mengerakkan kempen merakyatkan pertanian dalam negeri Terengganu," ujarnya.
Â
24 Apr 24
211
Kawasan Sawah Padi Jadi Pilihan Berbuka Puasa
HULU BESUT, 31 Mac - Penanam Padi di Hulu Besut membuat kelainan tersendiri apabila menjadikan kawasan sawah padi tempat mereka mencari rezeki sebagai lokasi untuk mengadakan majlis berbuka puasa sehingga tular di media sosial.
Kumpulan pesawah terbabit menjadikan ia sebagai program serta acara tahunan setiap kali Ramadan dengan memilih kawasan lapang dan jalan utama ISU 4 di Kampung Padang Baloh sebagai lokasi iftar.
Program itu menghimpunkan rakan-rakan petani bersama ahli keluarga sekali gus memeriahkan program iftar tersebut.
Ketua Tani Kumpulan Pengguna Air (KPA) TPBA, Wan Abdullah Wan Abdul Kadir berkata majlis berkenaan melibatkan pesawah dari tiga kampung (kg) utama iaitu Kg Padang Baloh, Kg Jeram Melintang dan Kg Gong Resam serta kawasan berdekatan.
"Lebih daripada 60 hidangan telah disediakan untuk memenuhi keperluan pada hadirin dalam majlis berbuka puasa ini.
"kehadiran para pesawah ini mencerminkan semangat kebersamaan di kalangan pesawah," ujarnya melalui satu kenyataan, di sini, semalam.
Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu besut, Mohd Husaimi Hussin berkata pihaknya berhasrat untuk menjadikan acara itu sebagai program wajib tahunan.
"Memandangkan sambutan yang baik diberikan oleh para petani dan pesawah," ujarnya.
Â
31 Mar 24
618
Beras Madani : Kerajaan 'Kluk Klek', Rakyat Jadi Mangsa
 Kenyataan yang saling bercanggah dalam isu utama negara terutama melibatkan sumber makanan ruji negara seperti beras tidak boleh diterima sama sekali.
20 Feb 24
143
78 Ekor 'Kambing Haram' Ditangkap
Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Negeri Terengganu merampas 78 ekor kambing disyaki diseludup secara haram dari negara jiran, dalam kejadian kira-kira jam 7.30.
19 Dec 23
50
Terengganu Kawal Padi Dijual Keluar
Terengganu menjadi satu-satunya negeri yang mengawal hasil padi daripada dijual keluar dengan kerjasama Syarikat Padiberas Nasional Berhad (BERNAS).
03 Dec 23
69
Terengganu Kawal Padi Dijual Keluar
KUALA TERENGGANU, 30 November - Terengganu menjadi satu-satunya negeri yang mengawal hasil padi daripada dijual keluar dengan kerjasama Syarikat Padiberas Nasional Berhad (BERNAS).
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi negeri, Dr. Azman Ibrahim berkata, tindakan tersebut diambil adalah disebabkan hasil padi tidak mencukupi dalam kalangan pengilang tempatan dalam negeri.
Ujarnya, tindakan tersebut adalah melalui Jawatankuasa Padi Negeri Terengganu yang dipengerusikan beliau melibatkan semua jabatan, agensi dan badan berkaitan dalam kluster padi di negeri ini.
"Berdasarkan justifikasi ini, kerajaan negeri melalui bahagian Kawalselia Padi Beras negeri melaksankan beberapa langkah kawalan (antaranya) arahan pembekuan semua permit pemindahan padi keluar dari Terengganu.
"Sebaran pemindahan padi tanpa permit adalah merupakan satu kesalahan boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Kawalan Padi dan Beras 1994.
"Bernas tidak akan membayar subsidi harga padi kepada petani yang menghantar hasil padinya ke kilang padi di negeri lain," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Ahmad Shah Muhamed, pada Mesyuarat Kedua Penggal Pertama, Dewan Undangan Negeri (DUN), Kelima Belas (Bajet) di Wisma Darul Iman, hari ini.
Tambah Dr Azman, selain itu bahagian Kawalselia Padi dan Beras turut menjalankan rondaan dan pemeriksaan berkala di sempadan.
"Bagi memastikan tiada pelanggaran arahan dan kesalahan dilakukan dan membuat pemeriksaan bagi memastikan harga lantai belian padi RM1,300 per tan di kilang-kilang dalam negeri mengikut ketetapan harga kawalan yang ditetapkan," ujarnya.
30 Nov 23
751
Program Pertanian Bandar Perkukuh Fungsi Masjid
Program pertanian fertigasi dan hidroponik yang dilaksanakan pihak masjid berjaya mengukuhkan serta mengembangkan lagi institusi itu sebagai pusat aktiviti masyarakat.
30 Nov 23
75
TADC, MCT Meterai Perjanjian Bangunkan Rimbunan Kasih
 Jabatan Pertanian Terengganu, Terengganu Agrotech Development Corp Sdn Bhd (TADC) dan MCT Agriculture Sdn BHd (MCTA)  menandatangani perjanjian bagi Projek Rimbunan Kasih Rantau Abang, Dungun di Wisma Darul Iman.
29 Nov 23
150
Petani Terkesan Banjir Diarah Buat Aduan
Para petani yang terkesan dengan bencana banjir diminta membuat aduan kepada jabatan berkaitan beserta laporan polis mengenai kerugian hasil pertanian mereka bagi memudahkan kerajaan negeri menyalurkan bantuan bersesuaian termasuk dari tabung bencana pertanian.
28 Nov 23
63