lightning-solid
Berita :

Artikel "Pertanian" Terkini

Terengganu Negeri Tunggal Bantu Perkaya Sumber Laut Negara
Terengganu Negeri Tunggal Bantu Perkaya Sumber Laut Negara
KUALA NERUS, 29 Jun - Sebanyak RM300,000 setahun disumbangkan kerajaan Terengganu untuk program melabuhkan unjam di sepanjang perairan negeri itu, sejak tahun 2018. Ini menjadikan Terengganu sebagai satu-satunya kerajaan negeri yang menyumbang untuk program memperkaya hasil laut melalui pelabuhan unjam dengan kerjasama Jabatan Perikanan Malaysia. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr. Azman Ibrahim berkata, kerajaan negeri melihat program melabuh unjam sebagai satu usaha penting di samping bantuan-bantuan langsung seperti peralatan kecil nelayan dan sebagainya. “Walaupun bidang ini di bawah kuasa Kerajaan Persekutuan, tetapi kita berkerjasama kerana akhirnya yang mendapat manfaat adalah rakyat kita. “Melalui program ini, kita dapat bantu nelayan dengan memperkayakan sumber kerana antara isu utama yang membelenggu nelayan kita ialah kekurangan sumber di mana sumber laut Terengganu sudah berada pada paras amaran merah,” katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan penyerahan unjam kepada myKomuniti Perikanan (myKP) di Pulau Redang, hari ini. Turut hadir, Timbalannya, Hilmi Harun, Pengarah Perikanan Terengganu, Zawawi Ali dan Pengarah Jabatan Pertanian negeri, Zulkepli Amin Mat Jusoh. Hadir sama, Pengarah Veterinar negeri, Dr. Mohd Termizi Ghazali serta pegawai penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit, Mohd Shafizi Ismail. Jelas Dr. Azman, penyerahan itu merupakan simbolik kerajaan bersama komuniti nelayan dalam menguruskan unjam yang dilabuhkan. “Konsep yang kita buat ialah melabuh unjam secara komuniti, supaya nelayan-nelayan setempat merasakan unjam ini hak mereka dan sama-sama menjaga, serta menjadi mata telinga kita mengawasi keadaan di laut. “Hari ini kita menyempurnakan program labuh unjam di kawasan Pulau Redang yang merupakan menjadi lokasi pertama bagi tahun 2020,” katanya. Tambahnya, ia kemudian akan disusuli daerah Dungun (ulangan) dan Kemaman yang merupakan satu-satunya yang masih tidak memiliki pengkalan unjam. Dalam pada itu, Zawawi menyifatkan kerjasama kerajaan negeri dalam memperkayakan sumber laut Terengganu amat dihargai. “Program melabuh unjam ini membantu memperkayakan sumber disamping program melabuhkan tukun yang diperuntukkan kerajaan Persekutuan. Ia lebih murah dan cara ini mula mendapat perhatian negeri-negeri lain. “Di Marang contohnya, tahun berlaku peningkatan hasil ikan kira-kira 30 peratus selepas unjam dilabuhkan,” katanya.  
02 Jul 20
269
Abdul Hadi Tinjau Lembu Sado Milik Keluarga Eman Manan
Abdul Hadi Tinjau Lembu Sado Milik Keluarga Eman Manan
Oleh : Aziz Hambali MARANG, 27 Jun - Rutin turun bertemu rakyat bagi ahli Parlimen Marang, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang kali ini sedikit istimewa dengan melawat Ladang Lembu Sado yang terletak di Kampung Atas Tol, di sini. Lebih menarik lagi, pemilik ladang tersebut adalah adik kepada pelakon otai terkenal tanah air iaitu Abdul Manan Embong atau lebih dikenali dengan nama gelaran Eman Manan. Pegawai Khas Ahli Parlimen Marang, Cikgu Haron Yusof berkata, lawatan Abdul Hadi buat julung kalinya itu kerana dilihat usaha tersebut mempunyai potensi besar untuk dikomersialkan lebih-lebih lagi ia menepati hasrat kerajaan negeri ini dalam mewujudkan Hub Pengeluaran Lembu Sado Terengganu. "Alhamdulillah hadirnya Ahli Parlimen ke ladang ternakan lembu sado ini antara lain bertujuan memberi sedikit suntikan modal bagi menaikkan lagi pengusahaan lembu sado di daerah ini. "Pihak kami (Parlimen Marang) sangat mengalu-alukan penternak dan pengusaha lembu sado untuk sentiasa mengorak langkah maju setapak demi setapak selaras dengan dasar kerajaan," katanya kepada UPDI selepas mengiringi Abdul Hadi meninjau ladang lembu sado, di sini baru-baru ini. Terdahulu, Abdul Hadi yang diiringi anaknya, Khalil Abdul Hadi tiba di ladang berkenaan dan disambut oleh Eman Manan sendiri dan juga ADUN Bukit Payung, Ustaz Mohd Nor Hamzah.
02 Jul 20
1438
FAMA Bantu 32 Usahawan Tembikai Dan Labu Manis Di Setiu
FAMA Bantu 32 Usahawan Tembikai Dan Labu Manis Di Setiu
SETIU, 25 Jun - Seramai 32 peserta yang mengusahakan 39.8 hektar ladang tembikai dan labu manis lega apabila Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Terengganu membantu memasarkan sebanyak 654 tan metrik tembikai yang dianggarkan bernilai lebih RM512,000. Bantuan dalam bentuk perjanjian jual beli buah tembikai dan labu manis berkenaan dibuat bagi mengatasi masalah lambakan serta harga tembikai yang tidak menentu termasuk jaminan harga yang ditawarkan juga membantu pengusaha tembikai tetap beroleh keuntungan pada setiap musim. Sementara itu, Ketua Kelompok Tanaman Tembikai Rhu Sepuluh, Baharudin Ibrahim berkata perjanjian yang dibuat dengan FAMA memberi jaminan kepada petani untuk memasarkan tembikai selain mengurangkan masalah lambakan buah di pasaran. Katanya, ia juga membantu meringankan beban mereka yang terjejas susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) pada 18 Mac yang lalu disebabkan wabak pandemik Covid 19. "Sepatutnya penyemaian benih dilakukan lebih awal namun bila kerajaan umum PKP, semuanya terhenti menyebabkan hasil tidak dapat dituai mengikut tarikh yang sepatutnya.Dari segi kerugian, cuma melibatkan masa kerana lewat dan sekarang kami mula tabur benih secara berperingkat. “Harga di pasaran masih lagi bertahan lagipun hanya tembikai dari ladang di Rhu Sepuluh yang berada di pasaran setakat ini dan harga jualan di kebun cuma RM1.80 sekilo manakala harga di pasaran mampu mencecah RM3.50 sekilo,” ujarnya. Dia berkata demikian kepada pemberita di Majlis Menandatangani Perjanjian Jual Beli Antara FAMA Dengan Usahawan Ladang Kontrak MOA Negeri Terengganu di Kelompok Tanaman Rhu Sepuluh, di sini hari ini. Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) FAMA, Mohd Anis Mohd Yasin dan Pengarah FAMA negeri, Fauzi Mohamed. Bekalan tembikai dan labu manis tersebut akan dipasarkan di 40 pusat operasi di seluruh Malaysia termasuk 100 ‘outlet’ jualan runcit FAMA di seluruh negeri.
02 Jul 20
656
Pelepasan Benih Jalin Kelestarian Populasi Ikan Terenggan
Pelepasan Benih Jalin Kelestarian Populasi Ikan Terenggan
BESUT, 22 Jun - Sebanyak 27,350 ekor benih ikan dilepaskan Jabatan Perikanan Negeri Terengganu (JPNT) di Ampang Jajar, Hulu Besut hari ini bagi membantu meningkatkan populasi ikan air tawar di kawasan tersebut. Jumlah benih ikan yang dilepaskan terdiri daripada 230 ekor Kelah, 2,500 ekor Baung dan sebanyak 24,620 Lampam Sungai dengan kos bernilai kira-kira RM20,000. Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Helmi Harun menyifatkan program tersebut merupakan salah satu langkah penting kepada kelestarian biodiversiti kawasan setempat. “Program seumpama ini akan meningkatkan hasil dan suatu mata rantaian supaya populasi ikan tidak pupus yang mana kita juga tahu terdapat banyak ancaman kepada spesies ini daripada faktor semula jadi dan perbuatan manusia. “Kita patut bersyukur dengan keadaan negeri kita yang baik persekitarannya. Kita harap, seluruh masyarakat menyedari kepentingan menjaga alam sekitar serta kepentingan menjaga ketulenan dan keaslian negeri kita,” katanya. Beliau berkata demikian ketika merasmikan pelepasan benih ikan bersama JPNT dan Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) bagi Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu Terengganu Utara (KETARA), hari ini. Turut hadir, Timbalan Pengarah JPNT, Rusman Rusdy, Jurutera Projek IADA KETARA, Haslina Alias serta Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Besut, Mat Daik Mohamad. Dalam pada itu, Rusman memaklumkan bahawa program yang dilaksanakan merupakan salah satu kaedah pengembangan populasi ikan air tawar di negeri itu. “Ini kali keempat pelepasan benih bagi tahun ini di mana kita biasanya lepaskan di perairan umum seperti tasik, sungai dan di kawasan komuniti. “Untuk tahun ini, keseluruhannya telah dilepaskan sebanyak 80,000 ekor terdiri daripada spesies Baung, Lampam Sungai dan Udang Galah,” jelasnya. Menurut beliau, JPNT berusaha mencapai sasaran pelepasan benih sebanyak 250,000 setahun bagi memastikan usaha tersebut mampu memberi impak kepada nelayan darat yang bergantung harap kepada hasil hidupan air tawar untuk menampung kehidupan mereka.
02 Jul 20
224
Harumanis Subur Di Negeri Terengganu
Harumanis Subur Di Negeri Terengganu
SETIU, 13 Jun- Percaya atau tidak, mangga harumanis sebenarnya sudah subur di Terengganu sejak 40 tahun lepas. Mungkin ramai yang beranggapan jika berbuah sekalipun, saiz dan rasanya tidak akan mampu mencapai kualiti yang sama seperti mana ada di pasaran serta tidak mampu di eksport ke pasaran luar negara. Jika itu tekaannya, ia sebenarnya meleset sama sekali kerana buah yang telah dipetik di kawasan Pusat Pembangunan Komoditi Rhu Tapai, di sini didapati mencapai gred premium dan tahap kemanisan sehingga 22 peratus brix. Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Terengganu, Dr Azman Ibrahim, berkata tanaman yang telah bermula sejak November 2016 itu diusahakan Jabatan Pertanian Terengganu bagi menyelidik kesesuaian tanah bris (tanah berpasir) di kawasan itu. "Apabila melihat kejayaan Jabatan Pertanian, saya telah mengarahkan mereka melakukan bancian di beberapa daerah yang mempunyai tanah bris dan akhirnya, menemui pokok harumanis yang sudah lama ditanam oleh orang kampung. "Daerah yang telah selesai dibanci ialah di Marang, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu. Di setiap daerah itu kita temui kira-kira 100 pokok harumanis yang telah berusia antara 30 hingga 40 tahun serta berbuah tiga kali setahun," katanya ketika ditemui Bernama baru-baru ini. Dr Azman berkata, oleh kerana masyarakat di Terengganu tidak begitu mahir dalam mengesan kualiti buah itu, akhirnya buah itu gugur dan terbiar begitu sahaja, malah ada yang menganggap ia kategori mangga biasa dan mas itam. Projek permulaan di kawasan Rhu Tapai telah melalui proses penjagaan yang teratur hinggalah mampu mengeluarkan hasil pertama tiga tahun lepas dengan kualiti sepertimana ditanam di kawasan utara tanahair. Ketika ditanya mengenai sasaran kerajaan negeri, beliau berkata sudah tentunya sehingga buah berkualiti tinggi itu mampu dipasarkan ke luar negara, kerana ia bukan sahaja mempelbagaikan hasil keluaran petani tetapi juga membawa pulangan berlipat ganda. "Terengganu telah merangka Pelan Strategik Pertanian Terengganu 2019 hingga 2023 dan apa yang berlaku pada ketika ini adalah sebahagian daripada perancangan kerajaan negeri. "Pihak jabatan kini turut bersama-sama dengan pelbagai pihak mengumpul mereka yang berminat untuk mengusahakan tanaman harumanis. "Pertanian ini adalah satu kerjaya, jadi anak muda Terengganu bolehlah tampil untuk mendapatkan kursus yang dianjurkan. Saya tidak mahu ada program bagai 'tangkap muat' tetapi biarlah melalui proses awal hingga akhir dengan pemantauan teratur supaya semua pihak dapat melihat hasilnya," kata beliau. Dr Azman berkata, Terengganu mempunyai sekitar 68,000 hektar tanah bris dan masih banyak yang terbiar. Justeru, pihaknya akan berusaha menjejak mereka yang berminat untuk meneruskan hasrat kerajaan dengan memberi bimbangan dan bantuan dari sudut pasaran. Sementara itu, pegawai pertanian Nurul Ameera Mohammad yang bertanggungjawab menguruskan tanaman harumanis atau nama saintifiknya, 'Mangifera indica Linn' di Rhu Tapai, berkata pada peringkat awal, beliau juga bagai tidak percaya bahawa pokok di situ mampu berbuah dan mempunyai keharuman serta rasa terbaik. "Pada peringkat awal, hanya 30 batang pokok telah ditanam, kini kawasan seluas dua hektar telah ditanam dengan lebih 200 pokok harumanis. "Berdasarkan rekod tanaman jenis ini, jika dijaga dengan baik ia akan terus mengeluarkan hasil setiap tahun walaupun setelah berusia 20 tahun. "Faktor tanaman ini tentunya memerlukan iklim yang panas, namun tinjauaan kami juga mendapati pokok mangga jenis ini tumbuh dengan baik di kawasan berpasir dengan cuaca panas sekitar empat hingga lima bulan. Tambah Nurul Ameera, mangga harumanis itu amat sesuai ditanam di sekitar Terengganu dengan pengeluaran hasil lebih daripada sekali setahun, malah pihaknya kini giat memberi tunjuk ajar kepada orang kampung supaya menjaga pokok sedia ada agar mencapai kualiti terbaik. – BERNAMA
02 Jul 20
140
Terengganu Buka Peluang Kepada Siswazah Jadi Petani Profesional
Terengganu Buka Peluang Kepada Siswazah Jadi Petani Profesional
Oleh : Hidayah Azlin  SETIU, 13 Jun – Kerajaan Terengganu menerusi Jabatan Pertanian Negeri membuka peluang seluas-luasnya kepada siswazah yang sedang mencari pekerjaan  untuk menceburi bidang pertanian termasuk sebagai pencantum pokok profesional. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Pembangunan Desa Negeri Terengganu, Dr Azman Ibrahim berkata, peluang tersebut dibuka untuk sesiapa sahaja yang berminat belajar dan menceburkan diri dalam sektor berkenaan. "Jabatan Pertanian Negeri menjemput sesiapa yang berminat terutamanya siswazah menganggur untuk menceburi bidang pertanian khususnya menjadi pencantum pokok secara profesional. "Selepas menjalani kursus secara intensif, pencantum-pencantum profesional ini akan membantu pekebun-pekebun atau pemilik pokok durian, mangga dan lain-lain tanaman bagi menjana pendapatan sendiri yang lebih lumayan dalam Program Pemulihan Dusun yang sedang dilaksanakan kerajaan negeri," katanya dalam satu kenyataan di Facebook rasminya hari ini. Tambah beliau, kaedah cantuman dewasa ini boleh dipraktikan untuk semua pokok seperti nangka biasa boleh dijadikan nangka madu. "Syaratnya mesti dari 'keluarga' yang sama. Tidak boleh nak cantum mempelam supaya berbuah durian. "Pokok durian kampung tidak perlu ditebang untuk tanam 'Musang King'. Pokok mempelam biasa juga tidak perlu dibuang untuk tanam Harum Manis. Pokok  asal boleh dikekalkan. "Yang perlu ialah tunas 'Musang King' atau tunas Harum Manis kita cantumkan pada pokok asal dengan kaedah cantuman dewasa. Maka insya-Allah akan berbuah pokok tersebut dengan 'Musang King' atau Harum Manis," jelasnya lagi. Sehubungan dengan itu, bagi yang berminat untuk berkecimpung dalam bidang itu, boleh berhubung dengan Pejabat Pertanian Daerah terdekat sekitar Terengganu bagi proses temuduga terbuka atau pertanyaan. "Kursus tersebut akan dijalankan dalam masa terdekat. Percuma sahaja asalkan minat nak belajar," ujar Dr Azman.
02 Jul 20
270
Tanah Terbiar Dipulihkan Jadi Kawasan Produktif
Tanah Terbiar Dipulihkan Jadi Kawasan Produktif
Oleh : Hidayah Azlin SETIU, 4 Jun – Kerajaan negeri sedang giat menjalankan operasi pemulihan tanah terbiar bagi menjadikan kawasan berkenaan lebih produktif. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, pasukan ‘Task Force’ yang ditubuhkan sejak Mei lalu telah mengenalpasti 8,000 hektar tanah untuk dimajukan. “Fokus kami dalam ‘Task Force’ Pemulihan Tanah Terbiar Negeri Terengganu bukanlah bermatlamatkan untuk penguatkuasaan undang-undang dan rampasan tanah. “Kami mahu kumpulkan data, kenal pasti segala faktor-faktor berkaitan seperti isu pemilikan tanah, kekurangan infrastruktur, ketiadaan dana, kesesuaian tanaman, faktor-faktor komersial dan sebagainya. “Seterusnya, langkah menggerakkan tindakan bersepadu akan diambil bagi memajukannya semula agar ia menjadi tanah yang produktif,” beliau berkata demikian dalam satu kenyataan hari ini. Tambahnya, tindakan itu merupakan salah satu daripada teras tindakan Pelan Strategik Pertanian Negeri Terengganu 2019-2023. “Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin semasa perasmian Penggal Ketiga Dewan Undangan Terengganu Ke-14 baru-baru ini telah bertitah agar kerajaan negeri mengambil satu tindakan bagi memulihkan tanah-tanah terbiar ini,” jelasnya. Sehubungan dengan itu, ‘Task Force’ Tanah Terbiar di setiap daerah sedang mengambil tindakan masing-masing sebelum semua laporan dibentangkan kepada Jawatankuasa ‘Task Force’ Tanah Terbiar Negeri. “Kita  juga tidak mahu buang masa untuk bertelingkah dan mengundang kemarahan rakyat dengan tindakan atau dakwaaan rampasan tanah di sana-sini. “Tanah terbiar ini bemaksud tanah milik individu atau syarikat, berkeluasan lebih satu ekar dan tidak dimajukan selama tiga tahun berturut-turut. Untuk makluman, tanah kerajaan tidak dikira sebagai tanah terbiar,” jelasnya lagi.  
01 Jul 20
65
Anugerah Syawal Buat Para Nelayan Di Muara Kuala Ibai
Anugerah Syawal Buat Para Nelayan Di Muara Kuala Ibai
Oleh : Akid Hafriz KUALA TERENGGANU, 3 Jun – Proses pendalaman secara sementara muara Sungai Kuala Ibai untuk membuka laluan baharu akhirnya selesai dan memudahkan para nelayan turun ke laut. Ketua Jaringan Perikanan, Mohd Din Arifin, kerja-kerja pengorekkan pasir tersebut merupakan proses sementara sebelum memulakan proses penuh yang melibatkan penggunaan mesin ‘Hydraulic Pump’ untuk menyedut pasir-pasir bagi mengekalkan kedalaman muara tersebut. “Saya mengucapkan terima kasih atas komitmen yang diberikan oleh semua pihak dalam menjaga kebajikan para nelayan di sini. “Dengan adanya laluan baharu ini, laluan menjadi lebih dekat dan kami para nelayan tidak perlu lagi ‘liung’ (pusing jauh) untuk pergi ke laut,” katanya ketika ditemubual oleh wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), hari ini di lokasi tersebut. Terdahulu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Muhammad Khalil Abdul Hadi bersama wakil pegawai daripada Parlimen Kuala Terengganu, Zulkifli Wahab telah hadir ke lokasi tersebut bagi melihat sendiri keadaan muara di sana yang kian cetek. Wakil rakyat itu memutuskan proses pengorekkan pasir dilaksanakan pada 16 Mei yang lalu sebagai langkah penyelesaian jangka pendek kepada nelayan setempat.
01 Jul 20
352
Terengganu Negeri Tunggal Bantu Perkaya Sumber Laut Negara
Terengganu Negeri Tunggal Bantu Perkaya Sumber Laut Negara
Sebanyak RM300,000 setahun disumbangkan kerajaan Terengganu untuk program melabuhkan unjam di sepanjang perairan negeri ini sejak tahun 2018
30 Jun 20
41
‘Serampang Dua Mata’ Terengganu Solusi Atasi Pertanian Terjejas Sepanjang PKP
‘Serampang Dua Mata’ Terengganu Solusi Atasi Pertanian Terjejas Sepanjang PKP
KUALA TERENGGANU, 1 Mei - Kewujudan Terengganu Agrotech Development Corporation (TADC) sebagai ejen bagi memasar hasil pertanian sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menjadi penyelesaian ‘serampang dua mata’ kerajaan negeri dalam membantu rakyat.   Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr. Azman Ibrahim berkata, TADC ditugaskan membuka 40 pusat pemasaran dan ia turut berhasil menyelesaikan beberapa isu rakyat.   “Bila kita cuba buka ruang pemasaran, dengan ‘outlet’ yang ada, kita dapat elakkan rakyat terlalu bertumpu ke pasaraya sahaja untuk mendapatkan keperluan.   “Kita realistik dengan bilangan pasaraya yang ada di Terengganu dan dengan kewujudan ‘outlet-outlet’ di kawasan berdekatan, TADC membantu masyarakat lebih mudah memperoleh bekalan makanan,” katanya.   Beliau berkata demikian ketika berucap dalam sesi wawancara 'COVID-19 : Sektor Pertanian Turut Terjejas?' bersama TV Darul Iman semalam.   Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi itu menjelaskan, apa yang paling penting pelaksanaan tersebut membolehkan harga pasaran terkawal tanpa berlaku monopoli oleh pasaraya dan pihak-pihak lain.   “Ini serampang dua mata, kita kawal harga dan petani dapat pasar hasil. Memang tidak untung besar, tetapi petani tidak mengalami kerugian dan cara ini turut mendapat perhatian daripada negeri-negeri lain.   “Alhamdulillah, kita di Terengganu agak terkehadapan dalam menyelesaikan isu rakyat di peringkat bawah. Setakat ini, kita tidak ada isu tiada sumber,” katanya.   Menjawab tentang isu sektor di bawah portfolionya, Dr. Azman mengakui terdapat beberapa sektor yang masih terjejas dalam memasarkan produk mereka.   “Antara sektor yang terjejas adalah akuakultur seperti projek-projek sangkar ikan kerana kita merupakan antara pengeluar utama ikan bernilai tinggi iaitu siakap dan kerapu hibrid yang digunakan ekslusif di hotel dan restoran. Penternak perlu terus mengeluarkan belanja makanan ikan, tetapi tidak dapat menjual.   “Jadi, kita membantu dalam bentuk pemberian makanan ikan. Kita menyelesaikan sebahagian dan dalam masa sama berikhtiar melihat ruang pasaran yang ada untuk disalurkan, kita juga cuba permudahkan dari segi pergerakan,” jelasnya.   Beliau juga menegaskan petani, penternak dan nelayan perlu terus bergerak dan pihak berkuasa perlu permudahkan pergerakan mereka selaras saranan supaya rantaian makanan tidak putus dari awal sehingga akhir.   “Kita berkerja untuk memastikan bekalan berterusan dan harga stabil. Piawaian yang kita letak masih lagi terkawal dan tercapai.   “Kita akan terus memantau bersama jabatan-jabatan berkaitan dengan sedaya mampu kita cuba tanganinya secepat mungkin,” katanya.
01 May 20
283